Isu Memali Timbul Untuk Pecahkan Pas Umno Kata Anak Mangsa


Shakira Buang 
   
Tiga puluh empat tahun sudah berlalu, namun peristiwa hitam yang dilalui penduduk Kampung Memali di Baling Kedah masih segar dalam ingatan.

Rata-rata penduduk berpendapat insiden yang berlaku pada tanggal 19 Nov 1985 itu bukan isu kecil dan tidak mudah dilupakan.

Bagi Mat Isa Abdul Rahman, 47, amat mustahil melupakan kejadian itu lebih-lebih lagi apabila ia mengorbankan bapanya sendiri.

"Tragedi pahit kita tak akan lupa. Ia akan kekal dalam ingatan kami. Kalau kata kita lupa (tragedi) itu, saya bodohlah.

"Sebab dalam kejadian itu, arwah ayah saya menjadi mangsa sekali. Tetapi kita nak dendam pun setakat mana? Islam mengajar kita supaya tak berdendam tetapi salah tetap salah," katanya kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun Mat Isa berkata isu itu cuba ditimbulkan semula untuk memecahbelahkan penyatuan ummah antara PAS dan Umno.

"Itu politik, saya fikir itu hanya propaganda politik PH untuk pecah belahkan Umno-PAS," katanya.

Peristiwa Memali bermula apabila pihak polis cuba menahan tokoh agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa menyebarkan ajaran sesat. Insiden yang berlaku di Kampung Charok Putih Siong itu mengorbankan 18 orang - termasuk 14 ahli dan penyokong PAS serta mencederakan berpuluh-puluh yang lain.

Manakala beratus-ratus orang ditahan di bawah ISA.

Dr Mahathir Mohamad pada masa itu merupakan perdana menteri, manakala timbalannya ialah Musa Hitam yang juga Menteri Dalam Negeri.

Baca: Dr M sahkan dalam negeri ketika peristiwa Memali
Isu Memali kembali mencuri tumpuan baru-baru ini apabila Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan menjelaskan partinya kini menganggap tragedi itu sebagai "kecil" dengan adanya kerjasama politik dengan Umno

Takiyuddin berkata demikian ketika ditanya mengenai penerimaan keluarga mangsa Memali terhadap penyatuan kedua-dua parti itu

'Mahathir sangat jahat'

Bagi balu allahyarham Ibrahim Libya, Solehah Husain, 66 sehingga kini beliau masih tidak dapat memaafkan Mahathir kerana peristiwa berdarah itu.
"Mak cik tak boleh cerita pasal perkara ini. Bila cerita mak cik akan sedih dan sangat sedih.

"Balu-balu mangsa tragedi Memali memang tak berpuas hati dengan apa yang berlaku dan kami rasakan Mahathir sangat jahat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Memali PAS Kedah, Muhamad Yusof Husin berkata tragedi hitam itu tetap merupakan suatu sejarah yang tidak boleh dilupakan.

Namun katanya, Himpunan Penyatuan Ummah yang berlangsung pada 13 dan 14 September lalu melibatkan agenda lebih besar untuk menyelamatkan Malaysia, Islam dan orang Melayu yang wajar disokong.

"Penyatuan yang berlaku itu adalah perpaduan untuk umat Islam dan demi negara, memandangkan suasana politik sekarang ini.

"Jadi ia satu agenda besar yang dilakukan pimpinan (PAS dan Umno) untuk penyatuan orang Melayu, untuk pembelaan agama Islam dan untuk rakyat secara keseluruhan, termasuk lain-lain kaum," katanya kepada Malaysiakini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/isu-memali-timbul-untuk-pecahkan-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Jangan Terlalu Agresif Campur Isu Kewarganegaraan Kata Pas

Dap Jangan Terlalu Agresif Campur Isu Kewarganegaraan Kata Pas

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 271 hits
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan DAP sebagai semakin agresif dalam memberi tekanan untuk melonggarkan syarat kewarganegaraan Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai merujuk langkah kerajaan mengkaji untuk meminda Perkar...
Gambar Kahwin Pas Umno Zahid Kata Psikologi Berbalik Pas Mahu Saman

Gambar Kahwin Pas Umno Zahid Kata Psikologi Berbalik Pas Mahu Saman

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 439 hits
Presiden IPF Datuk M Sambanthan mengalungkan bunga malai kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Kemajuan India SeMalaysia ke 27 di Wisma IPF Seri Kembangan Selangor foto HAZROL ZAINAL SERI ...
Penyatuan Pas Umno Dipersetujui Nik Aziz Kata Hadi

Penyatuan Pas Umno Dipersetujui Nik Aziz Kata Hadi

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 402 hits
Penyatuan Umno dan PAS dipersetujui bekas Muryidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika beliau masih hidup Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendedahkan perkara itu hari ini dengan berkata ia pernah dibincangkan dengan Nik Aziz dalam mesyuarat ...
Jika Umno Tidak Hilang Kuasa Belum Tentu Umno Pas Akan Bersatu Kata Anthony Loke

Jika Umno Tidak Hilang Kuasa Belum Tentu Umno Pas Akan Bersatu Kata Anthony Loke

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 367 hits
Jika UMNO tidak hilang kuasa belum tentu PAS dan UMNO akan bersatu dan penyatuan kerjasama politik antara parti ini juga hanya untuk memastikan kedua dua parti politik itu kekal releven kata Pengerusi DAP Negeri Sembilan Anthony Loke Siew F...
Sokongan Melayu Islam Tidak Cukup Jayakan Kerjasama Umno Pas Kata Khaled

Sokongan Melayu Islam Tidak Cukup Jayakan Kerjasama Umno Pas Kata Khaled

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 439 hits
OLEH ALIFF FIKRI AZIZDatuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sesiapa yang mendakwa kerjasama tersebut hanya tentang Melayu dan Islam jelas tersasar Foto oleh Hari AnggaraKUALA LUMPUR 15 Sept Gabungan Umno PAS memerlukan sokongan seluruh ra...
Memali Bukan Lagi Isu Besar Bagi Pas Takiyuddin

Memali Bukan Lagi Isu Besar Bagi Pas Takiyuddin

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 207 hits
KUALA LUMPUR Dendam Pas terhadap Pas akibat peristiwa hitam berlaku di Kampung Memali Kedah pada 1985 kini dianggap bukan lagi menjadi isu besar apabila wujudnya kerjasama menerusi penyatuan ummah yang bakal membawa agenda lebih besar untuk...
Ph Jangan Cuba Jadi Lebih Melayu Daripada Umno Lebih Islam Daripada Pas Kata Kit Siang

Ph Jangan Cuba Jadi Lebih Melayu Daripada Umno Lebih Islam Daripada Pas Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 438 hits
Lim Kit Siang hari ini mengingatkan pakatan kerajaan supaya tidak cuba menjadi lebih Melayu daripada Umno dan lebih Islam daripada PAS bagi menghadapi kerjasama rasmi 2 parti terbesar orang Melayu itu yang ditandatangani semalam Pemimpin ve...
Umno S Losses The Trigger For Pas Tie Up Says Anthony Loke

Umno S Losses The Trigger For Pas Tie Up Says Anthony Loke

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 405 hits
Umno and PAS would not have come together to establish a political partnership if the former had not lost power in the first place Negeri Sembilan DAP chairman Anthony Loke Siew Fook said yesterday Loke said when Umno was in power PAS was c...
Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Siakap Masak Lemak Cili Padi Kegemaran Sekeluarga

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Mcmc Perjelas Isu Pengumpulan Data Telefon Bimbit Tegaskan Privasi Dilindungi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cemburu Dengan Hasil Usaha Orang Lain

Kadang Kita Salah Berdoa Dan Selalu Minta Yang Terbaik Kadang Allah Bagi Bukan Yang Kita Nak Tapi Yang Kita Perlu

Not By Accident

Agen Mesin Laundry Pontianak Berikan Layanan Pendampingan Dan Purna Jual Ke Para Pelanggan

Prinsip 90 10 Cara Mudah Untuk Hidup Lebih Tenang

Tetamu Complain Majlis Akikah Anak Nabila Razali Sempit Amp Khemah Kecil Netizen Sound Kau Kebulur Nak Datang Apehal