Pas Bantu Mangsa Paya Jaras Atas Dasar Kemanusiaan


Manzaidi Mohd Amin Zaharudin Muhammad

KUALA LUMPUR – Pas Sungai Buloh secara konsisten membantah sebarang pencerobohan tanah kerajaan sehingga memberikan kesan buruk kepada kepentingan awam seperti banjir, pencemaran dan seumpamanya.

Namun, Pas kawasan itu juga secara konsisten membantu penduduk yang rumah mereka dirobohkan oleh kerajaan Selangor baru-baru ini atas dasar kemanusiaan.

Yang Dipertuanya, Zaharudin Muhammad menegaskan, dakwaan Menteri Besar, Amirudin Shari kononnya Pas cuba menangguk di air keruh dengan kejadian itu adalah tidak benar sama sekali.

Katanya, jika mereka menangguk di air keruh, nescaya Pas akan menghalang rundingan penduduk dengan kerajaan negeri sebelum perobohan dilakukan.

Tetapi sebaliknya Pas menggesa dan menyokong penduduk berunding dengan kerajaan sebagaimana yang terjadi pada 4 September lalu.

“Malah, kita turut gembira dengan keputusan penangguhan perobohan yang dicapai kedua pihak hasil dari perbincangan itu.

“Mendengar tangisan anak kecil, ibu yang merintih, ada bapa digari, tiada tempat berteduh selepas perobohan, cuaca jerebu yang teruk, hujan melanda di sebelah petangnya, menjadikan mangsa roboh tiada pembelaan dan boleh berlakunya krisis kemanusiaan.

“Suasana inilah memaksa Pas bersama penduduk tempatan membantu, melindungi dan menyediakan makanan sehingga mereka betul-betul stabil dan trauma mereka hilang,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Pada Rabu lalu, lebih 30 buah rumah berhampiran Sungai Kedondong, Paya Jaras Hilir yang dibina di atas tanah rizab milik kerajaan Selangor dirobohkan bagi meneruskan projek meluaskan sungai di tepi kawasan perumahan.

Projek meluaskan sungai tersebut sudah lama dijalankan namun terpaksa ditangguh beberapa kali susulan rayuan penduduk kampung.

Menurut Zaharudin, sekalipun kerajaan negeri melabelkan pihak yang membantu penduduk itu sebagai menangguk di air keruh, Pas tetap membantu mereka yang lemah tanpa pembelaan.

Katanya, lebih mengecewakan apabila menteri besar memfitnah keluarga terbabit sebagai pendatang tanpa izin dan degil untuk berpindah walaupun sudah diberi notis dan arahan.

“Apa yang dapati ada dokumen dari wakil rakyat kawasan itu, Khairuddin Othman membantah pemindahan itu dan menggesa penduduk supaya terus menetap di situ.

“Surat bertarikh 12 Julai 2016 bertajuk “Bantahan terhadap sebarang tindakan perobohan ke atas 153 rumah kediaman di Kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh” itu membuktikan Khairuddin waktu itu membantah perobohan bukan meminta tangguh perobohan.
Status akaun Facebook ADUN Paya Jaras, Khairuddin Othman bertarikh 3 Julai 2016 memberi jaminan kepada penduduk.“Bahkan, dalam Facebooknya bertarikh 3 Julai 2016 membuat status, ‘jangan keluar dari rumah dan tunggu arahan saya selanjutnya’,” kata beliau.

Kenyataan itu menjadikan penduduk yakin mereka berhak berada di situ sehingga notis Ogos 2019 dikeluarkan supaya mengosongkan rumah dalam tempoh 30 hari.

Permintaan penduduk ialah menangguhkan perobohan sehingga November ini bukan permintaan mereka untuk terus kekal di situ.

“Namun, Menteri Besar dan Khairudin sendiri termasuk beberapa Exco kerajaan dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang lain menggambarkan seolah penduduk berdegil enggan berpindah sehingga menjadikan mereka sebagai punca banjir.

“Jika berlaku banjir kerugian dan akibat projek yang tidak dapat dijalankan, kami melihat ADUN Paya Jaras dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (bekas menteri besar ketika itu) adalah turut terlibat kerana penangguhan itu dilihat berpunca daripada bantahan oleh Kharuddin sendiri melalui surat rasminya pada 12 Julai 2016,” ujarnya.

Beliau berkata, Pas Sungai Buloh telah menghantar surat kepada Khairuddin untuk mengajaknya bertemu dan berbincang tetapi pejabat wakil rakyat itu ditutup. – MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/pas-bantu-mangsa-paya-jaras-atas-dasar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perobohan Di Paya Jaras Itu Disokong Oleh Pas Sejak Awal

Perobohan Di Paya Jaras Itu Disokong Oleh Pas Sejak Awal

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 454 hits
PEROBOHAN PAYA JARAS ITU DISOKONG OLEH PAS SEJAK AWAL Perobohan Kampung Kedondong di Paya Jaras telah ditangguk oleh PAS kononnya nak tunjuk mereka membela nasib orang Melayu yg ditindas oleh kerjaaan negeri Pakatan Harapan Malangnya ini za...
Selangor Mb Offers Sarcastic Praise On Paya Jaras Situation

Selangor Mb Offers Sarcastic Praise On Paya Jaras Situation

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 296 hits
Selangor Menteri Besar Amirudin Shari today sarcastically thanked those have raised the issue of the demolition of 30 houses in Paya Jaras Sungai Buloh He said the state government had actually offered assistance to help deal with the displ...
Isu Memali Timbul Untuk Pecahkan Pas Umno Kata Anak Mangsa

Isu Memali Timbul Untuk Pecahkan Pas Umno Kata Anak Mangsa

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 222 hits
Tiga puluh empat tahun sudah berlalu namun peristiwa hitam yang dilalui penduduk Kampung Memali di Baling Kedah masih segar dalam ingatan Rata rata penduduk berpendapat insiden yang berlaku pada tanggal 19 Nov 1985 itu bukan isu kecil dan t...
Isu Sebenar Perobohan Rumah Paya Jaras

Isu Sebenar Perobohan Rumah Paya Jaras

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 611 hits
Isu Sebenar Perobohan Rumah Paya Jaras Operasi merobohkan rumah berhampiran Sungai Kedondong Paya Jaras yang dibina di atas tanah rizab milik kerajaan Selangor dilaksanakan mengikut prosedur ditetapkan dengan penyerahan notis awal kepada pe...
Kronologi Perobohan Paya Jaras Dan Tindakan Penyelesaian Masalah

Kronologi Perobohan Paya Jaras Dan Tindakan Penyelesaian Masalah

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 904 hits
KRONOLOGI 1 Pada 18 September 2019 kerajaan Selangor melaksanakan kerja kerja perobohan rumah rumah di Sungai Kedondong Paya Jaras atas alasan Ia adalah penempatan haram Di dirikan di atas tanah rezab kerajaan Projek tebatan banjir bagi men...
Saya Tak Hilang Adun Paya Jaras

Saya Tak Hilang Adun Paya Jaras

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 374 hits
Amir Abd Hamidamir hamid mediaprima com myMOHD KHAIRUDDIN FOTO Arkib NSTPTIDAK hilang sebaliknya dinasihatkan pasukan keselamatan supaya tidak tampilkan diri di lokasi perobohan rumah buat sementara waktu Itu kata Ahli Dewan Undangan Negeri...
Nak Anjur Kongres Maruah Melayu Tapi Maruah Melayu Yang Tergadai Di Paya Jaras Tak Dibela

Nak Anjur Kongres Maruah Melayu Tapi Maruah Melayu Yang Tergadai Di Paya Jaras Tak Dibela

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 564 hits
Ke mana hilangnya sikap kemanusiaan dan pudarnya sikap bertanggungjawab sebagai manusia apabila ianya terserlah dalam isu perobohan rumah yang didiami rakyat berhampiran Sungai Kedondong Paya Jaras Sungai Buloh minggu lalu Timbalan Ketua UM...
Umno Pas Harapan Atas Kegagalan Ph Orang Bukan Islam Tak Perlu Takut

Umno Pas Harapan Atas Kegagalan Ph Orang Bukan Islam Tak Perlu Takut

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 269 hits
MALAYSIAKINI Tiba esok ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur akan menjadi saksi kepada perikatan dua parti yang suatu ketika dulu musuh ketat yang bertaut setelah musuh bersama Pakatan Harapan menang pada PRU lalu Sele...
Jangan Bantu Mangsa Kemalangan Yang Pengsan Dan Terbaring

Jangan Bantu Mangsa Kemalangan Yang Pengsan Dan Terbaring

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 428 hits
Jangan bantu mangsa kemalangan yang pengsan dan terbaring Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Haa jangan terkejut pula baca tajuk tu Bukannya nak halang daripada bantu mangsa kemalangan yang pengsan atau terbaring tapi ada reason ny...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba