Papagomo Cengkam Leher Syed Saddiq


Papagomo Cengkam Leher Syed Saddiq | Setiausaha politik kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu Mahkamah Majistret Kajang, bahawa pengendali laman blog, Papagomo, telah mencengkam leher menteri itu untuk menghentikannya daripada terus berjalan pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Februari lalu

Menceritakan semula insiden tersebut, semalam, Mohd Aizad Roslan, 38, berkata Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, 36, telah bertindak menerpa ke arah Syed Saddiq yang ketika itu sedang berjalan ke arah keretanya selepas sesi penamaan calon pada 11.05 pagi, 16 Feb lalu

"Saya serta dua lagi pegawai YB iaitu Amin (polis pengiring) dan Redzuan (pegawai khas) mengiringi beliau ke arah kereta yang terletak di laluan jalan utama. Tiba-tiba sekumpulan penyokong parti Barisan Nasional (BN) yang sedang melepak di situ telah memaki dan mengherdik kami tetapi kami tidak menghiraukan provokasi itu

"Mereka telah menyerbu ke arah kami dan saya tiba-tiba perasan ada lelaki yang berlari dari arah belakang untuk melintasi kami. Lelaki itu kemudian menerpa ke arah YB dan mencengkam lehernya dengan tangan kiri. Saya nampak dengan jelas," kata saksi itu

Saksi pendakwaan kedua itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin pada hari pertama perbicaraan kes Papagomo yang menghadapi tuduhan mengaibkan dan mendatangkan kecederaan terhadap menteri itu

Papagomo Cengkam Leher Syed Saddiq
Saksi itu berkata Syed Saddiq yang trauma berikutan insiden berkenaan telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Way sebelum membuat pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya berikutan kecederaan pada bahu dan lehernya

Ketika ditanya Muhammad Hairuliqram sekiranya beliau mengenali lelaki yang mencengkam leher Ahli Parlimen Muar itu, saksi telah membuat pengecaman di dalam mahkamah terhadap Papagomo selaku Orang Kena Saman (OKS)

Sementara itu, saksi pendakwaan pertama, Pemangku Sjn Mohd Amin Bacho, 41, yang bekerja sebagai pegawai pengiring Syed Saddiq berkata dalam kekecohan yang berlaku ketika itu, Papagomo juga menyebut "Kau ni bodoh la Saddiq. Masuk ke kawasan aku" terhadap menteri itu

"Ketika kami diserang, anggota bantuan trafik dan pasukan unit Amal Parti Islam Semalaysia (PAS) telah mengiringi kami berjalan ke arah kereta. Dalam keadaan tegang itu, saya melihat dia meluru ke arah YB dan meletakkan tangannya ke atas bahu kiri YB seperti hendak menghentikannya daripada berjalan

"Papagomo kemudian telah menyebut kata-kata itu dan saya serta-merta mengarahkannya untuk melepaskan tangan daripada bahu YB kerana melihat beliau semakin tidak selesa," katanya

Tambahnya lagi, di sepanjang laluan awam dari kawasan luar dewan pencalonan hingga tiba ke kereta, mereka telah diherdik dan dimaki dengan pelbagai kata-kata kesat oleh penyokong BN antaranya "bangang", "anjing" dan "bodoh"

Papagomo Cengkam Leher Syed Saddiq
Pada 28 Feb, Papagamo yang juga Exco Pemuda Umno didakwa mengaibkan kehormatan Syed Saddiq dengan menyebut “ko bodoh” bagi maksud mengganggu kesantunannya di tepi jalan Persiaran Impian Perdana, Saujana Impian pada 11.05 pagi, 16 Feb, mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan

Bagi pertuduhan kedua, OKS didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan di leher dan bahu Ketua ARMADA itu pada tempat dan tarikh sama mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2, 000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan

Perbicaraan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris bersambung Rabu ini. - mk



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

Iklan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2019/11/papagomo-cengkam-leher-syed-saddiq.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Papagomo Grabbed Syed Saddiq By The Neck Witness

Papagomo Grabbed Syed Saddiq By The Neck Witness

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 357 hits
The political secretary to Youth and Sports Minister Syed Saddiq Syed Abdul Rahman told the Magistrate s Court in Kajang yesterday that blogger Papagomo had grabbed the minister who was walking to his car by the neck on the nomination day f...
Syed Saddiq Cengkaman Papagomo Sebabkan Soft Tissue Injury

Syed Saddiq Cengkaman Papagomo Sebabkan Soft Tissue Injury

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 446 hits
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa pengendali laman blog Papagomo telah mencengkam bahu dan leher kiri beliau yang menyebabkan soft tissue injury sebelum mengatakan p...
Perbicaraan Soft Tissue Injury Syed Saddiq

Perbicaraan Soft Tissue Injury Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 428 hits
KAJANG 6 Nov Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa pengendali laman blog Papagomo telah mencengkam bahu dan leher kiri beliau yang menyebabkan soft tissue injury sebelum...
Basikal Lajak Bimbing Bukan Hukum Syed Saddiq

Basikal Lajak Bimbing Bukan Hukum Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 798 hits
MUAR 7 Nov Golongan generasi muda yang terlibat dengan kegiatan basikal lajak perlu diberi bimbingan bagi menjadikan mereka insan yang berjaya dan bukan dihukum kerana terlibat dengan kegiatan tersebut kata Menteri Belia dan Sukan Syed Sadd...
Dari Terus Mengecam Saya Pilih Untuk Mendidik Mereka Kata Syed Saddiq Tetapi Disalah Ertikan Oleh Geng Basikal Lajak

Dari Terus Mengecam Saya Pilih Untuk Mendidik Mereka Kata Syed Saddiq Tetapi Disalah Ertikan Oleh Geng Basikal Lajak

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 1290 hits
Semalam Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq memuat naik kenyataan mengenai isu basikal lajak di Instagramnya yang menjelaskan dia dikutuk kerana mengambil pendirian untuk membimbing golongan itu bukannya menghukum Syed Saddiq berkata dia me...
Kerajaan Rm 0 Tidak Bantu Syed Saddiq Bohong Tabur Fake News

Kerajaan Rm 0 Tidak Bantu Syed Saddiq Bohong Tabur Fake News

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 599 hits
Malu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bohong tabur fake news Kononnya kerajaan persekutuan UMNO tidak ada sumbang satu sen pun kepada negeri Terengganu Pembohongan Saddiq PPBM ini boleh dibuktikan jika kita baca dalam Laporan Ketua Audit Negar...
Syed Saddiq Defends Dr M S Speech At Malay Dignity Congress

Syed Saddiq Defends Dr M S Speech At Malay Dignity Congress

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 299 hits
KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia youth chief Syed Saddiq Syed Abdul Rahman has defended Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad s remarks during the Malay Dignity Congress He said Dr Mahathir was merely telling the Malays to refle...
Don T Blame Others For Your Problems Says Syed Saddiq

Don T Blame Others For Your Problems Says Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 430 hits
PPBM Youth chief Syed Saddiq Syed Abdul Rahman speaks in a press conference at Parliament today KUALA LUMPUR PPBM Youth chief Syed Saddiq Syed Abdul Rahman today defended Dr Mahathir Mohamad s remarks at the recent Malay Dignity Congress sa...
Penyanyi Spooky Wet Dream Ajuk Gaya Cakap Syed Saddiq

Penyanyi Spooky Wet Dream Ajuk Gaya Cakap Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 716 hits
Vokalis kumpulan Spooky Wet Dreams mengajuk pertuturan Syed Saddiq Abdul Rahman dalam replikai bingkai Instagram Foto ihsan Twitter ZeSpoookyKUALA LUMPUR 3 Nov Pelbagai ragam gaya dan telatah ditunjukkan dalam sambutan Halloween Gaya berpak...
Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Kekal Sahabat

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Elsa Pitaloka Indah Pada Waktunya Chord

How Your Oral Health Affects Your Gut

Giving Back In A Big Way 2 Champion Lembu Sado Shared With Over 1 000 Malaysians

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean