Jangan Bantu Mangsa Kemalangan Yang Pengsan Dan Terbaring


Jangan bantu mangsa kemalangan yang pengsan dan terbaring! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Haa.. jangan terkejut pula baca tajuk tu. Bukannya nak halang daripada bantu mangsa kemalangan yang pengsan atau terbaring tapi ada reason nya tersendiri. Walaupun kita ikhlas nak bantu mangsa tapi nope! Tak boleh bantu sembarangan jika tiada ilmu!

Takut nanti kita yang menjadikan mangsa lebih parah. Dan tak mustahil action kita yang suka suka alihkan mangsa kemalangan akan lead to death! Nauzubillahi min zalik~

Habistu? Takkan nak tinggal begitu saja? Nak biar mangsa terkontang kanting di tepi jalan?

Uishhh takk.

Ada cara-cara yang betul, tepat dan jitu jika nak membantu.

Saya nak ulas panjang-panjang pun tak pandai hahaha sebab tak cukup ilmu dalam bab ni.

So, jom baca satu artikel yang saya jumpa dari akhbar berkaitan pertolongan dan bantuan yang sepatutnya yang kita perlu hulurkan pada mangsa kecederaan.

Lets!


Jangan bantu mangsa kemalangan yang pengsan dan terbaring!Jangan bantu mangsa kemalangan yang pengsan dan terbaringMangsa bergelimpangan, ada yang berlumuran darah, mengerang kesakitan dan tidak sedar diri. Ini merupakan situasi  yang mungkin berlaku jika anda berhadapan dengan suasana kemalangan jalan raya.
Persoalannya, apakah yang perlu anda lakukan? Apa yang kita boleh buat untuk membantu?
Menurut kajian Institut Penyelidikan Pengangkutan, Universiti Michigan Amerika Syarikat mengkaji pada Februari 2014, Malaysia menduduki tempat ke-17 teratas dalam kadar kematian jalan raya di dunia.
Kajian ini berdasarkan data tahun 2008 daripada Kesatuan Kesihatan Sedunia (WHO) yang turut melibatkan 193 negara yang lain.
Mengulas tentang kemalangan jalan raya, Timbalan Ketua Pegawai Kejururawatan Hospital Pakar KPJ Tawakkal, Dr. S. Goventhamah menasihatkan jika anda adalah orang awam yang tidak mengetahui cara melakukan perawatan awal dan perawatan kecemasan yang betul, tak perlu bantu.
Kerana membantu tanpa ilmu boleh menyebabkan keadaan mangsa akan bertambah teruk.
"Rawatan kecemasan dapat menyelamatkan nyawa mangsa kemalangan jika semua pihak yang terlibat bertindak pantas. Ini boleh dilakukan sekiranya anda melakukan beberapa langkah termasuk memberhentikan kenderaan jika anda orang pertama melihat kemalangan.
Namun, anda tidak perlu memberhentikan kenderaan dengan niat ingin membantu (selain jika anda seorang paramedik terlatih) jika anda lihat orang awam mengerumuni mangsa.
Kerana tindakan itu hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas seterunya menyukarkan ambulans untuk sampai kepada mangsa".
Bentuk Bantuan Yang Betul kepada Mangsa KemalanganSebagai orang pertama yang melihat mangsa kemalangan jalan raya, anda boleh menenangkan mangsa serta ahli keluarga selain bertindak mengawal lalu lintas.
Dinasihatkan juga supaya telefon segera panggilan kecemasan 999 dan terangkan dengan terperinci setiap soalan yang ditanya agar setiap soalan yang ditanya dapat memudahkan pihak hospital dan bomba yang memberi maklum balas bersedia dengan peralatan dan pasukan yang cukup.
Pengurus Unit Perkhidmatan Kemalangan dan Kecemasan Hospital Pakar KPJ Tawakkal, Balreet Kaur menasihatkan kepada netizen Malaysia..
1. Jika mangsa mampu bergerak tetapi dalam keadaan lemah, bantu mangsa dan alihkannya di tepi jalan atau tempat yang lebih selamat.
Kemudian, alihkan serpihan-serpihan bekas kemalangan yang mungkin berbahaya dan boleh memudaratkan.
2. Jika mangsa tidak sedarkan diri, cuba kejut pesakit dengan menepuk kedua bahu pesakit.
Jangan sesekali cuba mengalihkan pesakit kerana ia mungkin akan menambahkan komplikasi kepada mangsa seperti kepatahan tulang cervical (leher).
[TIPS] Cara Mudah Tahu Keadaan Mangsa Kemalangan Tanpa Perlu Pegang
Sekiranya anda tiada kemahiran paramedik, jangan bantu mangsa yang pengsan dan terbaring. Anda mungkin menambahkan lagi kecederaan mereka.
Jika mangsa masih sedar, bercakap dengan mangsa untuk pastikan dia tidak pengsan. Cuba bertanya cara untuk menghubungi warisnya.
Anda boleh juga membantu memberitahu keadaan mangsa dengan cara kaedah AVPU:
Alert - sedar sepenuhnyaVerbal - sedar bila dikejutkan denan percakapan kuatPainful - sakit bila bergerakUnresponsive - tidak sedarkan diri
Untuk mengetahui tahap pernafasan mangsa, anda boleh guna teknik look, listen and feel.
Look - lihat dada mangsa sama ada bergerak naik dan turun atau tidakListen - dengar pernafasan mangsa menggunakan telingaFeel - rasa pernafasan mangsa dengan meletakkan pipi berhampiran mulut mangsa
Kesemua ini adalah cara mudah dan ringkas untuk mengetahui keadaan mangsa tanpa perlu memegang mereka.
Jangan berbuat sesuatu yang anda tidak pasti kerana anda mungkin menambahkan tahap kecederaan mangsa.
Jika pasukan perubatan telah tiba, berikan laluan dan biarkan pasukan perubatan melakukan proses menyelamat.
Langkah Selanjutnya di Unit Kemalangan dan Kecemasan
Semasa dalam perjalanan menggunakan ambulans, mangsa sudah dikategorikan mengikut tahap kecederaan yang dialami:
Gelang merah - mangsa yang memakai gelang merah akan dibawa ke bilik rawatan segera dan diutamakan kerana mangsa mengalami kecederaan kritikal. mereka yang tidak sedarkan diri dan serius akan dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Gelang kuning - mangsa yang cedera separa kritikal dan kebanyakan mereka berada dalam keadaan sedar.
Gelang hijau - mangsa yang mengalami kecederaan ringan dan akan diberi rawatan lanjut di wad biasa.
Gelang hitam - digunakan untuk mangsa yang telah disahkan mati di tempat kejadian.


Sumber: Mingguan Malaysia 1 September 2019 (segmen Kesihatan)
Moga bermanfaat~!
Till next time, daa~ wassalam! :)





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sayidahnapisah.com/2019/09/jangan-bantu-mangsa-kemalangan-yang-pengsan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Bantu Mangsa Paya Jaras Atas Dasar Kemanusiaan

Pas Bantu Mangsa Paya Jaras Atas Dasar Kemanusiaan

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 413 hits
Zaharudin Muhammad KUALA LUMPUR Pas Sungai Buloh secara konsisten membantah sebarang pencerobohan tanah kerajaan sehingga memberikan kesan buruk kepada kepentingan awam seperti banjir pencemaran dan seumpamanya Namun Pas kawasan itu juga se...
Mangsa Memang 50 50 Masa Tu Penunggang Motosikal Kemalangan Baju Hujan Tersangkut Di Tayar

Mangsa Memang 50 50 Masa Tu Penunggang Motosikal Kemalangan Baju Hujan Tersangkut Di Tayar

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 490 hits
Viral di media sosial sejak semalam klip video seorang penunggang motosikal kemalangan selepas baju hujannya tersangkut pada tayar motosikal Menurut Fatin Khalidah Mohamad Kholim berkata kejadian itu berlaku di depan matanya sendiri dan dia...
Awas Jangan Tertipu Sindiket Pura Pura Simpati Dipercayai Tipu Mangsa Dengan Tawaran Pinjaman Wang Mudah

Awas Jangan Tertipu Sindiket Pura Pura Simpati Dipercayai Tipu Mangsa Dengan Tawaran Pinjaman Wang Mudah

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 627 hits
Bagai menangguk di air keruh satu sindiket mengambil kesempatan atas kesempitan individu yang terdesak untuk mendapatkan wang segera dengan tawaran pinjaman kewangan yang tidak wujud melalui prosedur mudah cepat dan faedah yang rendah Kumpu...
Sudah Jangan Nangis Uncle Belanja Netizen Terharu Dengan Kebaikan Driver Mycar Ini Bantu Student Uitm

Sudah Jangan Nangis Uncle Belanja Netizen Terharu Dengan Kebaikan Driver Mycar Ini Bantu Student Uitm

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 331 hits
Baru baru ini seorang pengguna Twitter berkongsi mengenai kisah seorang pemandu Grab yang baik hati dan membantunya apabila dia ditimpa kesusahan mengundang rasa terharu netizen Ninie Kamarudin mahasiswi UiTM Shah Alam bersyukur dipertemuka...
Telkomsel Bantu Pegadaian Transformasi Operasional Digital Perusahaan

Telkomsel Bantu Pegadaian Transformasi Operasional Digital Perusahaan

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 217 hits
Kolaborasi antara Telkomsel dengan Pegadaian ditandai dengan acara penandatanganan Nota Kesepahaman Sinergi BUMN di Jakarta belum lama ini
Cerita Ananda Badudu Bantu Galang Dana Dan Ambulans Saat Demo

Cerita Ananda Badudu Bantu Galang Dana Dan Ambulans Saat Demo

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 217 hits
Cerita Ananda Badudu Bantu Galang Dana dan Ambulans Saat Demo Meski demikian masih kata dia timnya mengambil keputusan untuk membantu dalam hal memberikan bantuan ambulans
Netizen Puji Zizan Razak Bantu Selamatkan Pemandu Tertidur Dalam Kereta

Netizen Puji Zizan Razak Bantu Selamatkan Pemandu Tertidur Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 381 hits
Pelakon dan pelawak Zizan Razak berkongsi detik cemas saat dia dan beberapa orang awam membantu menyelamatkan seorang pemandu yang tertidur hampir 30 minit dalam sebuah kereta BMW di satu persimpangan lampu isyarat di Georgetown Pulau Pinan...
Piji Mana Piji Tolong Bantu Guan Eng Kejap

Piji Mana Piji Tolong Bantu Guan Eng Kejap

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 294 hits
Guan Eng kata hutang negara yang bertambah dengan cepat boleh memberi impak positif dan negatif bergantung bagaimana ia dilihat Dia kata hutang bertambah tidak boleh dielakkan kerana ia perlu untuk pembangunan negara dan itulah sebab defisi...
The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Consultant

Cara Cuci Kerang


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Bos Kongsi Rezeki

Ejoy Nadia Feat Adik Waniey Abe Dekut Adik Ngaju Chord

Xtnt Setia Chord

Buah Cempedak Di Luar Pagar

Controloc Kegunaan Dos Dan Kesan Sampingan