Parlimen Berkuasa Gubal Undang Undang Tetapkan Hukuman Mati



Parlimen ada kuasa untuk menggubal perundangan dan menetapkan hukuman bagi sesuatu kesalahan termasuk hukuman mati mandatori, demikian putus Mahkamah Persekutuan hari ini.
Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed – yang menyampaikan keputusan mahkamah dengan majoriti 8-1 itu – berkata penetapan hukuman adalah hak prerogatif Parlimen.
Beliau berkata budi bicara untuk menentukan ukuran hukuman bukan sebahagian daripada kuasa kehakiman.
“Mahkamah hanya diberi kuasa untuk menjatuhkan hukuman dalam parameter hukuman yang ditetapkan oleh Parlimen,” katanya.
Panel sembilan hakim yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf itu menyampaikan keputusan mereka dalam rayuan empat individu yang membangkitkan isu perlembagaan mengenai peruntukan Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang menjatuhkan hukuman mati mandatori masing-masing bagi kesalahan mengedar dadah dan membunuh.
Kecuali Hakim Nallini Pathmanathan yang tidak setuju, hakim lain ialah Rohana, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim, Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Vernon Ong Lam Kiat, Abdul Rahman Sebli, Zaleha Yusof, Zabariah Md Yusof dan Hasnah Mohammed Hashim.
Keputusan itu disampaikan hampir empat jam di Dewan Banquet Istana Kehakiman yang diubah suai untuk perbicaraan bagi mematuhi penjarakan fizikal.
Dalam keputusannya, Azahar berkata mahkamah tidak boleh dengan sesuka hati menjatuhkan hukuman sebagaimana yang diinginkan jika undang-undang tidak mengizinkannya.
“Kuasa menjatuhkan hukuman adalah undang-undang dan mahkamah tidak boleh melebihi atau mengehadkan kuasa menjatuhkan hukuman atas nama menjalankan kuasa kehakimannya,” katan Azahar.
Mahkamah sahkan sabitan
Beliau berkata peruntukan Seksyen 39B ADB dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan tidak merampas kuasa kehakiman atau melanggar doktrin pemisahan kuasa.
“Pada pendapat saya, sebarang masalah kontroversi dasar yang melibatkan pandangan berbeza mengenai isu moral dan sosial adalah satu keadaan di mana Parlimen berada di kedudukan yang lebih baik untuk menilai keperluan masyarakat dan membuat pilihan sukar antara pertimbangan-pertimbangan yang ada,” katanya.
Azahar berkata dalam konteks masyarakat Malaysia, Parlimen sebagai badan perundangan yang dipilih merupakan badan yang sesuai untuk menentukan hukuman bersesuaian terhadap pengedar dadah dan pembunuh, atas kesalahan yang dianggap oleh masyarakat sebagai jenayah paling serius.
Justeru, kata beliau, sewajarnya keputusan dan inisiatif untuk mengubah atau memansuh hukuman mati mandatori datang dari Parlimen.
Dalam keputusannya, Nallini pula berkata kuasa perundangan Parlimen untuk menetapkan hukuman tertakluk kepada penelitian kehakiman untuk memastikannya tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan.
“Ia membenarkan badan kehakiman menyemak dan mengimbang kuasa eksekutif dan badan perundangan dengan mengetepikan undang-undang yang tidak mematuhi Perlembagaan Persekutuan,” katanya
Nallini berkata Seksyen 39B ADB dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan tidak mengikut perlembagaan.
“Saya telah memutuskan bahawa hukuman mati mandatori tidak mengikut perlembagaan kerana melanggar Perkara 5 (1) – berkenaan kebebasan individu – dan Perkara 8 (1) (semua orang adalah sama di sisi undang-undang) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Mahkamah Persekutuan juga memutuskan mengenai merit rayuan keempat-empat individu tersebut – warga Afrika Selatan Letitia Bosman dan Benjamin William Hawkes, warga Peru Jorge Crespo Gomes dan P Pubalan, rakyat Malaysia yang memiliki syarikat keselamatan, yang merayu terhadap sabitan dan hukuman mati yang dihadapi mereka.
Bagi Bosman dan Hawkes, mahkamah mengesahkan sabitan mereka atas kesalahan mengedar dadah dan hukuman mati.
Mahkamah mensabitkan Gomes dengan tuduhan memiliki 779 gram kokain dan dia dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bermula tarikh tangkapnya pada 27 Jun 2016.
Sementara itu, mahkamah mengetepikan sabitan Pubalan atas pertuduhan membunuh iparnya D Murali dan menjatuhkan hukuman atas tuduhan membunuh tanpa niat.
Dia dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dari tarikh penangkapannya pada 7 Nov 2013.
Peguam Abdul Rashid Ismail mewakili Bosman, Hawkes dan Gomes manakala Hisyam Teh Poh Teik mewakili Pubalan.
Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nik Suhaimi Nik Sulaiman.
– Bernama
The post Parlimen berkuasa gubal undang-undang, tetapkan hukuman mati appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/13/parlimen-berkuasa-gubal-undang-undang-tetapkan-hukuman-mati/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Hukuman Mati Ke Atas Kesalahan Dadah Dijangka Jadi Tumpuan Parlimen Hari Ini

