Syed Saddiq Cengkaman Papagomo Sebabkan Soft Tissue Injury


Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa pengendali laman blog, Papagomo telah mencengkam bahu dan leher kiri beliau yang menyebabkan ‘soft tissue injury’ sebelum mengatakan perkataan ‘kau bodoh’ di telinganya.
Menceritakan kembali insiden pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih Februari lalu Syed Saddiq, 26, berkata, beliau dan tiga lagi pegawainya, Mohd Aizad Roslan, 38; Pemangku Sjn Mohd Amin Bacho, 41, dan Ahmad Redzuan Mohamed Shafi, 29, sedang berjalan ke arah keretanya sendiri yang di parkir di luar kawasan dewan penamaan calon diadakan.

Loading… “Pada jam 11 pagi itu, jalan yang dilalui kami telah dibuka sekatan oleh pihak polis kerana sesi penamaan calon telah selesai. Di seberang sepanjang jalan itu ada sekumpulan penyokong parti politik pihak lawan kira-kira 50 ke 100 orang dan mereka mula berulang-ulang mengeluarkan kata-kata kesat seperti “babi, “bangsat” dan “hancing” terhadap kami.
“Kami terus berjalan tetapi kemudian terdapat sekumpulan dari mereka yang mula merentasi jalan dan mengepung kami. Apabila dikepung kami rasa cemas, gusar dan takut kerana bilangan mereka lebih ramai berbanding kami,” katanya.
Ahli Parlimen Muar itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin pada hari kedua perbicaraan kes yang dihadapi Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, 36, atas dua pertuduhan mengaibkan dan mendatangkan kecederaan terhadap menteri itu
Setelah melihat tindakan para penyokong pihak lawan, Syed Saddiq berkata pegawai keselamatannya yang juga saksi pendakwaan pertama, Mohd Amin Bacho termasuk anggota polis trafik dan juga beberapa sukarelawan unit amal dari salah satu parti lawan datang untuk melindunginya.
“Walaupun polis sudah ada di sebelah kiri, ada salah seorang dari mereka yang dikenali sebagai Papagomo datang berlari ke arah kami menggunakan jalan parit di sebelah kanan. Dia telah datang ke sebelah saya dan terus mencengkam bahu dan leher kiri saya.
“Saya terus berjalan ke hadapan dan dia cakap di telinga saya “kau bodoh” dan ada beberapa lagi perkataan yang saya tak dengar kerana keadaan ketika itu yang mencemaskan,” kata menteri itu.
Menurutnya lagi, tekanan daripada cengkaman selama tiga hingga lima saat di bahu dan lehernya itu telah menyebabkan kesakitan dan beliau merasakannya sejurus tiba di kediamannya.
“Tanpa membazirkan masa saya terus membuat laporan polis dan membuat pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan selepas diperiksa dan melakukan x-ray, doktor memaklumkan ada ‘soft tissue injury’. Berikutan itu saya diberikan suntikan tahan sakit (painkiller) di lengan dan dua jenis ubat untuk dimakan,” katanya.
Ketika ditanya Muhammad Hairuliqram sekiranya beliau mengenali Papagomo, Syed Saddiq menjawab ‘Ya’ dan membuat pengecaman di dalam mahkamah terhadap lelaki itu selaku Orang Kena Saman (OKS).
Terdahulu, Majistret Nor Afidah Idris turut memberi amaran agar pihak-pihak termasuk Papagomo sendiri, pihak peguam serta media tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang dapat mengelirukan orang awam dan mengganggu perbicaraan selepas membenarkan permohonan Muhammad Hairuliqram.
Muhammad Hairuliqram memohon supaya Papagomo yang diwakili peguam Nik Saiful Adli Burhan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan di media sosial yang boleh mengelirukan orang awam seperti pada 4 Nov lepas, di mana pihaknya mengeluarkan kenyataan memohon untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Syed Saddiq.
Pada 28 Februari lalu Papagamo yang juga Exco Pemuda UMNO didakwa mengaibkan kehormatan Syed Saddiq dengan menyebut ‘ko bodoh’ bagi maksud mengganggu kesantunannya di tepi jalan Persiaran Impian Perdana, Saujana Impian pada jam 11.05 pagi 16 Februari lalu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua OKS didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan di leher dan bahu Ketua ARMADA itu pada masa, tempat dan tarikh sama mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2, 000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris bersambung 28 Januari 2020. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/11/syed-saddiq-cengkaman-papagomo-sebabkan-soft-tissue-injury/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perbicaraan Soft Tissue Injury Syed Saddiq

Perbicaraan Soft Tissue Injury Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 393 hits
KAJANG 6 Nov Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa pengendali laman blog Papagomo telah mencengkam bahu dan leher kiri beliau yang menyebabkan soft tissue injury sebelum...
Papagomo Cengkam Leher Syed Saddiq

Papagomo Cengkam Leher Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 360 hits
Papagomo Cengkam Leher Syed Saddiq Setiausaha politik kepada Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu Mahkamah Majistret Kajang bahawa pengendali laman blog Papagomo telah mencengkam leher menteri itu untuk menghent...
Papagomo Grabbed Syed Saddiq By The Neck Witness

Papagomo Grabbed Syed Saddiq By The Neck Witness

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 310 hits
The political secretary to Youth and Sports Minister Syed Saddiq Syed Abdul Rahman told the Magistrate s Court in Kajang yesterday that blogger Papagomo had grabbed the minister who was walking to his car by the neck on the nomination day f...
Penyanyi Spooky Wet Dream Ajuk Gaya Cakap Syed Saddiq

Penyanyi Spooky Wet Dream Ajuk Gaya Cakap Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 668 hits
Vokalis kumpulan Spooky Wet Dreams mengajuk pertuturan Syed Saddiq Abdul Rahman dalam replikai bingkai Instagram Foto ihsan Twitter ZeSpoookyKUALA LUMPUR 3 Nov Pelbagai ragam gaya dan telatah ditunjukkan dalam sambutan Halloween Gaya berpak...
Kes Terkoyak Tisu Syed Saddiq Gagal Hadir Mahkamah Lagi

Kes Terkoyak Tisu Syed Saddiq Gagal Hadir Mahkamah Lagi

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 421 hits
Syed Saddiq Hormatlah Rule Of Law Justice Delayed Is Justice Denied Asyraf Wajdi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dususki memohon Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia Syed Saddiq Sy...
Vote Muslim First Flyers Syed Saddiq Cries Sabotage

Vote Muslim First Flyers Syed Saddiq Cries Sabotage

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 391 hits
TG PIAI POLLS Flyers promoting Pakatan Harapan s Tanjung Piai candidate Karmaine Sardini that utilised the Buy Muslim First campaign were distributed at its mega ceramah tonight The flyers lined the 1 000 plus seats at the event in Kukup La...
Video Syed Saddiq Dan Azmin Ali Viral Di Facebook

Video Syed Saddiq Dan Azmin Ali Viral Di Facebook

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 828 hits
Apabila kita melihat video di bawah tiada siapa pun yang boleh menafikan betapa hipokritnya anggota kabinet PH Video ini juga telah viral di facebook Video 1 ialah ahli politik muda PPBM bernama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Kali ini kita c...
Ramai Tanya Kenapa Selalu Rekod Video Rapat Dengan Muka Ini Jawapan Syed Saddiq

Ramai Tanya Kenapa Selalu Rekod Video Rapat Dengan Muka Ini Jawapan Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 404 hits
Assalamualaikum Ta Cha Hao Vanakkam Umpama Tagline ayat wajib diucapkan di permulaan setiap video yang dimuatnaik oleh YB Syed Saddiq Menteri Belia dan Sukan Malaysia kini menjadi ikutan sebagaian warga net Semua pasti sudah sedia maklum Sy...
Kerajaan Rm 0 Tidak Bantu Syed Saddiq Bohong Tabur Fake News

Kerajaan Rm 0 Tidak Bantu Syed Saddiq Bohong Tabur Fake News

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 565 hits
Malu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bohong tabur fake news Kononnya kerajaan persekutuan UMNO tidak ada sumbang satu sen pun kepada negeri Terengganu Pembohongan Saddiq PPBM ini boleh dibuktikan jika kita baca dalam Laporan Ketua Audit Negar...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba