Papan Tanda Cina Ingat Ini Bukan Negara Komunis China


Perbuatan biadab DAP ekstremis, langgar Perlembagaan Persekutuan
Athirah Huda Zalhe

BANGI, 2 Muharram 1442H, Jumaat – Perbuatan biadab Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sarawak meletakkan karektor tulisan Cina di papan tanda jalan – yang sudah tertera bahasa Melayu – dianggap sangat ekstremis dan provokatif.

Malah, tindakan itu juga langsung tidak menghormati tiga teras negara iaitu Islam, Melayu dan Raja-Raja, kata Ketua Perhubungan Negeri (KPN) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Melaka, Haji Mohd Khoushaini Mohd Naim.

Mengecam perbuatan parti rasis berkenaan, beliau berkata, tindakan DAP itu bukan hanya mencemarkan sambutan Awal Muharram dan bulan kemerdekaan negara, bakan melanggar Perlembagaan Persekutuan serta Akta Bahasa Kebangsaan 1963.

“Pihak kami bimbang jika tiada sebarang tindakan diambil, maka ketegangan dalam negara boleh terjadi.

“Rakyat telah lama menolak slogan palsu Malaysian Malaysia laungan DAP. Ingat, ini bukan negara komunis China!,” tegasnya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Semalam, tular gambar beberapa ahli DAPSY Sarawak menampal pelekat dalam bahasa Cina pada beberapa papan tanda jalan di bandar raya itu – atas alasan perlu diterjemahkan dalam bahasa berkenaan untuk keperluan pelancong dari China.

Menerusi satu hantaran di Facebook DAP Sarawak, ia melibatkan papan tanda di tiga jalan utama iaitu Jalan Main Bazar, Wayang Street dan Jalan Greenhill.

Tindakan parti itu mengundang pelbagai komen netizen – yang rata-ratanya marah dan menyifatkannya perbuatan biadab – kerana bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan patut diutamakan.

Mohd Khoushaini berkata, perbuatan parti tamak haloba itu membuktikan DAP konsisten tidak suka kepada Melayu dan Islam sebagai identiti di negara ini.

Katanya, sikap itu juga telah ditonjolkan DAP ketika mencatur kerajaan Pakatan Harapan – yang hanya bertahan selama 22 bulan – dengan pelbagai isu yang mengguris hati rakyat seperti pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan menghina tulisan Jawi.

“Baru-baru ini, DAP telah bangun membantah papan tanda tulisan Jawi di Pahang.

“Mereka mencabar arahan Majlis Raja-Raja yang mahu Jawi disuburkan kembali, selang beberapa minggu selepasnya mereka menaikkan papan tanda tulisan Cina pula di Pulau Pinang sebagai reaksi balas terhadap tindakan kerajaan Pahang,” katanya.

Beliau berkata, tindakan DAP mempersoalkan tulisan jawi juga seolah-olah parti itu menyeru kepada perpecahan kaum dan bersikap rasis.

Justeru, ISMA Melaka menggesa kerajaan mengambil tindakan yang lebih tegas kali ini ke atas perbuatan parti berkenaan.

“Rakyat diingatkan supaya tidak lagi tertipu dengan parti tamak haloba DAP ini. Rakyat diminta terus bangkit mempertahankan identiti negara dan isu-isu umat Islam.

“Jangan kita leka dan tidur lena lagi, sedarlah bahawa agama dan bangsa kita sedang dihina,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/08/papan-tanda-cina-ingat-ini-bukan-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Sosialis Dap Tampal Tulisan Cina Sultan Selangor Arah Ganti Semua Papan Tanda Bahasa Melayu

Pemuda Sosialis Dap Tampal Tulisan Cina Sultan Selangor Arah Ganti Semua Papan Tanda Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 465 hits
Hari ini kita digemparkan lagi dengan isu penampilan tulisan cina pada papan tanda jalan dan ini dilihat seperti sengaja untuk mengganggu keamanan dan mencetuskan ketegangan kaum di Malaysia Menurut laporan Berita Harian perkara ini dilakuk...
Pelekat Berbahasa Cina Di Papan Tanda Jalan Ditanggalkan Kata Pemuda Dap Kuching

Pelekat Berbahasa Cina Di Papan Tanda Jalan Ditanggalkan Kata Pemuda Dap Kuching

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 274 hits
Pemuda DAP mendakwa Dewan Bandaraya Kuching Utara sudah menanggalkan pelekat berbahasa Cina daripada beberapa papan tanda jalan yang cuba dikembalikannya Dalam satu catatan Facebook pada Khamis katanya ia menampal pelekat berbahasa Cina unt...
Kata Luhut Ideologi Komunis China Berhasil Memberantas Kemiskinan Mempersatukan Rakyat

Kata Luhut Ideologi Komunis China Berhasil Memberantas Kemiskinan Mempersatukan Rakyat

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 317 hits
Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi Luhut Binsar Pandjaitan menilai keberhasilan China menggenjot pertumbuhan ekonomi karena didukung masyarakatnya Saat Pemerintah China mampu fokus bekerja membangun ekonomi membuahkan hasi...
Fall Guys Versi Mudah Alih Bakal Hadir Namun Hanya Untuk Negara China

Fall Guys Versi Mudah Alih Bakal Hadir Namun Hanya Untuk Negara China

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 290 hits
Fall Guys permainan kacang jeli yang membawakan konsep riang ria mendapat perhatian pada ramai peminat sehingga menjadi salah satu permainan paling popular tahun ini Permainan yang asalnya hanya untuk PC dan PS4 nampaknya akan hadir ke plat...
Pesan Sri Mulyani Ke Anak Buah Kekayaan Negara Harus Beri Manfaat Dan Nilai Tambah

Pesan Sri Mulyani Ke Anak Buah Kekayaan Negara Harus Beri Manfaat Dan Nilai Tambah

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 215 hits
Sri Mulyani menyampaikan meski sudah selesai untuk selanjutnya telah menunggu tugas yang lebih berat yaitu memanfaatkan aset tersebut agar mampu memberikan nilai tambah yang setinggi tingginya bagi ekonomi dan bagi negara serta bagi keuanga...
5179 Skim Penipuan Korban Luar Negara Ppim Terima Banyak Aduan Suara Tv 07 08 2020

5179 Skim Penipuan Korban Luar Negara Ppim Terima Banyak Aduan Suara Tv 07 08 2020

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 354 hits
Cyberjaya Skim penipuan korban luar negara dikatakan telah lama berlaku dan kerajaan diminta untuk memantau bagi mengelakkan lebih ramai rakyat negara ini menjadi mangsa Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan ketika ...
Maszlee Dakwa Hadi Tolak Penyelesaian Dua Negara Israel Dan Palestin

Maszlee Dakwa Hadi Tolak Penyelesaian Dua Negara Israel Dan Palestin

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 295 hits
Kekeliruan di Parlimen berhubung penyelesaian 2 negara konflik Palestin Israel Kekeliruan tercetus di Dewan Rakyat hari ini mengenai persoalan sama ada PAS menerima pendirian kerajaan berhubung penyelesaian 2 negara dalam konflik Palestin I...
Ketua Polis Negara Lakukan Pertemuan Terus Bersama Asri Janggut

Ketua Polis Negara Lakukan Pertemuan Terus Bersama Asri Janggut

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 373 hits
Perkembangan baik buat pemilik Hot Burger Mohd Asri Hamid apabila beliau sebentar tadi telah melakukan perjumpaan empat mata secara terus bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador di Bukit Aman Pertemuan ini dikatakan berlangsung...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord