Pas Kecundang Kerana Tidak Mencalonkan Saya Kembali
SHAH ALAM – Calon bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir, Kapten (B) Najib Lep menyifatkan kegagalan Pas mencalonkan beliau kembali bertanding di kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu sebagai satu ‘kesilapan besar’.
Jelas bekas ADUN Pas itu, sekiranya Pas dan Perikatan Nasional (PN) mengekalkan kepercayaan kepada beliau, kerusi DUN itu sudah pasti mampu dipertahankan koalisi itu dengan majoriti hampir 2,000 undi berdasarkan gabungan jumlah undi diterimanya dan calon PN, Mohd Nor Iqbal Razak yang juga Ketua Pemuda Pas kawasan Pagoh.
Ujarnya, beliau juga berjaya membuktikan sokongan rakyat DUN Bukit Pasir terhadapnya tetap utuh walaupun sekadar bertanding atas tiket bebas apabila mampu meraih sehingga 1,860 undi.
“Saya rasa cukup puas hati walaupun tidak menang. Yang calonkan saya juga adalah rakyat. Jadi sejumlah 1,860 undi diperoleh sebagai calon Bebas adalah bukti saya sememangnya diterima rakyat.
“Saya juga hanya mengadakan kempen biasa dibantu rakyat, tidak mempunyai dana besar. Bahkan bilangan bendera dipasang sepanjang kempen juga adalah jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan bendera parti lain termasuk Pejuang (Parti Pejuang Tanahair).
“Sekiranya saya masih diberikan kepercayaan Pas untuk bertanding, saya sudah pasti akan menang dengan majoriti kerusi hampir 2,000 undi. Saya anggap Pas dan PN sudah melakukan ‘kesilapan besar’,” katanya kepada Sinar Premium pada Ahad.
Pada hari penamaan calon PRN Johor, Najib yang merupakan ADUN tunggal Pas memenangi kerusi DUN Bukit Pasir pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan bertanding sebagai calon bebas.
Najib menjelaskan keputusan itu dibuat kerana pucuk kepimpinan Pas tidak mengekalkan beliau bertanding di kerusi DUN itu, sebaliknya menawarkannya berpindah ke kerusi DUN Simpang Jeram yang ditandingi Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Najib kemudiannya menolak tawaran itu dan menyifatkan langkah itu sebagai ‘membunuh’ karier politik beliau.
Pada PRN Johor, Ketua Pemuda UMNO bahagian Pagoh, Ir Mohamad Fazli Mohd Salleh berjaya memenangi kerusi DUN Bukit Pasir dengan majoriti sangat tipis sebanyak 198 undi.
PECAH UNDI
Kemenangan Mohamad Fazli juga banyak dibantu dengan perpecahan undi penyokong PN dan Pas apabila Mohd Nor Iqbal meraih 5,850 undi, manakala Najib memperolehi 1,860 undi.
Mengulas lanjut, Najib turut berpandangan punca kekalahan teruk Pas dan PN dengan hanya memenangi tiga DUN pada PRN Johor disebabkan koalisi itu tidak berpijak di bumi yang nyata.
Kekalahan teruk Pas dan PN pada PRN Johor disifatkan Najib sebagai tidak berpijak di bumi sendiri
Beliau juga menafikan sama sekali dakwaan menjadi calon tajaan UMNO untuk memecahbelahkan undi Pas dan PN, dan beranggapan undi UMNO sebaliknya yang terpecah dan memihak kepadanya.
“Kajian di lapangan tidak dibuat, mereka (PN dan Pas) tidak turun padang dan dengar suara hati rakyat, jadi bagaimana mereka hendak menang?
“Saya sudah perjelaskan yang saya ada hubungan terus dengan rakyat Bukit Pasir sebab saya bersama mereka setiap hari, mengapa hendak pindahkan saya di tempat lain? Sekarang sudah terbukti kalau saya bertanding di DUN Simpang Jeram, saya pasti kalah, gantung diri.
“Saya juga menolak dakwaan kononnya menjadi calon tajaan UMNO. Sekiranya benar, saya tidak akan memperolehi hampir 2,000 undi. Sudah pasti saya akan berkempen kepada penyokong saya supaya menyokong calon UMNO,” tegasnya lagi.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
KEPUTUSAN RASMI: BN menang majoriti 2/3 dalam PRN Johor
MCA rampas 4 kerusi, DAP akui mula hilang pengaruh
PRN Johor: Keputusan PRN Johor Isyarat Rakyat Tidak Suka Dipermainkan – Mohamad Hasan
‘Sanggup Berpanas Demi Rezeki’ – Bidadari Cantik Jual Pau Viral Rupanya Penyanyi Bienda [VIDEO]
Kronologi kejadian tanah runtuh dari 2021 hingga kini
Mangsa Terakhir Ditemui Maut, Insiden Tanah Runtuh Di Taman Bukit Permai 2 Ragut Empat Nyawa
Tarikh semakan tawaran ke sekolah khusus 2021 ditetapkan 15 Mac ini
PRN Johor: Cukup-cukuplah dikencing ‘Atuk’ selama 22 bulan
Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan
Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu
PRN Johor: Calon MUDA Menipu Ibu Sendiri, Apa Jaminan Tidak Menipu Pengundi?
‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
PPV Mega ditutup bermula 16 Mac – KP Kesihatan
PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya
Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor
Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven
Not For Sale! Arowana ‘Kembar Siam’ Menjadi Tumpuan Ramai [VIDEO]
The post PAS kecundang kerana tidak mencalonkan saya kembali appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/03/13/pas-kecundang-kerana-tidak-mencalonkan-saya-kembali/