Parti Selain Pas Berpeluang Tawan Kelantan


ANALISA 
Pengenalan. 
APABILA berbicara mengenai politik Kelantan timbul rasa "putus angin" atau malas untuk memperkatakannya. Ada sedikit rasa mual juga. Ini kerana ada setengah orang beranggapan kononnya Kelantan akan jadi milik Pas selama-lamanya. 
Perasaan atau anggapan itu sebenarnya mitos, karut marut semata-mata. Bukan perkara yang "sengoti." Sebab Pas pernah tewas dan kerajaanya gugur ditangan Umno. 
Sejarah kejatuhan Pas itu menunjukkan bahawa Pas tidak kebal mana di Kelantan. Pas boleh dijatuhkan seperti juga Umno. Untuk Piraum ke-15 nanti Pas tidak boleh sedap hati dan berangan-angan tinggi mereka akan menang dengan mudah. Jangan. 
Sebenarnya dalam politik tidak ada mitos kerana itu adalah perkara kurafah yang boleh dipercayai. Di Johor negeri dikuasai oleh Umno sejak pilihan raya pertama (1955) tidak pernah terfikir boleh tumbang kepada pembangkang. Penguasaan Umno di Johor dijadikan mitos oleh setengah orang untuk menunjukkan keampuhan Umno. Mitos Umno Johor itu sampai syirik. Kononnya parti yang ditubuhkan di istana tidak akan tumbang.
Ternyata ia tidak benar. Dalam Piraum ke-14 lalu Umno kalah di Johor, hilang kerajaan dan negeri itu dikuasai parti lain (PH) sebelum diambil semula ditengah jalan oleh Umno secara di luar demokrasi.
Mereka yang berpegang kepada mitos-mitos politik seperti itu kerana tidak mempunyai congakan politik lebih luas dan tidak arif dalam memahami ilmu hisab politik serta kurang memahami mengenai pola politik negara ini. 
Begitu juga politik dan pengundi di Kelantan ia tidak statik sehingga boleh menganggap Pas satu-satu parti pilihan rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan tidak pernah mengikhtirafkan bahawa Kelantan hanya ada satu parti sahaja, yakni Pas. 
Tahun 1978 Pas Kelantan kalah dan hilang kerajaan yang dikuasainya selama 18 tahun. Mulai dari situ Umno memerintah Kelantan selama 12 tahun sebelum dirampas kembali oleh Pas tahun 1990. Ertinya rakyat Kelantan mempunyai fahaman dan pegangan politik terbuka. Mereka bijak dalam membuat perhitungan siasah. 
Sejarah yang berlaku itu menafikan bahawa Kelantan bukan milik Pas mutlak, dan Pas tidaklah parti yang kebal seperti disangkakan. Begitu juga kalau dilihat kepada keputusan pilihan raya, perbezaan undi popular antara Pas dengan Umno tidak banyak bezanya. Ia berkisar sekitar 45% - 55% sahaja. 
Mana-mana parti yang berkuasa di Kelantan akan mendapat undi popular sekitar lebih kurang 40 hingga 50% sahaja, baik Pas maupun Umno. Sebagai contoh sewaktu Pas memerintah Kelantan kali pertama (1959) Pas menguasai undi popular kurang 10% daripada apa yang diraih Umno. Begitu juga dengan Umno sewaktu merampas Kelantan tahun (1978) Umno menguasai kurang 10% undi popular berbanding dengan Pas.
Statistik itu menunjukkan pengaruh dan kekuatan Pas dengan Umno tidak terlalu luas jurangnya. Kedua parti itu mempunyai penyokong hampir sama rata. Setara. Apa yang memberi kemenangan kepada kedua-dua parti itu adalah pengundi atas pagar, mereka tidak berparti yang mewakili 30% golongan itu. Golongan ini pula akan membuat pilihan mereka berasaskan kepada isu semasa. Ertinya penyokong masing-masing tidak menjamin memenangkan parti.
Golongan undi atas pagar ini kebanyakan mereka berada di luar Kelantan. Mereka akan pulang pada saat pilihan raya untuk membuat pilihan. Komitmen mereka kepada politik dan negeri sangat tinggi. Mereka sanggup pulang dengan tanggungan sendiri. 
Dianggar sekitar 160,000 hingga 200,000 warga Kelantan berada diluar Kelantan yang mengundi di Kelantan. Dari jumlah itu dipercayai 70% hingga 80% akan kembali mengundi di Kelantan setiap kali pilihan raya, bermakna kira-kira 128,000 adalah undi luar. 
Berdasarkan anggaran itu boleh diperkirakan jumlah untuk setiap kawasan parlimen sekitar, 10,000 hingga 11,000. Pengundi atau jumlah inilah yang memenangkan sesebuah parti. Bagaimana pun angka itu tidak sekata setiap kawasan parlimen, kerana ia bergantung kepada kawasan parlimen tertentu. Misalnya kawasan parlimen bandar atau urban mempunyai pengundi luar yang ramai.
Menurut satu analisa kemenangan besar Pas pada tahun 1999 kerana kepulangan pengundi luar yang luar biasa. Arus reformasi ketika itu mempengaruhi mereka untuk pulang. Bagaimana pun kemenangan itu kemudian merosot tahun 2004 apabila peratus pengundi luar berkurangan. Pada waktu itu tidak ada apa-apa gelombang yang boleh menolak mereka pulang. 
Kesan daripada itu pada pilihan raya 2004 Pas hampir-hampir tumbang dan dapat bertahan hanya dengan dua kerusi sahaja. Peranan dan fungi pengundi luar ini diikhtiraf oleh Umno Kelantan menyebabkan mereka tidak menang. 
Begitu juga kemenangan Pas dalam pilihan raya ke-14 dibantu oleh pengundi luar. Tanpa kehadiran pengundi luar, sudah pasti Pas akan "bergagar". Bersambung. [wm.kl. 10:15 am 16/07/2021]  


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/07/parti-selain-pas-berpeluang-tawan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biasa Bila Netizen Gelarkan Pas Barua Mca Pas Senyap Membisu Bila Mca Ucap Tahniah Kepada Parti Komunis China

Biasa Bila Netizen Gelarkan Pas Barua Mca Pas Senyap Membisu Bila Mca Ucap Tahniah Kepada Parti Komunis China

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 264 hits
July 3 2021 Ucapan tahniah diungkapkan MCA kepada Menteri Jabatan Perhubungan Antarabangsa Parti Komunis China Song Tao sempena ulang tahun ke 100 penubuhan parti itu menimbulkan tanda tanya Pemerhati politik Ustaz Sharipudin Abdul Kadir me...
Pas Parti Yang Dibenci Ketika Ini

Pas Parti Yang Dibenci Ketika Ini

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 278 hits
NORMAN RADZUAN Sepanjang saya mengenali parti ini tidak pernah mereka dibenci begitu teruk sepertimana era 70 dan 80 an dahulu Malah pemimpin atau tokoh2 politik UMNO sendiri ramai yg menghentam hingga ke peringkat maki hamun bekas rakan Mu...
Pas Belum Sedar Ada Gerakan Burukkan Parti Dari Dalam

Pas Belum Sedar Ada Gerakan Burukkan Parti Dari Dalam

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 269 hits
MOHD SAYUTI OMARSeorang indvidu yang rapat dengan Pas dan boleh dianggap sebagai penasihat kerana sering diajak oleh Pas untuk berbincang dan merancang untuk parti itu tidak lama dahulu menghubungi saya lewat petang ini Beliau terpanggil un...
Alhamdulillah Kerajaan Zalim Akan Tumbang Kata Penyokong Pas

Alhamdulillah Kerajaan Zalim Akan Tumbang Kata Penyokong Pas

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 331 hits
SURI LAILASeorang penyokong Pas Mohd Asri Hamid menyatakan kesyukuran dan kegembiraannya selepas Umno memutuskan untuk menarik sokongan dari Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin semalam Dia yang juga dikenali sebagai Asri Janggut itu ...
Pemimpin Pas Perjelas Catatan Kerajaan Allah

Pemimpin Pas Perjelas Catatan Kerajaan Allah

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 326 hits
Ketua Penerangan PAS Kamaruzaman Mohamad berkata perkara itu tidak harus dikaitkan dengan sensitiviti agama Islam PETALING JAYA Pemimpin PAS menjelaskan catatan Abdul Hadi Awang bahawa pandemik Covid 19 adalah ujian kepada manusia dan hanya...
Orang Pas Pun Sudah Tak Sabar Tengok Kerosakan

Orang Pas Pun Sudah Tak Sabar Tengok Kerosakan

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 210 hits
MSO Seorang indviidu yang rapat dengan Pas dan boleh dianggap sebagai penasihat kerana sering diajak oleh Pas untuk berbincang dan merancang untuk parti itu tidak lama dahulu menghubungi saya lewat petang ini Beliau terpanggil untuk berhubu...
Nampaknya Pimpinan Pas Kena Kaji Semula Siapa Yang Suka Berpolitik

Nampaknya Pimpinan Pas Kena Kaji Semula Siapa Yang Suka Berpolitik

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 241 hits
Masa kes Covid tengah mencanak rakyat tak boleh kerja ramai yang depress laptop anak anak PDDR janji bulan 6 pun tak dapat purata 2 kematian sehari akibat bunuh diri dari tahun lepas Kerajaan Gagal ini masih lagi handak berpolitik Berapa ba...
Pas Mca Ucap Tahniah Kepada Ismail Sabri Tapi Tidak Presiden Umno

Pas Mca Ucap Tahniah Kepada Ismail Sabri Tapi Tidak Presiden Umno

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 388 hits
agendadaily com7 7 2021Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Pertahanan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia Ke 13 hari ini Rakan parti MCA dan PAS mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri ...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Masak Kari Ayam Bersantan

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi