Pantai Pasir Tengkorak Dan Hutan Lipur Pasir Tengkorak Langkawi


Saya nak sambung perkongsian tentang percutian ke Pulau Langkawi dan kali ini, saya ingin bawa anda semua ke salah satu tempat tumpuan pengunjung yang terdapat di pulau ini.
 
Tempat yang saya maksudkan pada kali ini adalah di Hutan Lipur Pasir Tengkorak.

Kalau anda baca perkongsian saya sebelum ini, saya ada cerita yang saya cuba nak datang ke tempat ini pada waktu malam. Sebenarnya sebelum ini saya pernah terbaca yang kononnya dekat sini kita boleh lihat kehadiran entiti paranormal jika kita datang pada waktu malam.
 
Salah satu yang popular adalah kelibat tengkorak bercahaya!
 
Kemudian bila saya pergi malam tu, tempat ini sangat gelap. Jalan nak masuk pun saya tak nampak, jadi untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini, saya batalkan sahaja rancangan tersebut dan buat keputusan untuk datang semula pada waktu siang.
 
Jadi, ini perkongsian yang saya dapat ceritakan setelah saya datang semula ke tempat ini pada sebelah siangnya.
 
Di Hutan Lipur Pasir Tengkorak ini, terdapat pantai yang cukup indah bernama Pantai Pasir Tengkorak.
 
Kalau sekadar mendengar namanya, ia mungkin membuatkan sesetengah pengunjung yang belum pernah sampai ke tempat ini merasa agak gerun.
 
Dalam banyak-banyak nama, kenapa mesti pilih nama yang memberikan imej menakutkan? Rupa-rupanya terdapat cerita dan sejarah disebalik nama tersebut. Itu saya akan kongsikan dipertengahan artikel ini.

Saya suka dengan tempat ini sebab ada ruang parking yang proper. Siapa ada kotak-kotak parking yang dilukis dengan baik, memudahkan para pengunjung untuk meletakkan kenderaan dengan teratur.
 
Pada waktu ini tak banyak kenderaan yang ada disini. Boleh jadi sebab pada hari tersebut, bukanlah hari cuti.

Parking motosikal pun ada. Kalau lihat pada jumlah motosikal yang diletakkan disini, boleh dianggarkan ramai juga pengunjung yang bersantai di pantai Pasir Tengkorak ini.
 
Bawah ini pula adalah laluan khas yang kita gunakan untuk pergi ke kawasan pantai.

Ada laluan bersimen yang dibina merentasi kawasan hutan kecil.

Patutlah pada sebelah malam semasa saya datang ke sini, saya tak nampak jalan langsung. Rupanya ia ditutup oleh kegelapan malam dan juga bayang-bayang pokok. Saya ingatkan tak ada jalan untuk ke pantai dan kita kena redah kawasan semak.
 
Ternyata saya tersilap.

Inilah dia pemandangan di kawasan pantai.
 
Waktu ini lebih kurang jam 5.00 petang kalau tak silap saya.

Ada ramai juga pengunjung yang bermandi-manda di pantai ini.
 
Ada yang berehat-rehat dan mungkin juga ada yang datang untuk berjemur. Kalau yang suka berjemur ni selalunya pengunjung dari negara luar.

Masing-masing sedang sibuk menikmatik keindahan alam ciptaan tuhan.
 
Dekat sini sebenarnya ada chalet. Tapi menurut pakcik yang jaga tempat ni, chalet ini ditutup untuk sementara waktu. Saya pun kurang pasti atas sebab apa.
 
Cuma pada pendapat saya, kalau disebabkan perlu lakukan kerja-kerja pembaikkan, memang patut ditutup sementara.
 
Kalau satu masa nanti, chalet kat sini dibuka semula dan boleh ditempah melalui laman web Airbnb, saya rasa tak mustahil untuk saya booking at least satu malam untuk bermalam dekat sini. Pemandangan dia sangat cantik, dan dekat dengan pantai.

Pasir dia pun putih dan bersih.

Cuma pantainya tidaklah begitu panjang.

Saya rasa kalau hujung minggu atau mungkin waktu cuti umum, kawasan ini mungkin penuh dengan pengunjung.

Saya difahamkan tempat ini biasanya dikunjungi oleh orang tempatan dan mereka-mereka yang biasa datang bercuti di Langkawi.

Kalau yang jarang-jarang datang bercuti di Langkawi atau yang baru pertama kali nak datang bercuti ke sini, mereka biasanya akan memilih Pantai Chenang atau Pantai Tengah untuk mandi manda.

Air laut di Pantai Pasir Tengkorak ini juga boleh tahan jernihnya.

Semoga pengunjung yang datang ke sini, jagalah kebersihan dan jagalah kecantikkan pantai disini. Plastik-plastik sampah tu kalau boleh janganlah dibuang merata-rata.

Ada kawasan yang berpasir, dan ada kawasan yang berbatu-batu macam ni.

Dekat kawasan yang ada banyak batu macam kat atas ni, saya tak nampak pula ada yang mandi disini. Mungkin air disini lebih dalam, atau mungkin sebab dekat situ lebih bahaya sebab banyak batu.
 
Saya pun tak berapa tahu. Cuma yang saya perasan, ada pengunjung yang memancing dekat kawasan tebing yang banyak batu ini.
 
Kira ok la memancing dekat kawasan sini. At least tak ganggu orang lain nak mandi.

Cuma kena hati-hatilah kalau nak buat sebarang aktiviti dekat sini. Saya tak rasa dekat tempat ini ada life guard yang bertugas.

Seperti lain-lain hutan lipur yang pernah saya kongsikan dalam blog ini, dekat sini juga ada disediakan pondok-pondok untuk berehat.

Dari mana Pantai Pasir Tengkorak memperolehi namanya?
Terdapat papan informasi yang menceritakan tentang cerita dan juga sejarah yang mungkin menjadi asal, bagaimana tempat ini mendapat namanya.

Satu legenda tempatan ada menceritakan perihal raksasa laut atau air pusar yang telah menenggelamkan banyak kapal dan mencampakkan tengkorak mangsanya ke pantai ini.
 
Menurut satu lagi legenda, satu pertempuran yang hebat di antara burung Garuda dan Jentayu berlaku di pulau berhampiran mengakibatkan banyak nyawa yang terkorban. Jasad para pahlawan yang terkorban telah banyak ditemui di pantai ini.
 
Secara faktanya pula, pada suatu ketika dahulu terdapat sebuah penjara di Pulau Tarutao. Walaupun ramai banduan yang cuba melarikan diri, ia sukar dilakukan kerana banyak jerung berkeliaran di perairan ini pada masa lampau. Yang gagal biasanya akan lemas atau dibaham jerung dan jasad mereka terdampar di sini.
 
Dari Pantai Pasir Tengkorak ini kita boleh nampak Pulau Tarutao.

Bawah ini pula gambar yang saya ambil dari kedudukan yang berbeza. Jaraknya adalah lebih kurang 5KM sahaja.

Kalau ada speedboat bolehlah pergi ke pulau ini.

Kisah disebalik nama pantai ini mungkin agak menyeramkan.
 
Tapi sekarang ini, yang tinggal hanyalah kisah dan cerita. Jangan risau untuk beriadah disini. In Shaa Allah, jangan kata tengkorak, seketul tulang manusia pun anda tak akan temui disini.
 
Peristiwa yang dikaitkan dengan banduan dan lanun pun berlaku sekitar tahun 1930an. Ianya dah sangat lama. Hanya yang tinggal kini, adalah pemandangan pasir putih dan air laut yang jernih.
 
Tempat ini ada disediakan tandas dan bilik mandi berbayar. Jadi memang sesuai untuk beriadah disini.
 
 
The post Pantai Pasir Tengkorak dan Hutan Lipur Pasir Tengkorak, Langkawi appeared first on Xplorasi Destinasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://xplorasidestinasi.com/hutan-lipur-pasir-tengkorak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Fikir Kotor Bila Anak Main Pasir Pantai Cara Ini Bagus Merangsang Sensori Si Kecil

Jangan Fikir Kotor Bila Anak Main Pasir Pantai Cara Ini Bagus Merangsang Sensori Si Kecil

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 505 hits
Perasan tak bila bawa ke pantai anak terus terkam nak main pasir Hinggakan sampai satu tahap ibu bapa bagi amaran jangan kotorkan tangan dan kaki Sebenarnya fitrah anak suka main pasir ini sangat bagus Ia boleh merangsang sensori pada diri ...
Holiday Syurga Pantai Pasir Putih Laut Biru Phuket

Holiday Syurga Pantai Pasir Putih Laut Biru Phuket

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 387 hits
assalamualaikum wah agak lama blog ni tak ber update rinduuuuuu apa kan daya masa dan peluang amat mencemburui saya mengelakkan diri seketika dari blogging sebab menyiapkan keje hakiki yes rinduuuuuu menaip di blog releks releks bermonolog ...
Teknik Bom Air Padam Kebakaran Hutan Sekitar Sungai Ular

Teknik Bom Air Padam Kebakaran Hutan Sekitar Sungai Ular

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 389 hits
KUANTAN Kebakaran hutan di tiga lokasi utama iaitu di sebelah kawasan kuari Sekolah Kebangsaan Sungai Baging dan Alliance Steel Sdn Bhd yang terletak berhampiran Taman Perindustrian Malaysia China Kuantan di sini menyebabkan ruang udara di ...
Lacur Atas Tikar Berbumbung Bulan Bintang Dalam Hutan Tanjung Kupng

Lacur Atas Tikar Berbumbung Bulan Bintang Dalam Hutan Tanjung Kupng

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 339 hits
ALAS tikar dalam kawasan hutan yang dijadikan tempat pelacuran oleh tiga warganegara asing di Kampung Pok Besar Tanjung Kupang Iskandar Puteri Johor malam tadi UTUSAN ONLINELanggan pelacur dalam hutanISKANDAR PUTERI 24 April Beralaskan tika...
Kebakaran Hutan Berhampiran Amsas Kini Seluas 420 Hektar

Kebakaran Hutan Berhampiran Amsas Kini Seluas 420 Hektar

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 285 hits
KUANTAN Kebakaran hutan tanah gambut berhampiran Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah di Sungai Ular di sini meningkat menjadi 420 hektar hari ini berbanding 40 hektar pada minggu lepas Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Nor...
38 Hektar Kawasan Hutan Terbakar Sudah Pun Di Padamkan

38 Hektar Kawasan Hutan Terbakar Sudah Pun Di Padamkan

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 331 hits
KUANTAN Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang setakat ini berjaya memadam kawasan seluas 38 hektar daripada 420 hektar hutan gambut berhampiran Akademi Maritim Sultan Haji Ahmad Shah di Sungai Ular di sini yang terbakar sejak minggu ...
Mereka Bertubuh Kecil Tapi Ganas Terjun Dalam Gaung Terus Hilangkan Diri Lanun Hutan Semakin Brutal

Mereka Bertubuh Kecil Tapi Ganas Terjun Dalam Gaung Terus Hilangkan Diri Lanun Hutan Semakin Brutal

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 663 hits
Rata rata mereka bertubuh kurus comot dengan ketinggian kurang 160 sentimeterNamun kumpulan pemburu haram Vietnam terbabit dikatakan memiliki kekuatan luar biasa yang memerlukan tiga anggota bagi menumbangkan setiap daripada mereka Itu anta...
Anugerah Terindah Lihat Bunga Langka Rafflesia Di Hutan Liku9 Bengkulu Tengah

Anugerah Terindah Lihat Bunga Langka Rafflesia Di Hutan Liku9 Bengkulu Tengah

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 277 hits
Petualangan Terios 7 Wonders 2019 bertema Jelajah Bumi Raflesia di Bengkulu memasuki hari terakhir pada Selasa Menjelajahi tujuh pesona alam Bengkulu dengan enam unit All New Terios R deluxe lima unit transmisi manual dan satu transmisi mat...
Nasib Penduduk Kampung Di Kawasan Hutan Simpan Akan Dibela Kata Shafie

Nasib Penduduk Kampung Di Kawasan Hutan Simpan Akan Dibela Kata Shafie

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 222 hits
Nasib penduduk kampung di kawasan hutan simpan akan dibela kata Shafie nbsp Dikemas kini 19 minit yang lalu Diterbitkan pad
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara