Parking Alternatif Hospital Serdang
Assalamualaikum...
Siapa biasa berurusan di Hospital Serdang mesti tau betapa hazab nya parking kat situ. Especially during visiting hours, boleh migrain! fuhh
Maka ramailah orang parking di bahu jalan. Ramai gila sampai menyusahkan kenderaan lain nak lalu
Ni gambar dari Google map. Sekarang siap ada construction sebelah hospital tu, separuh parking tutup. Lagi serabut kawasan ni oke! Bukan kereta je susah nak lalu, bayangkan kalau ada emergency? Ambulans, truck BOMBA, Polis etc nak lalu pun susah
Alhamdulillah sekarang dah ada parking alternatif kat MAEPS sana. Jauh sikit lah.Tapi ada shuttle disediakan! Aku dah banyak kali guna perkhidmatan shuttle ni. Adik baby duk keluar masuk hospital je kan, so aku dah familiar sangat dengan parking alternatif ni. hahaha~ Serius tak mengecewakan. Sangat selesa. Shuttle full air-conditioned tau! Tak pernah lagi kena tunggu lama untuk shuttle pick up. Walaupun shuttle ada 2 van je, tapi cepat
Tak tahu kat mana?
Alah alahh korang. SIGNBOARD SEPANJANG JALAN dorang letak tu amende?? Takkan tak nampak?? adudu~
Daripada Hospital jalan straight sampai jumpa traffic light ke kanan ni
Lepas belok kanan, jalan straight lagi sampai jumpa kawasan lapang ni. Tak sampai 5 minit pun driving dari hospital tu
Parking berbayar. WAJIB ADA TOUCH & GO!
Aku suka park area sini. Stop 1. Dekat dengan main gate pastu shuttle akan pick up sini dulu
Ada juga Stop 2. Belah hujung sana tu. Dekat dengan gate keluar. Ikut korang lah nak park kereta belah mana. Luas gila parking kat sini. Tak pernah penuh lagi sepanjang aku berulang ke sini.
Tak pasti lah kenapa korang sanggup bersesak parking tepi² jalan tu banding parking tempat selesa macam ni? Shuttle tu bawak korang sampai depan lobi oke! Tak perlu nak berpanas, berhujan, berlengas, berpenat.
For those yang bawak anak² kecil or orang tua check up, aku highly recommend gunakan perkhidmatan shuttle ni. Kesian tengok nenek tua terbongkok² melintas jalan. Uzur, tapi paksa jalan laju² sebab nanti kena langgar kereta T__T Yang baby² and anak² kecik pun terpaksa berpanas melintas jalan. Alahaii tolong lahh ada rasa simpati dan empati pada 2 golongan ni. Jangan selfish! Pilihan ada depan mata je haa.
Kalau daripada hospital nak ke MAEPS pulak, korang boleh tunggu shuttle kat jalan depan lobi. I mean jalan yang hala keluar tu. Bukan lah betul² depan lobi. Ada signage jugak kat mana tempat nak tunggu shuttle. Van shuttle ada sticker macam dalam bulatan merah tu. Tak sesat aihh. Aku first time naik sorang² dulu pun helokk je jumpa shuttle. Mata tu alert lah sikit, jangan jalan menonong. Sorry lah garang. Sis nak bagi awareness dan educate korang yang tak tahu. Kalau dah tahu bagus lahh. Syabas diucapkan. Jangan lupa manfaatkan pengetahuan tu. Walk the talk orang London cakap. lols~
Malangnya, parking alternatif ni hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja. Weekend or public holiday TUTUP!
Bayaran:Percuma: 15 minit pertamaRM3.00: 2 jam pertamaRM1.00: Setiap jam berikutnyaRM8.00: Maksimum / Hari
Bagi aku baloi sangat bayaran tu dengan service yang aku dapat. Ni initiatif pihak MAEPS sendiri untuk sediakan parking dan shuttle. Eh aku dah sembang dengan driver shuttle. Driver tu pun staff MAEPS, bukan staff hospital. Kos maintenance shuttle dorang (MAEPS) kena tanggung jugak jadi jangan la pertikai kenapa ada bayaran tu. Kalau taknak bayar boleh mintak menteri kesihatan bagi subsidi. Negara demokrasi khenn, ayuhh suarakan suggestion korang ke saluran yang betulll. Aku mampu taip di blog je sebab orang confirm Google benda ni. Semoga menteri² pun baca artikel aku. Aminnn *beranganitufree
Harap lepas korang baca artikel ni takmo dah parking tepi² jalan ok! Manfaatkan kemudahan yang ada. Kita mudahkan urusan orang, nanti Allah mudahkan urusan harian kita. InsyaAllah
kbye
Terima kasih sudi membaca!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ctliyana86.blogspot.com/2019/01/parking-alternatif-hospital-serdang.html