Pas Parti Yang Dibenci Ketika Ini
NORMAN RADZUAN
Sepanjang saya mengenali parti ini tidak pernah mereka dibenci begitu teruk sepertimana era 70 dan 80 an dahulu. Malah pemimpin atau tokoh2 politik UMNO sendiri ramai yg menghentam hingga ke peringkat maki hamun bekas rakan Muafakat Nasional itu. Org2 Melayu dulu yg not aware dgn PAS mula memaki hamun parti tersebut di media sosial. Persoalan mengapa ia tiba2 sgt dibenci?
Kita tidak perlu ungkit terlalu detail kisah lama PAS dahulu. Naik muak utk diulang2... Umno kafir skg mereka bekerjasama dgn UMNO. Dulu sampai dikatakan “Lebih baik saya minum kopi dengan DAP daripada minum arak dengan Umno,” . Bila berkawan dgn BN, DAP pula musuh mereka.
Dulu bila Umno bertanding, mereka suruh sokonglah wakil Melayu daripada wakil Cina ( PH ). Tapi bila di Tg Piai calon Cina ( BN ) lawan tokoh agama Islam ( PH ) dia suruh sokong wakil Cina... yg menariknya org Melayu percaya.
PAS bukan hebat kerana mereka berjaya mengangkat Kelantan menjadi negeri yg maju malah sehingga kini rakyat Kelantan mendapat bekalan 'air teh tarik'. PAS hebat kerana kedangkalan berfikir bangsa Melayu itu sendiri.
Hikmah bila PAS diangkat menjadi sebahagian kerajaan bau tahi parti itu telah mula dihidu oleh org Melayu. Pada PRU akn dtg adakah mampu PAS berkempen tentang hudud, tentang pakaian pramugari, tentang kilang arak, tentang nombor ekor??? Sdgkan 40 tahun lamanya mereka berkempen isu ini tetapi bila menjadi kerajaan mereka membisu.
Saya yakin mereka hanya mampu berhujah di kampung2 sahaja. Sebab isu itu tidak lagi relevan di kawasan Melayu bandar. Saya percaya PAS akn mengubah strategi dgn menggunakan isu yg ampuh iaitu dgn menyerang DAP. Ia adalah formula terbaik utk memperbodohkan org2 Melayu di kampung2 yg kebanyakkan kurang pendidikan. Malah Melayu rasis di bandar juga percaya kpd isu2 seperti ini.
Kenapa di kampung? Ia ada pelbagai faktor... pertama kurang pendidikan, kurang pendedahan dgn bangsa lain, aliran agama yg rendah dan mudah taksub dgn kelompok yg berkopiah dan menghafal 20-30 hadis.
Ia juga kerana inferiority complex yg terlalu tebal perlu dikikis oleh bangsa ini utk elak dari diambil kesempatan. Begitu juga dgn taklid buta. Org Melayu kena belajar la guna otak, jadi lebih kreatif dan kritis. Sampai bila nak berharap kena spoon-feed dan bertongkat? Akhirnya org politik merasa ia peluang utk diri mereka didewakan. Ye lah Ayah Pin pun tetap ada pengikut.
Saya sendiri terkejut apabila pemimpin PAS berdiam isu perjudian yg bertambah... mengapa mereka tidak bersuara dan mengajak umat Islam membantah. Atau jika benar mereka berpegang kpd prinsip dgn agama Allah mereka keluar dari kerajaan PN ini.
Kenapa bila ramai org Melayu membunuh diri mereka berdiam diri tetapi sgt marah dgn bendera putih utk rakyat memberi signal memohon bantuan makanan kerana kesusahan? Tak masuk diakal saya memikirkannya.
Ia sgt pelik dan bertentangan dgn agama Islam. Sudahlah tidak mahu membantu dimarah pula rakyat memberi idea bagaimana utk membantu rakyat yg susah. Yg peliknya yg marah sgt ini pemimpin PAS dan bukan dari parti UMNO atau BERSATU.
Sebab itu PAS sgt diminati oleh mana2 parti. Bagi saya pengakuan Hadi Awang PAS menjadi King Maker sebenarnya pengakuan PAS rela menjadi tungangan mana2 parti politik asal jawatan dan kuasa mereka perolehi.
Hujahnya mudah... PAS tahu mereka tidak akn menjadi kerajaan hingga hari kiamat. Berdasarkan pemikiran rakyat yg semakin maju, terbuka dan diikuti keadaan demografi kaum negara PAS tahu mereka tidak akn bergerak solo.
BERSATU dan UMNO suka utk bekerjasama dgn PAS sb PAS ini umpama di sekolah dulu kita ada kawan yg mudah dibuli. Disuruh apa sahaja dia akn lakukan. PAS diibaratkan dlm komponen sebagai parti yg mudah dibuli.. akn ikut sahaja apa yg dilakukan kerajaan walaupun salah.
Kalian ingat PAS diperlukan kerana kualiti pemimpinnya? Tidak sb itulah pemimpin2 PAS diberikan kementerian yg kecil atau bukan lubuk utk membuat duit. Jika tidak takkan lah Menteri Agama tidak diberikan kpd parti agama (kononnya). Tapi BERSATU & UMNO tahu PAS takkan bising. Ibarat kaduk naik junjung atau beruk dpt bunga... mcm bermimpi tiba2 jadi Menteri. Tak kisah setakat Menteri Duta yg sekadar utk tujuan politik asal dpt gaji dan naik kereta Menteri.
Bagi UMNO dan BERSATU... PAS diperlukan utk mendapatkan 1 juta undi atau 17 Parlimen utk mencukupkan korum membentuk kerajaan. Selain itu mudah utk mempengaruhi org Melayu kerana PAS akn berlebih lebihan mempertahankan kerajaan yg disokongnya ibarat lebih sudu dari kuah dgn segala ayat suci digunakan.
PH PERLUKAN 10-15 TAHUN LAGI
Kenapa PH gagal? Gagal dlm konteks numbers bukan gagal sebagai kerajaan yg baik. Berjaya kerana berjaya mengubah masyarakat Malaysia dan sebilangan kecil Melayu utk memahami konsep demokrasi dan meleraikan sikap perkauman buruk org Melayu.
Gagal kerana sikap org Melayu dan strategi politik yg tidak betul. Sikap org Melayu yg mudah taklid buta dan sikap rasis yg ditanamkan oleh pemimpin2 politik.
Kedua kegagalan PH kerana dua pasukannya semuanya mahu menjadi penyerang. PKR bagi saya parti itu telah berjaya mengubah minda Melayu kelompok intelektual yg ramai di kawasan2 bandar. Isu korupsi, kronisme, bail-out, ekonomi, law, hak2 asasi dan pelbagai lagi mudah difahami kerana pendidikan masyarakat bandar.
DAP pula telah berjaya mengisi kekosongan mengimbangi kaum dari kelompok bangsa Cina dan India. Sejak bersama DS Anwar bangsa Cina telah beralih dari MCA kpd DAP secara drastik dlm tempoh 20 tahun.
Malangnya Amanah gagal utk mengambil posisi PAS. Amanah dilihat lebih fokus kpd Melayu intelektual di bandar. Sepatutnya parti itu tumpukan kpd masyarakat Melayu luar bandar. Mainkan isu org kampung suka. Betulkan persepsi buruk dan ketaksuban org Melayu dan perlu bersabar mendapat resultnya dlm tempoh 15 tahun dari penubuhannya.
Bukannya sibuk bekerjasama dgn Tun. Ia ibarat bermain skim cepat kaya. Usaha mahu kejayaan dlm sekelip mata. Tapi malangnya niat ramai penulis2 seperti saya disalah fahamkan oleh Amanah yg akhirnya PH tidak solid seperti sebelum PRU 14 lalu.
Belum terlambat utk PH perbetulkan ketempangan ini. Org Melayu makin lama makin ramai yg bijak. Insyallah. PH perlukan 10 tahun lagi utk menguasai 55% org Melayu utk berubah dari dipergunakan kelompok kleptopkrasi. Utk PRU.. PRU15 ini PH berpotensi menang berdasarkan kpd kemarahan org Melayu kpd PN ketika ini.
Bagusnya PH walaupun bergelar pembangkang atau kerajaan mereka tidak memainkan isu perkauman. Ia sikap bertanggungjawab wajar terpuji utk keharmonian negara. Tapi sayang dlm Malaysia persepsi memainkan peranan penting dlm menentukan kemenangan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2021/07/pas-parti-yang-dibenci-ketika-ini.html