Undang Undang Tak Cukup Untuk Tangani Pemilik Kediaman Rasis Putrajaya Diberitahu


Seorang ahli akademik dan 2 ahli politik mengingatkan Putrajaya agar jangan berharap undang-undang baru akan menghentikan diskriminasi kaum dalam pasaran sewa kediaman.
Mengulas pengumuman Akta Sewaan Kediaman sedang digubal, Denison Jayasooria dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata kerajaan akan berdepan kesukaran menguatkuasakan undang-undang itu kerana sukar untuk membuktikan rasisme.
Katanya, pemilik kediaman yang rasis tidak akan berterus-terang kenapa dia menolak seseorang.
Ahli Parlimen Subang Wong Chen pula berkata pendidikan perlu untuk menghentikan rasisme. “Undang-undang boleh membantu, tetapi kita akan dapat hasil lebih yang baik menerusi pendidikan dan lebih banyak interaksi antara kaum.”
Bekas ahli Parlimen Cameron Highlands Sivarraajh Chandran berkata undang-undang mesti dilengkapkan dengan galakan nilai dan amalan yang baik.
Beliau mendakwa orang India berdepan lebih banyak kesukaran dalam mencari tempat untuk disewa berbanding orang lain. “Saya percaya ini kerana stereotaip yang memberikan gambaran negatif tentang orang India,” katanya.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin baru-baru ini mengumumkan hasrat kerajaan untuk menggubal undang-undang baru itu. Ia menyusuli laporan tentang kejadian pemilik kediaman enggan terima penyewa atas dasar kaum.
Zuraida berkata rang undang-undang itu akan dibawa ke Parlimen awal tahun depan.
Jayasooria, yang merupakan seorang ahli sosiologi, mendakwa masih ada rakyat yang dipengaruhi perasaan perkauman.
“Seorang tuan rumah mungkin tidak mahu sewakan hartanahnya kepada seseorang yang masak kari atau bakar kemenyan kerana bau yang kuat,” katanya.
Beliau berkata pemilik kediaman boleh meletakkan syarat seperti “tidak boleh memasak” dalam perjanjian sewa tetapi tidak boleh menyatakan kaum atau agama seseorang.
Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan dalam kenyataan bertulis berkata undang-undang yang dicadangkan itu tidak boleh menyekat hak pemilik kediaman untuk menolak seseorang atau mengusir seseorang yang sedang menyewa hartanah mereka.
“HBA tolak diskriminasi kaum tetapi sekiranya seorang pemilik kediaman bertemu seseorang yang nampak seperti bermasalah, dia patut ada hak untuk tidak menyewakan hartanahnya,” katanya.
“Tiada pemilik kediaman yang mahu tanggung kos baik pulih hartanah yang rosak teruk kerana dalam kebanyakan kes seperti itu deposit sewa 2 bulan dan deposit utiliti setengah bulan tak cukup.”
Jayasooria berkata tiada bukti saintisif yang mengaitkan jenayah dengan kaum. “Ada penjenayah dalam semua komuniti,” tambahnya. FMT
The post Undang-undang tak cukup untuk tangani pemilik kediaman rasis, Putrajaya diberitahu appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/05/undang-undang-tak-cukup-untuk-tangani-pemilik-kediaman-rasis-putrajaya-diberitahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Takiyuddin Undang Undang Khusus Tangani Kes Hina Mahkamah Sedang Di Kaji

Takiyuddin Undang Undang Khusus Tangani Kes Hina Mahkamah Sedang Di Kaji

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 230 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan sedang mengkaji keperluan untuk menggubal undang undang khusus bagi menangani kes kes menghina mahkamah di negara ini kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan Beliau berkata Jabatan Peguam Negara...
Wn Australia Pemilik Kokain Bebas Dari Lapas Kerobokan

Wn Australia Pemilik Kokain Bebas Dari Lapas Kerobokan

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 128 hits
Seorang warga negara asing asal Australia bernama William Roy Astillero Cabantog yang terjerat kasus narkotika telah dinyatakan bebas dari masa penahanannya di Lapas Kelas IIA Kerobokan Bali
Tangis Histeris Pemilik 9 Kerbau Yang Dicuri Maling Disembelih Dan Tinggal Jeroan Rugi Rp 270 Juta

Tangis Histeris Pemilik 9 Kerbau Yang Dicuri Maling Disembelih Dan Tinggal Jeroan Rugi Rp 270 Juta

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 261 hits
Kesedihan menimpa pemilik ternak di Cilegon yang 9 kerbaunya dicuri maling Dalam video yang beredar di media sosial tampak seorang wanita menangis histeris di atas bangkai kerbau dan memeluknya pada Kamis Video tersebut diambil di kawasan l...
Ditangkap Ini Tampang Pemilik Akun Ito Kurnia Yang Hina Ahok Puput

Ditangkap Ini Tampang Pemilik Akun Ito Kurnia Yang Hina Ahok Puput

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 436 hits
Polisi berhasil menangkap dua pelaku pencemaran nama baik terhadap Basuki Tjahaja Purnama alias Ahok Satu pelaku kini telah berada di Polda Metro Jaya Pantuan detikcom di Mapolda Metro Jaya Jakarta Kamis sore pelaku tersebut merupakan seora...
Dakwa Hakim Saudara Tun M Polis Sudah Kenal Pasti Pemilik Akaun Twitter

Dakwa Hakim Saudara Tun M Polis Sudah Kenal Pasti Pemilik Akaun Twitter

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 337 hits
35 total views 35 views today Polis sudah mengenal pasti identiti pemilik akaun Twitter yang mendakwa hakim kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd membabitkan Datuk Seri Najib Razak kononnya ada pertalian persaudaraan dengan Tun D...
Gagal Menggunakan Alat Pengukur Suhu Badan Seorang Pemilik Kedai Perabot Di Sabah Didenda Rm1000

Gagal Menggunakan Alat Pengukur Suhu Badan Seorang Pemilik Kedai Perabot Di Sabah Didenda Rm1000

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 397 hits
BEAUFORT Seorang pemilik kedai perabot yang merupakan seorang wanita berusia 38 tahun di daerah Beaufort Sabah didenda sebanyak RM1 000 kerana gagal menggunakan alat pengukur suhu badan di premis perniagaannya Gambar Hiasan Facebook Menurut...
Dap Bersikap Suci Dakwa Kes Lim Guan Eng Berunsur Politik Rasis

Dap Bersikap Suci Dakwa Kes Lim Guan Eng Berunsur Politik Rasis

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 350 hits
Pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung menempelak sikap parti tamak haloba DAP yang seolah olah suci apabila pemimpinnya terpalit dengan tuduhan salah laku dan rasuah Beliau berkata tatkala bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdep...
Ramai Lagi Penghinaan Islam Di Media Sosial Mui Jika Dibiarkan Rakyat Akan Nilai Aparat Rasis

Ramai Lagi Penghinaan Islam Di Media Sosial Mui Jika Dibiarkan Rakyat Akan Nilai Aparat Rasis

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 283 hits
Baru baru ini publik dihebohkan dengan kemarahan warga terhadap seorang pria paruh baya bernama Apollinaris Darmawan Video penghakiman oleh warga pun sempat beredar di sosial media yang diunggah akun Instagram ndorobeii Minggu Kemarahan war...
Amaran Tutup Kedai Bagi Pemilik Restoran Ingkar Penjarakan Sosial Ismail Sabri

Amaran Tutup Kedai Bagi Pemilik Restoran Ingkar Penjarakan Sosial Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 265 hits
KUALA LUMPUR Mana mana pemilik dan pengunjung premis makanan yang tidak mengendahkan prosedur operasi standard penjarakan sosial yang ditetapkan akan dikenakan tindakan tegas termasuk premis itu akan ditutup Menteri Kanan Datuk Seri Ismail ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba