Jho Low Guna Nama Syarikat Serupa Untuk Curi Wang 1mdb


KUALA LUMPUR -- Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low sengaja menamakan syarikat luar pesisir tidak aktif yang ditubuhkannya untuk menyamai nama syarikat terkemuka dalam konspirasinya untuk mencuri jutaan dollar daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Perkara itu dicadangkan oleh peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pemeriksaan balas ke atas bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi pada perbicaraan kes 1MDB yang dihadapi bekas perdana menteri itu.
Saksi itu bersetuju dengan cadangan peguam itu tentang tabiat Jho Low yang mempergunakan nama-nama syarikat,  bagaimanapun beliau tidak mahu komen tentang motif Jho Low berbuat demikian.
Isu tentang nama syarikat itu timbul semasa saksi ditanya oleh Wan Aizuddin sama ada beliau biasa dengar tentang syarikat persendirian dikenali Abu Dhabi Media Investment Corporation (ADMIC), yang mempunyai akronim serupa dengan syarikat Jho Low iaitu Abu Dhabi Malaysia Investment Company Ltd (ADMIC Ltd).
ADMIC ialah syarikat pelaburan persendirian milik Sheikh Mansour bin Zayed Al-Nahyan dan British Sky Broadcasting, manakala ADMIC Ltd ditubuhkan oleh Jho Low, yang sepatutnya menjadi syarikat tujuan khas (SPV) bagi usaha sama 1MDB.
ADMIC Ltd ialah syarikat yang asalnya didaftarkan sebagai Malaysian Abu Dhabi Investment Company (MADIC) pada 5  Mac, 2013 tetapi nama itu ditukar kepada Abu Dhabi Malaysian Investment Company Limited (ADMIC Ltd) pada 12 Mac pada tahun yang sama.
Wan Aizuddin: Adakah anda tahu bagaimana perubahan nama ini berlaku?
Shahrol Azral: Ada kisah lucu di sebaliknya. Jho Low beritahu saya bahawa pihak di Abu Dhabi agak sensitif bahawa “Malaysia” lebih awal dalam nama itu sebelum “Abu Dhabi”. Jadi saya kata “ikut suka mereka lah”. Jho Low kata mereka mahu lakukannya (tukar nama), saya kata saya tiada masalah.
Wan Aizuddin: Saya cadangkan bahawa pertukaran nama (daripada MADIC) kepada ADMIC bertujuan untuk mengelirukan orang ...untuk menunjukkan  ADMIC seolah-olah adalah (firma pelaburan media) ADMIC yang diperbadankan di Abu Dhabi.
Shahrol Azral: Saya tiada komen tentang perkara itu.
Wan Aizuddin: Saya katakan kepada anda, bahawa caranya menukar nama ada satu cara, oleh Jho Low, untuk menyempurnakan rancangannya bagi membolehkannya menggelapkan berbilion dollar daripada 1MDB.
Shahrol Azral: Saya tidak mahu komen tentang motifnya.
Wan Aizuddin:  Tetapi anda bersetuju tentang tabiatnya (menggunakan nama serupa).
Shahrol Azral: Saya setuju.
Semasa ditanya sama ada beliau tahu tentang tujuan mempunyai syarikat luar pesisir bagi usaha sama itu dan jika terdapat sebarang faedah bagi syarikat itu sebagai syarikat luar pesisir, saksi berusia 50 tahun itu berkata beliau tidak bertanyakan (Jho Low) tentang perkara itu.
Semalam, mahkamah diberitahu Jho Low dan rakan kongsinya telah memperbadankan Aabar BVI Ltd di British Virgin Island untuk menjadikannya serupa dengan Aabar Investment PJS, yang merupakan subsidiari sebenar International Petroleum Investment Company (IPIC).
Terperdaya dengan nama yang hampir serupa itu, 1MDB kemudiannya telah menyalurkan hampir US$600 juta kepada  Aabar BVI Ltd bagi tujuan pembangunan tanah di Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (kini dikenali TRX).
Dilaporkan Jho Low turut menubuhkan Blackstone Asia Real Estate Partners, syarikat tidak aktif dengan nama hampir serupa dengan firma ekuiti hartanah persendirian, Blackstone Real Estate.
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang membabitkan jumlah wang yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/08/jho-low-guna-nama-syarikat-serupa-untuk.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jho Low Pelarian 1mdb Sembunyi Di China Kata Kpn

Jho Low Pelarian 1mdb Sembunyi Di China Kata Kpn

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 223 hits
Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho yang didakwa dalang skandal 1MDB dan suspek lain dipercayai sedang bersembunyi di China kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador yang menggesa pihak berkuasa di negara itu memburu pelarian terbabit...
Jho Low Used Similar Company Names To Siphon Funds From 1mdb Court Told

Jho Low Used Similar Company Names To Siphon Funds From 1mdb Court Told

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 298 hits
Shahrol Azral Ibrahim Halmi is currently being cross examined at prime minister Najib Razak s 1MDB trial KUALA LUMPUR Fugitive businessman Low Taek Jho also known as Jho Low had deliberately used a naming convention for offshore shell compa...
Syarikat Sapu Menyapu Wang Negara

Syarikat Sapu Menyapu Wang Negara

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 279 hits
Tok Aji 24 Saya telah mencuba untuk mengikuti berita Malaysia seboleh bolehnya tetapi entah bagaimana saya belum pernah mendengar mengenai Sapu Rakyat s Cash International Sdn Bhd sehingga beberapa jam sebelum waktu menulis ini Pernahkah aw...
Guan Eng Isteri Didakwa Salah Guna Kuasa Ubah Wang Berkait Projek Rm11 6 Juta

Guan Eng Isteri Didakwa Salah Guna Kuasa Ubah Wang Berkait Projek Rm11 6 Juta

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 454 hits
Bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersama isterinya Betty Chew dan rakan perniagaannya Phang Li Koon didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan penyalahgunaan kuasa serta pengubahan wang berhubung tawaran sebuah...
Ph Berjaya Bawa Balik Wang 1mdb Bayar Hutang Segera

Ph Berjaya Bawa Balik Wang 1mdb Bayar Hutang Segera

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 243 hits
Faiz Fadzil Usaha Pakatan Harapan dalam isu 1MDB telah berjaya membuahkan hasil di mana sejumlah besar dana yang diseleweng ketika zaman Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib Razak telah dibawa kembali ke Malaysia Namun usaha ini tidak h...
Pemulangan Wang 1mdb Oleh Goldman Sachs Kejayaan Ph

Pemulangan Wang 1mdb Oleh Goldman Sachs Kejayaan Ph

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 245 hits
Pakatan Harapan menyambut baik pemulangan wang berjumlah RM16 6 bilion dalam penyelesaian antara Kerajaan Malaysia dan syarikat Goldman Sachs Menurut Majlis Presiden PH pemulangan wang dari salah laku kes 1Malaysia Development Berhad itu ha...
Macau Jangan Ambil Mudah Isu Jho Low Kata Kpn

Macau Jangan Ambil Mudah Isu Jho Low Kata Kpn

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 273 hits
Jho Low bukan saja dikehendaki pihak berkuasa bagi pembabitannya dalam kes penyelewengan dana 1MDB tetapi merupakan saksi penting perbicaraan membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak KUALA LUMPUR Pihak berkuasa Macau perlu mengambil be...
Zafrul Ulangi Wang Tabung Harapan Diguna Bayar Hutang 1mdb

Zafrul Ulangi Wang Tabung Harapan Diguna Bayar Hutang 1mdb

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 245 hits
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sekali lagi mengulangi bahawa Tabung Harapan yang diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini telah digunakan untuk membayar hutang 1MDB Sementara itu beliau berkata hutang keraja...
1mdb Zafrul Dedah Bekas Ag Tun M Cakap Tak Serupa Bikin

1mdb Zafrul Dedah Bekas Ag Tun M Cakap Tak Serupa Bikin

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 324 hits
KUALA LUMPUR Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz hari ini mendedahkan kerajaan Pakatan Harapan berhasrat untuk membuat penyelesaian luar mahkamah berhubung hutang 1Malaysia Development Bhd kepada Goldman Sachs Menurut beliau terd...
How Does Private Equity Actually Work

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

Pondok Abuya

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara Gara Terlanggar Ahli Keluarga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine