Paparan Terlebih Bila Extend Display Guna Tv
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيمMaster apabila coding memang memerlukan dua monitor kerana sambil coding perlu merujuk kepada bahan berkaitan, maklumlah Master bukanlah seorang pengaturcara yang hebat semua benda ada dalam kepala.
Coding adalah satu istilah dalam dunia pengaturcaraan. Ia bermaksud perbuatan menulis kod-kod yang mengarahkan komputer melaksanakan sesuatu tugas. Tulis tu tidaklah bermaksud tulis dengan pen. Semua arahan itu tentunya ditaip dalam komputer.
Monitor TV jenama dawaKebetulan Mak Su ada tinggalkan monitor TV LED HDMI berjenama dawa di rumah kami setelah beliau berpindah ke rumah sewa baru. Tedi tak pernah dengar jenama ini mungkin buatan China, malas pula Tedi nak periksa.
Tapi kalau kawan-kawan nak beli monitor jenama dawa ni Tedi nasihatkan sistem bunyinya agak menyakitkan telinga.
Sudahlah pinjam monitor TV orang lain lagi mau complaint. Hihihi.
Extend display komputer riba ke TVMaster pun cubalah gunakan monitor TV tersebut untuk extend display daripada komputer riba pejabat beliau. Apabila kita extend display kita boleh bekerja dengan dua skrin pada satu masa yang sama.
Masalahnya apabila extend display pada monitor TV tu paparan dalam skrin terlebih daripada bingkai monitor menjadikan kita tak nampak sebahagian daripada paparan tersebut.
Jenuhlah pula nak buat kerja tak nampak walaupun sikit agak mengganggu. Takkan nak minimize pula. Master tak suka minimize, dia suka buka tetingkap seluas-luasnya.
Overscaling atau overscanTedi pun meng-Google dan mendapati bahawa masalah ini disebut sebagai overscaling atau overscan.
Ia terjadi kerana saiz untuk TV dah tetap, maka apabila guna untuk komputer jadi tak berapa nak ngam, lebih kurang macam itulah.
Bagaimana nak baiki masalah overscaling?Cara nak baiki masalah overscaling ini adalah dengan mengubah tetapan menggunakan perisian yang mengawal display adapter komputer kita.
Master menggunakan komputer riba HP Probook dan di dalamnya ada perisian Intel Graphic Command Center, Master gunakan perisian ini untuk tukarkan tetapan monitor kedua tersebut.
Master pergi ke Connected Displays >> General >> Scale dan tukar tetapan kepada Centered. Rasanya tukar kepada Stretched pun boleh juga.
Intel Graphic Command Center ni juga pernah bernama Intel Graphic Command Panel.
Jika kawan-kawan tak gunakan Intel boleh cari perisian yang mungkin disertakan dengan jenama pemproses grafik komputer anda di antaranya yang terkenal ialah Nvidia dan AMD.
~20200813~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2020/08/paparan-terlebih-bila-extend-display.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29