Pantun Dbp Cetus Perang Di Media Sosial Dituduh Hina Wanita Dan Bersifat Seksis


Pantun adalah sastera lama yang sering dikarang atau dituturi pada zaman dahulu. Ia merangkumi lenggok bahasa Melayu dan mempunyai maksud disebaliknya. Pantun terkenal di sekitar Nusantara di Asia Tenggara.
Di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), institusi yang bertanggungjawab menghidupkan bahasa, baru-baru ini memuat naik satu pantun di laman sosial milik mereka. Pantun yang ditulis begini, “Apalah guna berkain batik, Kalau tidak memaki capal; Apalah guna beristeri cantik, Kalau tak pandai menumbuk bawang.”
Pantun yang dimuat naik di laman Twitter tersebut telah mendapat perhatian ramai, dengan lebih 800 ciapan balas, 1,500 tanda suka dan beribu komen. Bagaimanapun, pantun tersebut telah dituduh sebagai seksis dan cuba untuk merendahkan kaum wanita oleh sesetengah netizen
Salah seorang pengguna Twitter dengan nama The Zach menulis, “Aku rasa ini antara pantun bersifat misoginis/seksis menghina perempuan yang wajar dikaji semula penggunaannya.”
Manakala Jacalyn Kow pula mempersoalkan pantun tersebut sambil bertanya adakah dia perlu bersedia untuk ‘menumbuk sambal’ sebelum layak digelar sebagai isteri, “Saya fikir kita tidak boleh mengurung wanita untuk menetapkan peranan mereka (terutama di dapur).”
Pantun yang dimuat naik oleh DBP ini turut mendapat perhatian ahli politik di Malaysia, Muhammad Bakhtiar, Ahli Parlimen Balik Pulau berkata, “Maaf DBP pantun ini bersifat patriaki dan seksis pada pandangan saya. Adakah wanita diharap pandai menumbuk sambal lebih dari tugas lain. Tentunya tidak.”
Manakala badan bukan kerajaan, All Women’s Action Society (AWAM) di dalam ciapannya mengajak DBP untuk hadir ke kelas bagi mempelajari lebih banyak mengenai jantina.
Namun, sejauh manakah kebenaran di sebalik pantun tersebut? Adakah benar ia menjatuhkan wanita? Perlu diingat bahawa sastera lama atau pantun adalah cara orang dahulu berbudi bahasa. Mereka tidak menegur seseorang itu secara terus, tetapi melalui kiasan.
Maksud pantun Setelah DBP teruk ‘digoreng’ oleh netizen, beberapa individu tampil membetulkan keadaan. Kebanyakan daripada mereka mempertahankan tindakan DBP sambil menyatakan bahawa pantun tersebut tidak boleh diambil secara terus, ia perlu difahami juga bersama dengan maksud.
Bagaimanapun, maksud di sebalik pantun tersebut itu banyak, namun semuanya mengambil subjek yang sama, iaitu pantun itu adalah nasihat buat si lelaki dan bukannya untuk memburukkan kaum wanita.
Ayman Wong, penulis buku Dunia Tanpa Tembok berkata bahawa pantun tersebut tidak menjatuhkan mana-mana jantina, tetapi lebih kepada sudut pelajaran di mana ia bermaksud “jangan pandang paras rupa semata-mata”.

Manakala Wewenang di dalam ciapannya berkata, “Dalam sungguh rupanya maksud pantun lama yang DBP kongsikan semalam. Baru faham lepas penulis terkemuka Puan Nisah Haji Haron terangkan maksud sebenar pantun ni yang secara halus dan berlapik mengkritik suami yang gagal melaksanakan nafkah batin.”
Puan Nisah di dalam mesej penerangannya berkata bahawa, “Pantun itu tentang suami yang tak pandai melayan isteri secara batin. Sebab itu dikatakan buat apa beristeri cantik, kalau tak pandai layan isteri.”
Sambil menambah bahawa secara luasnya, pantun tersebut menyatakan tanggungjawab suami kepada isteri, “Hubungan itu dua hala dan menjadi tanggungjawab suamilah untuk menentukannya,” katanya.
Begitulah indahnya bahasa Melayu kita. Penuh dengan kiasan dan budi bicara. Jika yang diambil hanya permukaan, kita akan terlepas apa yang ada di dalam.
Ciapan yang dimuat naik sejak semalam ini berjaya mencetuskan perbincangan di media sosial. Ia dilihat seperti satu perkembangan positif kerana masyarakat mula peka dengan budaya lama kita.
Namun, melihat situasi ini, DBP sebenarnya mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan kerana kecantikan bahasa Melayu lama masih belum dapat disentuh oleh golongan biasa. Hanya terbeku di dalam almari para ahli tanpa sudi turun menyapa rakyat kebanyakan.
Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP) sering berkongsi koleksi pantun buat para pengikut mereka di media sosial. Namun sejak belakangan ini, netizen mendakwa pantun yang dikongsikan itu mempunyai kaitan dengan isu semasa dan seolah-olah mengutuk pihak tertentu.
Berikut merupakan beberapa koleksi pantun yang dimuat naik DBP di akaun media sosial mereka.
Apa guna melompat pagar


Antara pantun yang dikongsikan oleh DBP di media sosial ialah ‘Apa guna melompat pagar, bila kaki awak tersangkut, apa guna bercakap besar, bila janji tidak diikut’. Pantun ini didakwa ditujukan kepada individu yang tengah viral sekarang ini.
Buktinya belum ada


Di samping itu, terdapat juga peribahasa ‘Ombaknya kedengaran, pasirnya tidak kelihatan’. Peribahasa ini didakwa seakan teguran kepada isu semasa yang sedang hangat diperkatakan.
Nakalnya DBP




Sesuai dengan keadaan sekarang


Rata-rata netizen mendakwa DBP ‘nakal’ dan seolah-olah memberi kiasan terhadap segelintir pihak. Malah, mereka turut bertanya apa maksud yang tersirat yang ingin disampaikan. Tidak kurang juga, ada yang memuji tindakan DBP untuk mengekalkan budaya pantun di Malaysia.
Sumber:Twitter dan Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
Kredit : The Vocket & Oh Bulan
Pantun Noh Omar Buat Guan Eng ‘Panas’ Minta ‘Perlindungan’ Dari Speaker (Video)

The post Pantun DBP Cetus Perang Di Media Sosial, Dituduh Hina Wanita Dan Bersifat Seksis appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/10/16/pantun-dbp-cetus-perang-di-media-sosial-dituduh-hina-wanita-dan-bersifat-seksis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elak Salah Guna Media Sosial Atau Berdepan Penjara Denda Rm50 000

Elak Salah Guna Media Sosial Atau Berdepan Penjara Denda Rm50 000

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 284 hits
KUALA LUMPUR 15 Okt Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan kandungan atau bahan berunsur kecaman yang boleh menimbulkan kemarahan dan menjej...
Akibat Suka Menunjuk Nunjuk Di Laman Media Sosial Ramai Yang Muflis Muda

Akibat Suka Menunjuk Nunjuk Di Laman Media Sosial Ramai Yang Muflis Muda

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 583 hits
Kajian dari golongan muda di Korea Selatan ini lebih kurang sama dengan Malaysia Akibat suka menunjuk nunjuk apa yang ada di media sosial Kasut baru beg baru percutian kereta mewah makanan mewah ramai yang muflis akibat berhutang Allah SWT ...
Hoaks Covid 19 Bertebaran Menkominfo Hubungi Petinggi Perusahaan Media Sosial

Hoaks Covid 19 Bertebaran Menkominfo Hubungi Petinggi Perusahaan Media Sosial

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 242 hits
Menteri Komunikasi dan Informatika Johnny G Plate mengungkapkan data hoaks sepanjang pandemi Covid 19 yang bertebaran di dunia maya Ada 2 020 sebaran informasi bohong terkait corona di empat pleatform media sosial
Rimas Dan Tertekan Dengan Isu Semasa Zizi Kirana Ambil Keputusan Berehat 5 Hari Dari Media Sosial

Rimas Dan Tertekan Dengan Isu Semasa Zizi Kirana Ambil Keputusan Berehat 5 Hari Dari Media Sosial

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 297 hits
Akui berasa tertekan dengan isu semasa yang menjadi bualan hangat netizen ketika ini penyanyi Zizi Kirana difahamkan akan 8216 berehat 8217 dari media sosial selama lima hari Menurut Zizi dia berasa rimas dengan pelbagai topik yang dibualka...
Biar Betul Video Lelaki Gosok Burung Didakwa Mirip Pelakon Lelaki Viral Di Media Sosial

Biar Betul Video Lelaki Gosok Burung Didakwa Mirip Pelakon Lelaki Viral Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 339 hits
Viral di media sosial video seorang lelaki sedang menggosok kemaluannya yang didakwa mirip seorang pelakon lelaki Berdasarkan video berdurasi 42 saat itu lelaki yang didakwa mirip pelakon berkenaan kelihatan tidak berbaju memberikan ciuman ...
Polis Panggil Individu Persenda Ketua Pengarah Kesihatan Di Media Sosial

Polis Panggil Individu Persenda Ketua Pengarah Kesihatan Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 279 hits
500 total views 500 views today KUALA LUMPUR Polis akan memanggil pemilik akaun Facebook MGAG yang didakwa mempersendakan gambar Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman media sosialnya semalam Timbalan Pengarah Jab...
Persenda Dr Noor Hisham Di Media Sosial Polis Akan Panggil Individu Terlibat

Persenda Dr Noor Hisham Di Media Sosial Polis Akan Panggil Individu Terlibat

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 588 hits
Polis akan memanggil pemilik akaun Facebook MGAG yang didakwa mempersendakan gambar Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman media sosialnya Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathr...
Sering Pamer Kemewahan Di Media Sosial Sprm Tahan Datuk Seri Disyaki Terlibat Macau Scam

Sering Pamer Kemewahan Di Media Sosial Sprm Tahan Datuk Seri Disyaki Terlibat Macau Scam

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 485 hits
Bila mendengar perkataan atau pun terma Macau Scam pasti ramai yang berfikiran ianya mungkin kegiatan yang didalangi warga asing dan tidak melibatkan rakyat tempatan di negara kita Namun siapa sangka rakyat tempatan atau orang kita sendiri ...
Aksi Nekat Wanita Muda Bakar Diri Di Hadapan Suami Dan Mertua Karena Kerap Dituduh Selingkuh

Aksi Nekat Wanita Muda Bakar Diri Di Hadapan Suami Dan Mertua Karena Kerap Dituduh Selingkuh

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 291 hits
Seorang ibu rumah tangga berinisial IW melakukan aksi bakar diri di rumahnya di kawasan Perumahan Guru di Kelurahan Ohoijang Kabupaten Maluku Tenggara Kamis Wanita muda tersebut menyiram wajah dan tubuhnya dengan minyak tanah kemudian memba...
Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Gleneagles Follow Up

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi