Paru Paru Kanan Saya Dah Mula Ada Darah Beku Wanita Kongsi Pengalaman Dijangkiti Covid 19 Sepanjang Masa Fikirkan Anak


Umum tahu pandemik Covid-19 masih belum berakhir dan baru-baru ini kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 secara bersasar di beberapa negeri yang mencatatkan kes positif tinggi. 
Namun, sejak dari Mac 2020 hingga ke hari ini, masih ada yang ingkar SOP, tidak memakai mask dan sebagainya kerana bagi sesetengah orang ini mungkin tidak memandang serius akan kesan dan akibat dari virus berbahaya ini. 
Bagi yang ingin mengetahui apa yang dilalui pesakit Covid-19, baca perkongsian dari wanita ini. Bermula dari simptom demam sehingga rasa sesak nafas beberapa hari kemudian.
ASSALAMUALAIKUM WBT. 
This is my Covid-19 journey. 
24 Disember 2020, saya alami simptom pertama Covid-19, demam. Suhu badan tak adalah terlampau panas sangat, paling tinggi 38'C. Saya pergi klinik, ambil ubat demam dan standby ubat batuk terus sebab masa tu dah mula rasa tak sedap dada. 
Tiga hari kemudian, rasa macam tekak kering. Tak sakit tapi kering serta mula berpeluh sejuk macam ais. Selepas tu rasa macam pelik, kenapa badan tak panas tetapi biji mata ni rasa macam nak terkeluar. 
Saya masih sambung makan ubat, pergi kerja seperti biasa. Hari demi hari, saya mula alami masalah sakit di bahagian belakang. Letak macam-macam nak bagi kelegaan. Rasa sakit itu masih menyucuk. Kemudian dah rasa sesak nafas teruk, bertambah teruk. 

30 Disember 2020, kebetulan memang cuti. Sejak rasa dah mula selesema, hidung dah berdarah. Saya buat swab test di private, masa tu buat RTK je. 30 minit menunggu dan keputusannya adalah positif. Nak tahu apa yang berlaku pada 31 Disember 2020? 
Saya call KKM Petaling, diorang kata tunggu que sebab ramai sangat. Diorang sampai cakap, kalau teruk, diorang suruh saya call ambulans saja. Saya dah sesak nafas, sampai ambulans datang ambil. Doktor on duty masa tu terus tepuk dada saya kuat-kuat sementara oksigen tu nak sambung. 
Ujian kedua, pcr dekat hospital keputusannya masih positif. Saya dah semakin teruk. Dehidrasi sebab dah banyak hari tak ada selera makan, hilang deria rasa dan bau. Selepas itu check jantung saya semua, bacaan semua dah tak cantik. Kemudian ambil darah di nadi. Sakit! Doktor nak periksa paras oksigen dalam darah saya cukup ke tak. Yes, memang saya dah semakin teruk. Doktor terus tingkatkan bantuan oksigen lebih tinggi. 
Sampai di hospital, lima hari saya ditempatkan di wad kritikal. Saya dipantau, sehari kena ambil darah 4-5 kali. Doktor kata, "Saya dah masukkan awak dalam senarai untuk dimasukkan ke ICU. Kalau oksigen tak boleh nak membantu, kami terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan."
Masa tu, ingat anak saja. Serius hanya ingat anak-anak di kepala! Saya gagahkan diri bangun pergi ke tandas walaupun doktor nak masukkan tiub kencing. 
Tekanan darah saya 78/50, oksigen dalam 80 lebih. Tengok orang meninggal di depan mata, mayat terus masuk dalam guni berzip warna hijau. Yang keluar dari ICU, diorang akan dipantau di wad kritikal. Bila diorang buka oksigen, serius mengelupur sebab dekat ICU dah bergantung dengan alat bantuan pernafasan sebelum ini. 
Selepas tu, doktor ambil keputusan nak buat imbasan. Nak tahu apa keputusannya? Paru-paru kanan saya dah mula ada darah beku dan lebih teruk lagi, kuman dah mula merebak. Saya disahkan pneumonia rupanya.
Ada pesakit yang mengamuk, stress, nak bunuh diri, nak balik menjerit-jerit. Saya di wad masa itu hanya memikirkan anak-anak sahaja di kepala. 
"Aku kena lawan! Kalau aku balik, aku kalah. Anak-anak aku tak dapat cium aku." 
Katil di sana tidak pernah kosong! Sentiasa penuh! Dua jururawat jaga 28 katil. Bayangkanlah, dioranglah yang kena bagi drip, cuci berak pesakit, kutip sampah, pantau pesakit. 
Lima hari saya di wad kritikal dan akhirnya doktor pindahkan saya ke wad biasa. Tetapi katil saya betul-betul berdekatan dengan kaunter jururawat. MAsa tu pergi tandas masih rasa sesak nafas lagi. Nak bangun dari katil pun rasa sesak, inikan pula nak pergi ke tandas. 
Hari-hari doktor cuba turunkan oksigen. Yes! Saya mampu bertahan selama 10 hari di sana dan doktor buka oksigen! Alhamdulillah! Hasil doa ibu, keluarga dan kalian semua. Saya dah boleh discharged dan jumpa anak-anak. Tetapi saya dah tak normal macam dulu. 
Doktor kata, ambil masa sekurang-kurangnya lima bulan untuk sembuh. Jadi, selepas ini saya akan berjumpa dengan pakar paru-paru di IPR. Setiap hari saya kena ambil injection cair darah sendiri 4 jab. Saya kena telan ubat hampir 20 biji. 
Tiga hari balik rumah, rasa juga sesak nafas. Dah pneumonia kan? Badan saya cramp sebelah kanan, kepala sakit bila tak cukup oksigen. Jadi sekarang memang betul-betul berehat di katil. 
So guys, Covid-19 ini real okey! Jangan galak sangat gelak sana sini, melancong sana sini. Di waktu macam ini pun masih ada yang sembang politik lagi. Kuman ini memang tak nampak, malah saya pun tak tahu dari pada saya dapat. 
Mujur keputusan ujian saringan anak-anak saya semuanya negatif. Sekali dia serang, membunuh! Just stay at home! Tak payahlah bengang tak dapat balik kampung ke apa. Yang paling bahaya, yang tak ada simptom pun positif, balik kampung kena pula pada orang tua korang. Sanggup? 
Di wad kritikal itu ramai orang tua, yang ada sakit buah pinggang, jantung, kencing manis, darah tinggi, diorang ni lagi berisiko sebab Covid serang diorang memang rebah terus. Kuat dengan tak kuat, lawan saja. 
Di sebelah katil saya, aunty itu kena stroke, datang sesak nafas hanya mampu gerakkan kaki sebelah. Dengar macam nyawa nak kena cabut! Bayangkanlah. Jururawat di sana paling takut jaga ICU! Sebab? Sana kuman lagi teruk! Diorang betul-betul korbankan diri untuk kita semua. Tolonglah hargai diorang. Nak solat pun terkejar-kejar. 
InsyaAllah saya akan kembali bekerja pada 20 haribulan, tengok macam mana. Tetapi sekarang tak boleh nak buat kerja berat, borak-borak macam dulu. Doakan saya cempat sembuh, boleh dukung anak-anak saya. 
Please, please and please. Take care guys! Thank you doktor dan juruawat di Hospital Sungai Buloh! Jasamu akan dikenang. 
Sumber: Wan E'reen Wan Hasan via The Reporter


from Sehinggit Media https://ift.tt/3ikDmQO
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2021/01/paru-paru-kanan-saya-dah-mula-ada-darah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Paru Paru Sebelah Kanan Ada Darah Beku Amp Kuman Merebak Pesakit Covid 19 Kongsi Pengalaman

Paru Paru Sebelah Kanan Ada Darah Beku Amp Kuman Merebak Pesakit Covid 19 Kongsi Pengalaman

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 252 hits
Seperti yang diketahui umum pandemik Covid 19 mencatatkan angka jangkitan yang tinggi setiap hari Pada hari ini pula menerusi perkongsian maklumat di laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia jumlah kes baharu pada hari ini adalah se
Pengalaman Anak Positif Covid Ibu Kongsi Ambil Vitamin C Setiap Pagi Kumur Air Garam

Pengalaman Anak Positif Covid Ibu Kongsi Ambil Vitamin C Setiap Pagi Kumur Air Garam

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 444 hits
Besar pengorbanan seorang ibu yang sanggup bergadai nyawa demi menemani anaknya menjalani kuarantin di wad selepas disahkan positif Covid 19 Setiap masa Nazratul Adawiah Abdullah 31 berada di sisi Muhammad Zhafril Adam Mohd Zaim 7 sehingga ...
Kahwin Lelaki Nigeria Wanita Ini Kongsi Video Keluarganya Yang Sempoi Semua Anak Suka Makan Tempoyak

Kahwin Lelaki Nigeria Wanita Ini Kongsi Video Keluarganya Yang Sempoi Semua Anak Suka Makan Tempoyak

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 668 hits
BERKAHWIN pasangan yang berlainan negara semestinya berdepan dengan pelbagai cabaran memandangkan suami dan isteri mempunyai latar belakang yang berbeza Pastinya aspek seperti budaya adat resam dan bahasa pertuturan merupakan antara perkara...
Tak Percaya Covid Demi Allah Pakcik Mengaku Salah Doktor Kongsi Pengalaman Berdepan Pesakit Covid 19

Tak Percaya Covid Demi Allah Pakcik Mengaku Salah Doktor Kongsi Pengalaman Berdepan Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 301 hits
63 total views 63 views today Di Facebook doktor Ahmad Zakimi Abdullah berkongsi pengalaman merawat seorang pesakit Covid 19 yang tidak pernah percaya kewujudan virus ini Malah pesakit itu turut mengakui tidak patuh pada prosedur operasi st...
Hiburan Mandi 10 Kali Sehari Zarina Zainuddin Kongsi Jaga Pengalaman Anak Istimewa Untuk Tatapan Peminat

Hiburan Mandi 10 Kali Sehari Zarina Zainuddin Kongsi Jaga Pengalaman Anak Istimewa Untuk Tatapan Peminat

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 380 hits
Pelakon versatil Zarina Zainuddin sering berkongsikan mengenai keletah anak kembar istimewanya iaitu Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai yang kini berusia 22 tahun di media sosial Instagram Sumber Google Baru baru ini perkongsian...
Hiburan Dedah Lebih Banyak Menangis Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Proses Ivf Anak Kedua

Hiburan Dedah Lebih Banyak Menangis Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Proses Ivf Anak Kedua

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 602 hits
Umum mengetahui bahawa penyanyi No1 Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza kini sedang hamil anak kedua hasil daripada rawatan kesuburan In Vitro Fertilisation Sempena hari lahirnya yang ke 42 Siti telah berkongsi proses rawatan tersebut dengan...
Panglima Kanan Zahid Hamidi Disahkan Dijangkiti Covid 19

Panglima Kanan Zahid Hamidi Disahkan Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 202 hits
Seorang lagi ahli parlimen disahkan positif Covid 19 Kali ini membabitkan Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman Hal itu dinyatakan pengelola media sosial Tajuddin pagi ini Kata hantaran itu Tajuddin menjalani ujian saringan pada 1...
Tediaa Bekerja Dari Bilik Kecil Wanita Ini Hasilkan Anak Patung Guna Baju Pesakit Korban Covid 19

Tediaa Bekerja Dari Bilik Kecil Wanita Ini Hasilkan Anak Patung Guna Baju Pesakit Korban Covid 19

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 324 hits
Jumaat 15 Januari 2021 7 30 AMErendira Guerrer menghasilkan anak patung menggunakan baju pesakit Covid 19 yang telah meninggal dunia foto APKERANA Covid 19 ramai yang terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada orang tersayang tanpa dapat b...
Pemuda Ini Kongsi Pengalaman Sepanjang Kuarantin Di Maeps Yang Bergantung Kain Putih Tu Sebab

Pemuda Ini Kongsi Pengalaman Sepanjang Kuarantin Di Maeps Yang Bergantung Kain Putih Tu Sebab

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 555 hits
Rata rata rakyat Malaysia sedang bimbang dengan kes positif COVID 19 baru baru ini yang sering mencecah lebih dua ribu pesakit Lebih membimbangkan rakyat apabila terdapat sebuah perkongsian yang menunjukkan proses kuarantin dan rawatan COVI...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm