Sayu Ibu Al Fateh Kongsi Kronologi Hari Kejadian Di Penghujung Nyawa Pun Anak Mummy Berjuang


Pemergian anak comel, Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Alor Gajah, Melaka pada 6 September lalu meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat kedua ibu dan ayahnya.
Genap tujuh hari pemergiannya, ibu Allahyarham Muhammad Al Fateh, Sabrina Hakiem Zaini, 39, yang menggalas tanggungjawab sebagai seorang guru sempat berkongsi kronologi kejadian yang menimpa anak tunggalnya itu.

Berikut adalah perkongsian beliau:
“Alhamdulilah masih segar lagi dalam ingatan mummy. Pada jam 7.10 pagi Atuk dukung Al Fateh, mummy bawa beg susu dan beg pendingin berisi makanan Al Fateh.
“Kami jalan kaki ke taska kerana sudah empat hari naik kereta. Mummy cakap hari ni hendak jalan kaki.
“Pada pukul 9.00 pagi, pihak taska telefon beritahu tubuh Al Fateh membiru dan minta segera ke taska,” kongsinya.

Namun, setiba Sabrina ke pusat jagaan berkenaan, didapati bayinya dalam keadaan yang tidak dijangka. Al Fateh yang dihantar dalam keadaan sihat kini terkulai dan dikejarkan ke hospital.
“9.10 pagi mummy tiba di taska. Mummy tengok Al Fateh terkulai, pucat lesi. Tidak membiru manakala darah mengalir dari hidung. Mummy tanya “Anak saya jatuh ke?”
“Pihak taska serahkan Al Fateh kepada Atok. Mereka cakap ‘pergi ke klinik cepat puan, pergi ke klinik dahulu puan”.
“Alhamdulilah Mummy tidak ke klinik. Selepas melihat keadaan Al Fateh begitu, Mummy drive terus ke Jabatan Kecemasan Hospital Alor Gajah,” kongsinya.
Dalam keadaan cemas, Sabrina sempat menghubungi suaminya memaklumkan keadaan menimpa anak kesayangan mereka.
“9.15 pagi tiba di Jabatan kecemasan. Kakitangan hospital mengambil Al Fateh dan meminta Mummy parkir. Dalam masa yang Mummy called daddy. “Balik sekarang anak biru”. Daddy tanya bagaimana boleh terjadi begitu, namun Mummy terus beritahu supaya Daddy pulang segera.
“9.30 pagi, doktor yang merawat memberitahu tiada denyutan jantung manakala bola mata tidak menunjukkan responds.
Ketika itu pakar pediatrik bertanya apa yang berlaku namun pihak taska beritahu Al Fateh minum susu dan tido. Semasa tidur Al Fateh dan teacher lakukan Resusitasi kardiopulmonari (CPR).
“Mummy tanya “adakah ia tersedak ke doktor”. Jawab doktor ia tidak boleh didiagnos dari segi fizikal dan mereka hanya boleh berikan CPR sahaja. Mummy minta (akses) kamera litar tertutup taska,” titipnya.
“15 minit berlalu, pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan nyawa anak kecil itu namun ALLAH lebih menyayanginya.
“9.45 pagi doktor panggil dan bertanya sama ada Mummy okay atau tidak. Mummy beritahu mummy okay sahaja.
“Doktor minta bacakan syahadah pada telinga Al Fateh. Mummy pegang dahi Al Fateh memang sejuk sangat. Fateh putih pucat dan tidak bergerak. Mummy kata “Anak Mummy, Anak Mummy tunggu Mummy di syurga ya.” Mummy baca syahadah berulang pada telinga Al Fateh. Doktor buat CPR terakhir.
“10.00 pagi, doktor maklumkan Al Fateh tidak dapat diselamatkan. “Anak puan sudah meninggal dunia. Sekarang sudah jadi kes polis. Kami akan bawa ke Jabatan Forensik,” katanya lagi.

