Parti Warisan Sabah Mungkin Akan Bertanding Di Semenanjung Pada Pru 15 Ini


 

KOTA KINABALU - Parti Warisan Sabah (Warisan) berkemungkinan akan bertanding di Malaysia Barat pada pilihan raya umum akan datang.
Jaujan Sambakong, salah seorang daripada tiga Naib Presiden Warisan, berkata partinya boleh bertanding di Semenanjung kerana Warisan telah mengesahkan cadangan untuk melebarkan sayapnya merentas Laut China Selatan pada mesyuarat agung tahunannya tahun lalu.
Tanpa menyatakan siapa yang dimaksudkan, bekas timbalan ketua menteri Sabah itu juga mendakwa, ada wakil rakyat dari Semenanjung telah menyatakan niat mereka untuk menyertai Warisan.
Kata beliau, masih belum ada tarikh rasmi ditetapkan berkenaan langkah ini, tetapi niat mereka jelas.
“Kenapa tidak (bertanding di Semenanjung) jika ada kesempatan? Hakikatnya adalah kami ingin mengambil bahagian dalam pilihan raya, bukan hanya di Sabah tetapi juga di negeri-negeri di Semenanjung,” kata beliau.
Jaujan, yang juga ADUN Sulabayan, berkata usaha sedang dilakukan untuk mengenal pasti kawasan sesuai untuk ditandingi dan juga calon berpotensi.
“Setakat ini, kami aktif di Johor, Selangor dan Kuala Lumpur, di mana kami melihat parti diterima dengan baik dalam kalangan pemimpin dan rakyat. Kebetulan sahaja ramai orang Sabah di lokasi-lokasi ini,” kata beliau.
Tetapi, kata Jaujan, Warisan tidak hanya menyasarkan lokasi-lokasi di mana terdapat ramai orang Sabah.
“Tak mustahil kami juga boleh bertapak di Kelantan, Pahang, Terengganu, dan Kedah, jika ada permintaan,” kata beliau.
Disember lalu, Presiden Warisan Shafie Apdal berkata, parti itu akan berkembang ke seluruh Malaysia, sambil menambah, perlembagaan parti tidak menghalangnya berbuat sedemikian.
Bekas ketua menteri itu berkata, parti itu akan mula menubuhkan bahagian dan cawangannya di Johor dan Selangor, di mana terdapat ramai penduduk Sabah.
Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden Warisan, Junz Wong, berkata masih terlalu awal untuk membincangkan wakil rakyat mana yang akan menyertai parti itu.
“Kita ke sana dulu, baru lah boleh berbincang (tentang hal ini),” kata beliau.
“Tetapi kami sedang melihat-lihat negeri untuk kami bertanding; kami hanya perlu menyelesaikan beberapa perkara. Agenda kami sudah ada kami terbuka untuk semua rakyat Malaysia, sesiapa pun yang mendukung perjuangan ‘Perpaduan’ kami.
“Apa-apa pun boleh berlaku dalam politik tetapi kami mungkin akan mengembangkan sayap ke sana demi kepentingan rakyat Sabah dan Malaysia secara umum,” kata Wong, yang juga ADUN Tanjung Aru. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/04/parti-warisan-sabah-warisan-mungkin.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Hanya Akan Berunding Bentuk Kerajaan Bersama Gabungan Parti Lain Selepas Pru 15

Umno Hanya Akan Berunding Bentuk Kerajaan Bersama Gabungan Parti Lain Selepas Pru 15

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 330 hits
PUCHONG UMNO hanya akan berbincang untuk membentuk kerajaan bersama parti dan gabungan lain selepas Pilihan Raya Umum ke 15 Pengarah Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata buat masa ini keputusan UMNO adalah tidak berund...
Kita Sibuk Meminta Pru Namun Dalam Masa Yang Sama Kita Cuba Menyekat Demokrasi Dalam Parti

Kita Sibuk Meminta Pru Namun Dalam Masa Yang Sama Kita Cuba Menyekat Demokrasi Dalam Parti

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 278 hits
Zaman UMNO tidak tangguh pemilihan parti selalu menang besar dalam PRU Sejak UMNO mula belajar tangguh pemilihan parti undi terhadap UMNO semakin susut dan parti tetap juga berpecah Kita tangguh pemilihan UMNO 2016 sehingga 2018 pecat Timba...
Apakah Dua Parti Lebih Baik Dari Tiga Kerana Mendapat Lebih Banyak Kerusi Untuk Bertanding Titm

Apakah Dua Parti Lebih Baik Dari Tiga Kerana Mendapat Lebih Banyak Kerusi Untuk Bertanding Titm

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 285 hits
Tuan Ibrahim berkata mereka telah sepakat membentuk kerajaan PN bersama sama dan persoalan tentang lompat parti tidak timbul saat itu kerana semuanya gembira atas kerjasama tersebut Kenapa kini kita hilang pertimbangan dengan melupai asas p...
After Sabah Setback Warisan Looks Westward

After Sabah Setback Warisan Looks Westward

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 260 hits
It has been a roller coaster ride for Warisan since it was formed in 2016 The party was voted to power in Sabah barely two years later only to let it slip when a snap election was forced in September 2020 Although the party is still licking...
Pru 15 Pengkhianat Bertanding Di Selangor Hilang Wang Pertaruhan

Pru 15 Pengkhianat Bertanding Di Selangor Hilang Wang Pertaruhan

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 196 hits
POSTED BY AMIR WRLRPengkhianat KEADILAN tidak perlu bermimpi untuk menang di kawasan kubu mereka dalam Pilihan Raya Umum ke 15 Pengarah Operasi Pilihan Raya KEADILAN Selangor Yahya Shari berkata jentera KEADILAN di negeri itu telah siap sia...
Pru 15 Bersatu Sedia Bertanding Semua Kerusi Jika Umno Tidak Mahu Bertoleransi

Pru 15 Bersatu Sedia Bertanding Semua Kerusi Jika Umno Tidak Mahu Bertoleransi

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 294 hits
PUTRAJAYA Parti Pribumi Bersatu Malaysia menegaskan bahawa parti itu sedia bertanding semua kerusi sekiranya UMNO tidak mahu bertoleransi dalam perkara berkenaan Ketua Srikandi Bersatu Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata pihaknya akan sentia...
Tekanan Dari Semenanjung Uji Kesepakatan Grs Autonomi Umno Sabah Kata Penganalisis

Tekanan Dari Semenanjung Uji Kesepakatan Grs Autonomi Umno Sabah Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 317 hits
KOTA KINABALU Penganalisis politik berkata Umno dan PPBM di Sabah akan tetap mendapat tekanan daripada kepimpinan parti itu di Semenanjung walaupun mereka terus bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya umum Ke 15 dengan menggunakan platfor...
Bomoh Mungkin Mati Ditembak Pembunuh Upahan

Bomoh Mungkin Mati Ditembak Pembunuh Upahan

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 420 hits
911 total views 911 views today TEMERLOH 9 April Pembunuhan seorang pengamal perubatan di Kuantan malam Ahad lepas dipercayai dilakukan oleh pembunuh upahan yang melepaskan beberapa das tembakan semasa mangsa sedang merawat pesakit Ketua Po...
Polis Percaya Pembunuh Upahan Tembak Mati Bomoh Mungkin Berpunca Daripada Dendam Gangguan Seksual

Polis Percaya Pembunuh Upahan Tembak Mati Bomoh Mungkin Berpunca Daripada Dendam Gangguan Seksual

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 431 hits
82 total views 82 views today Susulan pembunuhan seorang pengamal perubatan di Kuantan Pahang pada malam 6 April lalu polis percaya jenayah itu dilakukan oleh pembunuh upahan Dalam kejadian itu mangsa ditembak beberapa das tembakan ketika s...
Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences

Speed Read The New Speed Triple 1200 Rx And More

Mobile Social Support Centres Proposed In Sabah To Aid Women Facing Domestic Violence

Saya Pernah Dilabel Pemberontak Lawan Ayah Dalam Pkr Nurul Izzah Bongkar Kisah Lama

Good Morning

Why Electronic Manufacturing Services In Malaysia Are Gaining Global Attention

How Is Home Made Mango Juice Prepared


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Miniatur Bus Jetbus2 Voyager Hdd Nk

Miniatur Bus Evo G Rahayu Santosa Nk

Aduhai Cik Pepel Accident Lagi

Jadi Profesional Supaya Tenang Di Tempat Kerja

Metal Slug Advance

Creamy Pasta Mudah Dan Sedap Di London