Kronologi Perobohan Paya Jaras Dan Tindakan Penyelesaian Masalah


KRONOLOGI | 1. Pada 18 September 2019, kerajaan Selangor melaksanakan kerja-kerja perobohan rumah-rumah di Sungai Kedondong, Paya Jaras atas alasan;

📌 Ia adalah penempatan haram. Di-dirikan di atas tanah rezab kerajaan.

📌 Projek tebatan banjir bagi mengatasi masalah banjir di kawasan Paya Jaras.



2. Menurut kenyataan Adun Paya Jaras, Khairuddin Mohd Othman;

📌 Projek tebatan banjir dirancang sejak 2008 lagi.

📌 Notis pertama dikeluarkan oleh JPS pada tahun 2015.

📌 Pada ketika itu, kerajaan negeri tidak mahu menganggu penduduk kerana tidak mempunyai tawaran rumah sebagai ganti.

📌 Namun selepas rundingan dilakukan, mereka berhasil menawarkan rumah SelangorKu kepada Paya Jaras Hilir, dan tawaran kepada penduduk dibuat pada 2 Ogos 2019, seterusnya notis perobohan kemudiannya dihantar pada 5 Ogos 2019.

📌 Wakil penduduk, Azroy Abdul Manaf dikatakan telah berjumpa dengan ADUN Paya Jaras dan meminta penangguhan atas alasan terdapat anak-anak di situ yang sedang menduduki peperiksaan penting dan permintaan itu diterima oleh ADUN itu.

📌 Seterusnya kerja-kerja perobohan pada 18 September 2019 hanya melibatkan rumah yang tiada terdapat anak-anak yang sedang menghadapi peperiksaan penting.

📌 ADUN Paya Jaras juga berkata, beliau membantah suatu masa dulu kerana tiada tawaran rumah diberikan. Namun selepas menawarkan rumah, penduduk perlu berpindah dengan menamakan penduduk di Kampung Kubu Gajah sebagai contoh. 

 📌 Kegagalan berpindah juga akan menyebabkan kerajaan menanggung kos sebanyak RM2juta bayaran kepada kontraktor jelas Khairuddin lagi.

📌 Khairuddin juga berkata terdapat penduduk Paya Jaras yang enggan mengisi borang tawaran rumah SelangorKu kerana mengharapkan pampasan yang lainnya. 

3. Kenyataan Khairuddin kemudiannya disambut oleh Menteri Besar Selangor dan Ustazah Mariam, Pengerusi Kebajikan Amanah Selangor.

📌 Menurut Amiruddin, kerajaan telah menawarkan pampasan berupa tawaran rumah SelangorKu dan pampasan perpindahan.

📌 Amiruddin juga menyindir sesetengah pihak yang disifatkannya sebagai menangguk di air yang keruh - ini dipercayai ditujukan kepada PAS dan UMNO.

📌 Sementara itu Ustazah Mariam berkata PDT Petaling Jaya telah mengeluarkan notis sebanyak dua kali, kali pertama pada 12 Mei 2016 dan kali kedua pada 5 Ogos 2019. Notis kedua mempunyai tempoh sebanyak 30 hari di mana penduduk perlu mengosongkan premis bagi memberikan laluan kepada kerja-kerja perobohan.

📌 Hasil mesyuarat kerajaan negeri bertarikh 22 Februari 2017 mengarahkan kerja-kerja penguatkuasaan ditangguhkan sehingga kerajaan dan penduduk berjaya mencari jalan penyelesaian bersama.

📌 82 penduduk telah ditawarkan rumah SelangorKu dan kerja perobohon yang sepatutnya dijalankan pada 5 September ditangguhkan kepada 16 September 2019.

📌 Operasi perobohan dimulakan dengan fasa D, kemudiannya C dan A dan B.

Sebaran pro kerajaan;

 
4. Media sosial kemudiannya menyaksikan dua kem yang bertelagah, berperang besar - dimana mangsa perobohan rumah dijadikan alat politik bagi kedua-dua belah pihak. Satu pihak mencaci maki mangsa perobohan sebagai warga asing (PATI, BOYAN), menumpang tanah kerajaan, tak sedar diri, manakala satu pihak yang lain pula menggunakan isu tersebut untuk mengajak orang ramai menolak PH dan mendoakan bala buat kerajaan Selangor. 

5. Menurut penjelasan yang diberikan oleh Azroy, wakil penduduk Paya Jaras;

📌 Plot A mempunyai geran dan menuntut pampasan sesuai dengan tanah yang mereka miliki. Manakala plot B, C dan D sama sekali tidak mempunyai geran dan tidak menuntut apa-apa pampasan kerana menyedari menumpang di tanah kerajaan.

📌 Mereka hanya menuntut dua perkara kemanusiaan memandangkan mereka tiada hak dari segi undang-undang iaitu; 

i) 3 pilihan penangguhan. Yang pertama : Tangguhkan sehingga rumah SelangorKu siap dibina. 

Yang kedua : Tangguhkan selama setahun.

Yang ketiga : Tangguhkan perobohan sehingga bulan November atau hujung tahun 2019 bagi memberikan masa untuk mencari rumah sewa.

📌 Jangan robohkan rumah dimana terdapat anak-anak yang terlibat dalam peperiksaan penting supaya tidak diganggu tumpuan mereka. Agak sukar jika mereka perlu berpindah pada ketika itu kerana dibimbangi menghadapi beberapa kesukaran seperti lokasi rumah yang jauh dari sekolah dan sewaktu dengannya. 

📌 Azroy juga mempersoalkan sikap Adun Paya Jaras yang enggan bersemuka dengan penduduk selepas kerja-kerja perobohan dijalankan sedangkan YB Sivarasa pun boleh turun dan memberikan beberapa bantuan.
 
📌 Sebagai rekod, Azroy menyatakan kerja-kerja penangguhkan diuruskan oleh YB Sivarasa menerusi khidmat pembantunya dan satu mesyuarat sepatutnya dijadualkan untuk Azroy bertemu dengan Menteri Besar Selangor dan Adun Paya Jaras namun kedua-dua mereka tidak mahu bertemu dengannya.

📌 Azroy juga menepis tanggapan dan dakwaan penduduk Paya Jaras ialah warga asing. Hal itu menjadi polemik di media sosial. Pro kerajaan mengejek mereka sebagai boyan dan PATI manakala pro pembangkang berkata jika mereka ialah warga asing kenapa bukan pihak immigresen yang menanggani insiden dan kenapa pula kerajaan perlu tawarkan rumah. Bukankah ini kontradiks dengan dakwaan pro kerajaan? Untuk rekod, sehingga ke hari ini tiada mana-mana kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan Selangor yang mengesahkan dakwaan penduduk Paya Jaras ialah warga asing.

📌 Azroy juga menunjukkan bukti bersurat dimana penduduk yang mendiami di lot tersebut membayar cukai tafsiran setiap tahun. 

📌 Azroy juga menjelaskan dakwaan Adun Paya Jaras bahawa notis pertama adalah bertarikh 2016 dan bukannya 2015 seperti sebaran media sebelumnya. Surat notis juga ditunjukkan sebagai bukti dan ini selari dengan kenyataan Pengerusi Kebajikan Amanah yang berkata notis pertama dikeluarkan pada Mei 2016. Dan bukannya 2008 ataupun 2015. 



📌 Azroy juga merayu kepada kerajaan untuk mempertimbangkan keadaan mangsa-mangsa perobohan seperti ibu tunggal yang mana anaknya berpenyakit sawan, bayi sekecil 4 bulan yang kehilangan rumah, pesakit kanser dan bapa yang baru selesai pembedahan. Menurut Azroy kesemua mangsa kehilangan rumah meskipun menghadapi masalah kesihatan dan kewangan.

📌 Azroy juga merayu agar kerajaan memberikan S&P kepada semua pihak yang terlibat dalam tawaran rumah SelangorKu. Setakat tinjauan mereka, tanah yang dikatakan akan mendirikan rumah SelangorKu tidak menjalankan kerja-kerja pembinaan rumah. Rumah mereka sepatutnya siap dimasuki pada tahun 2021. 

6. Bagi meredakan kesulitan yang dihadapi oleh penduduk Paya Jaras, beberapa pihak kemudiannya tampil menghulurkan bantuan. NGO dan wakil parti politik. Unit Amal menyediakan khemah supaya penduduk dapat berteduh sementara dan memasak setiap hari.

7. Pimpinan PAS dan UMNO serta Najib pula menggesa agar kerajaan memberikan penempatan sementara sehingga rumah SelangorKu siap dibina. Menurut PAS, rakyat bukannya itik yang boleh dihalau begitu sahaja.

Sebaran blok pembangkang;



8. Media sosial pada ketika ini terus bergaduh dua kem sesama mereka dengan kali ini pro kerajaan mengaitkan kenapa PAS tidak membela nasib Paya Jaras ketika menjadi kerajaan negeri manakala pro pembangkang pula mempersoalkan sejak bila Paya Jaras dirobohkan ketika PAS sebahagian dari kerajaan negeri? Bukankah kerja-kerja perobohan ditangguhkan? Dan mereka juga menyebarkan keratan berita di mana kerajaan negeri memberikan tanah kepada orang cina dan merampas tanah dari orang melayu. Poster perbandingan antara layanan Kuil Seafield orang India dan perobohan rumah orang melayu juga disebarkan sebagai bahan kritikan. 

9. Lembaga Zakat kemudiannya tampil memberikan bantuan dan mengadakan bancian - mungkin disebabkan hebahan media di mana terdapat orang yang benar-benar susah dan kehilangan rumah tidak mampu menghadapi musibah itu. 

10. Menurut kenyataan Lembaga Zakat Selangor, mereka tidak mahu peduli siapa roboh rumah siapa dan apa puncanya, yang mereka mahu utamakan ialah membantu mangsa-mangsa yang terjejas. LZS membuat bancian dan akan menawarkan bantuan perumahan dan kewangan kepada mereka yang layak. 

11. Namun kenyataan YB Khairuddin kononnya bantuan rumah yang ditawarkan oleh LZS ditolak oleh penduduk membuatkan hal itu menjadi polemik di sosial media. LZS sama sekali tidak pernah membuat kenyataan seumpama itu dan hal tersebut juga dinafikan oleh mangsa perobohan di Paya Jaras.

12. Kementerian Perumahan Zuraidah pula menghulurkan bantuan dengan mengatakan kerajaan akan menawarkan rumah PPR kepada mangsa-mangsa perobohan bagi membantu mereka mendapatkan kediaman. Ini hanya terlibat bagi penduduk yang memohon rumah SelangorKu namun ditolak kerana masalah pembiayaian bank. Menurut Zuraidah, KPKT akan menggunakan saluran PPR, rumah mampu milik dan SelangorKu (saringan kali kedua) supaya penduduk terjejas mendapatkan rumah. 

Antara yang ditolak kerana masalah pinjaman;



13. Untuk rekod, pihak kami cuba mendapatkan pandangan authoriti berkenaan pampasan dan rumah yang ditawarkan kepada penduduk Paya Jaras bagi menyemak fakta yang disebarkan oleh beberapa pihak di laman sosial sejak beberapa hari yang lalu.

Dan berikut adalah jawapan yang kami terima;

📌 Plot yang mempunyai geran ialah plot A sahaja. Manakala B, C dan D tidak mempunyai geran sama sekali.

📌 82 buah keluarga telah ditawarkan rumah SelangorKu berharga RM42,000. Bagaimanapun ini tertakluk ke atas kelulusan pinjaman bank.

 📌 Rumah tersebut dijangka akan siap pada 2021.

📌 Tiada bayaran kos perpindahan sebanyak RM7,000 kerana mereka telah ditawarkan rumah SelangorKu yang mana melepasi proses tapisan dan melanggar barisan menunggu pihak lain.

📌 Terdapat kategori perobohan rumah atas tanah bergeran kerana stuktur binaan didirikan di atas tanah kerajaan - maknanya dah keluar dari geran atau sempadan yang ditetapkan. Maka kerja-kerja perobohan dilakukan. 

Demikianlah laporan kami.


Sumber rujukan :

https://www.sinarharian.com.my/article/48856/BERITA/Nasional/Roboh-rumah-KPKT-sedia-bantu-penduduk-miliki-rumah

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/09/499021/jangan-politikkan-isu-paya-jaras-hilir

https://selangorkini.my/2019/09/roboh-rumah-haram-paya-jaras-demi-atasi-banjir/

https://www.youtube.com/watch?v=WoUy25fkxNg 

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-roboh-rumah-kenapa-tidak-bincang-elok-elok-rizam-217897 

https://www.utusan.com.my/berita/2.686/roboh-rumah-segala-galanya-mengikut-prosedur-dan-sop-khairuddin-1.973238

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/09/kronologi-perobohan-paya-jaras-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Sebenar Perobohan Rumah Paya Jaras

Isu Sebenar Perobohan Rumah Paya Jaras

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 607 hits
Isu Sebenar Perobohan Rumah Paya Jaras Operasi merobohkan rumah berhampiran Sungai Kedondong Paya Jaras yang dibina di atas tanah rizab milik kerajaan Selangor dilaksanakan mengikut prosedur ditetapkan dengan penyerahan notis awal kepada pe...
Perobohan Di Paya Jaras Itu Disokong Oleh Pas Sejak Awal

Perobohan Di Paya Jaras Itu Disokong Oleh Pas Sejak Awal

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 434 hits
PEROBOHAN PAYA JARAS ITU DISOKONG OLEH PAS SEJAK AWAL Perobohan Kampung Kedondong di Paya Jaras telah ditangguk oleh PAS kononnya nak tunjuk mereka membela nasib orang Melayu yg ditindas oleh kerjaaan negeri Pakatan Harapan Malangnya ini za...
Saya Tak Hilang Adun Paya Jaras

Saya Tak Hilang Adun Paya Jaras

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 370 hits
Amir Abd Hamidamir hamid mediaprima com myMOHD KHAIRUDDIN FOTO Arkib NSTPTIDAK hilang sebaliknya dinasihatkan pasukan keselamatan supaya tidak tampilkan diri di lokasi perobohan rumah buat sementara waktu Itu kata Ahli Dewan Undangan Negeri...
Selangor Mb Offers Sarcastic Praise On Paya Jaras Situation

Selangor Mb Offers Sarcastic Praise On Paya Jaras Situation

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 295 hits
Selangor Menteri Besar Amirudin Shari today sarcastically thanked those have raised the issue of the demolition of 30 houses in Paya Jaras Sungai Buloh He said the state government had actually offered assistance to help deal with the displ...
Masalah Anak Asma Punca Panjagaan Dan Penyelesaian

Masalah Anak Asma Punca Panjagaan Dan Penyelesaian

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 362 hits
Penyakit asma atau Lelah adalah satu penyakit yang menyebabkan seseorang itu sukar untuk bernafas Masalah ini berlaku kerana semasa diserang asma bronkiol pada paru paru menjadi sempit Antara gejala yang anda boleh perhatikan pada anak anda...
Pas Bantu Mangsa Paya Jaras Atas Dasar Kemanusiaan

Pas Bantu Mangsa Paya Jaras Atas Dasar Kemanusiaan

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 405 hits
Zaharudin Muhammad KUALA LUMPUR Pas Sungai Buloh secara konsisten membantah sebarang pencerobohan tanah kerajaan sehingga memberikan kesan buruk kepada kepentingan awam seperti banjir pencemaran dan seumpamanya Namun Pas kawasan itu juga se...
Nak Anjur Kongres Maruah Melayu Tapi Maruah Melayu Yang Tergadai Di Paya Jaras Tak Dibela

Nak Anjur Kongres Maruah Melayu Tapi Maruah Melayu Yang Tergadai Di Paya Jaras Tak Dibela

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 555 hits
Ke mana hilangnya sikap kemanusiaan dan pudarnya sikap bertanggungjawab sebagai manusia apabila ianya terserlah dalam isu perobohan rumah yang didiami rakyat berhampiran Sungai Kedondong Paya Jaras Sungai Buloh minggu lalu Timbalan Ketua UM...
Kontras Minta Pasal Berpontensi Timbulkan Masalah Di Revisi Uu Kuhp Dihapus

Kontras Minta Pasal Berpontensi Timbulkan Masalah Di Revisi Uu Kuhp Dihapus

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 142 hits
KontraS Minta Pasal Berpontensi Timbulkan Masalah di Revisi UU KUHP Dihapus Dia menegaskan tak perlu ada puji pujian soal permintaan Presiden menunda pengesahan ini
Celcom Mengalami Masalah Teknikal Gangguan Rangkaian Seluruh Negara

Celcom Mengalami Masalah Teknikal Gangguan Rangkaian Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 368 hits
Bagi anda yang menggunakan talian telekomunikasi Celcom pihak Celcom melalui laman sosial mengesahkan yang mana rangkaian mereka menghadapi masalah diseluruh negara Celcom mengatakan mereka sedang melakukan proses penyelenggaraan dan menyas...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel