Nisfu Sya Ban Orang Melayu Politik Yahudi


 

Nisfu Sya’ban: Perubahan kiblat dedahkan selera Yahudi
NISFU Sya’ban
Malam Nisfu Sya’ban merupakan salah satu daripada hari yang masyhur di kalangan masyarakat Melayu. Di sana, para Ulamak berselisih pendapat tentang kelebihan malam ini. 
Namun, untuk beramal, dan menghidupkan malam ini, boleh dilakukan dengan memohon pengampunan daripadaNya, membaca serta mentadabbur al Quran, dan sebagainya.
Namun, antara peristiwa penting dalam sejarah Islam yang berlaku pada Nisfu Sya’ban adalah perubahan arah Kiblat. Ia berdasarkan beberapa riwayat yang dinukilkan oleh Imam Ibnu Kathir di dalam al Bidayah wan Nihayah daripada Ibnu Abbas, Ibnu Mas’ud, al Waqidi dan lain-lain. 
Perubahan kiblat
Imam Ibnu Kathir menafsirkan ayat 144 Surah al Baqarah,
كان أول ما نسخ من القرآن القبلة ، وذلك أن رسول الله صلى الله عليه وسلم لما هاجر إلى المدينة ، وكان أكثر أهلها اليهود ، فأمره الله أن يستقبل بيت المقدس ، ففرحت اليهود ، فاستقبلها رسول الله صلى الله عليه وسلم بضعة عشر شهرا ، وكان يحب قبلة إبراهيم فكان يدعو إلى الله وينظر إلى السماء ، فأنزل الله
Perkara pertama yang dimansuhkan daripada al Quran ialah arah Kiblat. Ketika mana Nabi SAW berhijrah ke Madinah, yang mana kebanyakan penduduknya ialah Yahudi, maka Allah SWT menyuruh Baginda SAW untuk menghadap Kiblat ke arah Baitul Maqdis. Lalu, bergembiralah orang orang Yahudi. Maka Nabi SAW pun menghadap Kiblat itu selama beberapa belas bulan, sedangkan Baginda SAW lebih suka Kiblat Nabi Ibrahim AS (Masjidil Haram). Lalu Nabi SAW pun berdoa, melihat ke langit. Maka, Allah SWT pun turunkan ayat;
قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ ۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا ۚ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ ۗ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ
“Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.” (al Baqarah: 144)
Jalur kisah
Kisah perubahan arah Kiblat ini, boleh ditelusuri melalui ayat-ayat sebelumnya, iaitu ayat 142 dan 143 Surah al Baqarah. Di sini kita dapat perhatikan hikmah kenapakah Allah SWT menyuruh Nabi SAW berkiblatkan Baitul Maqdis.
Allah SWT menyuruh Nabi SAW berkiblatkan Baitul Maqdis bagi melihat reaksi orang orang Yahudi yang sepatutnya beriman dengan Nabi SAW. Apakah respon orang Yahudi terhadap penukaran Kiblat?
Allah SWT berfirman menggambarkan pertikaian orang orang Yahudi,
مَا وَلَّاهُمْ عَن قِبْلَتِهِمُ الَّتِي كَانُوا عَلَيْهَا ۚ
“Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?”
Di sini dapatlah kita lihat, orang Yahudi walaupun pada mulanya seronok melihat Nabi SAW berkiblatkan Baitul Maqdis, namun akhirnya menzahirkan isi hati mereka. FirmanNya;
وَمَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِي كُنتَ عَلَيْهَا إِلَّا لِنَعْلَمَ مَن يَتَّبِعُ الرَّسُولَ مِمَّن يَنقَلِبُ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ ۚ وَإِن كَانَتْ لَكَبِيرَةً إِلَّا عَلَى الَّذِينَ هَدَى اللَّ
“….. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah….” (al Baqarah 143)
Kesimpulan
Dalam peristiwa ini, Allah SWT mendedahkan perangai Yahudi. Mana mana wahyu yang selari dengan seleranya, mereka akan suka. Manakala wahyu yang tidak kena dengan seleranya, akan ditolak dan ditentang
Wahyu Allah SWT di dalam al Quran bukan hanya suruh berbuat baik, menjalin sillaturrahim dan berkasih sayang. Akan tetapi Allah SWT turut memerintahkan supaya undang undang dan pemerintahan Islam itu ditegakkan.
Para sekularis sering menggambarkan Islam itu secara separuh. Mana-mana ayat al Quran yang berkaitan kasih sayang, dan kesamarataan akan dislogankan sehebat hebatnya. Namun, ayat ayat al Quran tentang undang undang Islam, dan pemerintahan, dipusing sepusing pusingnya.
MUHAMMAD MUJAHID Ir MOHAMMAD FADZIL
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Negeri Perak    – HARAKAHDAILY 24/2/2024
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nisfu Sya’ban: Orang Melayu & Politik Yahudi.
I. Konon tiada permit untuk konsert malam Nisfu Syaaban di M'sia, kerajaan negeri akan panggil penganjur, apa muslihatnya? 
Tangkap layar video tular mengenai konsert yang mencetus kontroversi di Kedah berikutan berlangsung pada malam ‘nisfu Syaaban’.

Tangkap layar video tular mengenai konsert yang mencetus kontroversi di Kedah berikutan berlangsung pada malam ‘nisfu Syaaban’.
ALOR SETAR: Agensi di bawah pentadbiran kerajaan negeri tidak pernah memberikan permit atau kelulusan untuk penganjuran konsert di Taman Jubli Emas pada malam 'nisfu Syaaban' malam tadi.
-ADVERTISEMENT-Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mansor Zakaria berkata kerajaan negeri akan memanggil penganjur untuk mendapatkan penjelasan, sebelum memutuskan tindakan susulan mengikut undang-undang.Mengulas lanjut, katanya, memang terdapat permohonan dikemukakan kepada kerajaan negeri, namun ia tidak dinyatakan mengenai cadangan konsert atau pertunjukan pentas seperti yang tular di media sosial.
"Kerajaan negeri mengambil maklum perkara itu melibatkan konsert di Taman Jubli Emas di Alor Setar pada malam 24 Februari (malam tadi) ...
II. Gaza: Sehalakah pendirian M'sia, AS, Israel, PH Madani, PAS?
(Lanjut sila rujuk 'Serangan Israel ke atas Gaza: Hari ke-140' – HARAKAHDAILY 23/2/2024)

Presiden PAS.

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.



Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

Siri kebangkitan 'damai' se dunia Israel/AS berakhir.. 
1. S'pura kutuk HAMAS. DAP,/PAP/S'pura/Israel sama?2. Doa rakyat K'tan-M'sia untuk Paleestin. & DAP/PAP ...3 .Kebangkitan 'damai' se dunia.. & burung unta soro...3. Kepada peminat filem, Gaza karya fiksyen?5. Ada kapal terkait Israel, serang! Ranapkan..6.Tel Aiv diserang HAMAS, Iran, Yaman & +++7. Israel kalah perang di Gaza. & kesan di M'sia..8. AS Tiba-Tiba 'Bela' Hamas, mengapa?9. Gencatan senjata, Israel/HAMAS awal kemenangan Is...10. Rahsia kekuatan HAMAS. & Misteri wanitanya..11. Ini, Mossad Israel, buru HAMAS hingga ke M'sia, ki...12. Ini, Abu Ubaidah jadi hujung tombak Al-Qassam HAMAS.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/02/nisfu-syaban-orang-melayu-politik-yahudi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penganjur Konsert Di Kedah Mohon Maaf Tak Peka Malam Nisfu Sya Ban

Penganjur Konsert Di Kedah Mohon Maaf Tak Peka Malam Nisfu Sya Ban

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 203 hits
Penganjur konsert di Kedah mohon maaf apabila tular berita yang konsert Choii Underground Music Tour Kedah 2 0 dibatalkan serta merta susulan tiada permit kelulusan untuk penganjurannya pada malam nisfu Sya ban tempoh hari oleh kerajaan neg...
Kelebihan Nisfu Sya Ban

Kelebihan Nisfu Sya Ban

papar berkaitan - pada 25/2/2024 - jumlah : 229 hits
Malam Nisfu Sya ban merupakan antara malam musta jab Doa Berikut adalah antara bahagian Doa yg boleh kita memohon dari Allah SWT Kelebihan Nisfu Sya banMalam Nisfu Syaaban adalah malam 15 Syaaban iaitu sebaik sahaja masuk waktu Maghrib pada...
Dua Caleg Di Semarang Ditindak Bawaslu Diduga Lakukan Politik Uang Sebelum Pencoblosan

Dua Caleg Di Semarang Ditindak Bawaslu Diduga Lakukan Politik Uang Sebelum Pencoblosan

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 144 hits
Bawaslu Kota Semarang memproses dua pelanggaran pemilu Caleg berupa money politic di Kecamatan Tembalang dan Kecamata
Jangan Jadikan Isu Ringgit Lemah Sebagai Senjata Politik Tegas Anwar

Jangan Jadikan Isu Ringgit Lemah Sebagai Senjata Politik Tegas Anwar

papar berkaitan - pada 25/2/2024 - jumlah : 246 hits
freemalaysiatoday com 24 Feb 2024Perdana menteri yang juga menteri kewangan berkata kerajaan sentiasa mencari jalan untuk mengatasi perkara itu Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata pengukuhan dolar AS dapat ditangani memandangkan perdagang...
Nasdem Pertemuan Surya Paloh Dengan Jokowi Puluhan Kali Tidak Terkait Sikap Politik

Nasdem Pertemuan Surya Paloh Dengan Jokowi Puluhan Kali Tidak Terkait Sikap Politik

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 127 hits
Surya Paloh dan Jokowi diketahui menggelar pertemuan di Istana Kepresidenan Jakarta Minggu
Taylor Swift Dan Politik

Taylor Swift Dan Politik

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 122 hits
Twitter bertukar jadi X pada Julai 2023 Tetapi Bernama masih menggunakan istilah Twitter dalam laporannya pada 7 Julai 2023 yang disiar NST mengenai catatan pemimpin politik Thai kepada penyanyi popular Taylor Swift Menurut laporan itu Pita...
Survei Indikator Politik Ungkap Bansos Bukan Jadi Pendongkrak Suara Prabowo Gibran

Survei Indikator Politik Ungkap Bansos Bukan Jadi Pendongkrak Suara Prabowo Gibran

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 182 hits
Responden yang sama sekali tidak pernah menerima bansos tetap menempatkan Prabowo Gibran 56 9
Khutbah Jumat Budaya Politik Uang Dan Sogok Yang Parah Di Negeri Ini

Khutbah Jumat Budaya Politik Uang Dan Sogok Yang Parah Di Negeri Ini

papar berkaitan - pada 21/2/2024 - jumlah : 184 hits
Maraknya praktik politik uang sogok suap pada masa Pemilu kemarin perlu diingatkan Karena rakyat tak tahu kalau uang sogok yang diterima adalah uang haram Begitu pula agar wakil rakyat bermain jujur tak bermain curang
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik