Pantri Komuniti Ayamwithu Membantu Mereka Yang Memerlukan
Walaupun negara kini menghadapi situasi sukar akibat wabak Covid-19, semangat saling mambantu, murah hati dan saling percaya-mempercayai tetap utuh dalam kalangan rakyat. Kemudahan lama seperti pantri makanan untuk kegunaan ramai kini diberi wajah baru
Inisiatif pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ dan 13 buah rumah kebajikan dari seluruh negara kini giat membantu pertubuhan amal dan memperkasakan mereka untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan. Sebagai contoh, di Kuala Lumpur, Yayasan Kebajikan Negara Malaysia, sebuah rumah transit untuk gelandangan di Jalan Hang Lekiu meneraju usaha membantu komuniti setempat ini dengan menguruskan pantri #AyamWithYou di sini™
“Kami bimbangkan kebajikan sesetengah keluarga di sini terutamanya ketikaRamadan dan Hari Raya. Kami sendiri tidaklah mewah, tetapi keperluan merekalebih mendesak. Kami pernah menyertai kempen Ayam Brand™ Community Carepada masa lalu. Tahun ini, Ayam Brand™ sekali lagi memberikan kepada organisasikami bekalan produk makanan mereka untuk tempoh dua bulan dan menyarankanpantri makanan atau gerobok rezeki sebagai satu penyelesaian untuk komuniti ini.Mereka telah menyediakan gerobok kalis cuaca ini dan satu bekalan produk berasinganyang boleh kami gunakan buat membantu komuniti kami..”
- Pegawai Operasi Yayasan Kebajikan Negara Malaysia, Encik Amir Rudin Bin Abdul Rahman.
Pantri kalis cuaca ini dipasang di hadapan rumah kebajikan tersebut supaya penjarakkan sosial dapat dilaksanakan. Ia terbuka untuk kegunaan umum 24 jam. Penduduk menghantar maklumat mengenai pantri makanan ini menerusi kumpulan komuniti di media sosial dan aplikasi Whatsapp, manakala penghuni yang tinggal di rumah transit ini diberi tugas menambah produk Ayam Brand™ tersebut setiap hari. Respon terhadap inisiatif ini amat menggalakkan dengan peruntukan harian produk Ayam Brand™ seperti tuna, kacang panggang, kacang pea, nanas dalam tin dan santan kelapa laku di kalangan penduduk, dan barang keperluan lain ditambah dengan sokongan padu daripada ahli komuniti
“Kami menemui beberapa item yang tidak disangka-sangka di dalam pantri termasuksayuran segar, buah kurma, susu bayi, lampin dan biskut Raya! Kami dapat merasakankeakraban #KitaJagaKita itu. Projek pantri makanan #AyamWithYou telah menjadikanRamadan dan Raya ini amat istimewa dengan membina ikatan antara kami berasaskanbudi pekerti mulia, sikap saling mempercayai dan bantu-membantu sesama ahli komuniti.Ini membolehkan kami menyumbang secara aktif ke arah kesejahteraan semua.."
Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbangkan lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, seterusnya menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 buah organisasi dan NGO amal sejak 12 tahun lalu. Tahun ini jenama tersebut membantu menyokong barisan hadapan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, 13 buah rumah kebajikan, inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, dan pusat transit gelandangan Anjung Singgah Kuala Lumpur, dengan perancangan untuk membantu lebih banyak lagi organisasi dan komuniti
“Covid-19 telah mengubah sama sekali perancangan awal kami untuk kempentahunan Ayam Brand™ Community Care Campaign kali ke-13, tetapi kini kamidapat melihat kesan positif hasil daripada inisiatif pantri makanan #AyamWithYou.Ia mengubah naratif rakan kongsi kebajikan kami daripada menjadi penerimabantuan kepada penyumbang dan penderma dalam komuniti masing-masing.Komuniti di sini telah menerima konsep pantri makanan ‘sila ambil yang anda perlu sahaja’.Ini menghasilkan kitaran kebaikan yang mampu memastikan inisiatif ini terus kekal..”
- Pengurus Pemasaran Ayam Brand, Nathan Deverre.
Kakitangan Ayam Brand™ turut sama menghebahkan mengenai pantri makanan ini supaya lebih ramai boleh mendapat manfaat dan turut memberi sumbangan. Mereka menjadi antara penyumbang pertama dengan menyumbangkan item bukan makanan ke dalam pantri tersebut
Buat masa ini ada 12 lokasi Pantri Komuniti #AyamWithU :
Kuala Lumpur : Anjung SinggahSelangor : Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul HasanahPerak : Pertubuhan Baitul Aini IpohPulau Pinang : Persatuan Kebajikan Anak-Anak IslamPerlis : Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh PerlisKelantan : Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf KelantanTerengganu : Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-HijrahPahang : Baitul Husna Bukit SekilauJohor : Pertubuhan Kebajikan Shafar Johor BahruNegeri Sembilan : Persatuan Kebajikan Anak-Anak Istimewa Harapan Negeri SembilanSabah : Rumah Anak KesayanganSarawak : Rumah Amal Nur Murni
AYAM BRAND™
Ayam Brand, satu jenama isi rumah di Malaysia dan Asia selama 128 tahun memang terkenal dengan rangkaian luas makanan dalam tin yang sihat dan berkualiti, bebas bahan awet serta tidak mengandungi MSG tambahan. Produk Ayam Brand dikilangkan di kemudahan canggih yang mematuhi standard antarabangsa paling tinggi, persijilan (HACCP, ISO 9001) yang diiktiraf di seluruh dunia dan diakui halal. Selama empat tahun berturut-turut mulai 2013 hingga 2016, Ayam Brand dipilih sebagai Top 10 jenama FMCG pilihan di Malaysia, berdasarkan kepada Kaji Selidik Kesan Jenama oleh Kantar Worldpanel Brand Footprint Study
Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, layari
https://www.ayambrand.com.my
LOVE ;ATIE ADNAN
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.atiehilmi.com/2020/06/pantri-komuniti-ayamwithu-membantu.html