Pn Mampu Tawan Selangor Jika Melayu Kekal Sokongan Kata Penganalisis


 
Penganalisis berkata jika PAS dan PN mahu memenangi hati rakyat Selangor mereka tidak boleh hanya ‘bermain’ dengan sentimen kaum dan agama sebaliknya perlu kreatif memperjuangkan isu rakyat.PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) mampu menawan Selangor pada pilihan raya akan datang jika pengundi Melayu kekal menyokong gabungan itu, kata penganalisis.
Zaireeni Azmi dari Universiti Sains Malaysia berkata, faktor lain boleh menyumbang kemenangan PN ialah peratusan keluar mengundi Melayu tinggi selain pengundi asal Kelantan, Terengganu dan negeri utara yang sinonim dengan PAS menukar alamat mengundi di Selangor.
“Selain itu, isu ekonomi dan kenaikan harga barang tidak boleh diremehkan kerajaan sebab ia akan mempengaruhi pertimbangan pengundi tidak kira Melayu atau bukan Melayu,” katanya kepada FMT.
Pada 18 Feb lalu Ketua Penerangan PAS Selangor, Zurk Ahmad, berkata partinya yakin akan memimpin negeri itu pada PRU16 sekali gus menjadikan ia lebih berdaya saing.
Zurk berkata, pihaknya akan melancarkan projek khas dengan slogan “PAS for All” dalam usaha menawan Selangor.
Bagaimanapun, cita-cita PAS untuk merampas kuasa di negeri itu ditolak Menteri Besar Amirudin Shari, sambil memetik cubaan Barisan Nasional (BN) yang gagal dulu.
Zaireeni Azmi.Zaireeni berkata, walaupun PN mempunyai peluang menang ia bukan bermakna Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mudah ditewaskan jika kepimpinan negeri ketika ini menunjukkan prestasi maksimum dalam menjuarai kebajikan rakyat.
“Selangor antara negeri yang banyak memberi bantuan kepada B40. Kalau semua aktiviti bantuan disebar luas sampai kepada kumpulan sasar, ini boleh menguatkan keyakinan rakyat kepada kerajaan PH-BN, sekali gus mampu mengekalkan kuasa selepas PRU16,” katanya.
Beliau berkata, PH-BN juga berisiko hilang pentadbiran negeri jika  gagal mencari pendekatan menarik pengundi Melayu kerana jumlah kerusi membezakan antara kerajaan dan pembangkang di Selangor hanya tujuh DUN.
“Sukar untuk PH-BN menepis tanggapan mereka tidak mewakili pengundi Melayu jika sentimen itu dimainkan dalam PRU akan datang kerana Adun Melayu lebih ramai dalam pembangkang.
“Imej PN mewakili golongan majoriti Melayu lebih besar berbanding PH-BN, jadi ia menjadi harapan pengundi Melayu. Perubahan boleh berlaku…PRU14 PH menang besar di Selangor, PAS menang satu dan BN empat kerusi tapi PRN lalu kerusi pembangkang melonjak kepada 22,” katanya.
Sementara itu, Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya yang senada dengan Zaireeni berkata PH-BN tidak boleh memandang mudah usaha lawan kerana jumlah perbezaan kerusi di Selangor tidak besar.
Awang Azman Pawi.Katanya, bagaimanapun jika PAS dan PN mahu memenangi hati rakyat Selangor mereka tidak boleh hanya “bermain” dengan sentimen kaum dan agama sebaliknya perlu kreatif memperjuangkan isu rakyat.
“Isu ringgit tak menentu, harga barang…PAS dan PN tidak memberi solusi kepada permasalahan itu, dengan tempoh pilihan raya masih panjang saya kira PH-BN dapat baiki dan menangani perkara berbangkit,” katanya.
Baginya, PH-BN masih mempunyai kelebihan dan jika mahu kekal berkuasa mereka perlu menyantuni rakyat. Sekiranya itu dapat dilakukan rakyat akan lihat gabungan tersebut mampu menyelesaikan masalah mereka berbanding PAS dan PN yang lebih kepada memainkan isu kaum dan agama.
“PN pula kalau nak rakyat nampak mereka berfungsi, mereka perlu adakan Kabinet bayangan dan setiap Kabinet bayangan berfungsi memberi solusi terbaik dalam setiap isu,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/02/pn-mampu-tawan-selangor-jika-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Selangor Ingatkan Hadi Jangan Pertikai Raja Raja Melayu

Sultan Selangor Ingatkan Hadi Jangan Pertikai Raja Raja Melayu

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 174 hits
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa amat dukacita baginda dengan kenyataan Presiden Pas Abdul Hadi Awang mempertikai peranan Raja Raja Melayu Ingatan tersebut dibuat berhubung artikel yang ditulis Abdul Hadi berta...
Hadi Hina Raja Raja Melayu Sultan Selangor Amat Dukacita

Hadi Hina Raja Raja Melayu Sultan Selangor Amat Dukacita

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 168 hits
Malaysiakini nbsp Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menzahirkan rasa amat dukacita baginda dengan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang memberi peringatan kepada para alim ulama peguam hakim hakim wakil rakyat da...
Sokongan Terhadap Zahid Dalam Umno Makin Suram Dakwa Penganalisis

Sokongan Terhadap Zahid Dalam Umno Makin Suram Dakwa Penganalisis

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 267 hits
malaysia today net On Feb 17 2024 Sokongan terhadap Presiden Umno Zahid Hamidi dalam parti semakin suram susulan kegagalan mendapatkan pengampunan penuh Najib Razak kata penganalisis Hisomuddin Bakar dari Ilham Centre berkata ada beberapa p...
Kem Dalam Bersatu Kerana Tak Yakin Dengan Muhyiddin Kata Penganalisis

Kem Dalam Bersatu Kerana Tak Yakin Dengan Muhyiddin Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 336 hits
Penganalisis berkata Muhyiddin Yassin hanya mendapat sokongan ahli MPT untuk mengekalkan jawatan sebagai presiden Bersatu PETALING JAYA Perasaan kurang senang dengan pimpinan mungkin boleh menyebabkan luka perpecahan dalam Bersatu semakin m...
Pas Yakin Tawan Selangor Pada Pru16

Pas Yakin Tawan Selangor Pada Pru16

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 177 hits
freemalaysiatoday com 18 Feb 2024 7 32pmParti itu akan melancarkan projek khas dengan slogan PAS for All dalam usaha menawan negeri itu Ketua Penerangan PAS Selangor Zurk Ahmad berkata pihaknya berikrar menjadikan negeri itu lebih berdaya s...
Sprm Kata Tidak Ada So Mp Tasek Gelugor

Sprm Kata Tidak Ada So Mp Tasek Gelugor

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 257 hits
Satu kata dihubungi dan satu kata tidak dihubungi Umum tahu jika suatu kenyataan dibuat dalam dewan rakyat Ia adalah kekebalan MP dan tidak boleh didakwa
Kata Rugi 300k Tapi Buka Kafe Momen 2 Netizen Pertikai Tindakan Ustazah Asma Buka Kafe Outlet Kedua

Kata Rugi 300k Tapi Buka Kafe Momen 2 Netizen Pertikai Tindakan Ustazah Asma Buka Kafe Outlet Kedua

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 363 hits
Semalam berita mengenai penutupan kafe milik pendakwah selebriti Ustazah Asma Harun di Seremban Negeri Sembilan yang bernama Momen Kafe akibat kerugiaan lebih RM300 000 telah meraih perhatian netizen Buka outlet kedua pula Bagaimanapun neti...
32 Kata Kata Mutiara Tentang Kejujuran Dalam Kehidupan

32 Kata Kata Mutiara Tentang Kejujuran Dalam Kehidupan

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 231 hits
Ada banyak manfaat yang bisa didapatkan ketika kita menjadi seseorang yang jujur seperti mendapatkan kepercayaan orang dan dihormati oleh orang lain Sifat jujur harus dilatih semenjak dini karena setiap aspek kehidupan yang akan dijalani pa...
Koleksi Kata Kata Hikmah Tentang Kehidupan Kejayaan

Koleksi Kata Kata Hikmah Tentang Kehidupan Kejayaan

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 332 hits
Segala perkara yang berlaku di sekeliling kita anda sebabnya dan kata kata hikmah di bawah mengingatkan kita setiap perkara buruk atau baik yang terjadi pasti ada hikmahnya Kata kata hikmah ini mampu menjadikan kita sentiasa reda dan ketent...
Pelajar Sekolah Wajib Pakai Pin Lencana Jalur Gemilang

Tarif Trump Penerangan Kesan Ke Atas Malaysia

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Speed Read A Hartford Vr150 Flat Tracker From Taiwan And More

Overcoming The Funding Challenges

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Metamask Security Warning

Ufabet

Jackpot Fever Awaits On 389sports Slots

Mengapa Digital Nomads Memilih Malaysia

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

9 Lelaki Ditahan Kerana Merusuh Guna Pedang Samurai