Pas Dijangka Menang Lebih Banyak Kerusi Di Pulau Pinang



SHAH ALAM - Penganalisis menjangkakan Pas akan mengekalkan kuasa di Kelantan, Terengganu dan Kedah dan bakal memenangi lebih banyak kerusi di Pulau Pinang.
Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia, Profesor Sivamurugan Pandian berkata, jangkaan dibuat berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana prestasi Pas meningkat dengan begitu ketara.
“Hasil keputusan PRU15 bagi Pas begitu memberangsangkan dan saya berpendapat parti itu akan mempertahankan kuasanya di Kelantan, Terengganu dan Kedah, manakala di Pulau Pinang akan wujud persaingan besar di kawasan yang majoriti pengundi Melayu.
“Ini kerana, di negeri itu ada 14 kerusi yang mana 11 di tanah besar dan tiga di pulau. Ia akan menjadi tarikan kepada Pas, Perikatan Nasional (PN) untuk melihat sama ada mereka mampu atau sebaliknya bagi mendapatkan sokongan lebih besar,” katanya.
Tambah Sivamurugan, beliau menjangkakan Pas memenangi beberapa kerusi lagi daripada satu yang dimiliki sekarang.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan persekitaran demografi di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang adalah berbeza berbanding di Selangor dan Negeri Sembilan.
Ujar Sivamurugan, keputusan PRU15 memperlihatkan penampilan PN agak ketara sehinggakan parti itu boleh memenangi kerusi Parlimen Kepala Batas, Permatang Pauh dan Tasik Gelugor.
“Kemenangan itu seolah-olah memberi gambaran bahawa gelagat pengundi pada masa ini bukan lagi bersifat statik tetapi dinamik iaitu berubah-ubah.
“Jadi jika Pas mahu menakluki Selangor dan Negeri Sembilan, parti itu perlu menyusun semula strategi untuk menarik sokongan golongan profesional dan kelas menengah,” ujarnya.
Bukan itu sahaja, Sivamurugan turut menjangkakan, sekiranya rancangan dibuat dengan teliti, Pas boleh menarik undi daripada golongan atas pagar, pengundi muda dan kumpulan yang kali pertama mengundi pada Pilihan Raya Negeri.
Pada masa sama, beliau menjelaskan cabaran besar Pas dan PN untuk memenangi Selangor adalah mendapatkan sokongan yang lebih besar daripada kalangan orang bukan Melayu.
BERSATU MAMPU RAMPAS SEMUA KERUSI BN DI KELANTAN
Sementara itu, Parti Bersatu dijangka mampu merampas lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang dimenangi Barisan Nasional (BN) sebelum ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Penganalisis Politik, Datuk M Periasamy berkata, susulan keputusan BN bergabung bersama Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan, ia menyebabkan pengaruh parti tersebut terhadap kaum Melayu merosot.
Menurut beliau, disebabkan tindakan itu, sebahagian besar penyokong BN di Kelantan akan berpaling tadah dan mengundi Perikatan Nasional (PN) pada PRN akan datang.
“Sokongan BN memang merosot dan sekarang lebih merosot bila bersama dengan PH. BN tidak akan mampu pertahan lapan kerusi yang dimenanginya di DUN Kelantan.
“Bersatu dan Pas akan meluaskan pengaruh dengan kerjasama mereka. Gabungan ini memang cukup kuat untuk lawan BN sebab kawasan di situ majoriti Melayu. Berdasarkan realiti ini, Pas akan mampu mempertahankan semua kerusi yang mereka tandingi dan merampas kerusi BN,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Periasamy, berdasarkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas, UMNO hanya mendapat 33 peratus sokongan kaum Melayu berbanding 43 peratus pada PRU sebelumnya.
Tambah beliau, sokongan yang berkurangan sehingga 10 peratus itu akan terus berlaku sekiranya tiada penambahbaikan dan perubahan dilakukan oleh UMNO.
“Kemerosotan ini tidak dapat dihalang dan akan terus berlaku dalam kalangan orang Melayu. Jadi, ini juga akan memberi kesan kepada PRN yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Malah kemerosotan akan bertambah buruk,” ujarnya.
Penganalisis Politik, Profesor Dr Wong Chin Huat pula berpandangan keputusan untuk memberikan lapan kerusi yang tidak dimenangi Pas kepada Bersatu adalah formula yang terbaik.
Jelasnya, ini kerana Bersatu lebih berpotensi untuk menarik pengundi UMNO berbanding Pas.
“Tidak kira sekuat mana Bersatu di sesebuah kawasan UMNO, peluang Bersatu lebih cerah daripada Pas. Bersatu akan dapat sebahagian undi UMNO kerana menganaktirikan pemimpin seperti Tan Sri Annuar Musa, bukan kerana BN dan PH berpakat.
“Kelantan 95 peratus Melayu, naratif ancaman Cina atau dominasi DAP tidak berkesan di sana,” katanya - SH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/04/pas-dijangka-menang-lebih-banyak-kerusi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Pn Yakin Boleh Menang 14 Dun Di Pulau Pinang

Kenapa Pn Yakin Boleh Menang 14 Dun Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 27/4/2023 - jumlah : 155 hits
Kalau PN dikata oleh Zahid Hamidi sebagai bermimpi di siang hari kerana menyasarkan sehingga 15 kerusi DUN majoriti Melayu di Pulau Pinang untuk dimenangi UMNO pula bagaimana Jangan lupa UMNO gagal dan kecundang di semua kerusi Parlimen bar...
Samakan P Pinang Kelantan Pemuda Pas Buta Fakta

Samakan P Pinang Kelantan Pemuda Pas Buta Fakta

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 202 hits
Hujah menyamakan kemajuan negeri Pulau Pinang yang ditadbir Pakatan Harapan dan Kelantan oleh pemimpin Pas baru baru ini merupakan penyelewengan fakta yang luar biasa Bagi ADUN Permatang Pasir P Pinang Muhammad Faiz Fadzil tindakan Naib Ket...
Syamsul Dakwa Sarah Tukar Perjanjian Minta Duit Lebih Banyak Harta Tak Masuk Akal

Syamsul Dakwa Sarah Tukar Perjanjian Minta Duit Lebih Banyak Harta Tak Masuk Akal

papar berkaitan - pada 19/4/2023 - jumlah : 200 hits
Pengarah sensasi Syamsul Yusof mendakwa isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana mengubah perjanjian asal yang dipersetujui mereka sebelum ini berhubung proses penceraian Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof berkata isterinya t...
Anwar Lebih Sesuai Menjadi Pm Secara Kerjasama Dan Pakatan Dengan Umno Dan Pas

Anwar Lebih Sesuai Menjadi Pm Secara Kerjasama Dan Pakatan Dengan Umno Dan Pas

papar berkaitan - pada 24/4/2023 - jumlah : 115 hits
Selera pemimpin ketiga tiga parti ini lebih cocok sama perangai Usaha ke arah ini harus disegerakan sebelum rakyat lebih menyokong Tun sebagai PM berbanding dengan pemimpin lain Pengalaman malu kucing kerjasama umno PAS di PRU14 akhirnya ma...
Ini Sebab Untung Emas Lebih Banyak Walaupun Beli Harga Tinggi

Ini Sebab Untung Emas Lebih Banyak Walaupun Beli Harga Tinggi

papar berkaitan - pada 14/4/2023 - jumlah : 156 hits
Ini Sebab Untung Emas Lebih Banyak Walaupun Beli Harga TinggiHarga emas tinggi Kita selalu membuat andaian tunggu dulu lah mana tahu esok lusa harga emas akan jatuh baru kita beli Persoalannya adakah kita tahu harga emas di masa akan datang...
Beri Pengampunan Kepada Najib Lebih Dekat Dengan Kaedah Islam Kata Pemimpin Pas

Beri Pengampunan Kepada Najib Lebih Dekat Dengan Kaedah Islam Kata Pemimpin Pas

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 134 hits
freemalaysiatoday com 29 Apr 2023 3 12pmZaharuddin Muhammad berkata perbicaraan Najib tidak mengikut garis panduan Islam memandangkan timbulnya dakwaan konflik kepentingan berkaitan Hakim Nazlan Ghazali Ketua PAS Kawasan Subang Zaharuddin M...
Ini Buktinya Pemilikan Gram Lebih Banyak Membawa Keuntungan Lebih

Ini Buktinya Pemilikan Gram Lebih Banyak Membawa Keuntungan Lebih

papar berkaitan - pada 14/4/2023 - jumlah : 112 hits
Ini Buktinya Pemilikan Gram Lebih Banyak Membawa Keuntungan LebihHarga emas sentiasa berubah mengikut pasaran dunia semasa Setiap orang akan membeli emas pada harga yang berbeza beza Kadang kala apabila harga emas itu rendah kita tidak mamp...
Annuar Musa Dijangka Sertai Pas

Annuar Musa Dijangka Sertai Pas

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 116 hits
hmetro com myANNUAR Musa FOTO arkib NSTPKota Bharu Bekas Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa dijangka menyertai PAS dalam masa terdekat Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata pengerusi Muafakat Nasional itu antara 2...
Apa Itu Wang What Is Money

Transit Aliran Automatik Di Putrajaya Percuma Selama Tiga Bulan

Rumah Terbuka Wld Raya 2024

Pramugari Malaysia Airlines Meninggal Dunia Tak Sempat Pulang Ke Tanah Air

Beyond Lettuce Wraps Unleash The Power Of Low Carb Bread

Doubletree By Hilton Presents Signatures Across The State A Makan Kitchen Showcase

Dapsy Open Up Uitm S Cardiothoracic Surgery Post Grad To Non Bumi To Prepare For Ageing Population Challenges

Buasir Otak Tv Telefon Apa Kuat Mencarut Be Like



10 Fakta Biodata MK K Clique Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Gandingan Erysha Emyra Yang Beristerikan Siti Hajaar Syeikh Nordin

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria


Benarkah Orang Yang Syahid Tidak Merasakan Sakit Mati

Sama Nama Kitabnya Beda Ulama Penulisnya

Definisi Umur Warga Emas

Pangkat Tentera Darat Malaysia Lencana

Sebutkan Satu Ayat Tentang Rahasia Yahudi By Dr Hm Rakib S H M Ag

Ai Team Subscribers Mei 21 2024