Paradise 101 Langkawi Memang Betul Betul Awesome La




Assalamualaikum kawan-kawan...
Paradise 101 Langkawi ni salah satu destinasi BBL pergi sewaktu kat Langkawi. Attraction utama kat sini semestinya aktiviti air macam water game ala wipe out, jetski, kayak, flyingfox, banana boat, cruise pusing pulau dan banyak lagi. Ni first time jugak BBL jejak kaki ke sini. 
Lokasi Paradise 101 Langkawi
Nak datang sini kena naik bot dari check point entrance di jeti Paradise 101 tak jauh dari Telaga Harbour Park. Lebih kurang 5 minit dah sampai ke Pulau Paradise 101. Fuh memang nice view nampak cable car Langkawi dari pantai. Nasihat BBL, kalu boleh pakai sunblock siap-siap sebabnya cuaca tepi pantai agak terik tambah lagi lepas jam 11 pagi ke atas sampai petang. Bawa topi sekali & baju extra untuk salin lepas buat aktiviti air. 


Harga Tiket Paradise 101 Langkawi
Bab harga boleh refer gambar bawah ni senang sikit. Harga tiket ke Paradise 101 cuma RM30 seorang. Nanti dapat voucher RM15 untuk beli makanan atau minuman & voucher RM5 untuk aktiviti air. Kanak-kanak bawah 7 tahun masuk percuma tau. Bestnya.


Super deal pakej 
Nak main jet ski.. boleh boleh

Nak lagi murah boleh beli kat Klook. Klik sini je

Kemudahan
Kat pulau ni jangan risau nak tukar baju ke apa sebabnya ada ruang tukar baju, bilik mandi & toilet bersih. Nak sewa loker untuk simpan barang pun ada jugak. Baru seronok nak have fun kan. Mak ayah boleh santai-santai bawah pokok rhu sambil makan aiskrim.

- beach ball
- dewan serbaguna
- pondok untuk booking aktivi air
- loker barang
- receiption hall
- bilik mandi & tukar pakaian
- tandas awam lelaki & perempuan
Sepanjang persisir pantai ada tempat santai & beberapa hotspot intagramble untuk bergambar. Apa tunggu lagi, ambil kamera & pose sepuas hati. Kalu jalan dari hujung ke hujung memang nice view Laut Andaman. Tambah lagi kalu sunset memang cantik. 


Okay dah puas bergambar, ayuh kita tukar baju terus pergi Aqua Park. Dari pantai nak ke Aqua Park boleh berenang je pakai life jacket. Eh sampai situ memang adventure nak panjat ke atas platform tu tapi confirm tergelak sebab tak lepas-lepas naik. Dah berjaya berdiri atas tu maka 'ini tempat ana yang punya'. Syok weh dari satu check point pergi try semua game. Such fun way to enjoy this place!

- mula-mula pose tepi Aqua Park dulu
- serius mengah berlari atas sini
- weh hampir nak menagis sebab licin nak panjat naik atas
Lapar? OMG Restaurant ada!
Dah puas main aktiviti air boleh isi perut tu dengan menikmati pelbagai sajian lazat kat OMG Restaurant. Dari menu western seperti pizza, pasta, chicken chop hingga hidangan popular tempatan dengan menggunakan bahan-bahan fresh di tangkap sekitar laut Langkawi. 


Berselera sungguh BBL bila dapat makan best-best ni. Yelah, penat bergelak sakan je tengok aksi member main Aqua Sport mengalahkan live game show. 

- Meat Lover Special Pizza
- Seafood Pizza
- Crispy Fun Fries
- Nasi Goreng 101
Well OMG Restaurant pun boleh muat kapasiti tetamu ramai incase anda datang ke Paradise 101 Langkawi ni untuk sebarang aktiviti berkumpulan. Sambil minum air boleh relax tengok pemandangan laut. Boleh release sikit stress bila datang bercuti kan. 



Paradise 101 Langkawi - Meraikan Anda
Oh ya, lokasi ni memang perfect kalu plan buat gathering beramai macam hari keluarga, gathering staff syarikat, team building, majlis hari lahir, ulangtahun perkahwinan atau company & apa jua program yang meriah bila ada ramai participant. Ruang OMG restoren boleh bertukar menjadi open space untuk berkumpul. Siap ada stage & PA sistem untuk kegunaan program tetamu. Eh nak buat majlis kahwin pun boleh je. Staff kat sini sangat friendly & akan assist anda untuk sebarang bantuan.
Selain tu, ramai je BBL nampak pasangan datang berbulan madu & family datang sini. Tambah lagi destinasi ini memang penuh 101 keriangan yang boleh jadikan sebagai kenangan indah sepanjang berada di Pulau Langkawi. 
Paradise 101 Langkawi
Waktu operasi : 
Ahad - Khamis > 10 pagi hingga 6 petang
Jumaat & Sabtu > 10 pagi hingga 8 malam
No Telefon : 04-9650300
Email : [email protected]
Wesbite : www.paradise101.com
Facebook | Instagram | Twitter | YouTube 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://budakbandunglaici.blogspot.com/2021/11/paradise-101-langkawi-memang-betul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Destinasi Tarikan Pelancong Paradise 101 Langkawi

Destinasi Tarikan Pelancong Paradise 101 Langkawi

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 312 hits
DESTINASI TARIKAN PELANCONG PULAU BUATAN PARADISE 101 LANGKAWI PLAY RELAX REFRESH AlongMurni dimaklumkan yang Pulau Langkawi memiliki 99 buah pulau semulajadi Jadi ada dua buah pulau buatan yang dibangunkan menjadikan angkanya kini 101 PARA...
Main Aktiviti Air Lasak Di Paradise 101 Dan Menaiki Gunung Mat Cincang Dengan Langkawi Skycab

Main Aktiviti Air Lasak Di Paradise 101 Dan Menaiki Gunung Mat Cincang Dengan Langkawi Skycab

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 312 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan rakan yang dikasihi dan dirindui selalu Ini adalah posting terakhir Maha nak kongsikan untuk percutian dan perjalanan di Pulau Langkawi baru baru ini...
Cikong Padu Memang Betul Betul Padu

Cikong Padu Memang Betul Betul Padu

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 545 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Minuman penyejuk badan Lai Chi Kang atau lebih mudah dipanggil dengan nama Cikong semestinya menjadi pilihan ramai tambah tambah lagi kalau bulan puasa memang mudah la nak di cari Tapi kalau bulan biasa m...
Kalau Betul Bersatu Mahu Jatuhkan Ismail Sabri Memang Patut Pun Beliau Dijatuhkan

Kalau Betul Bersatu Mahu Jatuhkan Ismail Sabri Memang Patut Pun Beliau Dijatuhkan

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 246 hits
Kata bekas Perdana Menteri Najib Razak Bersatu kini sedang menyusun propaganda untuk menumbangkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Beliau berkata objektif utama mereka berbuat demikian adalah untuk mengembalikan Mahiaddin Md Yasin sebaga...
Awesome Cuci Kereta Paling Senang

Awesome Cuci Kereta Paling Senang

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 373 hits
kalau di malaysia ni ada sungai ke parit ke rendam terus
Cable Car 3d Art Muzium Langkawi Memang Tak Pernah Miss Out Bila Datang Langkawi

Cable Car 3d Art Muzium Langkawi Memang Tak Pernah Miss Out Bila Datang Langkawi

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 252 hits
Assalamualaikum semua Sebut nama Langkawi apa benda pertama keluar dalam fikiran korang Cable car Yes otak kita fikir benda sama Nampak sangat sel sel otak kita tengah berhubung hahahaPanorama Langkawi Pemandangan Terbaik LangkawiSejak dari...
Sah Memang Batu Bukan Emas

Sah Memang Batu Bukan Emas

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 175 hits
Oleh Ketulan batu yang disangka emas menjadi viral di Kampung Bukit Lata Rantau Panjang Foto pembaca RANTAU PANJANG Keterujaan beberapa penduduk Kampung Bukit Lata di sini yang menemui ketulan batu disangka emas bertukar hampa apabila ia di...
Nah Cara Betul Untuk Buang Dagu Berlapis Serta Tampil Berwajah Tirus

Nah Cara Betul Untuk Buang Dagu Berlapis Serta Tampil Berwajah Tirus

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 366 hits
Aku percaya tidak ada seorang pun kaum wanita yang tidak teringin memiliki dagu runcing serta berwajah tirus Ianya adalah dambaan setiap wanita bagi memiliki figura begitu Bahkan berwajah tirus serta berdagu runcing juga menjadi trending di...
Betul Ke Yang Pedas Pedas Itu Pembuka Selera

Betul Ke Yang Pedas Pedas Itu Pembuka Selera

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 367 hits
BETUL KE YANG PEDAS PEDAS ITU PEMBUKA SELERA Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt PEDAS GILER Hu ha hu ha Mencungap atas darat Biasa tercungap cungap ni masa berenang je kot Air dah bergelas gelas Pelu...
Kerjasama Malaysia Jepun Bangunkan Semula Gaza Dapat Pujian Rakyat

Headed To New Orleans For The Super Bowl Or Mardi Gras Here S The Safety Info You Need

Turn Your Startup Dream To Reality

Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Makan Malam Chicken Chop Viral Klang

Bahaya Vitamin Dan Suplemen Tanpa Nasihat Pakar

Cara Menghidupkan Kembali Percikan Cinta Dalam Hubungan

Bagaimana Orang Berjaya Menguruskan Masa Mereka Dengan Bijak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice


Bendang

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta

Utamakan Isu Negara Sebelum Bangunkan Semula Gaza Rafidah

Resepi Ikan Siakap Hong Shau Kredit Soyabelacan

Minta Semua Sedekahkan Al Fatihah Abang Tajul Meninggal Dunia

Tiga Cedera Selepas Kenderaan Melanggar Sekumpulan Lelaki