Kahwin Lelaki Nigeria Wanita Ini Kongsi Video Keluarganya Yang Sempoi Semua Anak Suka Makan Tempoyak







BERKAHWIN pasangan yang berlainan negara semestinya berdepan dengan pelbagai cabaran memandangkan suami dan isteri mempunyai latar belakang yang berbeza

Pastinya aspek seperti budaya, adat resam dan bahasa pertuturan merupakan antara perkara yang menjadi cabaran utama dalam melayari bahtera perkahwinan

Namun itulah keunikan hubungan cinta antara dua negara, sebagaimana pasangan Malaysia-Afrika ini yang mencuri perhatian ramai gara-gara video TikTok ‘cabaran’ berbahasa Melayu menjadi tular sejak dua hari lalu

Gelagat Noor Habibah Hairi yang menguji suami dan anak sulungnya dengan beberapa perkataan serta ayat dalam bahasa Melayu begitu mengkagumkan netizen apabila kedua-duanya ‘lulus’ cabaran berkenaan

Malah netizen juga memuji kedua-dua beranak berkenaan yang dilihat langsung tidak kekok apabila berbahasa kebangsaan

Sejak dimuat naik pada Isnin, video berkenaan setakat ini meraih lebih 600,000 jumlah tontonan



Klip video suami dan anak sulung Noor Habibah yang bertutur dalam bahasa Melayu mendapat perhatian netizen.
 Noor Habibah berkata video berkenaan dikongsikan di aplikasi berkenaan selepas mendapat satu pertanyaan daripada netizen yang bertanyakan sama ada dia mendapat halangan daripada keluarga apabila memilih untuk berkahwin dengan lelaki asing

“Memandangkan sekarang ni pun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ada banyak masa terluang, jadi saya pun suka-suka buat video TikTok. Tak sangka viral dan ini kali pertama video jadi begitu hit,” ujar wanita berusia 35 tahun ini yang mengahwini lelaki warga Nigeria, Adam Desmond.
Menurut Noor Habibah, dia sememangnya melatih keempat-empat anaknya bertutur bahasa Melayu dalam perbualan seharian

Malah tiga anaknya dihantar bersekolah di sekolah kebangsaan biasa, bukan sekolah antarabangsa


Noor Habibah dan suaminya sepakat untuk menghantar tiga anak mereka ke sekolah kebangsaan untuk lebih mendalami bahasa Melayu

“Masa mula mendapat anak pertama, ramai yang cadangkan supaya kami hantar anak ke sekolah antarabangsa. Selepas berbincang dengan suami, kami putuskan untuk hantar anak ke sekolah kebangsaan. Lagipun kita di Malaysia kan.
“Anak kedua dan ketiga pun sama, kami hantar ke sekolah kebangsaan. Kami tak mahu ada jurang komunikasi antara mereka dengan orang kita.
“Anak sulung yang berusia 13 tahun malah beritahu adik-adiknya, kenapa nak kena bazirkan duit mama dan papa untuk ke sekolah antarabangsa? Dalam usia muda, dia sendiri sudah mengerti.
“Kalau bertemu dengan opah dan adik beradik di sebelah saya, saya sendiri menyuruh mereka bertutur dalam bahasa Melayu dengan anak-anak saya,” ujarnya yang menetap di Seri Kembangan, Selangor.
“Anak sulung yang berusia 13 tahun malah beritahu adik-adiknya, kenapa nak kena bazirkan duit mama dan papa untuk ke sekolah antarabangsa?”
NOOR HABIBAH HAIRIPENIAGA
Begitu juga dengan makanan, Noor Habibah berkata anak-anaknya begitu menggemari hidangan Melayu malah tidak kekok untuk makan makanan berasaskan durian atau tempoyak

“Jika hari Isnin hingga Jumaat saya masak makanan Melayu, pada hari minggu bapa mereka pula akan masak makanan Nigeria. Anak-anak suka dua-dua jenis makanan,” ujarnya yang baru menjalankan perniagaan berasaskan makanan ringan, Chin Chin

Tidak menafikan pernah menerima kata-kata kurang enak lantaran memilih lelaki asing sebagai pasangan, Noor Habibah bagaimanapun berkata situasi itu semakin kurang dirasai pada ketika ini disebabkan ramai yang sudah berfikiran terbuka

“Awal-awal tu biasa dah. Tapi sekarang ni mungkin dah ramai yang berfikiran terbuka. Contohnya apabila kami menerima komen-komen positif daripada netizen mengenai video yang viral baru-baru ni

“Saya tunjukkan komen-komen tu kepada anak dan suami… mereka gembira sangat sampai siap ajak buat video lagi,” ujarnya




Noor Habibah dan suami saling menghormati dan tidak melihat perbezaan budaya sebagai satu isu besar dalam perkahwinan mereka

Menurut Noor Habibah lagi, apa yang penting dalam sesebuah perkahwinan adalah sikap saling menghormati antara pasangan

“Macam kami contohnya, saya belajar budaya suami dan suami juga belajar budaya saya. Sebenarnya suami tiada masalah nak suaikan diri kerana dia dah tinggal di Malaysia selama 17 tahun

“Sebelum kami berkahwin lagi, suami dah terbiasa dengan budaya Malaysia. Malah dia juga ada ibu dan bapa angkat Melayu. Pokoknya, kita saling hormat menghormati,” katanya lagi



sumber:Mstar

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.kelimerah.com/2021/01/kahwin-lelaki-nigeria-wanita-ini-kongsi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Pandai Berjalan Suka Makan Buah Elfira Loy Kongsi Video Momen Anak Di Usia Setahun

Dah Pandai Berjalan Suka Makan Buah Elfira Loy Kongsi Video Momen Anak Di Usia Setahun

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 475 hits
Meniarap sudah merangkak pun sudah Detik anak berjalan menjadi momen paling bermakna buat semua ibu bapa Satu pencapaian yang cukup membuatkan ibu dan bapa berbangga Momen manis ini pastinya tidak akan dilepaskan peluang untuk merakam setia...
Doktor Cakap Dah Boleh Makan Aidil Teruja Kongsi Video Suapan Pertama Anak Di Usia 5 Bulan

Doktor Cakap Dah Boleh Makan Aidil Teruja Kongsi Video Suapan Pertama Anak Di Usia 5 Bulan

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 481 hits
Menunggu saat untuk memberikan suapan pertama pada anak ternyata cukup mendebarkan Momen manis ini dikongsikan oleh suami pelakon cantik Fasha Sanda Aidil Aziz yang memberikan makanan pejal pada anaknya pada usia genap lima bulan Menerusi s...
Hiburan Bekas Suami Tidur Sebilik Dengan Teman Wanita Fatin Afeefa Dedah Perbualan Video Bersama Anak

Hiburan Bekas Suami Tidur Sebilik Dengan Teman Wanita Fatin Afeefa Dedah Perbualan Video Bersama Anak

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 634 hits
Pelakon Fatin Afeefa semalam dilihat telah memuat beberapa luahan perasaan di Instagram Storynya serta sebuah video yang memaparkan perbualan antara dirinya dan anak perempuan Ivy Herra Sophia Sumber Instagram Fatin Afeefa Dalam video terse...
Bijaknya Yusuf Alisa Kongsi Video Aktiviti Anak Warganet Puji Cara Didikan Hanis Zalikha

Bijaknya Yusuf Alisa Kongsi Video Aktiviti Anak Warganet Puji Cara Didikan Hanis Zalikha

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 351 hits
Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anaknya membesar dengan bijak malah menjadi anak yang membanggakan apabila mereka sudah besar kelak Tidak mahu ketinggalan dalam pelajaran pelbagai aktiviti yang dirangka demi memastikan perkembangan ot...
Paru Paru Kanan Saya Dah Mula Ada Darah Beku Wanita Kongsi Pengalaman Dijangkiti Covid 19 Sepanjang Masa Fikirkan Anak

Paru Paru Kanan Saya Dah Mula Ada Darah Beku Wanita Kongsi Pengalaman Dijangkiti Covid 19 Sepanjang Masa Fikirkan Anak

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 517 hits
Umum tahu pandemik Covid 19 masih belum berakhir dan baru baru ini kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan 2 0 secara bersasar di beberapa negeri yang mencatatkan kes positif tinggi Namun sejak dari Mac 2020 hingga ke hari i...
Video Pilu Wanita Ini Lahirkan Anak Kembar 4 Seorang Diri Sebelum Semuanya Disahkan Meninggal Dunia

Video Pilu Wanita Ini Lahirkan Anak Kembar 4 Seorang Diri Sebelum Semuanya Disahkan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 475 hits
65 total views 64 views today Di media sosial tular satu video di mana seorang ibu melahirkan empat bayi kembar secara bersendirian Kejadian tersebut berlaku pada Khamis yang lalu di Madura Jawa Timur Indonesia Namun apa yang lebih menyedih...
Kekasih Enggan Kahwin Lepas Lahirkan Anak Wanita Terjun Bangunan Sambil Peluk Bayi

Kekasih Enggan Kahwin Lepas Lahirkan Anak Wanita Terjun Bangunan Sambil Peluk Bayi

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 418 hits
Hong Kong Seorang wanita kaya kacukan China Amerika ditemukan maut dalam keadaan berbogel selepas terjun dari pangsapuri sambil memeluk bayinya berusia lima bulan Dilaporkan mangsa Luo Lili 34 mengambil keputusan itu selepas kecewa dengan k...
Video Harga Murah Tak Dapat Untung Peniaga Seiambe Buang Semua Telur Ayam Akhirnya Mohon Maaf

Video Harga Murah Tak Dapat Untung Peniaga Seiambe Buang Semua Telur Ayam Akhirnya Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 317 hits
Tidak dinafikan lagi sepanjang tempoh pandemik Covid 19 ini ramai individu yang terkesan Ada rakyat marhaen yang terputus bekalan makanan kerana hiIang sumber pendapatan Malah ada yang sanggup mencuri demi sesuap nasi untuk keluarga di ruma...
Pengalaman Anak Positif Covid Ibu Kongsi Ambil Vitamin C Setiap Pagi Kumur Air Garam

Pengalaman Anak Positif Covid Ibu Kongsi Ambil Vitamin C Setiap Pagi Kumur Air Garam

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 533 hits
Besar pengorbanan seorang ibu yang sanggup bergadai nyawa demi menemani anaknya menjalani kuarantin di wad selepas disahkan positif Covid 19 Setiap masa Nazratul Adawiah Abdullah 31 berada di sisi Muhammad Zhafril Adam Mohd Zaim 7 sehingga ...
Selangor Mb In Firing Line For Seeing Bandar Utama School Murder Tragedy From Racial Lenses

Court Returns Guan Eng S Passport As Pm Appoints Him Trade Official

Mcmc Warns Against Sharing Content On School Stabbing

Setback For Indians Without Special Allocations In Budget 2026

Gempa Bumi Lemah Landa Keningau Sabah Pagi Tadi

Pemandu Bas Dipenjara 22 Sebatan Kerana Amang Seksual 5 Pelajar

Airports Refuse To Show Video Of Kristi Noem Blaming Democrats For Shutdown

8lots 31 December 8lots Top 85 By Dell


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hadiah Ideal Untuk Lelaki Kasut Jam Tomaz Yang Pasti Impress

Lagenda Siti Jalang Kisah Misteri Wanita 100 Suami Dari Kota Tinggi

Apakah Itu Carcosa

Rekod Carian Akan Muncul Dalam Ctos Bila Anda Banyak Kali Survey

Sticker Produk Custom Kunci Branding Murah Tapi Efektif Untuk Usahawan Baru

Belajar Flutter Bagi Pengembang Native