Pantau Media Cina Jadi Medium Sebar Hasutan


Athirah Huda Zalhe Tuduhan liar dakwa Mohd Asri, NGO ada agenda tersembunyi BANGI – Kerajaan perlu memantau akhbar dan portal berita berbahasa Cina supaya tidak menerbitkan sebarang artikel berbaur hasutan.
Sekiranya pantauan itu tidak mampu dilakukan oleh kerajaan, syarikat media lain atau NGO mungkin boleh mengambil tanggungjawab berkenaan, kata Presiden gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya.
“Mungkin boleh keluarkan sedikit wang untuk proses menterjemah artikel yang diterbitkan di media-media Cina untuk dijadikan berita dalam bahasa yang kita semua faham.
“Malah, ianya mampu membuka peluang dan dimensi baharu dalam landskap media di negara ini.
“Dengan itu juga, media-media Cina akan lebih berhati-hati jika mahu menerbitkan artikel-artikel berbaur hasutan sebegini atau ‘mesej-mesej’ tertentu daripada politikus-politikus Cina kepada masyarakat Cina yang tidak dilapor di media bahasa Melayu atau Inggeris,” katanya.
Haji Aminuddin berkata demikian sebagai mengulas artikel yang disiarkan di akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily, mendakwa wujud ‘agenda tersembunyi’ di antara Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid dan NGO dalam isu pusat perjudian di Sungai Buloh.
Memetik artikel bertajuk Hew Wai Weng: Krisis Ekonomi Melayu Bandar yang disiarkan kelmarin, penulis mendakwa ISMA dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempunyai agenda sama apabila membantu Mohd Asri menularkan videonya.
“PPIM selalu melancarkan serangannya melalui kerja-kerja ‘menolong golongan lemah’ baik secara langsung atau tidak langsung menuding jari pada orang Cina bukan Islam membuli atau menindas pengguna dan peniaga muslim,” dakwa penulis.
Menyifatkan dakwaan itu tuduhan liar dan berbaur hasutan, Aminuddin menyelar penulis artikel terbabit yang mewujudkan ‘teori’ kononnya PPIM, ISMA dan parti-parti politik Melayu memanipulasikan isu berkenaan demi manfaat politik.
“Apakah beliau lupa isu ini cepat tular kerana sentimen benci masyarakat terhadap sindiket perjudian berleluasa yang merosakkan masyarakat? Malah masyarakat Cina pun ramai yang memuji pendedahan ini.
“Apa yang lebih lucu, tiba-tiba penulis menyebut mengenai ICERD dan Kempen Beli Produk Muslim yang dipelopori oleh dua NGO ini. Apakah motif beliau?,” soalnya.
Beliau berkata, dakwaan penulis itu menimbulkan persoalan terhadap cubaannya menghasut masyarakat Cina yang menyokong pembanterasan kegiatan judi di daerah berkenaan.
“Lebih-lebih lagi artikel ini hanya ditulis dalam bahasa Mandarin dan diterbitkan di portal media Cina.
“Sudahlah sekolah pun diasingkan dengan naratif yang berbeza dan subversif, takkan media mahu begitu juga,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/pantau-media-cina-jadi-medium-sebar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tulisan Jawi Mereka Bantah Sekarang Jadi Pejuang Bahasa Cina

Tulisan Jawi Mereka Bantah Sekarang Jadi Pejuang Bahasa Cina

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 385 hits
Mohd Luttfi Abd Khalid Adakah mencabar undang undang sifat semulajadi parti cauvinis BIAR sesiapa pun yang memulakan angkara DAP MCA Gerakan atau pertubuhan Dong Jiao Zong yang jelas adalah persamaan agenda dan roh perjuangan mereka Dari be...
Tampal Pelekat Bahasa Cina Dbku Tuntut Permohonan Maaf Daripada Dapsy

Tampal Pelekat Bahasa Cina Dbku Tuntut Permohonan Maaf Daripada Dapsy

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 772 hits
101 total views 39 views today KUCHING Dewan Bandaraya Kuching Utara menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Pemuda Sosialis DAP Sarawak yang menampal pelekat dalam bahasa Cina di beberapa papan tanda jalan di sekitar bandar raya i...
10 Makanan Cina Halal Yang Korang Kena Cuba Di Sekitar Kuala Lumpur

10 Makanan Cina Halal Yang Korang Kena Cuba Di Sekitar Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 607 hits
10 Makanan Cina Halal Yang Korang Kena Cuba di Sekitar Kuala Lumpur Ada Sesiapa kat sini penggemar makanan Cina atau juga dipanggil Chinese Food Tentu ramai yang suka makan Chinese Food kan Di sini mama nak share 10 Makanan Cina Halal Yang ...
Papan Tanda Cina Ingat Ini Bukan Negara Komunis China

Papan Tanda Cina Ingat Ini Bukan Negara Komunis China

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 272 hits
Perbuatan biadab DAP ekstremis langgar Perlembagaan PersekutuanBANGI 2 Muharram 1442H Jumaat Perbuatan biadab Pemuda Sosialis DAP Sarawak meletakkan karektor tulisan Cina di papan tanda jalan yang sudah tertera bahasa Melayu dianggap sangat...
Pemuda Dap Didakwa Hina Bahasa Melayu Tampal Pelekat Bahasa Cina

Pemuda Dap Didakwa Hina Bahasa Melayu Tampal Pelekat Bahasa Cina

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 340 hits
Tindakan Pemuda DAP Sarawak menampal pelekat dalam bahasa Cina di beberapa buah papan tanda jalan di sekitar bandar raya ini boleh dianggap sebagai perbuatan tidak peka dengan sentimen masyarakat majmuk di negeri ini Menteri Muda di Jabatan...
Tampal Tulisan Cina Amanah Tuntut Pemuda Dap Mohon Maaf

Tampal Tulisan Cina Amanah Tuntut Pemuda Dap Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 326 hits
Pemimpin Amanah menutut Pemuda Sosialis DAP Sarawak memohon maaf berhubung tindakannya menampal tulisan Cina pada tiga papan tanda jalan di Kuching Anggota Jawatankuasa Amanah Nasional Faiz Fadzil menyifatkan perbuatan itu tidak menghormati...
Pelekat Berbahasa Cina Di Papan Tanda Jalan Ditanggalkan Kata Pemuda Dap Kuching

Pelekat Berbahasa Cina Di Papan Tanda Jalan Ditanggalkan Kata Pemuda Dap Kuching

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 304 hits
Pemuda DAP mendakwa Dewan Bandaraya Kuching Utara sudah menanggalkan pelekat berbahasa Cina daripada beberapa papan tanda jalan yang cuba dikembalikannya Dalam satu catatan Facebook pada Khamis katanya ia menampal pelekat berbahasa Cina unt...
9 Restoran Cina Halal Best Di Malaysia

9 Restoran Cina Halal Best Di Malaysia

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 831 hits
hai assalammualaikum9 Restoran Cina Halal Best Di Malaysia Sebut restoran cina halal atau chinese food arggh teringat dengan dimsum tauhu dan macam macam lagi la Nad pernah kongsi restoran cina halal yang nad pernah pergi Hidangan diaorang ...
7 Makanan Tradisional Kaum Cina Yang Wajib Anda Cuba

7 Makanan Tradisional Kaum Cina Yang Wajib Anda Cuba

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 2193 hits
Bila hidup berbilang bangsa ni kita tak boleh lari dari mencuba pelbagai jenis makanan termasuklah makanan tradisional kaum Cina yang sangat terkenal dikalangan rakyat Malaysia Emm Terliur plak rasa ha Hee Jom kakak kisahkan 7 jenis makanan...
We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

The Tragicomedy Of Parti Keluarga Rakyat

Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia

The Flawed Thinking Of Choosing Race Or Nationality

Misteri Lori Bergerak Tanpa Pemandu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kecilkan Circle Untuk Jaga Kualiti Persahabatan

Kerjasama Petronas Petros Diperkukuh Pm Premier Sarawak Capai Kata Sepakat

Aktiviti Majlis Perasmian Kempen Bijak Air Madani Peringkat Kebangsaan Ppim 08 05 2025

Padah Nak Scrut Anak Papa 5 Jam Woiii

Pasar Payang Terengganu Tarikan Utama Waktu Operasi

Pesawat Tempur Pakistan Berjaya Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih Dimiliki India