Pas Buat Keputusan Tolak Mn Kerana Umno Mungkir Janji


agendaily.com4/12/2021
Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata parti itu menolak gagasan MN kerana UMNO tidak mengikut piagam yang dipersetujui.
PAS hari ini membuat kenyataan terbuka yang menolak Muafakat Nasional (MN) kerana mendakwa UMNO tidak menepati janji yang termaktub dalam piagam gagasan yang dibentuk.

Setelah menolak kerjasama bersyarat yang dihulurkan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November lalu, parti Islam itu berpegang kepada janji untuk membawa parti lain dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai MN.

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata parti itu menolak gagasan MN kerana UMNO tidak mengikut piagam yang dipersetujui ketika kerjasama dua parti itu dibentuk.

Memetik laporan Utusan hari ini beliau berkata, berdasarkan piagam MN, dua parti itu sedia menerima parti-parti lain termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan NGO.

Menurutnya, namun malangnya apabila sampai peringkat pelaksanaan, kepimpinan UMNO hanya mahu parti itu dan PAS (sahaja) dalam MN.

“Bermakna ini sudah lari daripada perjanjian, ini tak betul sedangkan kita berpegang pada perjanjian. UMNO mahu PAS dan parti mereka sahaja dalam MN.

“UMNO tak boleh mengarahkan PAS kerana PAS parti tersendiri. Nak suruh PAS dengan UMNO sahaja (dalam MN) tak boleh, sebab kita dah berjanji dengan parti-parti lain, kita sudah tetapkan tarikh nak berjumpa dengan Bersatu dan parti lain, bahkan nak terima Bersatu masuk MN.

“PAS terbuka tetapi malangnya dia (pimpinan UMNO) nak PAS dengan UMNO sahaja, jadi tak bolehlah, PAS tak boleh diarah, PAS parti tersendiri, PAS bukan di bawah BN (Barisan Nasional),” katanya dipetik daripada laporan itu.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Program Mahabbah Rasulullah SAW sempena Maulidur Rasul di Dewan Majlis Daerah Selama, Sungai Bayor dekat Larut, Perak, hari ini.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri yang juga Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Sementara itu, dalam ucapannya di majlis tersebut, Abdul Hadi berkata, PAS akan melawan sesiapa sahaja jika ada pihak yang degil walaupun pihak berkenaan mempunyai kekuatan.

“Siapa pihak yang degil itu? Kita akan lihat nanti, tapi satu contoh sudah berlaku di Melaka (PRN) apabila UMNO degil kita lawanlah.

“Dalam PRU15 nanti tak tahu lagi. Boleh jadi UMNO kena fikir balik kerana dalam PRN Melaka undi kepada UMNO tak naik, undi ditakuk lama, bagaimana kalau semua keluar habis mengundi? Jadi dia (UMNO) kena fikir baliklah,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/12/pas-buat-keputusan-tolak-mn-kerana-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Tolak Mn Bererti Mereka Tidak Sudi Kerusi Pm Jatuh Kepada Umno

Pas Tolak Mn Bererti Mereka Tidak Sudi Kerusi Pm Jatuh Kepada Umno

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 197 hits
Apa yang sebahagian besar daripada kita faham ialah sebab utama Pas menolak Muafakat Nasional atau MN adalah semata mata kerana UMNO enggan menerima Bersatu menyertai gabungan itu Difahami juga pendirian Pas itu bukan saja kerana parti Isla...
Tiada Keputusan Tolak Mn Kata Mursyidul Am Pas

Tiada Keputusan Tolak Mn Kata Mursyidul Am Pas

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 312 hits
Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata PAS belum buat keputusan untuk menolak MN malah mahu memperkukuhkan gagasan itu yang dibentuk bersama Umno PETALING JAYA Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata parti itu belum mengambil sebarang keputusa...
Pas Tolak Muafakat Nasional Jika Umno Enggan Terima Bersatu Sertai Gagasan Itu

Pas Tolak Muafakat Nasional Jika Umno Enggan Terima Bersatu Sertai Gagasan Itu

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 284 hits
LARUT PAS menolak Muafakat Nasional jika UMNO enggan menerima BERSATU dan badan bukan kerajaan menyertai gagasan itu Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata berdasarkan piagam MN kedua dua parti itu sedia menerima parti lain termasuk ...
Pas Tolak Muafakat Nasional Kalau Hanya Libat Umno Hadi

Pas Tolak Muafakat Nasional Kalau Hanya Libat Umno Hadi

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 303 hits
On Nov 25 2021 Pas hanya bersedia menjadi penyelamat negara dengan konsep dan prinsip yang berasaskan kepada perjuangannya bagi menyelamatkan umat keseluruhannya Bukanlah disebabkan oleh orang tertentu atau kelompok dan puaknya semata mata ...
Abdul Hadi Tolak Mn Kerana Hanya Terikat Antara Pas Dan Umno Sahaja

Abdul Hadi Tolak Mn Kerana Hanya Terikat Antara Pas Dan Umno Sahaja

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 290 hits
MALAYSIA DATELINEPresiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Perikatan Nasional satu satunya menjadi gagasan politik yang lebih besar dan perlu berperanan dan berkuasa dalam negara yang mempunyai masyarakat majmuk ini Dalam Minda Presi...
Ditolak Pas Kemenangan Umno Di Melaka Sebenarnya Tiada Makna

Ditolak Pas Kemenangan Umno Di Melaka Sebenarnya Tiada Makna

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 196 hits
Walaupun UMNO mencapai kejayaan cemerlang dalam PRN Melaka Pas nampaknya langsung tidak terliur untuk kembali bersama parti itu untuk mengukuhkan semula Muafakat Nasional Pas kini jika difahami kenyataan terbaru Presiden Pas Hadi Awang tela...
Pas Tidak Boleh Paksa Umno Terima Bersatu Dengan Gunakan Mn

Pas Tidak Boleh Paksa Umno Terima Bersatu Dengan Gunakan Mn

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 222 hits
Pas tidak boleh paksa UMNO terima Bersatu dengan gunakan MN PAS tidak boleh menggunakan Muafakat Nasional untuk memaksa UMNO menerima Bersatu kerana kedua dua parti itu adalah seteru politik yang nyata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Moha...
Hadi Bidas Umno Tak Tunai Janji Terima Bersatu Dalam Mn Jangan Fasiq

Hadi Bidas Umno Tak Tunai Janji Terima Bersatu Dalam Mn Jangan Fasiq

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 281 hits
agendaily com9 12 2021Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata parti itu menolak gagasan MN kerana UMNO tidak mengikut piagam yang dipersetujui Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang sekali lagi mengkritik UMNO yang tidak menepati janji...
Dugaan Pagi Khamis

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

Sambal Bendi Goreng


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Beza Term Deposit I Dengan Saving Pot Aeon Bank

Hukum Tajwid Surat Al Fatihah Ayat 1 7 Dan Arti Perkata

Beli Di Sini Https Vt Tiktok Com Zsrnvanvd

Pengarah Moe Lebih 1 700 Pelajar Gagal Semua Subjek Spm Ada Yang Kerja Malam

Peragut Dikejar 12km Akhirnya Tumpas Di Tangan Penghantar Makanan

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Mohon Maaf Kepada Ahli Parlimen Dap