Panduan Solat Sunat Syukur Dan Sujud Syukur Serta Doa


Sebagai seorang muslim kita sangat dianjurkan agar selalu memanjatkan rasa syukur kepada Allah swt. Terutama ketika kita memperoleh nikmat dari-Nya atau diselamatkan dari suatu musibah. Adapun cara menyampaikan rasa syukur kepada-Nya, Rasulullah saw telah mencontohkan kepada kita, antara lain melalui solat, sujud dan doa.



Panduan Solat Sunat Syukur dan Sujud SyukurSerta Doa | Syukur ertinya berterima kasih kepada Allah swt.. Tentang mensyukuri nikmat Allah swt menegaskan di dalam firman-Nya: “Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahnya. Tetapi, jika kamu mengingkarinya sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7).


Solat Sunat SyukurDikerjakan apabila seseorang itu selesai / berjaya melakukan sesuatu pekerjaan, dalam Al-Quran ada menyebut: "Apabila selesai kerjamu, maka bangun sembahyang dan kepada tuhan kamu kemukakan pertolongan.. (Al-Insyira 7 - 8).

Syarat Sahnya adalah sama seperti mengerjakan solat fardhu, iaitu:
1. Berwuduk
2. Menghadap kiblat,
3. Menutup aurat
4. Suci pakaian dan tempat sujud


Panduan Solat Sunat Syukur
- Dilakukan dengan dua rakaat. Ia dilakukan sebaik sahaja kerja atau nikmat itu selesai atau diterima.
- Lafaz Niatnya: 
Sahaja aku sembahyang sunat syukur dua rakaat kerana Allah Ta'ala
- Rakaat pertama: Membaca surah Fatihah dan suratAl-Ikhlash.
- Rakaat kedua: Membaca surah Fatihah dan suratAl-Kafirun.

- Dalam ruku’ dan sujud pada rakaat pertama, sesudah membaca tasbih, bacalah:

اَلْحَمْدُ للهِ شُكْرًا شُكْرًا وَحَمْدًا حَمْدًا
Alhamdulilâhi syukran syukran, wa hamdan hamdan
maksudnya: Segala puji bagi Allah, terima kasih, terima kasih, dan segala pujian kusampaikan kepada-Nya.

- Dalam ruku’ dan sujud pada rakaat kedua, sesudah membaca tasbih, membaca:

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِي اسْـتَجَابَ دُعَآئِي وَاَعْطَانِي مَسْأَلَتِي
Alhamdulillâhil ladzistajâba du’-âî wa a’thânî mas-alatî.
maksudnya: Segala puji bagi Allah yang telah mengijabah doaku dan memberi permohonanku.







Sujud Syukur-Dari Abu Bakar RA, bahawa Nabi Muhammad SAW biasanya apabila menerima berita yang mengembirakan Baginda terus sujud kepada Allah.
-Sheikh Ibnu Utsaimin dalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan : “Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih).”


Maka, kesimpulanya Sujud Syukur disunatkan dilakukan dalam dua keadaan ini:
1. Ketika baru memperolehi anugerah atau nikmat seperti seseorang yang diberitakan dengan kelahiran anak, perkahwinan, kemenangan atau kejayaan yang diimpikan, dan apa jua berita yang menggembirakan.
2. Ketika terselamat daripada musibah. Contohnya, berlaku kebakaran besar di kawasan tempat tinggal kita, namun nyawa ahli keluarga kita terselamat walaupun waktu itu kita mengalami kerugian besar akibat kehilangan harta benda.

Cara Melakukan Sujud Syukur
Rukun sujud syukur seperti berikut:

- Niat
- Takbiratul Ihram
- Sujud (sekali sahaja)
- Bangun daripada sujud (duduk) dan memberi salam

Niat Sujud Syukur :

maksudnya: Sahaja aku Sujud Syukur Kerana Allah Ta'ala

Doa Sujud Syukur :

maksudnya: Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta.

Jika kita terlupa atau tidak menghafal bacaan ini, tidak mengapa.
Kita dibolehkan membaca sahaja yang bacaan yang selalu dibaca waktu sujud dalam solat, atau cukup sekadar mengucapkan “Alhamdulillah”.




Doa Syukur yang dicontohkan di dalam Al-Qur’an:

رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَ عَلَى وَالِدَيَّ وَ أَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَ أَدْخِلْنِى بِرَحْمَتِكَ فِى عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ.

Rabbî awzi’nî an asykura ni’matakal latî ‘alayya wa ‘alâ wâlidayya, wa an a’mala shâlihan tardhâhu, wa adkhilnî birahmatika fî ‘ibâdikash shâlihîn.

maksudnya: “Duhai Tuhanku, karuniakan padaku ilham agar aku selalu mensyukuri nikmat-Mu yang Kau anugrahkan padaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku selalu beramal shaleh yang Kau ridhai. Dengan rahmat-Mu masuk ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang shaleh.” ( An-Naml/27: 19).

