Pantau Berterusan Kedai Cekik Darah Sinar Harian 17 01 2024


 

SHAH ALAM - Kerajaan digesa melakukan pemantauan secara kerap dan berterusan, susulan isu kedai-kedai cekik darah yang semakin menjadi-jadi di negara ini.
Bendahari Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Nur Asyikin Aminuddin berkata, langkah drastik perlu dilaksanakan termasuk membuat pemantauan semula terhadap kedai-kedai yang pernah terbabit dengan isu berkenaan.
“Kebanyakan kedai ini terutama kedai makan memberi alasan harga barang mentah naik dan mereka terpaksa naikkan harga.
“Mereka guna alasan itu, tetapi harga berkenaan tidak setimpal dengan bayaran, jadi saya mohon pihak penguat kuasa memantau termasuk kedai-kedai yang tular sebelum ini, pergi lihat semula adakah ia mengikut peraturan atau sebaliknya,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Sementara itu Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, keadilan bukan setakat perlu dibuat tetapi juga perlu dilihat.

Susulan kejadian tular di media sosial, sepasukan pegawai dan anggota KPDN Perak membuat pemantauan sempena Ops Samar di sekitar Teluk Nipah, di sini selama dua hari sejak Sabtu. Foto KPDN Perak
“Kerajaan kena wujudkan semula faktor ketakutan, kalau tidak ia tidak menjadi. Bukan mudah untuk mengambil tindakan di seluruh negara kerana penguat kuasa tidak ramai,” kata beliau.
Menurutnya, kerajaan seharusnya lebih peka dan mengambil berat dalam menangani isu itu kerana yang menjadi mangsa adalah rakyat sendiri.
“Antara ketakutan rakyat apabila sampai masanya, kerajaan tidak dapat menggerunkan mereka yang menipu,” katanya.
Dalam pada itu Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake) Mohamad Yusrizal Yusof, berkata, pemantauan terhadap kedai-kedai ini perlu dilakukan secara kerap dan konsisten.
“Penguat kuasa jangan hanya bila ada isu tular baru hendak turun, sepatutnya sentiasa melakukan pemantauan, ada pegawai yang semak harga dan sebagainya, jadi perlu lebih tegas.
“Kalau hanya tunggu aduan pengguna baru hendak menjalankan tugas, itu sudah terlambat,” kata beliau.
Tambahnya, kedai yang cekik darah ini juga turut menjejaskan beberapa industri terutama industri pelancongan.
Katanya, sebagai contoh kejadian yang berlaku di Langkawi baru-baru ini, telah memberi impak yang buruk terhadap pulau pelancongan terkenal berkenaan.
“Sektor pelancongan memang terjejas, jadi kami amat kecewa dengan apa yang berlaku sebab, sekarang pun pelancongan Langkawi terjejas, sepatutnya cuti sekolah, orang ramai melancong di Langkawi, tetapi mereka keluar pergi Hatyai, jadi bila berlaku kejadian ini menyebabkan orang takut nak pergi Langkawi kerana makanan mahal.
“Sudahlah kes ikan siakap RM1,000 masih menghantui, timbul pula harga ayam kunyit RM20,” kata Mohamad Yusrizal.
Sebelum ini, beberapa kes melibatkan insiden peniaga cekik darah tular di media sosial, terbaharu seorang pelanggan sebuah kedai makan di Pantai Chenang, Pulau Langkawi melahirkan rasa tidak puas hati apabila dikenakan caj RM20 untuk hidangan sepinggan ayam goreng kunyit.
Artikel oleh: Sinar Harian
PANTAU BERTERUSAN KEDAI CEKIK DARAH

https://www.sinarharian.com.my/article/644754/berita/nasional/pantau-berterusan-kedai-cekik-darah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2024/01/pantau-berterusan-kedai-cekik-darah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peniaga Islam Perlu Fahami Al Quran Tawar Produk Berkualiti Sinar Harian 19 01 2024

Peniaga Islam Perlu Fahami Al Quran Tawar Produk Berkualiti Sinar Harian 19 01 2024

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 232 hits
SHAH ALAM Peniaga Islam disarankan untuk lebih mendalami dan memahami ayat ayat suci al Quran supaya produk dan perkhidmatan yang dihasilkan selari dengan kehendak agama Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas Datuk Hussamuddin Yaacub berkata...
Ummah Grandreset Perkasakan Ekonomi Umat Islam Sinar Harian 19 01 2024

Ummah Grandreset Perkasakan Ekonomi Umat Islam Sinar Harian 19 01 2024

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 243 hits
SHAH ALAM Kejadian yang menimpa umat Islam di Gaza merupakan satu tamparan bagi umat Islam keseluruhannya yang dilihat tidak mampu untuk berbuat apa apa kerana rejim Zionis sedang menguasai ekonomi dunia Terpanggil dengan kejadian itu Persa...
Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Indeks Nasdaq 100 Khamis 04 Januari 2024

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Indeks Nasdaq 100 Khamis 04 Januari 2024

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 224 hits
Pada carta harian indeks Nasdaq 100 nampaknya memperlihatkan pergerakan harga dan Tenkansen Kinjun Sen serta Chikou Span di atas Kumo yang menandakan momentum Kenaikan harga masih cukup kuat Namun dengan kemunculan corak Rising Wedge ini me...
Wakapolda Riau Pantau Pelipatan Surat Suara Di Kampar Pastikan Keamanan Pemilu 2024

Wakapolda Riau Pantau Pelipatan Surat Suara Di Kampar Pastikan Keamanan Pemilu 2024

papar berkaitan - pada 16/1/2024 - jumlah : 201 hits
Wakapolda Riau secara langsung berinteraksi dengan petugas KPU dan petugas keamanan
Kompak Polwan Dan Kowad Sosialisasi Pemilu 2024 Sambil Tangani Banjir

Kompak Polwan Dan Kowad Sosialisasi Pemilu 2024 Sambil Tangani Banjir

papar berkaitan - pada 11/1/2024 - jumlah : 146 hits
Termasuk kebencian sehingga dapat terwujudnya pemilu yang aman dan damai 2024 katanya
Langsung Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja Putera Mateen Dan Dayang Anisha 11 Jan 2024

Langsung Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja Putera Mateen Dan Dayang Anisha 11 Jan 2024

papar berkaitan - pada 11/1/2024 - jumlah : 128 hits
Ikuti secara langsung Istiadat Akad Nikah Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bersama pasangannya Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja hari ini Terdahulu pasangan Diraja Brunei itu selesai mengikat tali per...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket