Papan Kekunci Mekanikal Machenike K7 Tkl Papan Kekunci Serba Boleh


Machenike? Mungkin hangpa semua tak pernah dengaq jenama ni (termasuk mamu la) tapi jenama ni boleh dikategori agak terkenal di China dan juga di Filipina. Kali ini depa mencuba nasib dalam pasaran Malaysia & Mamu berpeluang berkolaborasi dengan depa.
Pada kali ni Mamu akan mengulas produk depa iaitu papan kekunci mekanikal depa Machenike K7 TKL. Sebelum tu mai kita tengok spesifikasi papan kekunci bakal Mamu ulas.
Machenike K7 – Spesifikasi Jenama Machenike Model K7 Warna Hitam Spesifikasi Jumlah Kekunci : 87 Kekunci
Sambungan : USB Type-C & Bluetooth 3.0
Kekunci Anti-Ghosting : NKRO Berwayar, Sokongan Tanpa Wayar
Sokongan Sistem : Windows / Android / Mac OS / iOS
Bateri : 2000mAh Bateri Li-ion Boleh Dicas Semula
Lampu Belakang : Lampu RGB dengan sokongan profil Isi Kandungan Papan Kekunci, Kabel Type-C Dimensi & Berat Berat Produk 730g Saiz Produk 359*158*41mm  
Video Nyahkotak

Kotak pembungkusan depa agak minimal dengan warna hitam dan tulisan berwarna ungu dan biru.

Di belakang kotak pula ada gambar papan kekunci dan pautan ke halaman depa. Semua menggunakan kod QR.

Dalam kotak hangpa akan dapat :
Papan kekunci Kabel Type-C Buku manual Alat untuk cabut kekunci Rekabentuk papan kekunci ni memang agak canggih bagi Mamu. Dengan rekabentuk ala lampu kereta sukan dengan lampu RGB ala kedai tomyam hangpa suka pi pasai ada awek Thai tu, melengkapi reka bentuk papan kekunci ni.

Papan kekunci ni menggunakan susun atur 87 kekunci yang kebanyakan papan kekunci mekanikal menggunakan susun atur ni. Papan kekunci Machenike menggunakan lapisan seakan getah pada setiap kekunci depa ni & ini membuatkan pengalaman menaip lebih selesa.

Apa yang canggih? Papan kekunci nih boleh disambungkan dengan 3 peranti secara serentak. Tak payah hangpa nak beli sampai 3 papan kekunci tahap kayangan untuk peranti hangpa.
Papan kekunci ni mempunyai fungsi terbina dalam untuk hangpa tukar pencahayaan RGB menggunakan roda tatal. Suis terbina dalam boleh hangpa sambungkan ke Mac/iOS ataupun Android/Windows. Tak suka wayar serabut? Hangpa boleh gunakan sambungan Bluetooth.

Nak cas semula? Tak perlu risau. Papan kekunci ni menggunakan port Type-C. Selama Mamu pakai ni, bateri dapat bertahan dalam 10 hari penggunaan. Semua bergantung dengan cara penggunaan hangpa.
Ikut spesifikasi depa kata papan kekunci ni boleh bertahan selama 60 jam dengan penggunaan 5 jam sehari dan dapat bertahan untuk hampir 12 hari.

Penggunaan lampu RGB menyerlahkan lagi reka bentuk futuristik papan kekunci ni dengan kemasan bagi Mamu tidak melampau.

Papan kekunci ni ada kaki untuk hangpa tinggikan lagi kedudukan mengikut kesesuaian hangpa ketika nak pakai.

Material untuk papan kekunci ini menggunakan PBT yang agak sinonim dikalangan pengguna papan kekunci mekanikal. Kualiti terasa bila menaip tanpa ada rasa ‘murah’.

Mamu dapat papan kekunci dengan menggunakan suis hitam. Hangpa boleh rujuk disini untuk perbezaan setiap suis untuk papan kekunci mekanikal :
https://dygma.com/blogs/stories/the-ultimate-guide-to-mechanical-keyboard-switches-for-2019
Suis hitam untuk papan kekunci ni adalah jenis linear dengan berat tindak balas sekitar 80 gram dan jarak tindak balas sekitar 1.5mm.

