Pas Akan Hadapi Dilema Jika Umno Ppbm Bertembung



Adam Abu Bakar -September 6, 2020 PETALING JAYA: Penganalisis politik menjangkakan PAS akan menghadapi dilema sekiranya percakaran Umno dan PPBM membawa kepada pertembungan, terutamanya menjelang pilihan raya umum akan datang
Azizuddin Mohd Sani, dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata PAS perlu mesra dengan kedua-dua parti Melayu itu kerana sedar ia tidak akan menjadi kerajaan jika bersendirian
Namun, sekiranya percakaran Umno dan PPBM berterusan, PAS akan terpaksa membuat pilihan antara Umno yang mempunyai akar umbi yang kuat, atau PPBM yang mempunyai seorang perdana menteri yang popular
“Umno ada kekuatan dan PPBM pula ada kuasa,” katanya kepada FMT. “Tanpa PAS kerajaan Perikatan Nasional juga tidak wujud, tetapi apakah ia mampu diterjemahkan dalam PRU akan datang.”Sekiranya parti Islam itu terpaksa membuat pilihan, Azizuddin berkata di peringkat akar umbi, PAS akan lebih kuat bersama Umno kerana akar umbi parti Melayu itu lebih kuat berbanding PPBM
“Jika bertembung sesama sendiri, ia akan beri kesan kepada keputusan PRU,” tambahnya
Azizuddin bagaimanapun mengingatkan PPBM tidak boleh diketepikan
“Muhyiddin Yassin (presiden PPBM) sebagai perdana menteri popular dalam kalangan rakyat berbanding pemimpin Umno,” tambahnya
Sebelum ini, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata PAS tidak boleh berpisah dengan kedua-dua parti itu. PAS mempunyai kerjasama dengan Umno menerusi Muafakat Nasional, dan dengan PPBM menerusi Perikatan Nasional
Umno sebelum ini mengumumkan tidak menyertai PN. Meskipun beberapa pemimpin Umno mengalu-alukan penyertaan PPBM dalam MN, Timbalan Presiden Mohamad Hasan berkata akar umbi parti Melayu itu sebenarnya tidak selesa dan tidak bersetuju dengan idea itu
Pemerhati politik, Mohd Sayuti Omar berkata PAS akan berada pada kedudukan lebih baik sekiranya ia lebih kuat dan bukan sekadar “king maker” untuk Umno dan PPBM
“Saya lihat, PAS meletakkan dirinya kepada siapa yang dia boleh berikan manfaat. Dalam konteks hari ini, dia bersama PPBM kerana Muhyiddin perdana menteri tetapi bila esok Zahid Hamidi (presiden Umno) menjadi perdana menteri, dia akan bersama Umno,” katanya
Dengan sejarah panjang 69 tahun, Sayuti berkata PAS merupakan parti politik yang besar dan boleh diterima orang Melayu
“PAS sepatutnya menunjukkan prinsipnya, dia boleh sokong mana-mana parti dan turut memperkuatkan kedudukannya sendiri,” tambahnya. “PAS sepatutnya menjadi raja, bukan hanya ‘king maker’.”AZIZUDIN MOHD SANIAzizuddin pula mendakwa sikap PAS untuk terus bersama MN dan dalam masa sama bekerjasama dengan PN “akan menyebabkan rakyat sedikit keliru”
“PAS berada di semua sudut selagi ada kuasa dan kepentingan politik. Memang ia memberi kebaikan kepada PAS, tetapi akan menyebabkan pengundi rasa tidak selesa,” katanya
Beliau mahu lihat bagaimana PAS akan selesaikan hal penggunaan lambang pada pilihan raya umum akan datang
“Jika Umno mahu bertanding bawah Barisan Nasional dan tidak mahu bertanding bawah PN, jadi bagaimanakah keputusan PAS
“Apakah akan mengikuti keputusan di Sabah ketika ini, bahawa PAS sedia bertanding menggunakan lambang BN, atau mereka bertanding menggunakan lambang PAS?” katanya
Hadi bulan lepas mengumumkan PAS sedia menggunakan lambang BN jika ia bertanding Pilihan Raya Negeri Sabah, jika sekutu dalam PN memutuskan untuk berbuat demikian




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/pas-akan-hadapi-dilema-jika-umno-ppbm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
If Umno And Ppbm Collide Which Way Will Pas Go

If Umno And Ppbm Collide Which Way Will Pas Go

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 389 hits
Will PAS be the king or the kingmaker at the next general election PETALING JAYA A political analyst says that PAS will face a dilemma if the quarrels between Umno and PPBM worsen especially before the next general election Azizuddin Mohd S...
Merakam Hubungan Sulit Umno Pas Dan Transaksi Rm2 5 Juta

Merakam Hubungan Sulit Umno Pas Dan Transaksi Rm2 5 Juta

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 361 hits
Tanggal 21 Mac 2018 Jam 2 30 petang Lokasi Bank Islam Malaysia Bhd cawangan Medan Mara Kuala Lumpur Tidak sampai dua bulan sebelum hari pengundian PRU14 Ketika dunia gempar dengan kes kleptokrasi terbesar di dunia 1Malaysia Development Berh...
Dr Yii Supporting Umno Pas In Fed Govt Akin To Allowing Them To Influence Sarawak

Dr Yii Supporting Umno Pas In Fed Govt Akin To Allowing Them To Influence Sarawak

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 335 hits
Dr Kelvin Yii KUCHING Empowering and supporting UMNO and PAS to be in the federal government would already directly allow their influence and extreme ideologies into Sarawak opined Bandar Kuching MP Dr Kelvin Yii He pointed out that as such...
Vernakular Umno Pas Dipermainkan

Vernakular Umno Pas Dipermainkan

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 310 hits
Kuasai bahasa ibunda alasan utama Cina India pertahan vernakular JIKA mahu menguasai bahasa kebangsaan murid murid Cina dan India perlu belajar di sekolah kebangsaan Hal ini kerana persekitaran sekolah kebangsaan banyak membantu mereka untu...
Kj Tiada Calon Pm Lebih Wibawa Dari Muhyiddin Dalam Umno Pas Buat Masa Ini

Kj Tiada Calon Pm Lebih Wibawa Dari Muhyiddin Dalam Umno Pas Buat Masa Ini

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 392 hits
Tiada yang lebih berwibawa daripada kalangan pemimpin Umno mahupun PAS untuk menjadi perdana menteri buat masa ini kata bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Ahli Parlimen Parlimen Rembau itu berkata berdasarkan kewibawaan ia dimiliki P...
Umno Pas Lembik Jangan Mimpi Menang Mudah Pada Pru 15 Kata Pemerhati

Umno Pas Lembik Jangan Mimpi Menang Mudah Pada Pru 15 Kata Pemerhati

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 737 hits
UMNO dan PAS berkemungkinan tidak akan menang mudah pada Pilihan Raya Umum ke 15 setelah melihat sikap lembik parti berkenaan dalam menangani beberapa isu negara kebelakangan ini Pemerhati politik Mohd Luttfi Abd Khalid tidak yakin kerajaan...
Pas Tak Mampu Buat Apa Pun Dibayangi Umno

Pas Tak Mampu Buat Apa Pun Dibayangi Umno

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 396 hits
Via WhatsApp PAS perjuangan dasarnya tak akan tercapai jika gabung dgn UMNO MCA Sebab dasar UMNO MCA raikan sistem kapitalis Kapitalis tak akan benarkan dan sokong sistem Islam yang PAS nak bawa kerana ideologi kapitalisnya itu tidak allign...
Lembik Usah Mimpi Umno Pas Menang Mudah Pru 15

Lembik Usah Mimpi Umno Pas Menang Mudah Pru 15

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 291 hits
BANGI 13 Muharram 1442H Selasa UMNO dan PAS berkemungkinan tidak akan menang mudah pada Pilihan Raya Umum ke 15 setelah melihat sikap lembik parti berkenaan dalam menangani beberapa isu negara kebelakangan ini Pemerhati politik Mohd Lutt
Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

More Action Needed To Combat Vaping By Students

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam

Petua Nenek Tentang Aloe Vera Yang Masih Relevan Sampai Hari Ini

An Inspirational Birthday Wish That Has A Lasting Impression

Cakap Benci Rasuah Tapi Berdiam Diri Apabila Tindakan Antirasuah Diambil Pm Anwar

Kenapa Pilih Mosumart Design Untuk Semua Keperluan Cetakan Anda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berdengkur Kuat Bukan Perkara Biasa

Selamat Pagi Sabtu 28 Jun 2025

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Tehran Umum Pengebumian Bersejarah 60 Korban Perang Termasuk Komander Saintis Nuklear