Pas Terus Bantu Bn Di Semenyih Jangan Terpengaruh Dakyah Luar Pas Selangor


Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi mengingatkan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih khususnya penyokong parti terbabit agar tidak mudah percaya dengan pelbagai khabar angin serta desas-desus berhubung kait sokongan parti berkenaan terhadap calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih, 2 Mac depan.
Menurut beliau perkara seumpama itu khususnya pelbagai serangan terhadap kerjasama antara UMNO dan PAS bagi menghadapi PRK berkenaan adalah bertujuan untuk memecahbelahkan gerak kerja yang telah dibina sebelum ini.
“Sebenarnya itulah pilihan raya dan pilihan raya adalah peperangan. Jadi macam manapun serangan pemikiran terhadap pengundi akan dilakukan oleh pihak yang satu lagi dan kita tidak pelik dalam sistem pilihan raya negara kita.
“Jadi sebab itu kita harap pengundi-pengundi khususnya pengundi PAS jangan percaya dengan serangan-serangan yang hanya mahu memecahbelahkan kekuatan sekarang ini yang telah terbina antara PAS dengan UMNO dan kita bergerak untuk memastikan kemenangan BN pada pilihan raya kali ini,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas desas-desus yang sehingga ke hari ini masih berlegar mengenai sokongan PAS terhadap UMNO bagi menghadapi PRK DUN Semenyih.
Terdahulu sebelum itu, beliau dan kepimpinan PAS lain mengadakan perjumpaan bersama jentera parti di Pejabat PAS kawasan terbabit. Turut serta Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyyudin Hasan.
Pada majlis itu juga, Pengarah Jentera BN PRK Dun Semenyih, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut berkongsi pandangan selain turut disertai calon BN, Zakaria Hanafi dan pimpinan lain.
Sallehen seterusnya menegaskan arahan untuk fasa kedua telah pun dimaklumkan kepada seluruh jentera parti yang terlibat dan insya-Allah baki kempen sembilan hari akan terus ditingkatkan.
Pada masa yang sama beliau sekali lagi menegaskan parti itu bukan sahaja akan berusaha untuk mengekalkan jumlah undi yang diperolehi pada PRU yang lalu malah akan berusaha untuk meningkatkan lagi pada PRK tersebut.
“Kita telah pun meletakkan dua sasaran pada PRK ini. Pertamanya undi yang PAS terima apda PRU lalu iaitu sebanyak 6,966 insya-Allah akan dapat kita ambil semula dan kita terjemah dalam bentuk mengundi BN pada PRK ini dengan kita cuba untuk tambah lagi dalam 20 peratus.
“Tentunya ada anak-anak muda yang tidak puas hati… peminjam PTPTN yang tidak puas hati, pembayar tol yang tidak puas hati dan harap dapat ditingkatkan untuk bawa mereka mengundi BN.
“Jadi kita telah mengarahkan semua jentera kita di Selangor untuk turun di tiap-tiap PDM yang telah kita kenalpasti untuk membantu jentera ‘domestik’ dan jentera UMNO bagi kempen PRK dengan mengundi calon BN.
“Ada bahagian yang kita gerak bersama, ‘hit and run’, rumah ke rumah, lawatan ke pasar malam kita buat bersama dan adanya kita buat bersendirian, PAS …mungkin kita nak bertemu dengan ‘hardcore’ pengundi PAS. Saya rasa itu serahkan pada orang PAS sendiri untuk jumpa mereka dan di peringkat jentera Pemuda mereka telah susun program bersama sama ada ‘speaker corner’, ceramah berkelompok dan sebagainya,” ujarnya lagi. – MediaUMNO
UMNO ONLINE
**********


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/02/21/pas-terus-bantu-bn-di-semenyih-jangan-terpengaruh-dakyah-luar-pas-selangor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Nafi Dakwaan Tun Mahathir All Out Bantu Bn Di Semenyih Takiyuddin

Pas Nafi Dakwaan Tun Mahathir All Out Bantu Bn Di Semenyih Takiyuddin

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 371 hits
Setiausaha Pas Pusat Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan bahawa perjumpaan Pas bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad langsung tidak menyebut berkaitan pilihan raya Malah jelas beliau bukti surat yang dikatakan oleh Tun itu sebenar...
Prk Semenyih Pas Lebih Aktif Bantu Bn Annuar

Prk Semenyih Pas Lebih Aktif Bantu Bn Annuar

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 465 hits
Wartawan Watan Online Kerjasama UMNO dan PAS dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih bukan sahaja lebih erat malah lebih terbuka ujar Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa Katanya perkembangan positif itu jelas ketara be...
Jangan Pertikai Pemimpin Bersatu Bantu Pengundi Semenyih Melalui Sumbangan

Jangan Pertikai Pemimpin Bersatu Bantu Pengundi Semenyih Melalui Sumbangan

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 292 hits
Pemberian hadiah sumbangan kepada pengundi di Prk Semenyih oleh Parti Bersatu adalah tidak salah kerana ianya bukanlah melanggar sebarang undang undang negara kata seorang Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Ini sebagai selingan Bila ada penyerah...
Pas Bantu Calon Bn Di Semenyih

Pas Bantu Calon Bn Di Semenyih

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 402 hits
Oleh Nor Fazlina Abdul RahimTUAN Ibrahim ketika menyampaikan ceramah pada Forum Murabbi Ummah di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad ke IV Kota Bharu Foto Syamsi SuhaimiKOTA BHARU PAS akan menggerakkan jentera bagi membantu calon Barisa...
Prk Semenyih Jadi Titik Mula Penggempuran Kubu Kebal Pakatan Di Selangor Libatkan Umno Pas

Prk Semenyih Jadi Titik Mula Penggempuran Kubu Kebal Pakatan Di Selangor Libatkan Umno Pas

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 421 hits
PRU 14 lalu mencatatkan prestasi yang paling buruk untuk PAS dan UMNO di Selangor Pada PRU 13 tahun 2013 PAS berjaya menguasai 15 kerusi DUN setelah bertanding di 21 kerusi DUN Manakala UMNO pula menguasai 12 kerusi DUN setelah bertanding d...
Menjelang Prk Semenyih Mb Selangor Labelkan Najib Sebagai Badut

Menjelang Prk Semenyih Mb Selangor Labelkan Najib Sebagai Badut

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 1073 hits
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menganggap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai badut yang menghiburkan orang ramai Menurutnya rakyat kini boleh ketawa terhadap Najib yang kembali popular dengan slogan Bossku di kalang...
Tun M Silap Tafsir Takkiyuddin Menafikan Pas Tidak Akan Bantu Umno

Tun M Silap Tafsir Takkiyuddin Menafikan Pas Tidak Akan Bantu Umno

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 343 hits
Takkiyuddin Menafikan Pas Tidak Akan Bantu UMNO dalam PRK Semenyih Kenyataan Tun Dr Mahathir Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pimpinan PAS memaklumkan mereka tidak akan menyokong UMNO pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyi...
Jangan Terus Cabut Ini 3 Cara Betul Untuk Hadapi Situasi Tertikam Pisau

Jangan Terus Cabut Ini 3 Cara Betul Untuk Hadapi Situasi Tertikam Pisau

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 783 hits
Sangat trafik apa yang ditimpa Sara apabila meninggal dunia akibat tertusuk pisau sewaktu berlari ke dapur dan terjatuh selepas terpijak pinggan plastik yang berisi sebilah pisau Tidak dapat dibayangkan bagaimna keadaan itu tapi itulah yang...
Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Isu Budak Meninggal Akibat Tercekik Gummy

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today