Secara lebih khusus doa berikut ini oleh orang-orang yang telah mencapai usia 40 tahun:
Allah swt berfirman: “…sehingga ketika ia telah dewasa dan mencapai usia empat puluh tahun, ia berdoa:

رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَ عَلَى وَالِدَيَّ وَ أَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَ أَصلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَ إِنِى مِنَ الْمُسْلِمِينَ.

Rabbî awzi’nî an asykura ni’matakal latî ‘alayya wa ‘alâ wâlidayya, wa an a’mala shâlihan tardhâhu, wa ashlihlî fî dzurriyyatî, innî tubtu ilayka wa innî minal muslimîn.

maksudnya: “Duhai Tuhanku, karuniakan padaku ilham agar aku selalu mensyukuri nikmat-Mu yang Kau anugrahkan padaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku selalu beramal shaleh yang Kau ridhai. Karuniakan padaku kebaikan dalam keturunanku, sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Al-Ahqaf/46: 15).



p/s: Kita digalakkan untuk melakukan tatacara yang paling sempurna dan pandangan ulama’ yang paling ramai. Lagipun, ia tidaklah sesukar mana. Maka, manfaatkanlah peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat. Ini kerana, dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah SAW.

Selain itu, ringankanlah badan kita untuk melakukan sujud syukur apabila menerima perkhabaran gembira, agar kita tidak lupa diri dengan kejayaan atau dan nikmat kurniaan Allah.

sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(Jakim)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://islamtunes.blogspot.com/2018/03/panduan-solat-sunat-syukur-dan-sujud.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Menunaikan Solat Istikharah Serta Doa

Cara Menunaikan Solat Istikharah Serta Doa

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 1677 hits
CARA SOLAT ISTIKHARAHMungkinkah anda sedang dilamun cinta dengan dua lelaki Bayangkan jika dilamar oleh dua jejaka macam mana mahu buat pilihan Selepas graduasi dapat dua tawaran pekerjaan Juga masih tidak tahu mahu pilih yang mana satu Ter...
Solat Sunat Dan Kelebihannya

Solat Sunat Dan Kelebihannya

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 1074 hits
Solat sunat atau nawafil adalah solat solat selain daripada yang telah difardhukan Amalan sunat dilakukan bertujuan menampung sebarang kekurangan dalam amalan fardhu Memperbanyakkan solat sunat juga dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT d...
Cara Solat Sunat Tahajjud

Cara Solat Sunat Tahajjud

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 2273 hits
Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan Rasulullah SAW dan para ...
Berbaring Sekejap Selepas Mengerjakan Solat Sunat Sebelum Subuh

Berbaring Sekejap Selepas Mengerjakan Solat Sunat Sebelum Subuh

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 358 hits
Salam ustaz saya pernah melihat seorang yang agak tinggi ilmu agamanya seringkali berbaring sekejap selepas mengerjakan solat sunat sebelum subuh Beliau akan bangun apabila dilaungkan iqomah dan solat jemaah Agak berulang ulang juga saya me...
Solat Solat Sunat Hikmah Dan Cara

Solat Solat Sunat Hikmah Dan Cara

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 877 hits
Penerangan tentang hikmah ganjaran serta cara praktikal yang mudah di fahami bagi kesempurnaan untuk mengerjakan Solat Solat Sunat SOLAT JENAZAH SOLAT HARI RAYA PUASA HAJI SOLAT GERHANA MATAHARI BULAN SOLAT ISTISQA SOLAT TERAWIH SOLAT RAWAT...
Cara Solat Panduan Awabin

Cara Solat Panduan Awabin

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 633 hits
Solat Awwabin ialah solat sunat muakkad Awwabin berasal dari Bahasa Arab yang bererti orang yang sering bertaubat dan kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta ala Solat sunat tambahan ini dikerjakan sebanyak 2 4 atau 6 rakaat bahkan boleh juga ...
Nak Anak Jadi Baik Waktu Siapkan Anak Atau Lepas Solat Doalah Doa Ibu Mustajab

Nak Anak Jadi Baik Waktu Siapkan Anak Atau Lepas Solat Doalah Doa Ibu Mustajab

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 409 hits
Setiap ibu bapa pasti idamkan anak yang soleh dan solehah Namun dalam usaha untuk mencapai impian itu perlu ada usaha dan doa daripada ibu bapa supaya dapat mengiringi perjalanan anak anak dengan lebih baik Perkongsian daripada seorang ibu ...
Cara Solat Sunat Tahiyatul Masjid

Cara Solat Sunat Tahiyatul Masjid

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 1839 hits
Solat Sunat Tahiyatul Masjid ialah solat sunat mu akkad selamat datang bagi menghormati masjid yang dilakukan sebanyak dua rakaat sebaik sahaja memasuki masjid iaitu sebelum seseorang itu duduk atau melakukan sesuatu yang lain Sabda Rasulul...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket