Semua Pm Mewakili Gabungan Parti Pelbagai Kaum Tiada Sebab Anwar Dari Pkr Tidak Boleh Diterima




Alasan pokok yang digunakan oleh Tun Mahathir Mohamad untuk mencadangkan dirinya sendiri sebagai calon Perdana Menteri PH Plus ialah kerana Anwar Ibrahim yang merupakan pesaingnya dianggap tidak boleh diterima bagi jawatan itu kerana memimpin sebuah parti pelbagai kaum.

Dengan itu, kata Tun Mahathir, beliau perlu menjadi Perdana Menteri terlebih dahulu selama enam bulan sebelum menyerahkannya kepada Anwar.

Dalam mesyuarat PH Plus pada 9 Jun lalu, Anwar lantas berhujah bahawa jika itu alasannya, pada enam bulan akan datang di mana peralihan kuasa berlaku seperti yang dijanjikan kepadanya, ketika itu beliau masih lagi memimpin PKR yang merupakan sebuah parti berbilang kaum.

Walaupun Tun Mahathir dilaporkan tidak mampu menyanggah hujah Anwar itu, tetapi alasan itu bukan saja menggambarkan isi hati sebenarnya tidak mahu menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar setelah memegangnya selepas enam bulan nanti, tetapi yang lebih penting ialah menyerlahkan sifat perkauman yang tebal dalam diri bekas Pengerusi Bersatu itu, walau dalam banyak keadaan selalu menyeru agar bibit-bibit perkauman hendaklah dihindarkan.

Beliau nampaknya cuba memainkan sentimen kaum dan menonjolkan isu ketuanan Melayu dalam hujahnya, walhal hakikat sebenarnya semua itu hanyalah untuk kepentingan dirinya semata-mata.

Kenapa baru sekarang isu kedudukan Anwar memimpin parti pelbagai kaum dibangkitkan, sedangkan sebelum ini tidak berbangkit sama sekali?

Tun Mahathir dalam hal ini seolah-olah terlupa bahawa semua Perdana Menteri sebelum ini adalah mewakili sebuah gabungan parti-parti pelbagai kaum untuk memenangi pilihanraya dan membentuk kerajaan.

Bermula dengan Perikatan, BN, PH dan PN – semuanya adalah gabungan yang mengandungi parti-parti pelbagai kaum di dalamnya.

Bolehkah UMNO, Pas atau Bersatu secara sendirian menjadi parti yang mampu membentuk kerajaan?

Kenapakah ditubuhkan Perikatan, BN, PH dan PN ketika mahu memenangi pilihanraya dan sewaktu menubuhkan kerajaan?

Tidakkah ia menunjukkan bahawa untuk memenangi pilihanraya dan menubuhkan kerajaan, menampilkan gabungan yang menggambarkan kemajmukan kaum adalah mustahak bagi memastikan kerajaan yang dibentuk benar-benar stabil?

Maka itu, apa masalahnya kalau Anwar selaku Presiden PKR, sebuah parti pelbagai kaum dipilih menjadi Perdana Menteri?

Lagi pun, bukankah logo PKR yang bertanding dalam PRU14 telah diberi kemenangan oleh pengundi yang memperlihatkan kedudukannya sebagai parti pelbagai kaum sudah pun dapat diterima dengan baik oleh rakyat?

Selain itu, apa yang mustahak, walaupun PKR merupakan parti pelbagai kaum, ia masih merupakan sebuah parti yang majoriti pemimpin serta diketuai oleh orang Melayu.

Dalam erti kata lain, gambaran kepimpinan atau kemajmukan yang ada dalam PKR adalah tidak ubah seperti kemajmukan yang ada dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Dengan itu, PKR di mana Anwar selaku Presidennya dan jika dipilih sebagai Perdana Menteri, adalah gambaran yang realistik, sesuai dengan kedudukan kaum yang berbagai yang hidup aman damai di negara ini, tetapi tetap meletakkan pemimpin Melayu sebagai ketuanya.

Yang sebetulnya, Tun Mahathir tidak setuju dengan Anwar kerana kedudukannya memimpin parti pelbagai kaum atau disebabkan ada dendam terpendam terhadap diri Presiden PKR itu sendiri? (Shahbudindotcom 24/06/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/semua-pm-mewakili-gabungan-parti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Punca Parti Kucar Kacir Sebab Utama Adun Pkr Sementa Keluar Parti

Anwar Punca Parti Kucar Kacir Sebab Utama Adun Pkr Sementa Keluar Parti

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 628 hits
Timbalan Ketua Wanita PKR Pusat Dr Daroyah Alwi mengumumkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa hari ini Dr Daroyah yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sementa itu turut meletakkan ja...
Rentasan Mingguan 070 Panas Semua Parti Dalam Ph Sepakat Sokong Anwar Ibrahim Calon Pm 9

Rentasan Mingguan 070 Panas Semua Parti Dalam Ph Sepakat Sokong Anwar Ibrahim Calon Pm 9

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 317 hits
MENARIK DALAM RENTASAN MINGGUAN 0701 CALON PM9 JANGAN GUNA DERITA RAKYAT SEBAGAI TEBUSAN 2 DEPANI MASALAH ORANG MELAYU BUKAN MELABEL 3 GARA GARA TWEET HANNAH RAJA PULA DILIBATKAN 4 KENAPA AYAH ENGGAN TOLONG GLC INI
Pkr Jelebu Hampir Lumpuh 40 Ahli Keluar Parti Hilang Kepercayaan Terhadap Anwar

Pkr Jelebu Hampir Lumpuh 40 Ahli Keluar Parti Hilang Kepercayaan Terhadap Anwar

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 384 hits
Seramai 40 ahli PKR Cabang Jelebu termasuk jawatankuasanya mengisytiharkan keluar parti serta merta pada Sabtu sekaligus menyebabkan cabang berkenaan hampir lumpuh Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Jelebu Mohd Faizal Fadli Mohd Idrus berk...
Giliran Wanita Pkr Johor Keluar Parti

Giliran Wanita Pkr Johor Keluar Parti

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 420 hits
Hilang kepercayaan giliran Wanita PKR Johor umum keluar parti PKR terus menerima tamparan susulan kemelut yang melanda parti itu termasuk krisis antara komponen Pakatan Harapan dan kali ini sayap wanitanya bagi negeri Johor pula mengumumkan...
Exco Wanita Pkr Pusat Isytihar Keluar Parti

Exco Wanita Pkr Pusat Isytihar Keluar Parti

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 531 hits
Nor Ashidah Ibrahim mengisytiharkan bersama sama barisan kempinan wanita Keadilan negeri Johor keluar PKR serta merta hari iniKUALA LUMPUR Nor Ashidah Ibrahim mengisytiharkan dirinya keluar PKR dan melepaskan jawatan Exco Wanita Keadilan Pu...
Adun Pkr Gesa Parti Keluar P Pinang Singkir Dap Amanah Dari Selangor N9

Adun Pkr Gesa Parti Keluar P Pinang Singkir Dap Amanah Dari Selangor N9

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 486 hits
on SEORANG Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dari PKR menyarankan agar parti itu keluar dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang demi maruah Beliu turut menyarankan agar Kerajaan Negeri Selangor dan Negeri Sembilan mengeluarkan ADUN DAP dan ...
Tun M Rayu Anwar Jawatan Pm Di Pejabat Pkr

Tun M Rayu Anwar Jawatan Pm Di Pejabat Pkr

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 405 hits
Bekas Setiausaha Politik Terkejut Dr Mahathir Jumpa Anwar Rayu Jawatan PMKUALA LUMPUR Bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad sangat terkejut bekas majikannya itu sanggup bertemu Presiden PKR Anwar Ibrahim dan sanggup merayu semula jaw...
Bekas Pemimpin Pkr Sabah Keluar Parti Dakwa 8 000 Ahli Akan Ikut Serta

Bekas Pemimpin Pkr Sabah Keluar Parti Dakwa 8 000 Ahli Akan Ikut Serta

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 390 hits
Bekas pengarah tugas tugas khas PKR Sabah Nani Sakam bercakap kepada pemberita di Putatan hari ini PUTATAN Sekumpulan 11 ahli PKR Sabah yang pernah memegang jawatan di peringkat negeri dan bahagian parti itu mengisytiharkan keluar parti har...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi