Pas Desak Agc Rayu Hukuman Pada Iswardy Demi Wibawa Agong


malaysiakini.com
Diterbitkan: Jan 24, 2025 10:15 AM
Membandingkan beberapa kes lain melibatkan Yang di-Pertuan Agong, PAS hari ini menggesa Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan rayuan berhubung hukuman ke atas seorang pemimpin PKR Sarawak semalam

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari, berkata rayuan berkenaan penting "demi memelihara wibawa institusi Yang di-Pertuan Agong dan menjamin keadilan untuk semua rakyat".

Katanya berbanding apa yang dikenakan ke atas Iswardy Morni, hukuman ke atas buruh dan suri rumah sebelum ini adalah lebih berat.

Jika tiada rayuan dikemukakan, katanya, kerajaan akan dilihat memperlekehkan institusi diraja.

"Bandingkan kes ini dengan kes buruh dan suri rumah yang masing-masing dihukum penjara enam dan lapan bulan atas kesalahan serupa.

"Perbezaan ini menimbulkan persoalan besar mengenai keadilan serta ketelusan dalam pelaksanaan undang-undang.

"Adakah status politik atau kedudukan sosial menjadi faktor yang mempengaruhi hukuman?" katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Iswardy yang juga Pengarah Strategi Jabatan Pilihan Raya PKR Sarawak didenda RM5,000 kerana disabitkan bersalah menghina Agong kira-kira empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, M Edwin Paramjothy, berkata Iswardy memang membuat hantaran di Facebook dengan menujukannya kepada Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Dia juga menyatakan untuk pesalah kali pertama seperti Iswardy pada umumnya mendapat beberapa tahap mitigasi, kecuali untuk kes melibatkan kesalahan sangat teruk.

Hakim juga antara lain menegaskan tiada bukti menunjukkan bahawa tertuduh melakukan salah laku yang lazim atau berulang.

Iswardy, 48, diarah menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal melangsaikan denda tersebut.

Menurut Ahmad Fadhli, jika AGC tidak mengemukakan rayuan terhadap hukuman ke atas Iswardy, persepsi orang ramai bahawa kerajaan tidak serius mempertahankan institusi tertinggi negara akan bertambah tebal.

"Justeru, demi memelihara wibawa institusi Yang di-Pertuan Agong dan menjamin keadilan untuk semua rakyat tanpa mengira status, kerajaan mesti memastikan rayuan terhadap hukuman ini difailkan.

"Kegagalan berbuat demikian bukan sahaja mencemarkan nama baik institusi raja tetapi juga mengundang ketidakpercayaan rakyat terhadap kesungguhan kerajaan dalam menegakkan kedaulatan undang-undang," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/01/pas-desak-agc-rayu-hukuman-pada-iswardy.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Netizen Desak Hukuman Sebat Ke Atas Pembuli Oku Di Terengganu

Netizen Desak Hukuman Sebat Ke Atas Pembuli Oku Di Terengganu

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 177 hits
Terengganu 19 Januari Isu penderaan dan pembulian golongan Orang Kurang Upaya di Malaysia sekali lagi menjadi perhatian setelah sebuah video insiden pembulian seorang OKU tular di media sosial Kejadian yang dipercayai berlaku di Terengganu ...
Demi Untuk Servival Politik Pas Muhong Pun Tak Pa

Demi Untuk Servival Politik Pas Muhong Pun Tak Pa

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 130 hits
Desa HM Usaha2 utk menyelamatkan kerusi parlimen Kepala Batas akhirnya berjaya Denda lebih RM 800 ribu akhirnya berjaya dilangsaikan di dlm masa yg ditetapkan oleh mahkamah Semuanya dari hasil kutipan derma jihad dari ahli dan penyokong par...
Adendum Agong Adendam Pas

Adendum Agong Adendam Pas

papar berkaitan - pada 16/1/2025 - jumlah : 206 hits
Pada 2021 seorang Ahli Parlimen PAS telah mengundang kemurkaan Yang di Pertuan Agong ketika itu Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah lantaran pengumuman pembatalan Ordinan Darurat di parlimen PAS boleh lupa orang lain tidak lupa Dalam satu ...
Amanah Johor Pas Banyak Main Wayang Tak Munasabah Desak Pm Letak Jawatan

Amanah Johor Pas Banyak Main Wayang Tak Munasabah Desak Pm Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 143 hits
HarapandailyAMANAH Johor menyifatkan desakan supaya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan adalah perkara yang tidak munasabah Pengerusinya Aminolhuda Hassan berkata beliau mengikut rapat kes ini dan melihat tidak ada k...
Is The Addendum Fiasco The Last Chance For Pas Pn To Oust Anwar From Power

Is The Addendum Fiasco The Last Chance For Pas Pn To Oust Anwar From Power

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 334 hits
THE controversy surrounding Najib Razak s bid for house arrest has created political turbulence for Prime Minister Anwar Ibrahim s government and PAS is working hard to press for the downfall of the Madani government But politicians from PK...
Pas Bersatu Must Show United Front To Topple Govt Says Tun Faisal

Pas Bersatu Must Show United Front To Topple Govt Says Tun Faisal

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 142 hits
Bersatu information chief Tun Faisal Ismail Aziz said it is hard for Perikatan Nasional to topple the government based only on the public gatherings it had organised lately PETALING JAYA PAS and Bersatu must maintain a united front if they ...
Exploring The Underwater Caves Of The Yucat N Peninsula

Sekuriti Berjaya Menggagalkan Cubaan Seludup Siswi Ke Asrama Lelaki Apabila Mengesyaki Ada Sesuatu Dalam Beg

Buat Program Infaq Bagi Bantuan Sana Sini Tapi Akaun Tiktok Boikotpakmat Dakwa Pak Mat Western Liat Bayar Gaji Staf

Kek Lapis Penganan Pilah

Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk

Resort Ni Cantik Tepi Pantai Design Pun Estetik

Flood Situation In Sabah Worsens


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maher Zain Feat Harris J Qalbi Fil Madinah Chord

Marketing Semakin Mudah Chatbot Sudah Disediakan Untuk Bisnes Anda

Bawani S Ayer Kuning Bid Crucial For Putting Socialism On The National Agenda

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Siti Kasim Rallies Behind Psm Give Smaller Parties A Chance To Deliver Shocker In Ayer Kuning By Election

Dinda Dania Katana Chord