Siapa menyangka anak yang sebelum itu sihat dan ceria kini terkujur kaku tidak bernyawa. Tambah sayu Sabrina juga diberitahu hasil pemeriksaan CCTV yang tragis hingga menjadikan pemergian Al Fateh sebagai kes jenayah.
“Dalam 10 lebih Daddy sampai. Last daddy jumpa Al Fateh pada Isnin, 2 September. Fateh ketika itu sudah dibalut kemas tetapi mummy minta buka bahagian muka kerana tahu Daddy mesti hendak tengok dahulu.
“Alhamdulilah kawan-kawan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Naning tiba dan pengasuh yang menjaga Fateh dari hari Isnin sampai Khamis juga sampai dan melihat arwah.
“Jam 11.00 pagi, Al Fateh di bawa ke forensik dan pada pukul 1 tengah hari Polis Diraja Malaysia tiba. Polis, Daddy, Pak Teh dan Mak Teh ikut sekali ke taska untuk melihat rakaman CCTV.
“Tidak ingat pukul berapa Daddy kemudian datang tiba ke hospital semula dengan marahnya dan beritahu apa yang dilihat menerusi rakaman CCTV.
“Allahu anak. Sebab itu agaknya Mummy berikan nama Al Fateh. Anak mummy memang kuat. Di penghujung nyawa pun anak mummy berjuang, Allahuakbar.
“Pada pukul 5.40 petang, bedah siasat selesai dan hasilnya mendapati Al Fateh meninggal dunia kerana lemas. Allahu anak,” kongsinya.

Berkongsi momen terakhir bersama anak yang ditunggu-tunggu kehadirannya, Sabrina mengakui mencemburui pemergian Al Fateh yang jatuh pada hari Jumaat.
“Pukul 10.30 malam kali terakhir Mummy mandikan Al Fateh. Daddy tidak sanggup tengok Al Fateh selepas post mortem berjahit pada kepala and dada, jadi Daddy duduk di luar.
“Alhamdulilah mummy tengok Al Fateh senyum sahaja seperti sedang tidur. Mummy rasa macam Al Fateh sudah bahagia bermain-main di taman syurga.
“10.50 malam Alhamdulilah ramai solatkan Al Fateh di hospital. Then apabila selepas mummy mahu juga bawa Al Fateh balik rumah. Nak fateh singgah di rumah buat kali terakhir. Alhamdulilah ramai solatkanAl Fateh di rumah.
“11.50 malam seasa dikubur pun ramai yang hadir. Daddy masukkan Al Fateh ke dalam liang lahad. Alhamdulilah mummy sempat tengok wajah Al Fateh.
“12.00 tengah malam, Alhamdulilah anak mummy selamat dikebumikan. Mummy bersyukur semua selesai dan dipermudahkan. Alhamdulilah,” coret Sabrina.
Biarpun pedih dan sedih dengan kehilangan namun ibu tabah ini turut mendoakan agar anak kesayangannya itu ditempatkan di syurga.
“Terima kasih semua yg banyak membantu kami dan keluarga. Alhamdulilah, Mummy sangt mencemburui pemergian Al Fateh pada hari Jumaat dan ditangisi seluruh Malaysia. Kalau boleh mummy juga ingin pergi pada hari Jumaat macam Al Fateh.
“Berbahagialah anak Mummy di syurga. Insya-ALLAH Mummy kumpul banyak-banyak pahala di dunia ini supaya dapat bersama anak Mummy nanti. Insya-ALLAH,” titipnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, kertas siasatan kes telah dilengkapkan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.
Menarik: Intan Najuwa Bakal Timang Anak Perempuan, Potong Kek Simbolik Umum Jantina Anak!
MUA Bellaz Sebak Ada Sebab Gigih Rakam Momen Dengan Anak, “Dulu Tak Ada Gambar Waktu Kecil
Burnout Jaga Anak Sendirian, Suami Tempat Wany Hasrita Mengadu!

Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa.
Ada pelbagai hadiah menarik yang menanti para pemenang, jangan tunggu lagi. Jom daftar sekarang di sini 👇🏼
https://kliik.je/product-details/111?title=baby-merangkak-race
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
Sumber: Facebook, Malaysia Gazzete
The post Sayu! Ibu Al Fateh Kongsi Kronologi Hari Kejadian, “Di Penghujung Nyawa Pun Anak Mummy Berjuang” appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sayu-ibu-al-fateh-kongsi-kronologi-hari-kejadian-di-penghujung-nyawa-pun-anak-mummy-berjuang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Daddy Mummy Rindukan Gelak Tawa Mu Ibu Ayah Al Fateh Mahu Tuntut Bela

Daddy Mummy Rindukan Gelak Tawa Mu Ibu Ayah Al Fateh Mahu Tuntut Bela

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 316 hits
Saya dan isteri akan menuntut bela diatas kematian anak syurga kami Ibu ayah Al Fateh bangkit tuntut bela kematian tragis pemata syurga mereka Sesungguhnya rindu yang paling sakit adalah rindu pada orang yang telah pergi buat selama lamanya...
Son Yejin Kongsi Rutin Senaman Bentuk Badan Berotot Ibu Anak Satu Ini Buat Warga Maya Kagum

Son Yejin Kongsi Rutin Senaman Bentuk Badan Berotot Ibu Anak Satu Ini Buat Warga Maya Kagum

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 89 hits
Son Yejin kongsi rutin senaman bentuk badan berotot ibu anak satu ini buat warga maya kagum Selepas berkahwin dengan Hyunbin yang juga seorang pelakon terkenal Korea Son Ye jin lebih mengutamakan masanya bersama suami tercinta ditambah lagi...
Maryam Durian Kimchi Kongsi Cara Didik Anak Satu Hari Satu Barang Dua Tak Boleh Letak Balik

Maryam Durian Kimchi Kongsi Cara Didik Anak Satu Hari Satu Barang Dua Tak Boleh Letak Balik

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 136 hits
Maryam Durian Kimchi kongsi cara didik anak Satu hari satu barang dua tak boleh letak balik Selebriti media sosial Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi sering berkongsi video anak kesayangannya Rina Isteri kepad...
4 Kulkas Smart Inverter Yang Harus Ibu Ibu Tahu Dan Kelebihannya Karya Anak Bangsa

4 Kulkas Smart Inverter Yang Harus Ibu Ibu Tahu Dan Kelebihannya Karya Anak Bangsa

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 144 hits
Memilih kulkas sama sekali bukan hal yang sederhana terutama bagi ibu ibu yang selalu selektif dalam berbagai hal Berkembangnya teknologi membuat indikator ibu ibu dalam memilih kulkas ikut bertambah Salah satu indikator yang jadi pertimban...
Pantau Anak Demam Lebih Tiga Hari Padu Nasihat Doktor

Pantau Anak Demam Lebih Tiga Hari Padu Nasihat Doktor

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 110 hits
Risaukan apabila anak demam lebih tiga hari Apabila bagi ubat demam masih tidak kebah demamnya Jangan ambil mudah mengenai ini hanya dengan memberi ubat demam sahaja Sebagai ibu bapa kita mahukan yang terbaik untuk setiap anak anak terutama...
Watie Hanifiah Lebih Suka Bercuti Dengan Anak Anak Sayu Hati Dapat Mesej Rindu Dari Anak

Watie Hanifiah Lebih Suka Bercuti Dengan Anak Anak Sayu Hati Dapat Mesej Rindu Dari Anak

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 136 hits
Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah merasa paling bahagia bila dapat bercuti bersama anak anaknya Tambah Watie lagi dia mempunyai sebab tertentu bila mana lebih gemar bercuti bersama anak anak Menerusi Instagramnya Watie berkon...
Ibu Ayah Yang Ada Anak Lelaki Ini Nasihat Penting Sebelum Mereka Dewasa

Ibu Ayah Yang Ada Anak Lelaki Ini Nasihat Penting Sebelum Mereka Dewasa

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 94 hits
Ibu ayah yang ada ini nasihat penting sebelum mereka dewasa Cabaran mendidik anak anak zaman sekarang amat besar Mungkin kerana faktor sekeliling dan juga kecanggihan teknologi Ibu Ayah Yang Ada Anak Lelaki Ini Nasihat Penting Sebelum Merek...
Borak Pa Ma Bersama Uyaina Suhailin Syamel Ika Beri Inspirasi Buat Ibu Ayah Rancang Simpanan Pendidikan Anak

Borak Pa Ma Bersama Uyaina Suhailin Syamel Ika Beri Inspirasi Buat Ibu Ayah Rancang Simpanan Pendidikan Anak

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 198 hits
Dalam dunia yang semakin kompleks dan kompetitif pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan kejayaan dan masa depan yang cerah untuk anak anak Oleh itu menyediakan tabung pendidikan dari awal merupakan langkah bijak dan...
Buat Anak Dengan Siapa Pun Ibu Bapa Gesa Jo Insung Kahwin

Buat Anak Dengan Siapa Pun Ibu Bapa Gesa Jo Insung Kahwin

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 135 hits
Bila lah agaknya Jo In sung akan berkahwin Artikel Berkaitan Dalam rancangan Zzan Bros pelakon lelaki itu menceritakan lebih lanjut mengenai kehidupan peribadinya Jelasnya mengenai soal jodoh Sekarang saya sudah mencapai umur untuk berkahwi...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip