Panduan Urus Rumah Tangga Waktu Pkp


 Keganasan rumah tangga semasa PKP
Laporan daripada luar negara menunjukkan satu krisis yang menakutkan, iaitu peningkatan kes keganasan rumah tangga semasa penularan wabak COVID-19 ini. Hampir satu perempat daripada penduduk dunia sedang menjalani perintah penyekatan atau lockdown. Amat menakutkan apabila talian aduan organisasi berkaitan mula menerima peningkatan kes keganasan rumah tangga.
Sebuah pertubuhan amal terbesar berkaitan keganasan rumah tangga di Eropah telah melaporkan peningkatan sehingga 700 peratus jumlah panggilan yang diterima setiap hari semenjak perintah lockdowndilaksanakan. Begitu juga di Turki, para aktivis hak asasi wanita di negara tersebut telah mendapati peningkatan jumlah panggilan untuk mendapatkan bantuan daripada mangsa keganasan rumah tangga. Situasi yang sama juga dilaporkan di negara China, Sepanyol, Jerman, Perancis, Kanada dan Australia. Di United Kingdom (UK), polis telah menerima peningkatan 32 peratus aduan berkaitan keganasan rumah tangga dengan kes paling tinggi dilaporkan di Paris, iaitu 36 peratus. Justeru, sebagaimana dilaporkan dalam akhbar Berita Harian bertarikh 6 April 2020, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, telah menggesa kerajaan di seluruh dunia agar turut melindungi wanita susulan penyebaran virus pandemik COVID-19.
Bagaimana pula keadaannya di negara kita? Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), sebuah badan bukan kerajaan di Malaysia yang komited dengan usaha menentang keganasan terhadap wanita, telah menerima sebanyak 14 peratus peningkatan bilangan panggilan dan aduan menerusi WhatsApp berkaitan kes keganasan rumah tangga yang melibatkan wanita. Data peningkatan ini merujuk situasi sepanjang fasa 1 PKP, iaitu dari tempoh 18 hingga 31 Mac 2020 berbanding tempoh separuh pertama bulan Mac 2020. Dalam masa yang sama, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menafikan peningkatan kes keganasan rumah tangga yang diterima melalui Talian Kasih kementerian itu, dan menjelaskan bahawa peningkatan jumlah panggilan adalah untuk semua kategori, termasuk panggilan berhubung COVID-19, rujukan kes bantuan dan kes kaunseling. Walau bagaimanapun, perkara ini tidak boleh dipandang remeh. Kerajaan Malaysia telah mengambil maklum berkenaan kemungkinan peningkatan kes keganasan rumah tangga sepanjang pelaksanaan PKP. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, telah menegaskan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan segera terhadap sebarang laporan berkaitan isu ini.



Bagaimana menangani keganasan rumah tangga semasa PKP?
Setiap keluarga perlu cuba untuk memastikan kesejahteraan dan keharmonian rumah tangga semasa PKP ini. Tidak dinafikan, lumrah semula jadi manusia akan mudah memberontak apabila mereka dihalang daripada melakukan perkara yang mereka ingini atau gemari, sebagai contoh tidak dapat keluar untuk memenuhi kehendak sosial mereka semasa PKP. Namun, kita perlu sentiasa ingat bahawa perintah ini adalah untuk kebaikan kita semua, demi membendung wabak ini daripada terus merebak.
Sekiranya berlaku kes keganasan rumah tangga, mangsa tidak boleh berdiam diri. Sama ada mangsa atau ahli keluarganya yang terkesan bersama mangsa, amat penting untuk mereka mendapatkan bantuan dan keluar dari situasi keganasan ini. Hal ini tidak mudah untuk dilakukan atas banyak sebab antaranya mungkin mangsa berasa takut keadaan akan menjadi bertambah teruk jka pemangsa mengetahuinya atau mangsa terpaksa bergantung kepada pemangsa untuk kelangsungan hidup. Walau bagaimanapun, tiada seorang pun yang berhak melakukan keganasan dan tiada seorang pun yang perlu menjadi mangsa.
Jika kita sebagai jiran atau rakan yang mengetahui kejadian keganasan ini, adalah menjadi tanggung jawab kita untuk membantu mereka. Kita perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling kita, dan sering bertanya khabar. Walaupun kita tidak dapat menziarahi mereka secara fizikal, terdapat banyak saluran lain yang boleh dimanfaatkan, seperti telefon, WhatsApp dan sebagainya.
Berikut merupakan langkah yang boleh diambil bagi menghentikan kes keganasan rumah tangga:
Hubungi 999 atau ke balai polis yang berdekatan – jika dalam kecemasan, mangsa boleh terus hubungi nombor kecemasan ini, atau cuba untuk pergi ke balai polis yang berdekatan.Hubungi Talian Kasih di 15999 – talian 24 jam ini adalah di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Orang ramai juga boleh menghantar WhatsApp kepada mereka di talian 019-2615999.Dapatkan bantuan perubatan – jika mengalami kecederaan, mangsa perlu segera pergi ke hospital atau klinik yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan.Hubungi Talian Bantuan WAO – talian 03-7956 3488 atau WhatsApp 018 988 8058 beroperasi selama 24 jam setiap hari sepanjang PKP.Hubungi Pertubuhan Teratak Rahmah Wanita Islam (TERATAI) - talian +6011-576 95171 merupakan salah satu badan bukan kerajaan yang boleh membantu mangsa keganasan rumah tangga.Hubungi JAKIM – khidmat nasihat kekeluargaan, kemasyarakatan dan kerohanian disediakan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di talian 03-88707519/7527/7528.Akhir sekali, marilah kita sama-sama mengambil peluang untuk menjadikan tempoh PKP ini sebagai satu medium untuk kita menambahkan keharmonian keluarga kita.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pusatjagaanyatim.blogspot.com/2021/09/panduan-urus-rumah-tangga-waktu-pkp.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Permasalahan Ekonomi Yang Berpotensi Menggoyahkan Rumah Tangga Waspada

6 Permasalahan Ekonomi Yang Berpotensi Menggoyahkan Rumah Tangga Waspada

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 234 hits
Masalah finansial nyatanya bisa jadi bumbu buat mengenal 1 sama lain Gimana menurutmu
Bosan Duduk Rumah Ketika Pkp Jom Main Game Percuma Dengan Anak Anak Di Plays Org

Bosan Duduk Rumah Ketika Pkp Jom Main Game Percuma Dengan Anak Anak Di Plays Org

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 429 hits
Mesti ramai yang stress dengan PKP kan Nak rentas daerah tak boleh apatah lagi nak rentas negeri Aku sendiri dah hampir setahun tak balik kampung kerana pandemik Covid 19 ni Rindu kat mak ayah di kampung memang tak terkata Tapi nak buat mac...
Tular Lelaki Kebumi Jenazah Ibu Di Halaman Rumah Ramai Puji Boleh Elak Adik Beradik Jual Tanah Berebut Harta

Tular Lelaki Kebumi Jenazah Ibu Di Halaman Rumah Ramai Puji Boleh Elak Adik Beradik Jual Tanah Berebut Harta

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 307 hits
Mungkin ini caraku itu yang dikatakan oleh seorang lelaki di Indonesia yang telah mengebumikan jenazah ibunya di halaman rumahnya
10 Keutamaan Sedekah Subuh Dan Cara Melakukannya Di Rumah Sendiri

10 Keutamaan Sedekah Subuh Dan Cara Melakukannya Di Rumah Sendiri

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 415 hits
Ada kebaikan yang sedang trending di masyarakat Sedekah Subuh namanya Apa itu sedekah Subuh apa saja keutamannya dan bagaimana cara mendapatkannya Tentu ini tren yang baik Buah dari meningkatnya ilmu tersebarnya hadits oleh para ulama dan j...
Banjir Di Sidrap Sulsel 163 Rumah Dan 652 Jiwa Terdampak

Banjir Di Sidrap Sulsel 163 Rumah Dan 652 Jiwa Terdampak

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 227 hits
Banjir melanda Kabupaten Sidenreng Rappang Sulawesi Selatan pada Minggu pukul 21 00 Wita Banjir yang terjadi dipicu hujan dengan intensitas tinggi dan meluapnya Sungai Tanrutedong serta Danau Sidenreg
Kkm Laksana Pemakaian Gelang Peranti Digital Pantau Individu Kuarantin Di Rumah Khairy Jamaluddin

Kkm Laksana Pemakaian Gelang Peranti Digital Pantau Individu Kuarantin Di Rumah Khairy Jamaluddin

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 375 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia melaksanakan projek rintis pemakaian gelang peranti digital bagi memantau 404 individu yang menjalani kuarantin di rumah Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi satu sida...
Dia Tak Apa Ada 9 Ny4wa Pemuda B1ngung Macam Mana Nak Ambil Kucingnya Di Rumah Jiran Tak Berpenghuni

Dia Tak Apa Ada 9 Ny4wa Pemuda B1ngung Macam Mana Nak Ambil Kucingnya Di Rumah Jiran Tak Berpenghuni

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 410 hits
Setiap manusia yang berjiwa lembut mesti mempunyai kucing di rumah Kucing adalah haiwan peliharaan yang banyak orang jaga dan pelihara Setiap kucing mempunyai perwatakan yang berbeza ada yang deg1l ada yang gar4ng ada juga yang manja dan ba...
Nasi Daging Utagha Rumah Mas

Nasi Daging Utagha Rumah Mas

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 326 hits
Assalamualaikum PERTAMA kali tahu tentang kewujudan Nasi Daging ni berpuluh tahun lepas dalam satu rancangan masakan di tv Tak silap rancangan khas bulan puasa dan jemputannya penyanyi Nurul yang berkongsi resepi Nasi Daging Menurut Nurul i...
Rumah Kontena Balai Polis Cenderawasih Lahad Datu Terbakar

Rumah Kontena Balai Polis Cenderawasih Lahad Datu Terbakar

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 343 hits
ROSAK Keadaan di dalam rumah kontena tersebut yang rosak akibat terbakar LAHAD DATU Sebuah rumah jenis kontena milik Balai Polis Cenderawasih hampir musnah selepas terbakar tengah malam tadi Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Lahad Dat...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport