Parti Tak Kuat Nak Jadi Pm Kata Zuraida Pada Anwar
Zuraida soal Anwar – Kalau parti tidak kuat, macam mana nak jadi PM?
Bekas naib presiden PKR Zuraida Kamaruddin berkata bahawa presiden parti itu, Anwar Ibrahim perlu memberi fokus kepada isu dalaman sebelum ingin menjadi perdana menteri.
“Seperti saya kata, sebelum saya bertindak keluar dari parti, saya fikir presiden parti perlu memberi perhatian kepada parti dan mengkukuhkan parti sebelum ingin menjadi perdana menteri.
“Kalau kamu tidak menguatkan parti, kalau parti tidak kuat, kemudian macam mana nak jadi perdana menteri?
“Itu (kukuh parti) sebenarnya, sangat asas,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Asia Pacific Conference of Young Scientist 2019 anjuran Yayasan Pendidikan Cheras (YPC).
Zuraida berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita berhubung tindakan PKR memecat beberapa pemimpin parti yang dianggap sebagai penyokong setianya dan bekas timbalan presiden Mohamed Azmin Ali.
Ini berikutan pemecatan lima anggota parti oleh Lembaga Disiplin PKR pada 29 Jun lalu.
Mereka adalah Ketua Wanita Haniza Talha, Ketua Wanita Pulau Pinang, Nur Zarina Zakaria, Ketua Wanita Sabah Rahimah Majid dan dua Adun Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya) serta Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh).
Selain itu amaran bertulis juga dikeluarkan kepada Naib Presiden Tian Chua, Adun Machap Jaya Ginie Lim dan Ketua Penerangan Wanita Pulau Pinang Carolyn Khor.
Haniza berkata parti itu kini dilihat membalas dendam dengan memecat dan “memburu” ahli parti yang rapat dengan Azmin.
Sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada Februari lalu, kebanyakan penyokong Azmin bertindak keluar dari parti.
PKR juga bertindak memecat, menggantung dan memberi amaran kepada beberapa pemimpin yang masih dianggap sebagai setia kepada Azmin.
Mengulas lanjut, Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata tindakan memecat ahli parti perlu diambil sebagai pengajaran.
“Saya fikir ini merupakan (pemecatan) satu proses pengajaran dan satu isyarat kepada presiden untuk melihat lebih dalam melakukan apa yang harus dia lakukan, untuk menguatkan parti,” katanya.
Zuraida selaku ahli parlimen Ampang adalah antara 11 ahli parlimen PKR menyokong Azmin yang bertindak meninggalkan parti dan menyertai Bersatu.
Tindakan mereka disusuli pengumuman Muhyiddin Yassin yang membawa Bersatu keluar dari kerajaan PH yang dikenali sebagai ‘Langkah Sheraton’ sehingga mengakibatkan kerajaan pusat tumbang.
Muhyiddn dan Azmin kemudian bergabung dengan Umno, PAS dan GPS untuk menubuhkan kerajaan baru Perikatan Nasional. Beberapa kerajaan negeri PH juga kemudiannya tumbang.
Mkini
The post Parti tak kuat nak jadi PM, kata Zuraida pada Anwar appeared first on My KMU NeT.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2020/06/30/parti-tak-kuat-nak-jadi-pm-kata-zuraida-pada-anwar/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=parti-tak-kuat-nak-jadi-pm-kata-zuraida-pada-anwar