Pemuzik Rayu Sektor Hiburan Dibuka Semula Doktor Tidak Setuju


Faye Kwan Persatuan Karyawan Malaysia berkata, lanjutan PKPP akan memberi tamparan ke atas mereka yang terlibat dalam industri hiburan.PETALING JAYA: Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) mendesak kerajaan supaya “menunjukkan belas kasihan” dan membenarkan industri hiburan dibuka semula sekiranya perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) dilanjutkan lagi selepas 31 Ogos ini.
Presiden Karyawan, Freddie Fernandez berkata, pemuzik negara amat terkesan dengan sekatan pandemik itu, selain ramai yang tidak bekerja sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac.
Kekurangan pendapatan memaksa pemuzik tertentu menjual alat muzik mereka untuk mengumpul wang, sementara ada juga yang dihalau dari rumah mereka, kata Fernandez.
“Sebarang lanjutan (PKPP) pada masa ini akan menjadi tamparan hebat bagi industri kerana banyak kelab yang berpotensi menggaji pemuzik ditutup, dan banyak lagi yang tiada pilihan melainkan melakukan perkara yang sama,” katanya kepada FMT.
Katanya, beberapa pemuzik menceburkan diri dalam perniagaan lain, seperti menjual makanan sebagai sumber pendapatan sementara, tetapi hanya sedikit pendapatan diperolehi berbanding pendapatan mereka sebelum PKP.
Fernandez berkata, penghibur harus diberi kelonggaran untuk membuat persembahan di restoran atau premis lain yang dibenarkan beroperasi jika PKPP dilanjutkan.
Beliau berkata, ini boleh dilakukan dengan selamat mengikut SOP, seperti melaksanakan langkah jarak fizikal dan pembasmian kuman ke atas semua peralatan, terutama mikrofon.
“Ketika negara lain kembali ke rutin normal, sangat menyedihkan apabila sektor ini tidak dibenarkan untuk beroperasi semula.
“Kami mohon kepada pihak berkuasa. Minta simpati kepada para pemuzik dan pemilik premis. Pastikan mereka mematuhi SOP dengan tegas dan mereka akan sambut baik untuk beri kerjasama kepada kerajaan.”
Kumpulan perubatan bagaimanapun berpendapat, PKPP akan dilanjutkan memandangkan berlaku peningkatan kes Covid-19 yang diimport serta pengesanan kluster baru, yang bermaksud sekatan tertentu mesti diteruskan.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr N Ganabaskaran berkata, laporan harian orang yang ditahan kerana ingkar PKPP adalah bukti bahawa negara ini belum bersedia untuk melonggarkan sekatan pergerakan.
“Kerajaan seharusnya tidak perlu terburu-buru untuk menamatkan sekatan dan membuka lebih banyak sektor. Keselamatan mesti diutamakan.
“Sekatan semasa perlu dikekalkan. Pantau perkembangan dan longgarkan sekatan hanya apabila tiada peningkatan ketara (kes jangkitan) yang konsisten,” katanya.
Ganabaskaran berkata, indikasi yang tepat untuk melonggarkan sekatan adalah jika kes harian turun menjadi sifar dan kekal selama beberapa minggu.
Dalam pada itu, beliau juga menekankan bahawa jarak fizikal, pemakaian pelitup muka dan mengamalkan kebersihan diri adalah langkah penting yang mesti diteruskan sehingga wabak itu diumumkan berakhir di peringkat global.
“MMA memerhatikan bahawa penguatkuasaan yang konsisten diperlukan atau pematuhan akan menurun. Ini akan mencetuskan kluster baru dengan mudah.
“Perlu diingatkan bahawa seorang sahaja boleh menyebabkan seluruh negara berada dalam perintah berkurung. Kita perlu berhati-hati dengan risiko ini, ” katanya.
Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial berkata, lanjutan PKPP adalah penyelesaian terbaik untuk mengekang penyebaran virus dan menggesa masyarakat untuk kekal patuh dengan SOP.
Ketua pegawai eksekutifnya, Azrul Mohd Khalib, memberitahu FMT bahawa mereka menjangkakan PKPP akan dilanjutkan sehingga Disember.
“Melihatkan keadaan di rantau ini dan di seluruh dunia, lanjutan PKPP adalah masuk akal untuk mengekalkan kebolehan dan pencapaian yang kita harungi selama ini.
“Sehingga vaksin yang diluluskan dan boleh dicapai dikembangkan dan latihan seluruh negara dilakukan untuk memberi vaksin sebanyak mungkin kepada populasi, kita perlu jangkakan sejumlah kes jangkitan baru dalam masyarakat,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/pemuzik-rayu-sektor-hiburan-dibuka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Potong Bahagian Leher Keluarkan Tulang Belakang Doktor Kikis Letakkan Semula Naz

Potong Bahagian Leher Keluarkan Tulang Belakang Doktor Kikis Letakkan Semula Naz

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 281 hits
Sekitar Mac lalu pengacara Naz Rahman telah menjalani pembedahan untuk merawat saraf tunjang termampat pada bahagian lehernya Naz berkongsi semula detik mendebarkan ketika menjalani pembedahan tersebut Cerita Naz 41 dia bersyukur bagaimanap...
Hiburan Saya Sampai Umur 40 Tak Kahwin Pun Tak Apa Sharifah Sakinah Tak Mahu Rujuk Semula Lebih Selesa Hidup Sendiri

Hiburan Saya Sampai Umur 40 Tak Kahwin Pun Tak Apa Sharifah Sakinah Tak Mahu Rujuk Semula Lebih Selesa Hidup Sendiri

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 605 hits
Pelakon dan juga pelawak Sharifah Sakinah mengakui bergelar ibu tunggal bukanlah suatu perkara yang mudah Menurutnya melalui fasa penceraian dan bergelar ibu tunggal ternyata telah memberi kesan yang mendalam dalam hidupnya Jelas Sakinah pe...
12 Masjid Di Perlis Dibuka Semula Selepas Ditutup 2 Minggu

12 Masjid Di Perlis Dibuka Semula Selepas Ditutup 2 Minggu

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 235 hits
Kerajaan juga mengumumkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan bersasar di Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul di Perlis dari 10 ogos hingga 31 Ogos kerana peningkatan kes Covid 19 ARAU Dua belas buah masjid dal...
Hiburan Gara Gara Kahwini Doktor Nubhan Dituduh Ditanggung Isteri

Hiburan Gara Gara Kahwini Doktor Nubhan Dituduh Ditanggung Isteri

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 437 hits
Menzahirkan rasa sedih kerana sehingga kini masih ada lagi pihak yang tidak bertanggungjawab tampil mempertikaikan dirinya tidak layak berkahwin dengan isteri Dr Afifah Tawfek yang bekerja sebagai doktor penyanyi Nubhan akui kecewa Menurut ...
Ikatan Dokter Anak Pemerintah Tak Dengar Masukan Kami Sekolah Tak Dibuka Dulu

Ikatan Dokter Anak Pemerintah Tak Dengar Masukan Kami Sekolah Tak Dibuka Dulu

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 390 hits
Ikatan Dokter Anak Indonesia menyesalkan keputusan pemerintah membuka sekolah melalui surat keputusan bersama 4 menteri terkait pelaksanaan pembelajaran di di zona kuning dan hijau Ketua IDAI Aman Pulungan mengatakan pihaknya sempat diundan...
Permohonan Ke Mrsm 2021 Tingkatan 1 Dan 4 Telah Dibuka Mulai 24 Ogos Sehingga 4 Disember 2020

Permohonan Ke Mrsm 2021 Tingkatan 1 Dan 4 Telah Dibuka Mulai 24 Ogos Sehingga 4 Disember 2020

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 964 hits
Permohonan Ke MRSM Tingkatan 1 Dan 4 Telah Dibuka Mulai 24 Ogos Sehingga 4 Disember 2020 Permohonan ini bolehlah di buat diatas talian www mara gov my Tahun ni bermulanya tahun untuk CH kena rajin buka web MARA dan Kementerian untuk memohon...
Permohonan Kemasukan Mrsm Tingkatan 1 4 Bagi Tahun 2021 Kini Dibuka

Permohonan Kemasukan Mrsm Tingkatan 1 4 Bagi Tahun 2021 Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 559 hits
Kepada adik adik yang ingin masuk ke masuk ke tingkatan 1 dan 4 permohonan bagi kemasukan MRSM bagi tahun 2021 telah dibuka bermula hari ini Jika berminat boleh mula memohon sekarang di pautan disediakan Maktab Rendah Sains MARA telah menye...
Ketua Dprd Dki Bioskop Mau Dibuka Silakan Protokol Kesehatan Dijaga

Ketua Dprd Dki Bioskop Mau Dibuka Silakan Protokol Kesehatan Dijaga

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 246 hits
Prasetio Edi Marsudi mendukung rencana tersebut karena diyakini mampu memulihkan kondisi ekonomi mengingat banyak pegawainya yang kini belum kembali bekerja
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan