Pemimpin Pas Perjelas Catatan Kerajaan Allah


 
Ketua Penerangan PAS Kamaruzaman Mohamad berkata perkara itu tidak harus dikaitkan dengan sensitiviti agama Islam. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Pemimpin PAS menjelaskan catatan Abdul Hadi Awang bahawa pandemik Covid-19 adalah ujian kepada manusia dan hanya “kerajaan Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Sempurna” boleh menghapuskan virus itu.
Sambil mempertahankannya, Ketua Penerangan PAS Kamaruzaman Mohamad berkata, apa yang ingin sampaikan Hadi ialah hanya dengan izin “Tuhan” sahaja wabak Covid-19 yang melanda dunia dapat dihapuskan di samping pemerintah berusaha mendepaninya.
“Tulisan Hadi menjelaskan bahawa Allah sahaja yang Maha Berkuasa untuk menghapuskan wabak Covid-19, adapun manusia tetap mempunyai kekurangan dan kelemahan,” katanya ketika dihubungi.
Kamaruzaman turut menganggap respons balas veteran DAP, Lim Kit Siang terhadap kenyataan Hadi dengan menyifatkan “kerajaan Allah” menggambarkan pimpinan negara sekarang sebagai satu provokasi keterlaluan dan sangat melampau terhadap Islam.
“Perbuatan pemimpin DAP itu memutar belit kenyataan Presiden PAS sehingga menghina Allah dengan perkataan ‘Kerajaan Allah’ perlu diambil tindakan tegas kerana menyentuh sensitiviti umat Islam dan akan mengeruhkan lagi keharmonian antara kaum di Malaysia.
Katanya, jika pemimpin DAP terbabit tidak berpuas hati terhadap kerajaan, usahlah dikaitkan dengan sensitiviti agama Islam.
“Sekiranya benci kepada pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional sekalipun, usah biadab sehingga meletakkan kelemahan pemerintahan itu kepada Tuhan umat Islam pula.
“Sepatutnya pemimpin terbabit lebih berhati-hati dalam menuturkan pandangan kerana ia berkait dengan soal akidah umat Islam,” katanya.
Baru-baru ini, Kit Siang memuat naik satu kenyataan dalam bahasa Inggeris di akaun Facebooknya yang mempersoalkan mengapa Malaysia masih berada pada landasan tercorot dalam indeks normal dalam menangani pandemik Covid-19.
Kenyataan Kit Siang itu adalah respons kepada kenyataan Abdul Hadi.
Berikutan itu, banyak pihak membidas tulisan Kit Siang yang disifatkan sebagai tidak sensitif dan boleh mencetus kekeliruan orang ramai terhadap Islam.
Hadi yang juga presiden PAS, sebelum itu dilaporkan berkata pandemik Covid-19 adalah ujian kepada manusia dan hanya “kerajaan Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Sempurna” boleh menghapuskan virus itu.
Katanya, manusia tetap mempunyai kekurangan dan kelemahan, oleh itu pemimpin perlu bermuhasabah diri untuk menampung kekurangan berkenaan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/07/pemimpin-pas-perjelas-catatan-kerajaan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+M

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Panggil Pemimpin Umno Bincang Tinggalkan Kerajaan Pn

Zahid Panggil Pemimpin Umno Bincang Tinggalkan Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 286 hits
Mohamad FadliPETALING JAYA Sumber dari Umno mengesahkan sebahagian pemimpin parti itu berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur sejak tengah hari tadi bagi membincangkan cadangan meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional Katanya mereka ...
Perihal Kerajaan Allah Dan Mengakui Kegagalan Sendiri

Perihal Kerajaan Allah Dan Mengakui Kegagalan Sendiri

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 315 hits
Selang beberapa minggu sahaja Abdul Hadi Awang sekali lagi menyerang Pakatan Harapan Membuat saya bertanya lagi apa yang presiden PAS itu tahu yang saya tidak tahu Tentulah macam macam info dan intel yang beliau ada selaku ahli politik berp...
Kit Siang Pertikai Kerajaan Allah

Kit Siang Pertikai Kerajaan Allah

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 296 hits
DAP masih takut dengan kerajaan Allah Bapak ketua mereka mengeluarkan kenyataan berkaitan kerajaan Allah dan mempertikaikan kalau kerajaan Allah wabak penyakit ini masih banyak dan ekonomi tidak baik Kepala bapak ni memang tak betul dah
Rakyat Kata Kerajaan Gagal Tapi Pas Puas Hati Mahfuz Omar

Rakyat Kata Kerajaan Gagal Tapi Pas Puas Hati Mahfuz Omar

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 389 hits
Disaat seluruh rakyat terkesan dengan pandemik Covid 19 serta kegagalan kerajaan untuk bertindak cepat di dalam proses vaksinasi Pas yang menjadi sebahagian dari kerajaan PN tetap mengatakan bahawa kerajaan PN ini tidak gagal malah mereka b...
Penyokong Pas Gembira Kerajaan Pn Tumbang

Penyokong Pas Gembira Kerajaan Pn Tumbang

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 370 hits
Tumbangnya kerajaan Perikatan Nasional bukan sahaja disambut gembira oleh penyokong Pakatan Harapan tetapi penyokong pro kerajaan juga berasa lega Tular di media sosial penyokong tegar Pas Asri Janggut pagi tadi muncul merakamkan video meng...
Banjir Besar Pakistan Penduduk Sepanjang Sungai Sutlej Diarah Pindah Serta Merta

Tiga Lelaki Ditahan Curi Kabel Rempuh Kenderaan Ketika Cuba Larikan Diri

Aktiviti Kunjungan Hormat Ketua Aktivis Ppim Ke Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Ppim 21 08 2025

Beli Kopi Cafe Mesra Di Stesen Minyak Petronas Desaru

Drama Rumah Tanpa Luka

Makan Malam Lewat Di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

Harapan Yang Hidup Hati Yang Sabar

Lg Brings Ai Powered Comfort To Malaysian Homes With Lg Ai Air


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Yummy Bbq Pit Beef Recipe

Kumpulan Bahtera Lancar Album Debut Aura Cintaku

The Noor Eau De Parfum Symphony Of Scents

Speed Read A Moto Morini Str Sport By Biltwell And More

Saksi Sahkan Cek Rm250 000 Milik Nexuscorp

Check In Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Tengah Malam