Bagi Mamu yang dah lama pakai papan kekunci komputer riba, agak kekok gak la nak pakai papan kekunci jenis mekanikal ni. Al-maklum la orang tak pernah pakai sebelum ni. Mamu ambil masa dalam seminggu juga nak biasakan diri dan dapatkan kelajuan menaip seperti biasa.
Dari segi gaming pulak, Mamu takdak rasa lag input walaupun kekunci ditekan serentak. Mamu cuba dalam permainan seperti Need For Speed & Call Of Duty.
Kepuasan menggunakan papan kekunci nih jelas terasa kalau hangpa jenis Mamu suka Whatsapp guna laptop. Bagi Mamu suis hitam ni sedikit berat bila menaip dalam tempoh lama. Mamu belum pernah cuba suis lain. Nanti bila Mamu berpeluang cuba suis lain, Mamu akan update pengalaman Mamu.
Papan kekunci ni takdak tempat untuk hangpa nak rehatkan pergelangan tangan hangpa. Mungkin ada yang perlukan benda ni tapi bagi Mamu takdak masalah pun.
“Mamu,dia ni sokong macro dak?”
Ada Gais. Jangan samakan dengan Makro naa. Mai Mamu cerita pasal aplikasi talaan untuk papan kekunci nih.

Bila hangpa mulakan aplikasi dia, hangpa akan dapat paparan lagu nih. Dari sini hangpa boleh tetapkan setiap kekunci dengan fungsi khas masing-masing. Dia ada kekunci untuk media juga. Memang senang banyak untuk yang banyak habiskan masa depan skrin atau komputer riba.

Bila hangpa klik kat butang Profile, hangpa boleh sesuaikan setiap profil untuk kegunaan berlainan. Mamu pakai standard ja. (baloq nak setup sebenaqnya)

Dari segi pencahayaan, hangpa boleh tetapan ikut kesesuaian hangpa nak pakai. Depa ada beberapa preset yang bagi Mamu dah cukup banyak untuk jadikan bilik hangpa macam kedai tomyam hangpa suka.
Hangpa boleh tetapkan dari segi warna, arah lampu nak bergerak, kelajuan lampu bergerak dan kecerahan. Ini semua bergantung dengan preset mana hangpa pilih. Tak semua preset boleh ditala.

Dalam Game Mode, hangpa boleh nyahaktif 3 jenis kombinasi kekunci iaitu :
Alt + Tab Alt + F4 Windows Key Mungkin dalam kemaskini akan datang, banyak lagi yang hangpa boleh tetapkan untuk kombinasi ketika bermain game hangpa.

Tetapan ni yang ramai gamers cari : Macro key sequence.
Apa yang Mamu tahu dari tetapan nih hangpa boleh tetapkan key sequences untuk tugas khas. Contoh hangpa klik kiri 2 kali hangpa boleh aktifkan combo dalam game yang memerlukan kombinasi kekunci atau klik tetikus. (imagine macam hangpa nak buat combo special move Akuma dalam Street Fighter tu) 
Hangpa boleh set dari aksi kekunci, klik tetikus sehingga delay antara setiap tugas nak dilaksanakan.

Dalam fungsi Settings, hangpa boleh tukaq warna teks dalam antara muka aplikasi dan juga bahasa antara muka.
Dengan tanda harga RM 199 dengan pelbagai fungsi bagi Mamu papan kekunci nih memang berbaloi untuk dibeli. Mana nak beli? Hangpa boleh layari di pautan dibawah:
Machenike Lazada Store
Machenike Facebook
Sempena Lazada Birthday Super Sale, depa ada buat diskaun pada produk depa. Papan kekunci ni dijual pada harga RM 149. Apa lagi gais? Dah boleh check out beli satu untuk hangpa pakai.
Tunggu Mamu ulasan tentang Gaming Mouse depa plak naa.
Mamu signing out!
The post Papan Kekunci Mekanikal Machenike K7 TKL : Papan Kekunci Serba Boleh appeared first on OMG! Hackers?.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/machenike-k7/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Main Sekejap Fokus Entah Kemana Mak Ayah Boleh Bantu Anak Buat Aktiviti Ni Di Rumah Boleh Uji Tahap Fokus Anak

Main Sekejap Fokus Entah Kemana Mak Ayah Boleh Bantu Anak Buat Aktiviti Ni Di Rumah Boleh Uji Tahap Fokus Anak

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 442 hits
Membuat aktiviti aktiviti menarik di rumah bukan sahaja dapat mengeratkan lagi hubungan ibu bapa dan anak anak malah ia juga dapat membantu si kecil untuk belajar dan meneroka Namun pasti sukar untuk dapatkan fokus daripada mereka kan Ada y...
Emas Mengalami Kesukaran Untuk Naik Tetapi Boleh Turun Dengan Mudah Menjadi 1 500 1 600

Emas Mengalami Kesukaran Untuk Naik Tetapi Boleh Turun Dengan Mudah Menjadi 1 500 1 600

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 221 hits
Emas mengalami kesukaran untuk terus mengimbangi antara pertumbuhan sementara dan penurunan yang lain Pakar prihatin terhadap turun naik seperti itu dan takut bahawa logam berharga akan meneruskan aliran menurunnya Dasar monetari semasa ban...
Telegram Memperkenalkan Ciri Bual Suara Seumpama Clubhouse Termasuk Boleh Merakam

Telegram Memperkenalkan Ciri Bual Suara Seumpama Clubhouse Termasuk Boleh Merakam

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 161 hits
Telegram hari ini telah memperkenalkan ciri perbualan suara melalui saluran Telegram dengan tanpa had nombor peserta Menariknya berbeza dengan ciri bual suara yang terdapat pada Telegram Groups pada Telegram Channel ciri ini ditawarkan deng...
Pantang Jumpa Air Berenang Rupanya Boleh Pupuk Yakin Diri Anak Jadi Lagi Berani

Pantang Jumpa Air Berenang Rupanya Boleh Pupuk Yakin Diri Anak Jadi Lagi Berani

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 391 hits
Sebut sahaja bermain kolam atau aktiviti mandi manda pastinya anak anak melompat keriangan Baik di rumah mahupun ketika menginap di hotel aktiviti dalam air adalah masa yang ditunggu tunggu oleh anak anak Aktiviti sebegini dapat memberi kes...
Pas Tak Campur Umno Boleh Kerjasama Dengan Mana Mana Parti Pendirian Pas

Pas Tak Campur Umno Boleh Kerjasama Dengan Mana Mana Parti Pendirian Pas

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 235 hits
PAS tidak mencampuri urusan Umno sekiranya rakan sekutunya itu ingin menjalinkan kerjasama dengan PKR Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata dalam negara demokrasi kerjasama itu sentiasa terbuka namun PAS tetap berpendirian tidak akan menjal...
8 Ribu Boleh Ke Stadium Tapi 222 Mp Tak Boleh Ke Parlimen

8 Ribu Boleh Ke Stadium Tapi 222 Mp Tak Boleh Ke Parlimen

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 257 hits
Menteri Kanan Ismail Sabri mengumumkan MKN bersetuju untuk membenarkan penyokong bola sepak pergi menonton perlawanan bola di stadium berkuat kuasa 1 April MKN menetapkan syarat hanya 10 atau 2 000 daripada kapasiti penuh stadium dibenarkan...
Kerajaan Tidak Boleh Terlalu Terbuka Benar Ambil Pekerja Asing Kata Menteri

Kerajaan Tidak Boleh Terlalu Terbuka Benar Ambil Pekerja Asing Kata Menteri

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 369 hits
Menteri Sumber Manusia M Saravanan bercakap kepada pemberita sewaktu menyertai operasi penguatkuasaan bersepadu pematuhan peraturan di bawah Akta Pekerja 1995 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 di Bangsar malam tadi...
Kalau Buku Lali Hazard Dibedah Lagi Dia Boleh Ucap Selamat Tinggal Bola Sepak

Kalau Buku Lali Hazard Dibedah Lagi Dia Boleh Ucap Selamat Tinggal Bola Sepak

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 311 hits
Pakar perubatan Atletico Madrid menyatakan bahawa Eden Hazard tidak boleh lagi menjalani pembedahan buku lalinya selepas dua kali melakukannya sebelum ini Ini kerana jika itu berlaku Haazard kemungkinan besar tidak akan bermain bola sepak l...
2 000 Boleh Masuk Stadium 222 Tetap Tak Boleh Masuk Parlimen

2 000 Boleh Masuk Stadium 222 Tetap Tak Boleh Masuk Parlimen

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 182 hits
Penonton bola sepak kini dibenarkan masuk stadium berkuat kuasa 1 April Antara syarat yang ditetapkan ialah 10 peratus kapasiti atau 2 000 penonton di kawasan PKPB manakala bagi kawasan PKPP pula adalah 25 peratus kapasiti atau 8 000 penont...
Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Harga Kesihatan Memastikan Suplemen Makanan Dilindungi Di Malaysia

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Pipe And Drape Backdrop Ideas For Weddings Budget Friendly Elegance

Warna Hitam Tetap Menarik Dan Cantik Dipakai Dipagi Hari Raya

Perasaan Bila Orang Namakan Kucing Mereka Dgn Nama Anda

How To Choose A Patent Lawyer In New York For Your Invention

Ai Text Humanizer Bridging The Gap Between Ai And Human Writing

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis