Presiden Mca Sedih Pelawaan Zahid Pas Gabung Umno Jadi Bahan Ketawa
Tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mempelawa PAS untuk bergabung dengan parti itu, disifatkan sebagai satu pengkhianatan terhadap Barisan Nasional (BN).
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata Ahmad Zahid tidak menghormati parti komponen BN yang kerap kali membantah pembabitan PAS secara langsung bersama gabungan itu.
“Sudah berulang kali kami nyatakan nilai teras dan ideologi kita dengan PAS tidak sama, jadi tolonglah hormat MCA dan parti komponen lain dalam BN.
“Memanglah UMNO bebas untuk buat apa saja yang mereka mahu, tapi pada masa yang sama, kamu masih sebahagian daripada BN dan sepatutnya menjaga perasaan parti komponen.
“Semangat kerjasama dalam BN perlu diangkat. Tetapi kamu (Ahmad Zahid) sebagai ketua, kamu mengkhianati semangat BN apabila membuat pelawaan itu,” katanya kepada NSTP.
Sebelum ini Zahid secara terbuka mengajak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk kedua-dua parti itu bergabung dalam satu ceramah di Kampung Gajah, Perak.
Bagaimanapun, Abdul Hadi dalam ceramahnya selepas itu tidak menyebut tentang pelawaan Zahid itu.
Ka Siong berkata, beliau sedih melihat ‘penolakan’ daripada Abdul Hadi itu hingga menyebabkan pelawaan Zahid menjadi bahan ketawa.
“Semangat BN adalah kerjasama dengan pelbagai kaum. Sekarang ini seperti golongan bukan Islam tidak penting lagi. Jadi, apa gunanya bercakap soal gabungan ini (BN) lagi?
“Nilai masyarakat Malaysia adalah kepelbagaian kaum, kita tidak mahu hanya satu agama. Naratif itu tidak pernah berkesan di negara ini sejak lebih 60 tahun lalu,” katanya.
DIKEMASKINI: Isu ICERD selesai, Tun Mahathir kata ‘mustahil’ Umno Zahid dan PAS cuma cari untung politik
KLIK BACA: ‘Datuk Seri’ Dr Dzulkefly sombongnya tiada kompromi hisap rokok
KLIK BACA: Najib mesti pakai baju lokap SPRM mesti ada saiz – Kadir Jasin
KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah
KLIK BACA: Anwar kawan saya tak dapat jadi PM, rakyat akan bangun, kata Zahid
KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah kerana negara kekurangan hasil
KLIK BACA: Khairuddin lepas geram pada Najib bercakap macam tok imam masjid
KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak kasino – Zaid Ibrahim bengong!
The post Presiden MCA ‘sedih pelawaan’ Zahid PAS gabung Umno jadi bahan ketawa appeared first on Malaysian Review.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.malaysianreview.com/190301/pelawa-pas-bergabung-umno-zahid-khianati-bn-kata-presiden-mca/