Isu Hukuman Mati Ke Atas Kesalahan Dadah Dijangka Jadi Tumpuan Parlimen Hari Ini

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 310 hits
Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh dijadual meminta penjelasan perdana menteri berhubung cadangan meminda hukuman bagi kesalahan pengedaran dadah kepada hukuman penjara minimum KUALA LUMPUR Persoalan sama ada kerajaan akan memansuh...
Pasangan Kekasih Berdepan Hukuman Mati Cuba Seludup Dadah Guna Kurier Ke Singapura

Pasangan Kekasih Berdepan Hukuman Mati Cuba Seludup Dadah Guna Kurier Ke Singapura

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 282 hits
Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistreet Kulai Johor atas pertuduhan cuba menyeludup 516 gram dadah jenis Methamphetamine ke Singapura di Senai 11 Mei lalu Tertuduh Kok Choon King 26 tahun dan Hue Sie Jia 31 tahun dituduh mengikut...
Miliki Senjata Api Rakitan Pemesan Sabu Di Ntb Terancam Hukuman Mati

Miliki Senjata Api Rakitan Pemesan Sabu Di Ntb Terancam Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 202 hits
MK alias Gemok pemesan dua kilogram sabu dari Medan Sumatera Utara terancam hukuman mati terkait kepemilikan senjata api rakitan mirip revolver yang dilengkapi butiran peluru aktif
Sprm Minta Undang Undang Wajibkan Ahli Parlimen Isytihar Harta Digubal

Sprm Minta Undang Undang Wajibkan Ahli Parlimen Isytihar Harta Digubal

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 269 hits
Kuala Lumpur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia meminta agar satu undang undang yang mewajibkan Ahli Parlimen mengisytiharkan harta mereka digubal Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata undang undang i...
Penyanyi Nigeria Divonis Hukuman Mati Setelah Dituduh Menghujat Nabi Muhammad

Penyanyi Nigeria Divonis Hukuman Mati Setelah Dituduh Menghujat Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 382 hits
Pengadilan Tinggi Syariah di Hausawa Filin Hockey Negara Bagian Kano menyatakan Yahaya Sharif Aminu 22 tahun bersalah melakukan penistaan agama karena menyanyikan sebuah lagu yang ia sebarkan melalui aplikasi percakapan WhatsApp pada Maret ...
Tiada Siapa Akan Ada Atas Undang Undang Hisham Sahkan Terima Kompaun Kkm

Tiada Siapa Akan Ada Atas Undang Undang Hisham Sahkan Terima Kompaun Kkm

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 301 hits
Masih kecoh dekat media sosial sekarang ni selepas video yang menunjukkan Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein curi curi hisap rokok elektronik di dalam Dewan Rakyat menarik tumpuan ramai Walaupun Hishammuddin sudah memohon perm...
Kesan Hukuman Najib Di Malaysia

Kesan Hukuman Najib Di Malaysia

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 276 hits
Najib dikatakan sebagai satu signifikan yang mengagumkan kepada kaum Melayu dan budaya politik Malaysia PEMENJARAAN bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah satu signifikan yang mengagumkan kepada kaum Melayu dan budaya polit...
Undang Undang Tak Cukup Untuk Tangani Pemilik Kediaman Rasis Putrajaya Diberitahu

Undang Undang Tak Cukup Untuk Tangani Pemilik Kediaman Rasis Putrajaya Diberitahu

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 191 hits
Seorang ahli akademik dan 2 ahli politik mengingatkan Putrajaya agar jangan berharap undang undang baru akan menghentikan diskriminasi kaum dalam pasaran sewa kediaman Mengulas pengumuman Akta Sewaan Kediaman sedang digubal Denison Jayasoor...
Hukuman Berat Ibu Bapa Tinggal Anak Dalam Kenderaan Zailah

Hukuman Berat Ibu Bapa Tinggal Anak Dalam Kenderaan Zailah

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 241 hits
Timbalan Menteri Wanita dan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff KUALA LUMPUR Kerajaan memandang serius terhadap isu ibu bapa yang cuai dengan meninggalkan anak atau bayi mereka di dalam kenderaan sehingga ...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik