Ummah Grandreset Perkasakan Ekonomi Umat Islam Sinar Harian 19 01 2024


 

SHAH ALAM - Kejadian yang menimpa umat Islam di Gaza merupakan satu tamparan bagi umat Islam keseluruhannya yang dilihat tidak mampu untuk 'berbuat apa-apa' kerana rejim Zionis sedang menguasai ekonomi dunia.
Terpanggil dengan kejadian itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan Kumpulan Karangkraf bersama melancarkan Ummah #GrandReset: Ekonomi bagi membangkitkan dan memperkasakan kembali ekonomi umat Islam khususnya di Malaysia.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, sudah sampai masanya umat Islam memperkuatkan kembali taraf ekonomi bagi mengelak daripada terus diperlekeh dan dipandang hina.
Susulan itu tegasnya, setiap umat Islam harus mempunyai kesedaran bahawa pentingnya menguasai ekonomi bagi 'menggeruni' dunia selain dapat membantu mereka yang lain.
"Ini orang kita dihina takkan hendak dibiarkan, mana boleh begitu, jadi kitalah kena ada kesedaran (untuk naikkan ekonomi), jadi saya harap sangat kita berubah.
"Saya yakin jika kita bangkit satu dua bulan kita buat (bersatu) kita akan berjaya (melihat hasilnya), buatlah kita tidak boleh selesa, jadi kita buat betul-betul, ajak semua anak-anak, keluarga, kawan-kawan untuk majukan ekonomi, usahakan bersungguh-sungguh, kerana akhirnya ekonomi yang kuat akan membina ummah yang kuat," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Beliau berkata demikian selepas berakhirnya program pelancaran berkenaan yang diadakan di Kumpulan Karangkraf.

Hadir sama, penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub, Ketua Pegawai Eksekutif, (WUIF) Marhaini Yusoff, ahli dan tokoh perniagaan.

Katanya lagi, ekonomi umat Islam tidak kuat juga berpunca daripada sikap yang tidak bersatu dan perjuangan secara bersendirian."Malah ada yang ingin menjatuhkan antara satu sama lain sedangkan matlamatnya sepatutnya saling menguatkan.
"Selain itu, kita juga dilihat gagal mengamalkan nilai al-Quran dalam perniagaan, itu antara punca ekonomi kita lemah," tegasnya.
Dalam pada itu tambahnya, bagi pemilik perniagaan pula, selain sentiasa mencari ruang kerjasama sesama umat Islam, mereka juga perlu sentiasa meningkatkan taraf perkhidmatan dan produk bagi memastikan penghasilan atau pembuatan mereka menjadi pilihan di pasaran.
"Oleh itu nilai kitab suci ini perlu diangkat dalam perniagaan masing-masing, dan berniagalah mengikut kepatuhan syariah.
"Tokoh agama juga perlu lebih menggalakkan umat Islam membina kekuatan ekonomi selain fokus membina kekuatan spiritual," katanya.
INFO
Ummah #GrandReset:Ekonomi membawakan panduan daripada surah al-Jumuah dengan menjadikan hari Jumaat sebagai momentum penting bagi reset minda ummah berkaitan ekonomi.
Surah al-Jumuah memberikan panduan kepada kita bahawa berkumpulnya ummah di masjid, mendengar khutbah dan solat kemudian bertebaran di muka bumi, bagi menjana ekonomi bagi ummah.
Kesatuan yang dibina ketika khutbah dan solat Jumaat tidak seharusnya terhenti di situ, malah perlu dibawa keluar masjid sejurus selepas bersurai dan masih mengekalkan minda bersatu dalam penjanaan ekonomi.
Panduan daripada surah al-Jumuah ini adalah model bagi membina ekonomi ummah yang kuat dan jitu.
Artikel oleh: Sinar Harian
UMMAH #GrandReset: PERKASAKAN EKONOMI UMAT ISLAM

https://www.sinarharian.com.my/article/645221/berita/nasional/ummah-grandreset-ekonomi-perkasakan-ekonomi-umat-islam



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2024/01/ummah-grandreset-perkasakan-ekonomi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peniaga Islam Perlu Fahami Al Quran Tawar Produk Berkualiti Sinar Harian 19 01 2024

Peniaga Islam Perlu Fahami Al Quran Tawar Produk Berkualiti Sinar Harian 19 01 2024

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 297 hits
SHAH ALAM Peniaga Islam disarankan untuk lebih mendalami dan memahami ayat ayat suci al Quran supaya produk dan perkhidmatan yang dihasilkan selari dengan kehendak agama Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas Datuk Hussamuddin Yaacub berkata...
Pantau Berterusan Kedai Cekik Darah Sinar Harian 17 01 2024

Pantau Berterusan Kedai Cekik Darah Sinar Harian 17 01 2024

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 226 hits
SHAH ALAM Kerajaan digesa melakukan pemantauan secara kerap dan berterusan susulan isu kedai kedai cekik darah yang semakin menjadi jadi di negara ini Bendahari Agung Gabungan Persatuan Persatuan Pengguna Malaysia Nur Asyikin Aminuddin berk...
Rutin Harian Dan Jadual Kerja Rumah 2024

Rutin Harian Dan Jadual Kerja Rumah 2024

papar berkaitan - pada 24/1/2024 - jumlah : 301 hits
Orang kata Januari ni trial month Jadi saya mulakan semangat tahun baru saya pada Februari ni Moga moga kekal rajin lah sehingga akhirnya Rutin harian dan jadual kerja rumah tu hanya lah sekadar guidelines Ofc tak fix pun Tapi sebab saya se...
Hiburan Sepatutnya Waktu Sedemikian Umat Islam Sekadar Beri Pendapat Mufti Pulau Pinang Mohon Maaf Pada Siti Nurhaliza

Hiburan Sepatutnya Waktu Sedemikian Umat Islam Sekadar Beri Pendapat Mufti Pulau Pinang Mohon Maaf Pada Siti Nurhaliza

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 175 hits
Minggu lalu Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menyuruh agar penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza menundakan tarikh konsert yang bakal berlangsung pada 9 Mac iaitu tiga hari sebelum menyambut bulan Ramadan Tiada niat...
Kalendar Islam Tahun Hijrah 2024 Dan Tarikh Penting Dalam Islam

Kalendar Islam Tahun Hijrah 2024 Dan Tarikh Penting Dalam Islam

papar berkaitan - pada 12/1/2024 - jumlah : 404 hits
Kalendar Islam Tahun Hijrah 2024 dan Tarikh Penting Dalam Islam 16 Kalendar tahun Hijrah 2024 merupakan yang terpenting untuk seluruh umat Islam untuk mengetahui tentang hari hari penting yang terdapat di dalam bulan Islam Kalendar Hijriah ...
Tarikh Awal Muharram 2024 Dan Kalendar Bulan Islam 2024

Tarikh Awal Muharram 2024 Dan Kalendar Bulan Islam 2024

papar berkaitan - pada 11/1/2024 - jumlah : 488 hits
Tarikh Awal Muharram 2024 dan Kalendar Bulan Islam 2024 7 Awal Muharram 2024 tahun ini akan membuatkan semua umat Islam memperingati semula peristiwa bersejarah dalam Islam di seluruh dunia Walaupun tradisi berbeza dari negara ke negara ia ...
Shred In Silence The Most Thrilling Electric Dirt Bikes For 2024

Shred In Silence The Most Thrilling Electric Dirt Bikes For 2024

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 421 hits
We re purveyors of the finer elements of internal combustion and as such we treasure things like the symphony of mechanical parts at high rpm the feel of a perfectly executed gear shift and the puff of exhaust smoke from a rich mixture on a...
14 Finalis Bintang Rtm 2024 Cungkil Bakat Baharu Industri Hiburan Tanahair

14 Finalis Bintang Rtm 2024 Cungkil Bakat Baharu Industri Hiburan Tanahair

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 201 hits
Bintang RTM merupakan sebuah program oleh Radio Televisyen Malaysia yang dibuat khas bagi mencungkil bakat bakat peserta di dalam bidang nyanyian Walaupun telah wujud banyak program realiti seumpanya program Bintang RTM tetap mempunyai keis...
Masak Sup Gearbox Siakap Goreng Ala Hong Kong

Umno Youth Should Lead With Reason Not Ultimatums

Umno To Send Protest Note To Unity Govt Parties Accepting Its Members

Naratif Baru Pn Ydp Agong Lantik Orang Tidak Sah Jadi Pm

Polis Tahan Wanita Asing Pandu Berbahaya Acu Pisau Kepada Orang Awam

11 Petua Cantikkan Dan Serikan Kulit Wajah

Ini Kali Pertama Keluarga Saya Jadi Sasaran Ini Kronologi Serangan Anak Rafizi

Buli Di Sekolah Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Dan Saluran Aduan Kpm


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Watak Syaitan Jadi Idola Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Tentang K Pop Demon Hunters

Rahsia Anak Sihat Bermula Dengan 6 Bulan Pertama Susu Ibu

Percubaan Pertama Kali Buat Asyura Style Kelantan

Nadhif Basamalah Bergema Di Kuala Lumpur Menjaga Hati Asia Tour 2025

Sinopsis Penuh Siri Wednesday Season 2

Setup Docker Container Untuk Codeigniter 4 Mysql Dan Phpmyadmin