Pantang Orang Tua Tua
Assalamualaikum :)
Lepas je aku snap pic ni hujan pun turun..
Haa macam mana cuaca dekat tempat korang? Panaskah? Mendungkah? Hujankah? Takpun bersaljikah? Sebut pasal salji ni aku sebenarnya teringin sangat nak pergi negara-negara yang bersalji macam Korea, Sweden dan New Zealand. Tapi tak dapat pergi pun tak apalah, dapat pergi ke Snow Walk I-City pun bolehlah merasa juga aku salji hehe. So..back to topic cuaca kat tempat aku sekarang tak menentu. Kejap mendung kejap hujan kejap lagi panas tapi dalam satu hari tu memang confirm akan hujan diiringi petir dan guruh. Eeii bab-bab petir dan guruh ni aku memang jenis yang penakut. Orang tua-tua (kat tempat aku la) selalu kata bila petir, "jangan pakai baju warna merah nanti kena petir". Selain dari tu ada beberapa lagi pantang atau kebiasaannya mereka buat ketika petir+guruh ni ;
1) Tidak boleh bercermin p/s selalunya dorang akan tutup pakai kain2) Tak boleh makan terutamanya makan nasi3) Tidak boleh bergelak sakan sampai tak ingat dunia4) Tak boleh memasak5) Duduk diam jangan buat kerja apapun pun tak boleh6) Jangan mandi atau buat perkara yang terdedah dengan air7) Jangan berteduh di bawah pokok besar atau pokok pisang dan pokok kelapa8) Jangan memegang benda yang daya tarikannya lebih seperti pisau, parang atau cangkul dll.
Orang kampung aku terutamanya orang tua-tua kebiasaannya akan patuh dengan pantang ni. Aku tak tahulah benda ni betul ke tak , boleh percaya atau tidak. Aku tak ikut pun semua ni hehe. Aku ada juga try Google pasal benda tapi maklumat tak cukuplah.
P/S: Apa komen korang pasal ni?
with love~rrp.cik itah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ramaramapendek.blogspot.com/2013/09/cuacahujanguruhpetir.html