Umno Pas Harapan Atas Kegagalan Ph Orang Bukan Islam Tak Perlu Takut


MALAYSIAKINI

   
Tiba esok, ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur akan menjadi saksi kepada perikatan dua parti yang suatu ketika dulu musuh ketat, yang bertaut setelah musuh bersama - Pakatan Harapan (PH) - menang pada PRU lalu.

Selepas kerjasama Umno dan PAS tampak berjaya dalam tiga pilihan raya kecil (PRK), ia membawa kepada "perkahwinan" dengan harapan kedua-dua parti dapat menggabungkan asas sokongan Melayu dan Muslim mereka.

Bagaimanapun senator Umno Khairul Azwan Harun berkata masih terlalu awal untuk menyimpulkan perikatan itu akan meningkatkan lagi politik perkauman.

"Hakikatnya saya melihatnya sebagai satu harapan.

"Saya melihatnya sebagai peluang untuk seluruh rakyat Malaysia yang bosan dengan perpecahan kaum pada masa ini susulan kepimpinan tanpa hala tuju dan janji tak ditepati, untuk memulakan perbincangan berkenaan membina semua masyarakat yang toleran dan ekonomi yang bingkas.

"Perikatan ini perlu menjamin semua kaum menerima peluang yang saksama untuk mengejar cita-cita mereka," katanya lagi.

Seperti DAP dan PKR pada masa lalu, kata Azwan, hubungan baru Umno dan PAS ini adalah berdasarkan logik.

"Hakikatnya ialah perikatan seperti ini, sementara memberikan dasar yang konkrit, juga memberi lebih jaminan kepada majoriti, golongan yang paling kecewa sejak kebangkitan PH," katanya.

Ketua Pemuda Umno Johor Mohd Hairi Mad Shah pula menggesa orang bukan Islam agar tidak takut dengan kerjasama Umno dan PAS.

"Kepada bukan Islam, usah takut dengan penyatuan ummah ini, ia bukan agenda rasis apatah lagi ekstrem. Ini agenda untuk semua, buka saja orang Melayu Islam, tetapi rakyat Malaysia berbilang kaum keseluruhannya.

"Ini agenda untuk membentuk kuasa politik rakyat bagi menentang PH yang ketika ini bukan saja gagal mentadbir negara, tetapi lebih daripada itu sedang merosakkan negara yang dibina selama ini oleh BN yang mana kemakmurannya dapat kita nikmati bersama," katanya.

Di bawah BN, katanya, ekonomi negara makmur, isu perkauman dapat dikawal, dan penghinaan terhadap agama dan institusi diraja dicegah dengan berkesan.

Justeru beliau menggesa semua warga Malaysia untuk menjayakan kerjasama itu untuk "menyelamatkan negara tercinta daripada terus dirosakkan PH".




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/umno-pas-harapan-atas-kegagalan-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Pas Tak Hasut Orang Islam Boikot Produk Bukan Bumiputera

Umno Pas Tak Hasut Orang Islam Boikot Produk Bukan Bumiputera

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 384 hits
MALAYSIAKINI Pemuda Umno Kelantan hari ini tampil menjawab kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menggesa supaya Umno dan PAS mengecam usaha memboikot produk bukan Bumiputera Ketuanya Noor Hariri Mohamed Noor berkata kedua dua pa...
How Harapan Is Reacting To Umno Pas Union

How Harapan Is Reacting To Umno Pas Union

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 335 hits
UPDATED 7 03PM Added comments from Khalid Samad Amirudin Shari and Ronnie Liu Pakatan Harapan s main external foes Umno and PAS have formally united today Here s what the ruling government s leaders are saying about what the alliance Pakata...
Ph Tak Mampu Jadi Lebih Melayu Islam Dari Umno Pas

Ph Tak Mampu Jadi Lebih Melayu Islam Dari Umno Pas

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 349 hits
PAKATAN Harapan tidak akan mampu menjadi lebih Melayu daripada UMNO dan lebih Islam daripada PAS kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia Aminuddin Yahaya Ini katanya kerana dasar PH adalah meliberalkan dasar negara tidak kira dari segi agama...
Piagam Umno Pas Ph Takut Kekuatan Penyatuan Ummah

Piagam Umno Pas Ph Takut Kekuatan Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 356 hits
KERDAU 4 Sept Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyanggah pandangan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan yang mengatakan piagam UMNO PAS tidak lebih semata mata kerana politik Bahkan bidas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO N...
Piagam Pas Umno Takut Pada Mca Dan Mic Bukan Dgn Allah Swt

Piagam Pas Umno Takut Pada Mca Dan Mic Bukan Dgn Allah Swt

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 609 hits
PIAGAM PAS UMNO TAKUT DGN MCA MIC BUKAN DGN ALLAH Sebuah Piagam telah dihasilkan hasil penyatuan Ummah antara PAS dgn UMNO semalam di PWTC Terdapat banyak isi kandungan Piagam tersebut Malangnya tidak sedikit pun isi kandungan piagam terseb...
Guan Eng Selar Mca Mic Tak Bantah Pas Umno Sokong Boikot Produk Bukan Islam

Guan Eng Selar Mca Mic Tak Bantah Pas Umno Sokong Boikot Produk Bukan Islam

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 523 hits
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng PETALING JAYA Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyelar MCA dan MIC yang tidak membantah secara terbuka terhadap sokongan diberikan oleh PAS dan Umno dalam kempen yang mendorong orang ramai memboikot produ...
Harapan Needs To Redouble Efforts Instead Of Downplaying Umno Pas Alliance

Harapan Needs To Redouble Efforts Instead Of Downplaying Umno Pas Alliance

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 310 hits
Pakatan Harapan and the PAS Umno alliance may have put their own spin on the realignment of national politics in the country but PSM believes the inking of a political charter between the country s two largest Malays parties should not be d...
Sokongan Melayu Islam Tidak Cukup Jayakan Kerjasama Umno Pas Kata Khaled

Sokongan Melayu Islam Tidak Cukup Jayakan Kerjasama Umno Pas Kata Khaled

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 440 hits
OLEH ALIFF FIKRI AZIZDatuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sesiapa yang mendakwa kerjasama tersebut hanya tentang Melayu dan Islam jelas tersasar Foto oleh Hari AnggaraKUALA LUMPUR 15 Sept Gabungan Umno PAS memerlukan sokongan seluruh ra...
Ph Jangan Cuba Jadi Lebih Melayu Daripada Umno Lebih Islam Daripada Pas Kata Kit Siang

Ph Jangan Cuba Jadi Lebih Melayu Daripada Umno Lebih Islam Daripada Pas Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 438 hits
Lim Kit Siang hari ini mengingatkan pakatan kerajaan supaya tidak cuba menjadi lebih Melayu daripada Umno dan lebih Islam daripada PAS bagi menghadapi kerjasama rasmi 2 parti terbesar orang Melayu itu yang ditandatangani semalam Pemimpin ve...
Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Nahas Terburuk Dalam Tempoh Sedekad

Balik Kerja Baru Nak Serang Juadah Raya

Apple Umum Liquid Glass Rekaan Baharu Seragam Merentas Semua Platform Apple

Lembu Korban Lari Sembunyi Dalam Balai Polis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sifat Perangai Mengikut Bulan Kelahiran Tepat Ke Tak

Tadabbur Al Quran Jalan Menuju Hati Yang Hidup

Hari Lautan Sedunia Ekspedisi Ahli Biologi Marin Umt Ke Hujung Dunia

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih

Buah Yang Bagus Diambil Di Waktu Pagi

Kisah Raya Aidiladha 2025