7 Makanan Tradisional Kaum Cina Yang Wajib Anda Cuba
Bila hidup berbilang bangsa ni, kita tak boleh lari dari mencuba pelbagai jenis makanan termasuklah makanan tradisional kaum Cina yang sangat terkenal dikalangan rakyat Malaysia.
Emm--
Terliur plak rasa ha. Hee~ Jom, kakak kisahkan 7 jenis makanan kaum Cina yang korang wajib cuba !!
DUMPLING
Atau dikenali sebagai Jiaozi ( 餃子; [tɕjàu.tsɨ] ) di mana kulitnya diperbuat daripada tepung gandum dan didalamnya terdapat inti yang diperbuat dari pelbagai jenis bahan seperti daging, sayur-sayuran, udang segar, halia, cendawan dan juga herba. Pada zaman dahulu, Dumpling menjadi seperti ubat untuk menyembuhkan penyakit dan ia sangat berkesan kerana intinya diletakkan herba-herba yang berkhasiat.
Kredit : www.thespruceeats.com
Dumpling merupakan masakan tradisional Cina yang berkhasiat kerana ia dimasak secara kukus pada suhu yang perlahan. Selain mengukus, ia juga boleh direbus menjadi bahan utama sup ataupun digoreng dengan minyak yang sedikit.
TANG YUAN
Tang Yuan ( 湯圓 ) merupakan salah satu pencuci mulut tradisional kaum Cina berbentuk bulat yang diperbuat dari tepung beras dan kebiasaan intinya diperbuat daripada kacang tanah, bijan dan gula.
Pada zaman dahulu, Tang Yuan dihidangkan pada majlis atau keraian yang mengumpulkan ahli keluarga kerana konsep memakan Tang Yuan adalah bersama keluarga. Hee~ Apa yang menarik pada pandangan kakak, warna warni Tang Yuan sangat membangkitkan selera. Tak semena-mena terliur dibuatnya.
Kredit : magazine.foodpanda.my
Tips ni kakak dapat masa kali pertama mencuba Tang Yuan Halal di Ipoh, ia dihidangkan semasa suam ( tidak terlampau panas dan tidak terlampau sejuk ) untuk membangkitkan rasa nyaman semasa mengunyah dan dengan kunyahan pertama, inti didalamnya melimpah memenuhi mulut. Sedap weyh !! Serius !!
CHEE CHEONG FUN
Menurut Sejarah, Chee Cheong Fun dibawa ke Malaysia oleh pendatang dari Guangdong, Cina pada abad ke-19 dan ia adalah makanan yang popular dan mudah untuk disediakan oleh kelasi kapal pada masa tersebut. Asalnya Chee Cheong Fun disajikan dengan kicap tapi semakin hari, terdapat pelbagai cara hidangan yang disesuaikan mengikut selera penduduk setempat.
Kredit : www.malaysianchinesekitchen.com
Chee Cheong Fun merupakan adunan tepung beras yang digulung nipis memanjang kemudiannya dipotong-potong dan disajikan bersama bahan-bahan lain seperti sos pedas, udang segar, daging cincang dan juga sayur-sayuran.
Di Pulau Pinang, ia dihidangkan dengan pes udang manakala di Ipoh – ia dihidangkan dalam dua cara iaitu penggemar Chee Cheong Fun boleh memilih untuk dihidangkan basah atau kering. Untuk versi kering, ia disertakan dengan sos manis merah ( sos cili ) manakala untuk versi basah, ia dihidangkan bersama pilihan kari, daging cincang, kuah cendawan bersama kacang panjang.
Persamaannya pula, kedua-dua versi ini dihiasi dengan biji bijan dan bawang merah goreng.
NASI AYAM CLAYPOT
Nasi yang dimasak menggunakan periuk tanah liat bersama bahan-bahan yang dicampur seperti ayam, cendawan, sayur-sayuran, sos soya dan juga ikan masin ini sangat terkenal sebagai hidangan makan malam di China Selatan dan Asia Tenggara.
Kredit : thefoodbunny.com
Pada zaman dahulu, ia dimasak di atas dapur arang tapi zaman dah berubah. Kan ? Hee~ Banyak tempat masih mengekalkan resepi yang sama namun teknik memasak hanya di atas dapur gas. Tempoh untuk satu-satu hidangan mengambil masa 15 minit – 20 minit lamanya. Tapi bila hidangan dah sampai atas meja, memang puas hati lah !! Sedap !!
CHANG SHOU MIAN
Atau 长寿面 merupakan mi telur Kantonis yang diperbuat dari tepung gandum, berwarna kuning keemasan, sedikit kenyal dan sangat nipis – memberi sensasi pada setiap kunyahan. Nak lagi sedap, boleh tambah sayuran seperti sawi, cendawan dan kalau korang suka pedas boleh lah tambah cili kicap.
Chang Shou Mian merupakan mi yang melambangkan umur panjang pada seseorang kerana ia hanya dihidangkan pada sambutan ulangtahun kelahiran ataupun sambutan tahun baru. Tapi kini, korang singgah je mana-mana restoren makanan Cina pasti ada hidangan ni dalam menu. Jangan lupa order dan nikmati.
KUIH BULAN
Kalau dulu, nak rasa Kuih Bulan kena tunggu musim perayaan Tahun Baru Cina ataupun perayaan pertengahan musim luruh tapi sekarang ni, Kuih Bulan dah ada kat merata kedai terutamanya bakeri dan hypermarket terkemuka di Malaysia. Kuih Bulan yang kaya dengan inti, berat, tebal biasanya dimakan bersama Teh Cina.
Kredit : magazine.foodpanda.my
Kuih yang berbentuk bulat atau segi empat yang mempunyai rasa manis, diperbuat daripada telur itik ( telur asin ) serta inti-inti yang telah divariasikan mengikut permintaan semasa membuatkan Kuih Bulan semakin dekat dengan peminatnya. Antara inti Kuih Bulan yang popular terdiri daripada pes biji teratai, kacang merah, bijan, badam, keladi, pandan, durian coklat dan banyak lagi.
YEE SANG
Atau dikenali juga sebagai Yuu Sahng ( 魚生 ) terdiri daripada campuran aneka salad dan juga ikan yang apabila dicampurkan semuanya menjadikan kombinasi warna-warni yang sangat menarik.
Kredit : i.hungrygowhere.com
Yee Sang biasanya dihidangkan setiap kali menjelang sambutan Tahun Baru Cina yang melambangkan kemakmuran, kemewahan dan juga kekayaan. Pada zaman Dinasti Song, masyarakat Cina mempercayai bahawa ikan adalah pembawa rezeki dan ikan yang sering digunakan adalah ikan salmon segar. Selain itu gabungan lengkap untuk Yee Sang adalah kacang tanah, cili, lobak putih, lobak merah, halia, biji bijan bakar, daun limau purut, daun parsli dan udang kering goreng manakala penambah rasa untuk Yee Sang lazimnya adalah sos plum yang masam dan manis.
Cara untuk nikmati Yee Sang pun menarik tau. Hee~ Yee Sang hendaklan digaulkan dengan mengangkatnya tinggi-tinggi menggunakan kayu penyepit sambil melaungkan ‘Lo Hei’ secara beramai-ramai. Semakin tinggi lambungan, ia membawa maksud semakin mewah rezeki mereka.
Nah !!
Sebenarya banyak lagi Chinese Food yang kakak nak ceritakan tapi nanti jadi entri tiga hari tiga malam plak. Hee~ Selain uniknya hidangan masyarakat Cina, ia sangat enak dan boleh diterima oleh seluruh rakyat Malaysia. Mungkin sebab ini jugalah makanan tradisi ini masih mendapat sambutan dan semakin banyak restoran masakan Cina tumbuh bak cendawan selepas hujan.
Kalau korang beragama Islam, pastikan korang semak dulu status Halal restoran yang menyediakan hidangan tersebut ya. Hee~ Banyak je restoran Cina Muslim kat Malaysia ni – buat je pesanan melalui FoodPanda samada melalui aplikasi yang boleh dimuatnaik di telefon pintar ataupun website FoodPanda.
Mudah.
Cepat.
Selamat.
Tanpa was-was.
Gittew--
Jumpa lagi kat entri makanan yang lain. Hahahaha~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.atiehilmi.com/2020/08/7-makanan-tradisional-kaum-cina-yang.html