Hampir Pasti Umno Pas Bercerai Ini Petandanya



Hampir Pasti Umno PAS Bercerai.. Ini Petandanya | Kempen pilihan raya negeri (PRN) Johor yang sedang berlangsung menyediakan pentas bagi Umno sebelum perhimpunan agung tahunan parti itu yang akan diadakan selepas pilihan raya berakhir

Empat hari selepas rakyat Johor memutuskan kerajaan negeri yang baru pada 12 Mac, perwakilan Umno dari seluruh negara akan bersidang di Kuala Lumpur.

Perhimpunan Agung Umno (PAU) sepatutnya diadakan pada penghujung tahun lalu tetapi ditangguhkan berikutan PRN Melaka pada November lalu dan wabak Covid-19 yang melanda negara

Keputusan PRN Johor dijangka akan menjadi tajuk utama perbualan tetapi topik lain yang tidak kurang menarik ialah hubungan dan masa depan antara Umno dengan PAS.
Pada acara yang sama di tahun 2018, perwakilan Umno memuktamadkan keputusan untuk meneruskan kerjasama dengan PAS, yang disusuli pembentukan pakatan Muafakat Nasional setahun kemudian.
Hampir Pasti Umno PAS Bercerai.. Ini PetandanyaBagaimanapun keinginan Umno untuk mendapatkan semula penguasaan telah merenggangkan hubungannya dengan PAS pada pilihan raya demi pilihan raya apabila Umno mahukan peruntukan kerusi yang besar manakala PAS berang kerana ditawarkan jumlah kerusi yang lebih kecil.
Kini, terdapat cakap-cakap mengenai usul untuk ‘bercerai’ dengan PAS akan dibahaskan di perhimpunan agung Umno kali ini.
Saarani Mohamad, yang merupakan ahli majlis tertinggi Umno dan Menteri besar Perak, berkata sama ada isu itu akan dibahaskan dalam kalangan ahli Umno sangat bergantung kepada majlis kerja tertinggi (MKT) parti.
"Biasanya usul ini akan diputuskan dalam MKT terlebih dahulu.
"Oleh kerana Muafakat Nasional itu ditubuhkan berasaskan kepada keputusan MKT UMNO, didukung oleh PAU, maka kalau nak bubar pun saya yakin ia kena saluran yang sama," katanya kepada wartawan semasa wawancara di Utara Johor.
Umno Perak, di bawah pimpinan Saarani, ditugaskan untuk menyelia usaha kempen bagi kerusi DUN di dalam kawasan Pagoh dan Ledang.
‘Muafakat Nasional sudah terkubur’
Ditanya apakah Muafakat Nasional sudah terkubur, Saarani berkata ia bukan lagi perkara rahsia.
“Tak ada sudah. Buat apa lagi kita nak berselindung dalam hal ini.
"Penyatuan ini itu maksudnya. Mesti ada toleransi, saling percaya mempercayai, mesti ada niat untuk saling kukuh mengukuhkan, baru penyatuan. Tapi kalau setakat tandatangan perjanjian, hari tandatangan, bila tandatangan esok aku akan ambil kerusi Umno selama-lamanya, tak adalah (macam itu).
"Sama seperti di Melaka. Kita tawarkan kepada PAS lima kerusi boleh menang. Dengan sokongan Umno di Melaka, PAS boleh menang lima kerusi. Sebab PAS bukan kuat di Melaka. Tidak kuat. Tidak boleh menang pun. Tapi oleh kerana dia tidak nak, tidak cukup lima, nak lebih, dah tinggal berapa kerusi Umno ini?” soalnya.
Pada PRN Melaka, BN termasuk Umno menang besar manakala PAS tidak memenangi sebarang kerusi.
Hampir Pasti Umno PAS Bercerai.. Ini PetandanyaKurangkan pengaruh Muhyiddin
Hubungan PAS dan Umno semakin jauh apabila PAS bertanding dalam PRN Johor di bawah bendera Perikatan Nasional (PN) bersama-sama dengan Bersatu dan Gerakan. Gabungan itu akan menentang BN yang terdiri daripada Umno, MCA dan MIC .
Saarani berkata dia yakin Umno boleh mengurangkan pengaruh Pengerusi PN yang juga presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin di kawasan tradisinya di Pagoh.
"Tanpa kita perlu berselindung, Perak menjaga Pagoh dan Pagoh ini kita tahu bekas Ketua Umno bahagiannya Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dan kita sudah pergi tengok orang-orang Pagoh tanpa hilang hormat kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi setia dengan Umno dan Barisan Nasional," katanya.
Katanya, Umno yakin kedua-dua kerus DUN di Pagoh iaitu Bukit Pasir dan Bukit Kepong akan dapat dimenangi parti itu.
"Pada waktu yang sama juga, saya menjaga Parlimen Ledang dan dalam Parlimen Ledang ini ada satu DUN yang dahulunya diwakili oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu DUN Gambir.
"Tiga tempat ini sangat penting dan saya lihat perubahan yang sangat besar dalam kalangan pengundi-pengundi dan sikapnya tanpa rasa hilang hormat kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin tapi mereka beri undi kepada Barisan Nasional dengan harapan Barisan Nasional akan dapat menubuhkan kerajaan yang stabil dan kuat.
"Itu adalah pegangan pengundi-pengundi sekarang," katanya.
Hampir Pasti Umno PAS Bercerai.. Ini PetandanyaPRN Johor akan menjadi medan ujian bagi Muhyiddin dan menentukan apakah hasrat untuk melihat PN menggantikan BN akan menjadi realiti.
Ditanya sama ada selepas pilihan raya Johor, Umno akan mencetuskan lebih banyak pilihan raya negeri bagi membina momentum pilihan raya, Saarani memberi jaminan ia tidak akan berlaku di Perak, sambil menegaskan Umno mempunyai majoriti yang kuat di negeri itu.
Dia berkata walaupun terdapat spekulasi akan berlaku pilihan raya negeri di Perak, dia selaku menteri besar Perak mempunyai kuasa untuk menasihati sultan Perak mengenai pembubaran DUN.
"Saya dah beritahu, hujung bulan ini barangkali saya akan melancarkan pelan Perak Sejahtera 2030. Sebagai tawaran saya kepada rakyat negeri Perak. Jadi takkanlah saya dah lancar tiba-tiba saya bubar (DUN)," katanya.
Kempen bagi PRN Johor bermula Sabtu lalu (26 Feb), manakala rakyat Johor akan keluar mengundi pada 12 Mac. - mk






BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

Iklan TeksPeluang Menjana Pendapatan Pasif 5-20% Sebulan Tanpa Perlu Buat Apa2 atau Menaja Sesiapa Yang Terbukti Sejak Tahun 2019 Hingga Hari Ini (KLIK SINI)
Anda Nak Income Dari Trading? Tetapi Tak Mahir Trade Sendiri? Tak Pandai Analisis? Tak Ada Masa? Sibuk Dengan Kerja? Ini Solusinya Trade ANDA Jalan Secara Automatik 24 Jam Sehari, 5 Hari Seminggu! (KLIK SINI)
Hak Penjagaan Harta Anak Bawah Umur Bukannya Isteri Tersayang (KLIK SINI)

                                                                                Iklan

 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2022/03/hampir-pasti-umno-pas-bercerai-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Analysts Ahead Of Ge15 Opposition Needs To Counter Disenchantment With Pakatan As Low Voter Turnout Benefits Umno Pas

Analysts Ahead Of Ge15 Opposition Needs To Counter Disenchantment With Pakatan As Low Voter Turnout Benefits Umno Pas

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 184 hits
Pakatan Harapan and Barisan Nasional flags line both sides of Jalan Sutera ahead of the Johor state election February 28 2022 Bernama picKUALA LUMPUR March 3 Cheah CY a 62 year old retiree has been a staunch supporter of Opposition party DA...
Pemimpin Umno Dakwa Ahli Pas Dah Muak Dengan Perangai Hadi Dan Konco Konconya

Pemimpin Umno Dakwa Ahli Pas Dah Muak Dengan Perangai Hadi Dan Konco Konconya

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 206 hits
perakinsights com Timbalan Pengerusi Umno Johor Nur Jazlan Mohamed berkata hubungan partinya dengan PAS sudah berakhir susulan keputusan Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk menyertai Perikatan Nasional Nur Jazlan berkata dia sukar memahami ...
Umno Akan Ceraikan Pas Di Pau

Umno Akan Ceraikan Pas Di Pau

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 216 hits
malaysiakini comPRN JOHOR Kempen pilihan raya negeri Johor yang sedang berlangsung menyediakan pentas bagi Umno sebelum perhimpunan agung tahunan parti itu yang akan diadakan selepas pilihan raya berakhir Empat hari selepas rakyat Johor mem...
Beza Pandangan Tapi Pas Tak Pernah Tutup Ruang Kerjasama Dengan Umno Kata Hadi

Beza Pandangan Tapi Pas Tak Pernah Tutup Ruang Kerjasama Dengan Umno Kata Hadi

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 207 hits
Abdul Hadi Awang berharap kerjasama PAS dan Umno berpanjangan sehingga pilihan raya umum PETALING JAYA Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata partinya tidak pernah menutup ruang kerjasama dengan Umno walaupun terdapat perbezaan pandangan ant...
Zahid Berikan Gambaran Kerjasama Muafakat Nasional Umno Pas Tak Akan Di Nilai Semula

Zahid Berikan Gambaran Kerjasama Muafakat Nasional Umno Pas Tak Akan Di Nilai Semula

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 176 hits
KOTA TINGGI Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi gambaran bahawa partinya tidak akan membuat penilaian terbaharu terhadap kerjasama dengan Pas menerusi gabungan Muafakat Nasional selepas Pilihan Raya Negeri Johor Saya fiki...
Dibawah Hadi Awang Pas Dihina Umno Kaw Kaw

Dibawah Hadi Awang Pas Dihina Umno Kaw Kaw

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 226 hits
PAS terbawa bawa perangai poligami sindir Nur Jazlan berkait kerjasama MN March 5 2022 Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed turut memberikan bayangan kerjasama MN hanya tinggal jasad namun jiwa sudah mati susulan tindakan PAS bertan...
Isu Pengeluaran I Citra Kwsp Pemimpin Umno Main Wayang Pemuda Pas

Isu Pengeluaran I Citra Kwsp Pemimpin Umno Main Wayang Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 301 hits
satuberita myBy February 15 2022 SEGELINTIR pemimpin UMNO dilihat cuba bermain wayang apabila seringkali berkeras mengatakan keputusan kerajaan tidak membenarkan pengeluaran i Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja kali kedua adalah keputusan...
Prn Johor Kj Beritahu Presiden Pas Tiada Keperluan Umno Bn Perlu Direhatkan

Prn Johor Kj Beritahu Presiden Pas Tiada Keperluan Umno Bn Perlu Direhatkan

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 162 hits
ISKANDAR PUTERI Saranan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa UMNO dan BN perlu direhatkan dalam Pilihan Raya Negeri Johor adalah tidak berasas dan tiada keperluan berbuat demikian Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau Khairy Jamaluddi...
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention

Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran