Parti Saadat Akp Menurut Presiden Pas




KL: Hubungan tegang antara dua parti politik Turki iaitu Parti Saadat dengan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) kini semakin reda dan PAS cuba mendamaikan antara keduanya supaya bekerjasama.Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan situasi kedua parti itu sebagai menjawab soalan hadirin pada Syarahan Perdana “Geopolitik Dunia dan Masa Depan Islam” di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak malam kelmarin.Penerangannya itu mengimbau susur galur panjang perjuangan politik Islam di Turki yang berhadapan realiti Perlembagaan sekular dan segala cabaran ditempuh sebelum dapat sampai kepada keadaan seperti hari ini.“Bila jatuhnya Uthmaniyah di Turki, Kamal Ataturk menegakkan negara sekular. Sekular ini dia masuk Perlembagaan Turki, wajib dipertahankan. Tak ada siapa yang boleh menghapuskan sekular. Dengan sebab itu tahun 1961, 60-an, Adnan Menderes yang menang pilihan raya jadi Perdana Menteri.“Beliau cuba nak buat perubahan sedikit saja, nak benarkan hajat orang Turki pergi Makkah dengan bebas. Buka Madrasah Imam Khatib, untuk menyediakan imam dan khatib masjid-masjid. Beliau digulingkan, dijatuhkan hukuman mati, hukuman bunuh kerana kesalahan itu.“Kemudian tahun 1970-an, munculnya Najmuddin Erbakan. Beliau seorang ahli akademik yang sangat berpengaruh di Turki. Orang Turki tak berani nak bertindak terhadap dia kerana pengaruh dia besar. Namun dia tak boleh nak berterus terang kepada Islam, jadi masalah,” ceritanya.Menurut Tuan Guru, usaha Najmuddin membentuk G8 di peringkat antarabangsa dan cuba melaksanakan Islam secara terbuka menyebabkan dia diguling dan menubuhkan parti politik beberapa kali iaitu daripada Parti Salamat kepada Parti Refah, seterusnya Saadat.Manakala Recep Tayyip Erdogan yang merupakan anak murid Najmuddin pula menubuhkan AKP yang mengadakan perjanjian dengan tentera tidak akan melaksanakan Islam, menyebabkan berlaku perbalahan antara Erdogan dan Erbakan.“Cuma apa yang saya lihat pada hari ini, walaupun AKP ini tak boleh membatalkan diplomatik dengan Israel sampai sekarang. Namun dia dapat melemahkan pengaruh-pengaruh Israel dalam Turki. Pengaruh-pengaruh, khususnya dia berjaya membebaskan perisikan Turki daripada Mossad, itu kejayaan yang besar.“Dengan sebab itu rampasan kuasa di Turki yang diatur oleh Israel dan Barat baru ini disokong negara Arab, gagal. Kerana ‘intelligent’ dia dapat kuasai. Satu lagi yang menarik ialah dia berjaya mewujudkan demokrasi, boleh mengajar agama, bebas di masjid-masjid. Dan masjidnya hidup.“Cumanya kita kena sedar, Erdogan ialah memberi peluang untuk Islam itu bergerak. Dia nak laksanakan Islam, tak boleh lagi. Memberi peluang kepada orang lain untuk menggerakkan Islam. Ini yang dia boleh buat.“Dan kita harap perubahan yang mutakhir ini, bila Turki mula beralih daripada terikat dengan Amerika, mengadakan Pakatan dengan Russia dan Iran. Selepas rampasan kuasa, Turki mengadakan pakatan dengan Iran dan Russia untuk membebaskan dari pengaruh Amerika,” terang beliau. - HARAKAHDAILY 28/11/2018

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2018/11/parti-saadat-menurut-presiden-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Annuar Pas Umno Gabung Tenaga Bukan Parti

Annuar Pas Umno Gabung Tenaga Bukan Parti

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 338 hits
Diterbitkan 21 Nov 2018 2 28 petangSetiausaha Agung Umno Annuar Musa hari ini meminta agar kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang mengajak PAS bercantum agar tidak disalah ertikan Katanya maksud sebenar Ahmad Zahid ialah bergabung ...
Penafian Berita Mengenai Kenyataan Presiden Pas

Penafian Berita Mengenai Kenyataan Presiden Pas

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 356 hits
MERUJUK kepada dua keratan akhbar yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab berkenaan kenyataan YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkaitan isu hak istimewa Melayu dan hukum berdemonstrasi Pihak kami telah meneliti k...
Presiden Mca Sedih Pelawaan Zahid Pas Gabung Umno Jadi Bahan Ketawa

Presiden Mca Sedih Pelawaan Zahid Pas Gabung Umno Jadi Bahan Ketawa

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 351 hits
Tindakan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempelawa PAS untuk bergabung dengan parti itu disifatkan sebagai satu pengkhianatan terhadap Barisan Nasional Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata Ahmad Zahid tidak menghor...
Agama Bangsa Tanah Air Tidak Boleh Dipisahkan Presiden Pas

Agama Bangsa Tanah Air Tidak Boleh Dipisahkan Presiden Pas

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 396 hits
KUALA LUMPUR Hubungan agama bangsa dan tanah air sama sekali tidak boleh dipisahkan bahkan dengan kepentingan bersama dan sejarah telah menyatukan PAS dan Umno Demikian ditegaskan Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Himpu...
Apa Hak K Siang Nak Mengajar Orang Islam Mengenai Icerd Presiden Pas

Apa Hak K Siang Nak Mengajar Orang Islam Mengenai Icerd Presiden Pas

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 455 hits
MARANG Presiden Pas hari ini menyindir Penasihat DAP Lim Kit Siang yang seolah olah mahu berlagak pandai dengan rumusannya mengenai negara Islam seluruh dunia yang meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminas...
Amanat Dari Presiden Pas

Amanat Dari Presiden Pas

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 322 hits
Pasir Salak 17 November 8211 Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyampaikan ucapan ketika hadir pada Himpunan Perpaduan Ummah di Kampung Gajah di sini malam ini 8211 Foto MediaUMNO
Presiden Pas Nafi Pergolakan Di Terengganu

Presiden Pas Nafi Pergolakan Di Terengganu

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 405 hits
Presiden PAS Nafi Pergolakan Di Terengganu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan berlakunya krisis dalaman parti antara beliau dan Menteri Besar Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar hingga wujudnya dua kumpulan dalam PAS Terengganu sepert...
Presiden Pas Ulas Bajet Bersikap Adillah

Presiden Pas Ulas Bajet Bersikap Adillah

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 290 hits
Perbahasan Bajet 2019 Bersikap Adil Untuk Semua YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi AwangAHLI PARLIMEN MARANG13 NOVEMBER 2018DEWAN RAKYAT PARLIMEN MALAYSIAFirman Allah Sesungguhnya Tuhanmu itulah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dik...
Dinas Lingkungan Hidup Indonesia Pilar Utama Pelestarian Lingkungan Negeri

Should You Fly Through Newark Airport Here S What You Need To Know

Lapan Anggota Fru Maut Trak Bertembung Lori Muatan Batu Di Teluk Intan

Rumah Abang Jamil Batu Pahat

Catatan Hujung Minggu 10 11 Mei 2025

Israel Bunuh Wartawan Palestin Ketika Dirawat Di Hospital

Mykasih Sumbangan Asas Rahmah

Donating Your Car To Charity In California Making A Difference Through Vehicle Donation


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Kuah Yong Tau Foo

Betulkah Perawat Boleh Tahu Segalanya Menyingkap Realiti Syariat

Tutup 3 Hutang Jahat Sekaligus Hasil Tabungan Emas Kisah Benar Tuan Albert

Masak Kicap Ikan Mackerel

Aktiviti Penyerahan Memorandum Rasmi Kepada Bar Council Ppim 13 05 2025

Telefilem Omadal