Kenapa Pn Yakin Boleh Menang 14 Dun Di Pulau Pinang



Kalau PN dikata oleh Zahid Hamidi sebagai bermimpi di siang hari kerana menyasarkan sehingga 15 kerusi DUN majoriti Melayu di Pulau Pinang untuk dimenangi, UMNO pula bagaimana?
Jangan lupa UMNO gagal dan kecundang di semua kerusi Parlimen baru-baru ini di Pulau Pinang. Empat kerusi Parlimen Melayu, tiga dimenangi PN iaitu Kepala Batas, Permatang dan Tasik Gelugor, manakala Pakatan Harapan melalui PKR pula menang tipis di Parlimen Balik Pulau.
Dengan tiga kerusi Parlimen majoriti Melayu dikuasai oleh PN, PN punya asas untuk mensasarkan menang beberapa kerusi DUN tidak seperti Umno yang tiada satu pun Kerusi Parlimen?
Takkanlah UMNO mengharapkan bantuan dari PH terutama DAP yang mendominasi kuasa di DUN Pulau Pinang untuk menang? Mustahil DAP mahu membantu UMNO yang sedang sesak nafas tu..
Laporan berkaitan..
Oleh MUJIBU ABD MUIS
KEYAKINAN Perikatan Nasional (PN) menang di 14 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) majoriti Melayu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang sangat menarik perhatian.
Walaupun diperli Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seperti bermimpi di siang hari, keyakinan tersebut perlu dilihat secara mendalam.
Secara umum, jika PN menang kesemua kerusi Melayu, ia masih tidak memungkinkan pakatan itu menguasai pentadbiran negeri.
Angka 15 masih jauh untuk memperoleh majoriti mudah 21 kerusi daripada 40 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Namun kemampuan untuk menyapu habis semua kerusi Melayu sudah cukup untuk menggambarkan pengaruh PN menerusi kebangkitan politik etno-agama yang bersifat konservatif, sesuatu yang paradoks dalam dinamika toleransi masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia.
Secara mikro, ia turut memperlihatkan peralihan sokongan orang Melayu kepada parti-parti Melayu yang established terutamanya UMNO, PKR dan Amanah.
Mungkin UMNO sudah tidak dominan di sini sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), namun bagi PKR dan Amanah (baca:PH) hilang pengaruh di negeri seperti Pulang Pinang sememangnya membimbangkan.
Tidak perlu mengungkit bagaimana kawasan-kawasan Parlimen Melayu hilang dibadai ‘Gelombang Hijau’ dalam PRU15 lalu. Persoalannya, dalam PRN nanti adakah ia boleh berulang dan mampu kah ia dihalang?
Untuk rekod 35 kerusi DUN ketika ini dikuasai PH (33) dan BN (2) dengan baki lima kerusi kepada PN (empat Bersatu dan satu Pas) sebelum empat kerusi Bersatu dikosongkan selaras dengan akta lompat parti yang diluluskan sidang DUN awal Mac lalu.
Untuk melihat senarionya, kemampuan PN menguasai kerusi-kerusi Melayu ketika PRU15 memberikan petanda bahawa gelombang tersebut masih berpotensi untuk berulang.
Pertama peralihan undi sokongan orang Melayu di Pulang Pinang memperlihatkan faktor hilang daya tarikan terhadap parti Melayu yang menjadikan PN sebagai alternatif.
Kedua pecahan undi di kalangan orang Melayu sepertimana sebelumnya masih memperlihatkan kebarangkalian berlaku hayunan di mana ia berlaku secara ketara di kalangan pengundi baru dan muda.
Sebelumnya, kelompok ini masih belum boleh mengundi dan pecahan undi memihak kepada PH di samping kemerosotan sokongan orang Melayu terhadap UMNO sejak 2008 serta Pas yang masih bergantung kepada kekuatan sokongan setempat secara satelit. Namun begitu taburan undi yang diterima parti masing-masing masih lagi relatifnya seimbang.
Secara umum pecahan undi Melayu dalam beberapa pilihan raya memperlihatkan pola taburan undi yang diterima tidaklah konsisten kepada mana-mana parti, di sebalik kemerosotan pengaruh UMNO dan populariti mendadak PN.
Cuma PRU15 memperlihatkan keseimbangan tersebut telah berubah di sebalik ketidakseragaman pola pengundian orang Melayu dalam setiap pilihan raya.
Paling penting, kebangkitan politik etno-agama dan konservatisme Melayu di samping sentimen serta skeptikal orang Melayu terhadap PH terutamanya DAP yang berakar umbi sejak sekian lama menjadi faktor tertinggi untuk menjejaskan sokongan kelompok Melayu kepada PH.
Dengan DAP menjadi ‘sasaran utama’ serangan, kebarangkalian untuk ia meningkatkan sokongan kepada PN di kawasan Melayu amat besar. Malah dikhuatiri ia mungkin akan membawa kesan limpahan ke Selangor dan Negeri Sembilan.
Menjangkakan bahawa kerjasama ‘pakatan perpaduan’ PH-BN di sini dan menjadikan pertandingan satu lawan satu dengan PN dalam PRN akan menjadikan persaingan seimbang masih terlalu awal untuk diperkatakan.
Yang pasti, PN tidak boleh mengharap undi Melayu semata-mata untuk menawan Pulau Pinang. Tetapi kemampuan PN memenangi kesemua kerusi Melayu dalam PRN nanti akan lebih menyakitkan ‘pakatan perpaduan’ PH-BN kalaupun mereka masih kekal memerintah untuk penggal seterusnya.

Penulis ialah Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPPP), Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/04/kenapa-pn-yakin-boleh-menang-14-dun-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Dijangka Menang Lebih Banyak Kerusi Di Pulau Pinang

Pas Dijangka Menang Lebih Banyak Kerusi Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 26/4/2023 - jumlah : 224 hits
SHAH ALAM Penganalisis menjangkakan Pas akan mengekalkan kuasa di Kelantan Terengganu dan Kedah dan bakal memenangi lebih banyak kerusi di Pulau Pinang Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia Profesor Sivamurugan Pandian berkata jang...
Madani Untuk Pulau Pinang 1000 Pelajar Tahfiz Diberi Latihan Tvet

Madani Untuk Pulau Pinang 1000 Pelajar Tahfiz Diberi Latihan Tvet

papar berkaitan - pada 15/4/2023 - jumlah : 130 hits
GAMBAR HIASANHari ini YAB Perdana Menteri telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang yang pertama bagi tahun 2023 Beberapa keputusan telah diputuskan melibatkan tindakan menperkasa sosioekonomi dan modal insa...
Pulau Pinang Buat Pembenihan Awan Mulai Sabtu

Pulau Pinang Buat Pembenihan Awan Mulai Sabtu

papar berkaitan - pada 26/4/2023 - jumlah : 112 hits
Pulau Pinang buat pembenihan awan mulai Sabtu Dikemas kini 33 minit yang lalu Diterbitkan pada 25 Apr 2023 6 57PM
Bagusnya Kerajaan Madani Walau Dihentam Macamana Pun Kesabaran Itu Penting Asal Boleh Bercakap Kita Jemput

Bagusnya Kerajaan Madani Walau Dihentam Macamana Pun Kesabaran Itu Penting Asal Boleh Bercakap Kita Jemput

papar berkaitan - pada 15/4/2023 - jumlah : 189 hits
AL ABROR MOHD YUSUFmenjelang pru ke 15 dulu saya tercari2 calon manakah yg akan saya sokong hal itu kerana calon pn tu orang kampung saya rumahnya pun dekat dengan rumah omak ayah saya kemudian budak ni pun muncul la dengan gaya bercakap di...
20 Sampul Duit Raya Brand Anda Boleh Dapatkan Dengan Belanja Sempena Raya Ini

20 Sampul Duit Raya Brand Anda Boleh Dapatkan Dengan Belanja Sempena Raya Ini

papar berkaitan - pada 15/4/2023 - jumlah : 353 hits
Empire Sushi Raya Packet GiveawayBalik Kampung the most memorable and happy moment is listening to our Atuk Nenek or Pak Cik Mak Cik story telling about their young days Keep Calm and Get Ready to Balik Kampung With any purchase of RM35 per...
Menu Anak Reject Nasi Boleh Cuba Pasta Mi Memang Sedap Berkrim Dengan Pumpkin Sauce

Menu Anak Reject Nasi Boleh Cuba Pasta Mi Memang Sedap Berkrim Dengan Pumpkin Sauce

papar berkaitan - pada 15/4/2023 - jumlah : 236 hits
Ada masanya anak memang tolak nasi Mereka pun dah bosan dengan makanan utama yang sama setiap hari Menu ini khas untuk anak reject nasi Boleh cuba pasta dan mi pula mommies 4 menu ini dikongsi untuk ibu ibu cuba selamat mencuba Baca Juga SP...
Duit Simpan Rm 1 500 Boleh Jadi Aset Emas Rm 10 000

Duit Simpan Rm 1 500 Boleh Jadi Aset Emas Rm 10 000

papar berkaitan - pada 14/4/2023 - jumlah : 199 hits
Duit Simpan RM 1 500 Boleh Jadi Aset Emas RM 10 000Nampak macam tidak logik tetapi itulah hakikatnya Anda bertuah kerana dapat baca dan mengetahui mengenai peluang ini Ianya sesuai bagi anda yang mempunyai duit simpan yang tidak digunakan s...
Pengampunan Najib Boleh Runtuhkan Kerajaan Kata Kit Siang

Pengampunan Najib Boleh Runtuhkan Kerajaan Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 15/4/2023 - jumlah : 208 hits
PEMIMPIN veteran DAP Lim Kit Siang memberi amaran bahawa Kerajaan Perpaduan boleh runtuh sekiranya bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak diberikan pengampunan diraja Menjelaskan pendapatnya itu Kit Siang melihat masalah yang dihadapi...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord