Pantai Hiburan Kuala Rompin Mandi Manda Bercanda Ria
Pantai Hiburan Kuala Rompin, mandi-manda bercanda ria | Dah lama tak cerita cerita percutian. Memang pun kami tak ke mana-mana waktu PKPP ni. Paling jauh pun balik kampung di Pahang. Memang teringin nak tidur hotel, mandi swimming pool, tapi apakan daya, risau sebab bilangan kes COVID 19 masih ada setiap hari.
Dan setiap hari tu juga masih berhati-hati kalau nak ke mana-mana, even ke kedai je pun. Yang bagusnya ramai yang pakai mask dan #kitajagakita. Bagus tu, bersama kita putuskan rantaian Covid 19, gittew!!
Kenduri di Keratong, Pahang
Nak dijadikan cerita, masa cuti Merdeka tu ada kenduri kahwin di area Keratong, Pahang. Yang ni keluarga sebelah husband. Bestnya kenduri kawasan Felda macam ni.
Makan lauk kampung gitu. Gulai lemak cili api ayam pencen, sambal hitam yummy, keladi masak asam, kerabu perut. Ehmmm sambil taip sambil telan ailio uolss hahaha.
Alang-alang perjalanan dah jauh lebih kurang 3 jam lebih dari KL, so kami pun plan bercuti kat sini.
Bermalam di Homestay Kuala Rompin
Bila adik-beradik ipar ni survey homestay, ada pulak dekat dengan Kuala Rompin. Hmm dekat dengan laut, bolehla mandi manda bebudak ni nanti. Homestay ni ada 6 bilik tidur, 1 bilik karaoke dan 4 bilik air. Rate satu malam RM550, ok sangat untuk kami 6 keluarga ni.
Rumah ni memang besar dan paling best selesa untuk kami 29 orang. Anak-anak paling seronok boleh berlari bebas sebab ruang tamu memang luas sangat. Happy diorang haha.
Rumah yang besar dan selesa
Satu bilik ada katil queen, 2 katil single, dan ada bilik yang ada katil queen dan single. Kebetulan ada family yang bawak toto, bolehla buat alas untuk geng-geng bujang tidur kat bilik karaoke. Huhu tak muat juga satu bilik dengan anak-anak yang dah makin membesar.
Pada yang nak masak-masak pun boleh. Sebab ada jugak peralatan dapur untuk masak ke, barbeque ke. Dapur pun siap ada kettle, periuk, kuali, pinggan dan cawan.
Kami beli keperluan memasak ni kat area kedai dekat-dekat ni juga. Beli beras, gula, garam, bahan untuk steamboat, tomyam campur, segala macam sos, sosej dan macam-macam lagilah.
Makan ramai-ramai memang seronok sambil borak dan gurau senda. Happy sangat!! Macam-macam aktiviti keluarga buat sama-sama.
Pantai Hiburan Kuala Rompin
Jarak pantai dan homestay kami sewa ni lebih kurang 3-4 km. Kalau nak mandi manda kat sini memang sesuai sangatlah. Pantainya cantik, bersih dan pasir pun cantik. Seronok giler bebudak tu dapat mandi laut.
Dzar dan Ammar memang happy sangat!! Sampai tak nak balik. Yelah dah berbulan kan tak dapat mandi laut. Bila dah dapat peluang macam ni memang sakanlah diorang.
Hahaha tarik tangan macam nak ajak balik je.
Kalau korang nak bermalam kat resort pun ada juga. Memang dekatlah dengan pantai. Namanya Rompin Beach Resort, rate bilik bolehlah survey ni google.
Barbeque dan steamboat
Inilah aktiviti kami malam tu. Petang tu dah mandi laut, sure malam lapar kan. Memang terbaik punya kerjasama semua orang. Bab masak, makan dan kemas.
Seronok macam ni even anak ramai, tapi semua pandai bawa diri dan ada aktiviti diorang. Yang remaja aktiviti karaoke, yang kecik duk berlari sana sini. Yang baby ada babysitter jaga hahaha.
Mak dan ayah kat dapur masak, dah settle masak panggil semua makan skali hmm. Best!! Sate tu adik ipar dah bungkus ikat tepi dari kampung Pahang. So sampai sini kita tinggal nak bakar aje.
Mee udang galah
Kuala Rompin memang popular dengan udang galah. Kami nak singgah juga makan tapi ya ampun ramainya orang. Dah berhenti depan kedai pun.
Tapi bila tengok dah ramai sangat, cancel ajelah. Takut lama menunggu dengan anak-anak kecik ni.
Ni pun gambar dari kakak ipar, rezeki dapat makan mee udang galah. Huhu kene repeat lagi ke Rompin ni, terliur sudah hahaha.
The post Pantai Hiburan Kuala Rompin, mandi-manda bercanda ria appeared first on Ajumohit.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ajumohit.com/2020/09/pantai-hiburan-kuala-rompin-mandi-manda-bercanda-ria.html