Sprm Minta Undang Undang Wajibkan Ahli Parlimen Isytihar Harta Digubal


Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta agar satu undang-undang yang mewajibkan Ahli Parlimen mengisytiharkan harta mereka digubal.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan) Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata undang-undang itu boleh dikuatkuasakan tahun depan jika pihak berkaitan berusaha untuk menjadikan ia suatu realiti.
Bercakap dalam satu wawancara di MACC.fm (My Anti-Corruption Channel) hari ini, beliau berkata rang undang-undang itu boleh dibentangkan di parlimen seawal hujung tahun ini jika semuanya berjalan lancar.
Shamshun Baharin berkata tanpa undang-undang yang mewajibkan pengisytiharan harta itu, SPRM hanya memainkan peranan sebagai ‘penjaga’ sekiranya borang pengisytiharan harta diserahkan kepadanya.
Jika Ahli Parlimen tidak mengisytiharkan harta mereka, hanya Parlimen boleh mengambil tindakan terhadap mereka dan hukumannya tidak begitu keras, kata beliau.
“Buat masa ini, kita tidak mempunyai satu undang-undang khas (yang mewajibkan pengisytiharan harta), jadi kita tidak boleh melakukan sebarang pengesahan berhubung dokumen pengisytiharan yang kami terima.
“Jika isu rasuah timbul susulan pengisytiharan harta itu, kami akan mengguna pakai peruntukan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 untuk melakukan siasatan,” katanya sambil menambah bahawa pengisytiharan harta semasa hanya dikawal oleh Kod Etika Ahli Parlimen.
Shamshun Baharin berkata Ahli Parlimen perlu turut menzahirkan sokongan penuh terhadap undang-undang yang dicadangkan itu.
Pada Julai tahun lepas, Dewan Rakyat secara sebulat suara meluluskan usul yang mewajibkan semua Ahli Parlimen mengisytiharkan harta mereka dan harta isteri atau suami, anak-anak serta pemegang amanah masing-masing menerusi akuan berkanun.
Pada Mac lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan semua menteri Kabinet untuk mengisytiharkan harta mereka kepada SPRM selaras dengan komitmen kerajaan dalam memerangi gejala rasuah.
Ia juga selari dengan pengisytiharan harta oleh Ahli Parlimen dan Anggota Pentadbiran sebagaimana termaktub dalam Kod Etika Anggota Pentadbiran di bawah Pelan Pencegahan Rasuah Nasional 2019-2023 yang dilancarkan pada Januari tahun lepas.
— BERNAMA
The post SPRM Minta Undang-Undang Wajibkan Ahli Parlimen Isytihar Harta Digubal appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/08/06/sprm-minta-undang-undang-wajibkan-ahli-parlimen-isytihar-harta-digubal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Ketua Bersatu Kuala Krau Bersama Ajk 200 Ahli Isytihar Keluar Parti Dan Sertai Pkr

Bekas Ketua Bersatu Kuala Krau Bersama Ajk 200 Ahli Isytihar Keluar Parti Dan Sertai Pkr

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 554 hits
KUANTAN Calon Pakatan Harapan Parlimen Kuala Krau pada Pilihan Raya Umum Ke 14 lalu Mohamad Rafidee Hashim hari ini mengistiharkan keluar parti bersama 200 ahlinya dan umum kemasukan ke dalam Parti Keadilan Rakyat nbsp Rafidee yang sebelum
Ahli Parlimen Pn Makan Udang Galah Rakyat Makan Ubi Kentang

Ahli Parlimen Pn Makan Udang Galah Rakyat Makan Ubi Kentang

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 358 hits
Ahli Parlimen Batu P Prabakaran menempelak sikap bermewah mewah Ahli Parlimen Perikatan Nasional di Parlimen Dalam sidang medianya Prabakaran menegur sesi makan tengah hari mewah yang didakwa ditaja oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan tersebut...
Pru15 Pilih Ahli Parlimen Yang Matang Dan Cool Berbahas Dan Mencelah

Pru15 Pilih Ahli Parlimen Yang Matang Dan Cool Berbahas Dan Mencelah

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 325 hits
1 Parlimen diura ura akan dibubarkan dalam masa terdekat yakni dalam tahun ini atau paling lewat awal tahun depan Selepas itu PRU15 akan mengambil tempat sekali lagi rakyat Malaysia akan membuat perubahan kerajaan atas nama mandat rakyat ba...
Ahli 11 Cawangan Bersatu Bagan Permatang Pauh Isytihar Keluar Parti

Ahli 11 Cawangan Bersatu Bagan Permatang Pauh Isytihar Keluar Parti

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 303 hits
Ahli cawangan Parti Peribumi Bersatu Malaysia dari enam cawangan dalam bahagian Bagan dan lima cawangan dalam bahagian Permatang Pauh telah nengisytiharkan keluar parti bagi menyertai parti baru pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam sidang...
Ucapan Terima Kasih Ahli Parlimen Port Dickson

Ucapan Terima Kasih Ahli Parlimen Port Dickson

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 282 hits
Menjunjung kasih atas ingatan ikhlas Tuanku Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong As Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri A...
Ketua Armada Muar Isytihar Keluar Parti Bersatu Bersama 40 Ahli

Ketua Armada Muar Isytihar Keluar Parti Bersatu Bersama 40 Ahli

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 336 hits
MUAR 9 OGOS Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia bahagian Muar Riadilafan Ahmad mengumumkan keluar parti itu berkuatkuasa serta merta Perkara itu dinyatakan beliau menerusi satu kenyataan video hari ini Dalam kenyataan bersama Riad b...
Ahli Parlimen Pn Jamu Selera Rm10 000 Sehari Dakwa Mp Batu

Ahli Parlimen Pn Jamu Selera Rm10 000 Sehari Dakwa Mp Batu

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 251 hits
Ahli Parlimen Perikatan Nasional didakwa menyalahguna peruntukan kerajaan dengan menggunakan dana dari kementerian dan Syarikat syarikat berkaitan kerajaan untuk mengadakan jamuan sesama mereka Ia selepas tersebarnya satu gambar sesi jamuan...
Pemimpin Ppbm Dakwa Ahli Parlimen Umno Bersama Mereka

Pemimpin Ppbm Dakwa Ahli Parlimen Umno Bersama Mereka

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 252 hits
Seorang pemimpin atasan PPBM tidak memandang penting pengumuman presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini bahawa parti itu tidak akan menyertai Perikatan Nasional dengan berkata kebanyakan ahli Parlimen parti itu adalah bersama kita Pemimpi...
Najib Boleh Jalankan Tugas Ahli Parlimen Sehingga Rayuan Selesai Kata Speaker

Najib Boleh Jalankan Tugas Ahli Parlimen Sehingga Rayuan Selesai Kata Speaker

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 360 hits
KUALA LUMPUR Najib Razak yang dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan guna kuasa masih boleh menjalankan tugasnya sebagai ahli Parlimen Pekan sehingga selesai proses rayuan kata Speaker Dewan Rakyat Azhar Azi...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Walaupun Rasa Down Sunyi Dan Hancur Tapi Ada Anak Anak Ni Bella Astillah

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

15 Easter Garland Designs To String Along The Spring Festivities

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Do You Know About Kuda Kepang Dance

Cukai Perkhidmatan 8 Hanya Ke Atas Golongan Berkemampuan