Pas Adalah Benteng Terakhir Melayu Oleh Itu Pas Harus Dipecahkan


bebasnews,my
By Zaini Hassan
-28/02/2024

"Mereka kini menyerang pula ke arah Pas dari pelbagai sudut -- dengan menggunakan jari-jemari orang Melayu sendiri."Gambar hiasan - Foto via Google
SEMASA saya menulis buku Cuit: Dilema Melayu Baru pada 2013 saya menyebut Melayu kini sudah menjadi minoriti.

Ia berlaku kerana Melayu (pada ketika itu) sudah berpecah-pecah kepada banyak fraksi.

Kesannya hari ini. Melayu sudah hilang kuasa politik. Perdana Menteri yang ada dan timbalan-timbalannya hanyalah simbolik sahaja.

Selepas ini mungkin kuasa itu akan hilang terus. Jangkaan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, ia akan berlaku sekurang-kurangnya dalam dua PRU lagi.

Formula yang dirancang oleh pihak-pihak tertentu untuk melihat kejatuhan kuasa Melayu di Malaysia semakin kelihatan. Simulasinya semakin menjadi.

Malangnya, seperti berulang kali diingatkan, Melayu masih malu mahu mengakuinya bahawa orang Melayu sudah mulai menjadi minoriti.

Malah dari rumah kuning kepada para pentadbir — birokrat, orang politik malu-malu mahu mengakuinya. Ada yang hanya berani bercakap di belakang sahaja.

Kelihatan jelas, ada cubaan demi cubaan mahu memecahkan lagi kuasa Melayu ini — sehingga berakhir.

Ada anasir yang mungkin kita tidak sedar dan sangat halus sedang melakukannya.

Mereka kini menyerang pula ke arah Pas dari pelbagai sudut — dengan menggunakan jari-jemari orang Melayu sendiri.

Bagi mereka parti itu harus dipecahkan. Cubaan pertama mereka sudah berjaya dilakukan beberapa tahun lalu apabila diwujudkan serpihan Pas, yang kononnya lebih liberal iaitu Amanah.

Semua orang tahu siapa di belakang Amanah dan yang “menaja” mereka. Itu bukan rahsia lagi.

Apa yang dikhuatiri oleh pihak-pihak itu, Pas kini dilihat semakin mendapat perhatian orang Melayu UMNO yang mencari-cari wadah baharu pasca-Zahid Hamidi.

Ada yang kebingungan ke mana hendak dituju. Ada yang sedang mencari tapak mana yang akan dipangkah dalam PRU akan datang?

Bersatu yang juga serpihan UMNO pula dilihat mereka tidak stabil kerana warisan budaya merebut kuasa yang masih membelenggu para pemimpinnya. Bersatu bukanlah sebuah entiti yang menjadi pilihan, sekiranya budaya begitu masih kekal.

Menurut penganalisis, Pas dengan perjuangannya yang berlandaskan falsafah politik Islam, dianggap sebagai satu-satunya parti Melayu (pada saat ini) yang mempunyai ideologi yang jelas.


Malah, Pas juga sudah mulai terbuka menerima para pemimpin “rocket scientist” berbanding “ilmu tauhid” semata-mata. Inilah yang dilihat oleh orang Melayu.

Oleh itu bagi musuhnya, Pas wajib dimusnahkan. Selagi Pas gagal dimusnahkan maka matlamat berteraskan Malaysian Malaysia akan gagal direalisasikan.

Wang bukan menjadi hal untuk mencapai matlamat itu. Ia boleh ditaja oleh ramai pihak — sama ada dari dalam mahu pun unsur luar. Ia akan digunakan untuk menghalalkan cara. Pas adalah benteng terakhir Melayu yang wajib dilenyapkan.

Malang sekali ada orang Melayu, waima terpelajar sekali pun masih tidak nampak kepada muslihat itu. Ia sedang berlaku secara halus.

Jika sekarang Melayu yang minoriti, akibat selerak-tarak, pun masih boleh memegang tampuk atas pemerintahan, amalan itu juga harus ditamatkan.

Benarlah kata pepatah orang Melayu lama “sudah terantuk, baru tengadah” maka jika itu berlaku ia sudah terlambat.


Lihatlah apa yang terjadi kepada kepulauan Melayu Temasik; milik siapakah sekarang? Lihatlah betapa merempatnya wilayah Melayu di Patani, Singgora (Songkhla), Ligor (Nakhon Si Thammarat) dan Lingga (Surat Thani); dan lihatlah tragedi Nakba (catastrophe) atau “malapetaka” di Palestin, yang menangis air mata darah sekali pun, nasi sudah menjadi bubur…

Sejarah tidak pernah berbohong. Ia boleh berulang, di sini.

— BebasNews

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/02/pas-adalah-benteng-terakhir-melayu-oleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pbnu Ingatkan Siapapun Presiden Terpilih Harus Didukung Oleh Seluruh Masyarakat

Pbnu Ingatkan Siapapun Presiden Terpilih Harus Didukung Oleh Seluruh Masyarakat

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 132 hits
Gus Fahrur mengimbau masyarakat di Indonesia agar tetap tenang menikmati masa pencoblosan Pemilu 2024
Komentar Berbau Khawarij Dilontar Oleh Cytro Pn Pas Selepas Titah Agong

Komentar Berbau Khawarij Dilontar Oleh Cytro Pn Pas Selepas Titah Agong

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 293 hits
AHMAD MURSIAgong bertitah tidak akan melayan cubaan menggugat kestabilan poitik dan bertitah agar menerima kenyataan serta menghormati Kerajaan Perpaduan yang sudah dibentuk Titahnya jika nak bermain politik tunggulah masa pilihan raya Dala...
Asyik Bawa Watak Lelaki Baran Shukri Yahaya Tak Kisah Marah Yang Saya Lakonkan Itu Adalah Perasaan Diri Sendiri

Asyik Bawa Watak Lelaki Baran Shukri Yahaya Tak Kisah Marah Yang Saya Lakonkan Itu Adalah Perasaan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 207 hits
Sedar tak sedar pelakon Shukri Yahaya sebenarnya banyak membawakan watak seorang lelaki yang pemarah atau panas baran kan nbsp var currentUrlTwo window location hostname window location pathname console log var vi
Surat Dengan Logo Mkn Yang Digunakan Oleh Individu Warga Asing Untuk Meminta Wang Adalah Tidak Benar

Surat Dengan Logo Mkn Yang Digunakan Oleh Individu Warga Asing Untuk Meminta Wang Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 273 hits
SEBENARNYA Menurut kenyataan Majlis Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri menerima aduan mengenai seorang individu warga asing yang menggunakan nama dan logo MKN JPM untuk meminta
Nisfu Sya Ban Orang Melayu Politik Yahudi

Nisfu Sya Ban Orang Melayu Politik Yahudi

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 199 hits
Nisfu Sya ban Perubahan kiblat dedahkan selera YahudiNISFU Sya banMalam Nisfu Sya ban merupakan salah satu daripada hari yang masyhur di kalangan masyarakat Melayu Di sana para Ulamak berselisih pendapat tentang kelebihan malam ini Namun un...
Pn Mampu Tawan Selangor Jika Melayu Kekal Sokongan Kata Penganalisis

Pn Mampu Tawan Selangor Jika Melayu Kekal Sokongan Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 24/2/2024 - jumlah : 270 hits
Penganalisis berkata jika PAS dan PN mahu memenangi hati rakyat Selangor mereka tidak boleh hanya bermain dengan sentimen kaum dan agama sebaliknya perlu kreatif memperjuangkan isu rakyat PETALING JAYA Perikatan Nasional mampu menawan Selan...
Hak Melayu Bukan Islam Rizab Melayu Mengecil

Hak Melayu Bukan Islam Rizab Melayu Mengecil

papar berkaitan - pada 25/2/2024 - jumlah : 362 hits
Zaharah dalam sidang media di Tapak Sejarah Wali 7 Kampung Sungai ChinChin Batu 7 Gombak Selangor pada 23 Feb 2024 Tanah rizab Melayu di Semenanung Malaysia makin mengecil GOMBAK Semenanjung Tanah Melayu adalah tanah orang Melayu kenapa pul...
Takkan Bahasa Melayu Mati Di Dunia

Takkan Bahasa Melayu Mati Di Dunia

papar berkaitan - pada 24/2/2024 - jumlah : 282 hits
Baru baru ini saya menonton sebuah video tular memapar dua orang pemuda berbangsa Jepun berbual dalam bahasa Melayu Terdapat banyak komentar netizen yang menyatakan mereka terkejut dan ada yang kagum dengan kemahiran berbahasa yang ditunjuk...
Melayu Tak Mahu Negara Islam

Melayu Tak Mahu Negara Islam

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 239 hits
Melayu tak mahu negara Islam ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be ogi6Ip KUrM src in org https www youtube com embed ogi6Ip KUrM wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com embed ogi6Ip KUr...
Metamask Security Warning

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Trump Threatens Additional 50pct Tariffs If China Doesn T Retreat

Mengapa Digital Nomads Memilih Malaysia

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gambar Raya 2025 Di Melaka

Lirik Lagu Kekasih Bayangan Cakra Khan

Growth Mindset In Startups

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Bukan Mahram Yang Tak Boleh Bersalam

Harimau Merah Konflik Bermula